Semalam saya diminta hadir ke Mahkamah Majistret Tampin untuk mendengar sebutan kes saman terhadap pemaju IMPIAN CANGGIH SDN. BHD. Kes ini telah berlarutan selama 3 tahun iaitu mulai bulan Julai 2007. Apa yang dapat dipelajari dari kes ini adalah, anda harus mempertahankan hak anda sebagai pengguna sekiranya berdepan dengan penjual (dalam kes ini pemaju perumahan). Kes ini adalah berhubung kelewatan pihak pemaju membuat Penyerahan Milikan Kosong (Vacant Possession) kepada pembeli.
Pengalaman saya berdepan dengan pemaju memang menyakitkan hati & memerlukan kesabaran yang tinggi. Bermacam-macam janji manis dan harapan diberikan. Itu semua tidak termasuk taktik pemaju untuk melepaskan diri dari dikenakan denda kelewatan menyerahkan milikan kosong. Apa yang saya paling kesali ialah pekerja melayu (islam) sanggup bersekongkol untuk mengenakan pembeli yang seagama dengannya setelah diumpan dengan sebuah rumah kos rendah percuma.
Alhamdulillah…. Pada 29 Januari 2010, kes berjaya diselesaikan dengan situasi yang dianggap win-win diantara saya selaku pembeli (PLAINTIF) & pemaju (DEFENDAN) di luar mahkamah atas nasihat majistret. Tahniah pada peguam Hanif Hassan & Co.
Justeru, saya menasihatan pembaca supaya berhati-hati ketika membeli rumah. Seeloknya buat sedikit survey & carian terhadap latar belakang syarikat, prestasi syarikat, projek yang telah disiapkan oleh pemaju dan sebagainya supaya anda tidak menghadapi masalah seperti saya. Walaubagaimanapun, saya amat bersyukur kerana rumah berjaya juga diserahkan walaupun terlewat selama lebih kurang 1 tahun dari tarikh asal. Tujuan saya memfailkan saman terhadap pemaju adalah supaya pada masa-masa akan datang, pihak pemaju lebih menepati S & P Agreement (perjanjian jual-beli) dan tidak menganiaya pembeli. Nasihat terakhir saya untuk bakal-bakal pembeli rumah : “Jagalah Hak Anda Sebagai Pembeli”




January 30th, 2010
Imran 
Posted in
Tags: 










tahniah…dah selesai…kena kenduri nih…
[Balas Komen]
Imran Reply:
January 31st, 2010 at 11:58 PM
insya Allah… Once, duit dah dapat adalah sesuatu….
.-= Imran´s last blog ..Pengajaran =-.
[Balas Komen]
salam singgah mencari ilmu..
ya, benar tu setiap keputusan sblum kita hndak membeli rumah kita haruslah membuat tijauannya terlebih dahulu agar kptusan kita utk mmbli rumah tidak akan sia-sia hendaknya.
.-= suri´s last blog ..Si Yo-yo Yang Comel (Part II) =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 12th, 2010 at 10:41 PM
Rekod pemaju sebelum ini bersih. Cuma projek ni “terlewat”
[Balas Komen]