Kredit kepada pencipta khat Azri Hilmi Mansor
Alhamdulillah pada 27 Jun 2010, saya dan beberapa orang rakan dari Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan sempat menghadiri sebuah majlis yang gilang-gemilang bagi golongan Huffaz.
Majlis yang dimaksudkan tersebut ialah pelancaran Dewan Huffaz Kebangsaan [DHK]. Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom.
Penubuhan DHK ini bukanlah perkara baru, ia telah dirangka dan dicanang sejak sekian lama. Pelbagai nama dicadangkan namun, akhirnya nama ini yang terpilih.
Menurut YB Menteri, penubuhan DHK ini bukanlah bertujuan untuk mengawal aktiviti dan perjalanan Madrasah, Maahad Tahfiz, Sekolah Intergrasi dan sebagainya. Ianya merupakan suatu peluang bagi institusi pengajaran dan pembelajaran tahfiz di Malaysia untuk mendapatkan pengiktirafan dari JPA dan JAKIM.
Benar, pengajian tahfiz memang sudah lama bertapak di Malaysia. Namun, untuk menyatukan kesemua komuniti tahfiz di Malaysia bukanlah suatu perkara mudah. Berikut adalah petikan sebahagian ucapan Ketua Pengarah JAKIM dari Utusan Malaysia
Kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz berkata, sememangnya tidak dinafikan telah ada usaha menubuhkan alumni di peringkat institusi pengajian.
Namun, ia bergerak dalam lingkungan yang sama dan tidak ada penyatuan antara semua huffaz di Malaysia.
“Oleh itu, kita ingin melihat kewujudan Dewan Huffaz Kebangsaan ini, dapat merangkumi kelompok huffaz yang besar di Malaysia.
“Kita tidak mahu mereka (para huffaz) terlalu malu dan tidak kelihatan menonjol. Pengalaman saya semasa menjadi Pengarah Darul Quran, antara tahun 1994 hingga 1999, saya dapati huffaz terdiri daripada anak-anak yang pintar dan berpotensi tinggi.
Sebenarnya penubuhan DHK ini memerlukan sokongan dan komitmen dari pelbagai aspek. Mungkin ada institusi pengajian tahfiz swasta dan persendirian menganggap DHK diwujudkan untuk menguasai dan mengawal mereka.
Namun, seperti yang telah dinyatakan dengan jelas oleh YB Menteri. Beliau memberi jaminan bahawa usaha penubuhan DHK bukanlah untuk mengawal dan mengganggu sistem pengajian di institusi tahfiz swasta dan persendirian.
Malahan, tujuan penubuhan DHK adalah untuk memaju dan memantapkan lagi institusi pengajian tahfiz di Malaysia. Ucapan YB Menteri di Sinar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penubuhan Dewan Huffaz juga dapat menyeragamkan sijil tahfiz dari semua institusi dan madrasah Huffaz yang kini berbeza antara satu sama lain dan ini memudahkan JPA membuat pengiktirafan untuk tujuan penggajian.
“Maknanya kalau seseorang huffaz itu keluar dengan sijil yang diiktiraf JPA maka dia akan mudah mendapat pekerjaan dalam sektor awam dan dibayar gaji mengikut tangga gaji yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dewan Huffaz di Pusat Islam di sini hari ini.
Beliau berkata, penubuhan dewan itu dapat memartabatkan institusi tahfiz di Malaysia selain mengesan jumlah sebenar huffaz di negara ini.
“Setakat ini terdapat kira-kira 281 institusi tahfiz di seluruh negara yang dikelolakan kerajaan dan secara persendirian. Bila adanya gabungan ini mudah bagi kita menentukan jumlah sebenar penghafal Al-Quran di Malaysia, yang kini dianggarkan antara 5,000 dan 6,000 orang,” katanya.
Saya berharap agar dengan penubuhan DHK ini, komuniti para huffaz di Malaysia dapat disatukan dan diiktiraf oleh masyarakat.




July 4th, 2010
Imran 

Posted in
Tags: 










Semoga semuanya berjalan lancar.. Moga syiar Islam bertapak kukuh di Malaysia..
Jamal Rafaie´s last [type] ..KEMBARA UNIQUE UTARA SELATAN
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 4th, 2010 at 12:00 PM
@Jamal Rafaie, Amin….
[Balas Komen]
tahniah kepada golongan huffaz..semoga generasi al quran akan terus dimartabatkan..
[Balas Komen]
tahnaih kepada golongan2 huffaz nih..
apiih´s last [type] ..Budak 12 tahun ditahan kerana “Melepaskan Angin”
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 6th, 2010 at 5:27 PM
@apiih, Tahniah kepada pencetus idea penubuhan Dewan Huffaz Kebangsaan juga
[Balas Komen]
alhamdulillah dah tahniah di atas usaha ini. Memang patut pun diadakan dewan huffaz ni.
Frantz-Senpai´s last [type] ..GiveAway and My Hypothesis
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 6th, 2010 at 5:28 PM
@Frantz-Senpai, Perkara sudah lama dibincangkan. Tinggal masa sahaja menentukan penubuhan Dewan Huffaz ini.
[Balas Komen]