Setiap blogger pasti akan fobia dengan gambar diatas.
Sebelum ini saya hanya membaca sahaja cerita mengenai derita kehabisan bandwidth oleh rakan blogger. Kini perkara yang ditakuti ini telah terjadi kepada blog saya sendiri. Saya sendiri tidak pasti mengapa perkara ini berlaku sedangkan saya menggunakan pakej hosting dari www.baitulbytes.com yang menawarkan bandwidth 30,000 MB.
Kejadian pelik tapi benar ini dikesan pada 21 Jun 2010 pada pukul 3.30 petang. Sejurus selepas perkara ini berlaku, saya terus menghubungi bantuan dari www.baitulbytes.com menggunakan SMS. Kemudian admin meminta saya supaya submit ticket di client area.
Alhamdulillah, untuk sementara waktu, saya hanya menambah 2GB bandwith dalam pakej add on hosting blog ini. Nampak gayanya saya akan menaik taraf hosting di www.baitulbytes.com dengan pakej menarik yang ditawarkan. Jenuh juga untuk saya membuat pilihan kerana pakej yang ditawarkan amat menarik sehingga membuatkan pengguna (blogger) rambang mata. Promosi menarik ini sedang berlangsung dari 17 June ā 17 July 2010.
Nak kata blog ini ramai sangat pengunjung?? Tak juga kerana ranking alexa makin menurun. Atau mungkin bandwidth kering disebabkan oleh image hotlinking? Semua ini masih menjadi tanda tanya kerana kesemua kaedah dan cara untuk mengelakkan blog/web kehabisan bandwidth telah saya lakukan.
Sedikit informasi mengenai bandwidth dan istilah-istilah penting yang di ambil dari sini.
unique visitors : Jumlah pelawat blog/web yang dikira dalam sebulan dan dikesan melalui IP
visits : Kunjungan ke blog ini, sama ada menggunakan IP yang sama atau tidak.
page views : Berapa banyak page yang dilihat oleh pelawat blog ini
Saya sendiri masih baharu dalam dunia blog ini dan masih memerlukan tunjuk ajar mengenai cpanel, FTP, HTML code dan sebagainya. Oleh itu banyak lagi istilah yang kurang difahami dalam asas berblog ini. Mujur ada penerangan ringkas dan padat di www.bloggingsteps.com yang banyak membantu saya memahami istilah ini dan juga melalui pembacaan dari Google.
Kemungkinan besar masalah bandwidth ini adalah disebabkan keyword Imam Muda yang mendapat tempat pertama di enjin carian Google dan Yahoo setakat ini. Begitu juga mengenai keyword Akademi Al-Quran 4 di Google.


Apapun saya, mengucapkan terima kasih pada pelawat blog ini kerana tanpa anda. Tiadalah entri di blog ini.




June 22nd, 2010
Imran 





Posted in
Tags: 










Amatlah menakutkan, lebih-lebih lagi diluar pengetahuan kita…nanati pembaca nak masuk tak boleh, atau pun lambat…huhu
rashid´s last [type] ..Jangan Buruk Sangka Tak Pasal-Pasal, Nanti Buruk Padahnya!!!
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 2:18 PM
@rashid, Memang ini dinamakan mimpi ngeri bagi pemilik blog selain dari kejadian blog di ‘hack’
[Balas Komen]
biasanya jadi sebab ada orang link gambar dari blog ni ke blog diorang. cuba cek.. sbb kalau orang masuk kat blog yang link gambar dari sini pun bandwith sini berjalan..
hanisaleeya´s last [type] ..Aku Sepi
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 2:20 PM
@hanisaleeya, Saya dah pastikan web/blog lain tidak menggunakan gambar dari blog ini dengan mengaktifkan image hotlinking di cPanel.
[Balas Komen]
ardzham Reply:
June 27th, 2010 at 4:54 AM
@Imran, soal kehabisan bandwidth ni perkara biasa tapi sebenarnya boleh dielak, hotlink protection tu salah satu daripadanya. kena selalu periksa di cpanel terutamanya selepas 20 hb.
kalau nak ramai tetamu datang rumah, maka kena besarkan rumah. begitulah kira-kiranya… kalau rumah kecik tetamu ramai susahlah jugak, jadi tambah modal, upgred hosting….
ardzham´s last [type] ..Cerita Semalam
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 27th, 2010 at 6:41 PM
@ardzham, Memang ada dua cara yang saya ketahui untuk mengelakkan kehabisan bandwitdh. Masalah yang sering dihadapi blogger :
1- Jarang periksa di cPanel.
2- Size bandwidth ditawarkan provider kecil.
3- Tiada bajet untuk upgrade hosting.
