Pada hari Sabtu lepas, saya telah membawa keluarga berkunjung ke Kentucky Radix Fried Chicken. Sejak dari awal pembukaannya di Mydin Air Keroh Melaka pada 24 Disember 2009 saya dan isteri teringin untuk merasai kelazatan menu istimewa RFC yang heboh diperkatakan. Namun hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana sehari selepas pembukaannya, ianya ditutup kerana mengalami masalah teknikal (dikatakan dapur bocor).
Apa yang menarik di RFC?
- Apa yang menarik mengenai RFC ialah semua produknya menggunakan ayam organic. Ayam organic adalah ayam yang di ternak bebas daripada enzim babi @ makanan yang dilarang oleh agama Islam. Ayam yang di ternak secara organic adalah ayam yang di beri makan seperti, ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut. Tanpa penggunaan antibiotic, tidak menggunakan horman, beta agonist dan salbutamol. Faktor permakanan juga adalah penyumbang utama kepada daya tahan ayam daripada serangan penyakit. Bermakna ayam organik adalah ayam yang hanya makan makanan yang organic seperti spirulina dan tidak memakan dedak.
- Ianya bertepatan dengan konsep Halal dan Toyyib. Perkara ini penting dalam pembinaan sahsiah muslim.
- Pekerja RFC semuanya menutup aurat. (Tidak sempat mengambil gambar mereka)
- Harga yang berpatutan. Rujuk harga di sini
- Rasa yang enak. Anda terpaksa pergi RFC kerana saya tidak dapat menggambarkan keenakan menu RFC
(Khaulah dan Khalaf tidak sabar untuk menjamu selera)
(Khalaf [Bangah] sedang asyik makan nugget)
Sebahagian Menu di RFC
Latar belakang Radix Fried Chicken
Radix Fried Chicken Sdn Bhd (RFC) memulakan operasinya pada 1hb Jun 2008 di Lagenda Heights, Sungai Petani. Pembukaan RFC ini adalah 100% milikan Bumiputera Islam. RFC merupakan salah sebuah syarikat subsidiari di bawah HPA Industries Sdn Bhd dan berkonsepkan restoran makanan segera berlandaskan Syari’ah Islam. Segala aspek keperluan dan kehendak Syari’ah dijamin kualitinya bermula dari bekalan bahan mentah seperti ayam yang diternak sendiri dan diawasi kualiti halal dan kebersihan. Manakala aspek pengurusan dan operasinya mengamalkan prinsip etika pekerja Islam seperti adab dan tatatertib muslimin dan muslimah serta amalan zikir dan sunat sebelum memulakan kerja seharian.
” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA “
Pada masa kini pasaran dan permintaan adalah tinggi ke atas makanan segera. Ini boleh dilihat dengan kehadiran jumlah restoran ‘bak cendawan selepas hujan’ diseluruh negara. Didapati pasaran konsep makanan segera di negara ini dimonopoli oleh masyarakat bukan Islam dan hampir 90% jenamanya berasal daripada luar negara.
Atas kesedaran dan tanggungjawab betapa pentingnya pilihan makanan halal, RFC diwujudkan bagi memberi pilihan makanan halal kepada umat Islam, khasnya umat Islam di Malaysia. Bermula dengan restoran pertama di Sungai Petani, RFC berazam mendirikan 400 buah lagi restoran yang serupa di seluruh negara.
Disamping itu, sejajar dengan slogan kumpulan perniagaan HPA, “Produk Halal Tanggungjawab Bersama”™ kewujudan RFC adalah satu jihad perniagaan dalam menyediakan makanan dan produk halal kepada umat Islam.
p/s : Sokonglah produk 100% Bumiputera (Muslim)






Posted in
Tags: 








