Di Malaysia, bulan Mei penuh dengan pelbagai sambutan. Ada sambutan Hari Ibu, Hari Belia, Hari Buruh, Hari Bomba dan tidak lupa sambutan Hari Guru. Tema Hari Guru pada tahun 2010 ini ialah : “Guru Pembina Negara Bangsa”. Banyak SMS yang saya terima pada hari Ahad lepas. Ada yang lucu dan ada juga yang mempunyai maksud mendalam. Berikut adalah sebahagian SMS yang saya terima bersempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun ini :
SMS 1
Untuk para guru, guru tadika, guru sekolah memandu, guru besar, guru kecik, guru sandaran, guru ganti, guru rajin, guru selalu takde kat sekolah, guru yang sering isi borang tukar, guru malas masuk kelas, guru kaki MLM, guru yang tak suka jadi guru, guru disiplin, guru tak disiplin, guru keluar makan dan tak lupa guru-guru yang tak suka buat relief, guru yang buat relief, guru tukang punch, guru selalu hisap rokok ruma warden, guru kereta semak, guru kaki gaut, SELAMAT HARI GURU. SEMOGA ANDA TERUS CERIA.
SMS 2
Happy Teachers’s Day!
SMS 3
Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang dimuliakan Allah, semoga Allah berkati hidup guru-guru semua sentiasa.
SMS 4
Kami mengenali seorang guru sejak berusia lima tahun dan hingga diusia ini kami masih mengenali seorang guru. Pandanganmu, lirik matamu, tingkahmu, tunjuk ajarmu bahkan ilmu yang dicurahkan pada kami adalah tarbiah dan didikan bagi kami. Tapi kadangkala kami lupa akan semua itu lantaran ego dan kemahuan usia remaja kami, terhinalah seorang guru di mata kami bahkan itu tidak sepatutnya diperoleh atas segala jasamu kepada kami. Maafkanlah keterlanjuran kami dan redhailah kami. Semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu. SELAMAT HARI GURU!
SMS 5
Guru bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU..Guru juga kadang kala seperti TV3 kerana menjadi INSPIRASI HIDUPKU.. yang pasti Guru juga bagaikan TV9 kerana DEKAT DIHATI.. dan yang paling penting Guru juga bagaikan ASTRO kerana MACAM-MACAM ADA.. Selamat Hari Guru
SMS 6
Guru dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya terbina harapan dan impian. Berbahagialah menjadi seorang guru.
SMS 7
Dulu, murid takut Guru, kini.. murid menakutkan guru. Dulu, Guru chalk and talk.Kini.. Guru kena slow talk. Dulu, Guru boleh claim. Kini.. boleh dicomplain. Dulu, Hari Guru dapat wang saku. Kini Hari Guru dapat “penyapu”. Kena gotong-royong.. SELAMAT HARI GURU
SMS 8
Dapat bnyk BUNGA? tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat banyak PEN? tanda guru bijak melakar kata. Dpt PEMADAM? Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat SMS? tanda guru sentiasa diingatan. Selamat Hari Guru!
p/s : Sekiranya anda mempunyai SMS sempena sambutan Hari Guru yang menarik bolehlah dikongsikan bersama di sini.




May 18th, 2010
Imran 

Posted in
Tags: 










sms no 5 memang kreatif !
.-= shaffique´s last blog ..Rima Fakih – Wanita Islam Pertama Menjadi Miss USA =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 19th, 2010 at 1:48 PM
@shaffique, Memang antara SMS terbaik dan cool
[Balas Komen]
no 5 itu orgnya yg buat memang kreatif dan inovatif! HAHA “Selamat Hari Guru”
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 19th, 2010 at 1:48 PM
@Hafiz Mohd, Payah nak fikir dan susun ayat macam tu
[Balas Komen]
Salam..
selamat hari guru..tanpa guru kita pun tidak mungkin akan tahu membaca, menulisdan mengira..
guru..ibarat lilin yang cuba menerangi kdhupan kita..tanpa guru sipalah kita pada masa skrg ni..hehe
selamt hari guru
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 21st, 2010 at 5:48 PM
@suri, Itulah kelebihan seorang insan bernama guru
[Balas Komen]
Wahhh…ni sume SMS pilihan ke…tapi kalau hari-hari penting macam ni, mesti penuh inbox cikgu-cikgu an…haha
.-= rashid´s last blog ..Reader’s Digest TRUSTED BRAND 2010 – Vote By Consumers =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 21st, 2010 at 5:50 PM
@rashid, Kalau hari-hari dapat SMS macam ni. Jammed pulak HP
[Balas Komen]
Selamat hari guru… walaupun dah terlambat… hehe
.-= zik´s last blog ..Adab berzikir =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 11:55 AM
@zik, SMS tu boleh buat modal untuk sambutan tahun depan. hehe
[Balas Komen]