4- Tidak sangka ramai tetamu.
Saya sendiri menyangka bandwidth 30GB sudah mencukupi, rupanya tidak. Sebagai jalan penyelesaian terbaik, UPGRADE
[Balas Komen]
Assalamualaikum..Walaupun ianya kedengaran agak menakutkan, namun ianya satu perkembangan yang bagus.. Saya rasa +6000 pelawat sebulan tu dah kira boleh tahan dah tu.. hoho.. Maknenye purata pelawat unik 200 orang/hari
Syafiq Zainal´s last [type] ..WordPress Versi 3.0 Akhirnya!
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 2:22 PM
@Syafiq Zainal, Menakutkan tetapi dalam masa yang sama menimbulkan kepuasan kerana mempunyai unique visitor yang semakin bertambah.
Semua itu boleh dijadikan motivasi dalam berblog
[Balas Komen]
Salam…singgah sini baca n3, good info, keep it up!…tq
Lovely Kitchen´s last [type] ..:-> Gula Oh Gula
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 2:22 PM
@Lovely Kitchen, Terima kasih kerana sudi memberi komen di sini.
[Balas Komen]
Setakat ni tak pernah exceed limit lagi. Kalau dah lebih nnt terpaksalah top up.
Azizi Zulkefli´s last [type] ..Hieraki Pengurusan Kewangan
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 2:23 PM
@Azizi Zulkefli, Pendapat saya, daripada top up baik upgrade terus pakej hosting sedia ada. Add on ini merugikan kerana perlu bayaran bulanan.
[Balas Komen]
salam im..cikmin pun tak berapa faham tentang ni..tapi takut jugak kalau itu yang berlaku..hari tu kat blog ariff ada ajar bagaimana nak elakkan orang hotlinking image kat blog..im ada baca tak?
cikmin´s last [type] ..Telur Dadar Mayonis
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 2:25 PM
@cikmin, Ada 2 cara sebenarnya untuk elakkan image di’curi’ iaitu dengan menggunakan mengubah suai htaccess dan hotlink protect di cPanel.
Saya menggunakan hotlink kerana ianya mudah
[Balas Komen]
Assalamualaikum. Alhamdulillah.
Seronok membaca pengalaman dari sahabat yang pakar dalam bidang blog dan internet.
tahniah juga kerana berada di ranking teratas carian google dan yahoo.
Saya turut berdoa agar saudara terus berjaya dan ‘berdakwah’ melalui perkongsian ilmu Islam.
Terima kasih.
RasaHatiku´s last [type] ..Kenapa Perceraian?
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 2:26 PM
@RasaHatiku, Salam, saya bukanlah pakar dalam bidang blog. Cuma sekadar berkongsi pengalaman sendiri sahaja.
Selang-selikan entri blog ini dengan pengalaman selain dari entri berkaitan al-Quran.
[Balas Komen]
saya rasa mesti sebab banyak gambar yang diletakkan dalam hosting saudara.. kalau nak kurangkan kehabisan bandwidth tu, apa kata cuba guna akaun picasa je utk hosting gambar..picasa ni percuma dan ada 1GB space..dan jg takde monthly bandwidth limit. tu je cadangan saya. teruskan blogging dgn jayanya
Fitrihadi.com´s last [type] ..Laporan Dan Rekod Fitrihadi.com Setelah 3 Bulan Beroperasi
[Balas Komen]
Azizwan Reply:
June 22nd, 2010 at 1:54 PM
@Fitrihadi.com, baru nak cakap benda ni. huhu.. yup, host gambar kat hosting juga mempengaruhi bandwidth.. skali org usya entri yg ada gambar tu, bandwidth akan berjalan. tu tak masuk lg kalau ada gambar yg di-hotlingking.. harap membantu dan selamat berblogging dgn jayanya
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 2:30 PM
@Azizwan, Kalau betul begitu, kena lah kurangkan penggunaan gambar di sini. huhu
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 2:28 PM
@Fitrihadi.com, Saya juga tidak pasti adakah penggunaan hosting gambar yang banyak boleh mengurankangkan bandwidth.
Alhamdulillah, hari ini saya telah upgrade pakej hosting kepada bandwidth yang lebih besar.
[Balas Komen]
Salam
Dekat cpanel kita boleh aktifkan Hotlink Protection
Kujie´s last [type] ..Tak perlu marah-marah ā nanti cepat kedut tak anggun!
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 2:29 PM
@Kujie, Salam, saya dah aktifkan Hotlink Protection di cPanel sejak dari awal lagi. Setelah membaca tutorial di http://www.sitikus.com dan blog kak jie sendiri
[Balas Komen]
ni benda yg buat aku still merangkak2 lagi nk pakai hosting sndiri sbb tkt bnda2 camni la..huhuhu
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 2:30 PM
@x-po, Belajar dari pengalaman. Saya juga tak sangka benda ni boleh terjadi pada blog ini. Ingatkan 30GB bandwidth tu dah besar
p/s : Jangan takut guna hosting sendiri. Banyak kelainannya.
[Balas Komen]
kne prepare bandwidth dalam 100Gb dan keatas baru best.. hehe
Frantz-Senpai´s last [type] ..Naik Taraf TouchPad dengan Scrybe
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 10:31 PM
@Frantz-Senpai, Masa mula-mula menceburkan diri dalam duni blog tak terfikir pula nak guna pakej yang besar. Lagipun mula-mula rasa mustahil nak dapat trafik 6000 unique visitor sebulan.
p/s : Blog bro Bandwidth 200GB kan??
[Balas Komen]
Frantz-Senpai Reply:
June 25th, 2010 at 3:12 PM
@Imran, 100Gb baitulbytes, 200Gb exabytes (hosting sedekah kat orang laen.. 20Gb space.. terlampau bnyk… nak ke?)
Frantz-Senpai´s last [type] ..Linux is Sexy! and the Hypothesis
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 27th, 2010 at 6:35 PM
@Frantz-Senpai, Wah, siap sedekah kat orang lain. Hebat!
[Balas Komen]
guna blogspot je…
MM´s last [type] ..Bahagiakah aku?
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 10:32 PM
@MM, Semasa saya mula menceburkan diri dalam blog terus guna self hosted. Jadi, tak berapa mahir dalam blogspot.
[Balas Komen]
dlu chybee dah pernah kene dah mase bulan pertama terus dah habis bandwidth..terus tuka hosting lain yg lg byk bandwidth
baitulbytes ni hosting die ok x? just want to know the service
chybee´s last [type] ..Iām Sylt (^_^)
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 10:33 PM
@chybee, Wah?? Bulan pertama terus habis bandwith? Mesti trafik banyak tu.
Saya tak tukar hosting, masih lagi setia bersama hosting sedia ada tapi upgrade pakej.
p/s : Setakat ini saya berpuas hati dengan servis baitul bytes ni.
[Balas Komen]
Salam,
rupanya menghadapi masalah yang sama juga..
memang betul tu, kalau bandwidth dekat dah sampai limit.. mmg problem lah blog kita.. tak senang duduk di buatnya..
kulanz´s last [type] ..Monthly Bandwidth Transfer Demam
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 25th, 2010 at 2:27 PM
@kulanz, Dah jadi macam ni terpaksalah upgrade, takut kena sekali lagi. Add-on pun tak membantu…. Temporary boleh la
[Balas Komen]
erm takut juga nie…ingat nak upgrade juga la… dah makin banyak… tahun depat upgrade…
zik´s last [type] ..Jersey untuk dijual
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 25th, 2010 at 2:28 PM
@zik, Jangan tunggu bandwidth limit baru nak upgrade. hehe
[Balas Komen]
aku jadi was-was bila tengok hosting baitulbytes.
RozaniGhani´s last [type] ..Selamat Tinggal Swift Themes
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 25th, 2010 at 2:29 PM
@RozaniGhani, Was-was macam mana tu?
[Balas Komen]
salah satu cabaran besar bt blogger ni..merisaukan..hheehhee..x senang duduk klu blog xley bkk..nak2 klu fulltime blogger..hehhe
azizan4444´s last [type] ..Selamat Hari Jadi ; 1K Hadiah Daripada Nuffnang
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 25th, 2010 at 2:29 PM
@azizan4444, Fulltime blogger wajib amik bandwidth yang besar
[Balas Komen]
jgn la habis bandwitdh ni
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 25th, 2010 at 2:31 PM
@Wan Perlis, Tak boleh nak harap macam tu. Saya sendiri tak sangka boleh habis bandwidth. Apa-apa pun kena bersedia dari awal
[Balas Komen]
salam..memang mantap la bro..hehe..tahniah saya ucapkan..
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 25th, 2010 at 2:32 PM
@Thoha, Saya hanyalah seorang part time blogger yang menulis secara suka-suka
[Balas Komen]
belum pernah mengalami situasi kehabisan bandwith..mgkn blog saya tak ramai penggunjung..hehe..
p/s: blh share mcmana nak dptkan info ttg statistik pengunjung blog kita spt screen shot dkt atas tuu..
nadri´s last [type] ..SePetang di Pejabat Perhubungan Perusahaan Johor
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 25th, 2010 at 2:33 PM
@nadri, Nak tengok statistik tu dalam cPanel, insya Allah dalam masa terdekat saya akan buat tutorial. Biar semua dapat manfaat.
[Balas Komen]