Takde ke kat area Selangor atau KL ? Teringin mencuba juga

Anjung Web´s last blog ..Apa itu Fedora ?
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 8th, 2010 at 11:14 AM
Khabarnya akan dibuka di Kuala Lumpur tidak lama lagi. Untuk pengetahuan, RFC di Mydin Melaka adalah yang pertama dibuka di dalam pusat membeli belah. Tak cukup kakitangan mereka melayan customer.
[Balas Komen]
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Salam ziarah & salam perkenalan
dari blog Rohaizad.com terus singgah di sini
Entri di atas menarik. Segalanya bermula dengan idea…
Boleh saya jadi kawan?
Boleh sumbang idea? (jika tidak keberatan)
Jemputlah singgah di blog saya (bila ada kelapangan)
Salam ceria & inspirasi
“pray Hard, Work Smart & Creative”
Assalamualaikum
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 8th, 2010 at 11:20 AM
Salam,
Saya menulis entri berdasarkan idea dan waktu lapang. Kadang-kadang banyak idea tapi tiada masa. Saya memang sedang mencari seberapa ramai rakan cyber untuk bertukar-tukar pendapat dan ilmu. Saya juga masih baru dalam dunia blog ini. Blog Rohaizad adalah salah satu rujukan saya
[Balas Komen]
saya biasa ke RFC masa di sungai petani dulu..
memang setanding dengan fastfood francais dari luar negara..
tapi jadi kemusykilan, menu yang ada kat RFC tu semua sebijik macam KFC
bukan nak kodem, tapi x salah ke…
p/s: sokong produk keluaran muslim..
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 8th, 2010 at 11:22 AM
Memang kebanyakan menu seakan-akan KFC sehingga KFC
kalau tidak silappernah memfailkan saman terhadap RFC, namun mereka kalah[Balas Komen]
suri Reply:
March 15th, 2010 at 4:41 PM
salam..nampak serupa..tapi cam sedap je mkn rfc ni..kat ipoh tak der ke??huhu
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 16th, 2010 at 9:02 AM
Ipoh memang tiada lagi. Paling dekat dengan Ipoh hanya Kedah sahaja
[Balas Komen]
baguslah ada wujudnya RFC..
support muslim product!
Mus´s last blog ..Tutorial Untuk Kanak-Kanak – Mari Belajar Mewarna Bersama Amyra
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 9th, 2010 at 6:06 PM
Sayangnya di Sabah belum buka cawangan. Khabarnya RFC nak buka 400 cawangan seluruh Malaysia.
[Balas Komen]
Bersama-sama kita mantapkan business yang bagus macam ini.
” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA “
P;s/ tak pernah pegi lagi…
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 9th, 2010 at 6:05 PM
Kalau dah pergi, pasti nak lagi
[Balas Komen]
zik Reply:
March 9th, 2010 at 11:57 PM
alamak perut berbunyi pulak tiba2…
[Balas Komen]
salam Imran,
saya dah try makan RFC ni di sungai Petani dan Kluang dan hasilnya mmg tidak mengecewakan ..
Ayam yg digunakan adalah organik dan status sah dan halalnya mmg tidak diragui ..
Fardu kifayah telah dilaksanakan di sini

hydir´s last blog ..Sahabat adalah upgrade kepada kawan
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 9th, 2010 at 6:08 PM
Ayam organik adalah antara kelebihan RFC, jika ditakdirkan RFC dibuka sebeleh menyebelah KFC. Saya pasti KFC akan kecewa
[Balas Komen]
salam petang sahabat..
ya.suri pun ada dengar juga dari ababg ipar suri,sb dia agent radix tu. semoga akan bertambahlah lagi hendaknya restoran sebegini di malaysia ya imran. sebab kebanyakan penduduk di malaysia ini beragama islam dan mementingkan produk halal semta-amat.
terima kasih atas maklumat tersebut. ad rezeki suri pun mahu mencuba juga
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 9th, 2010 at 6:24 PM
Alangkah bagusnya kalau semua usahawan muslim berfikiran jauh seperti HPA. Tagline mereka saya kagumi “Produk Halal Tanggungjawab Bersama”. Perkara ini sudah jatuh fardu kifayah.
[Balas Komen]
belum berkesempatan untuk mencuba, tapi kalau ada peluang memang nak cuba, produk Muslim
etomyam´s last blog ..Tutorial: WP Social Blogroll Plugin, Page Khas Untuk RSS Feed
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 9th, 2010 at 6:24 PM
Rugi tak cuba. Memang terasa kelainannya
[Balas Komen]
salam..perut laparlah pulak..huhu
suri´s last blog ..Si Yo-yo Yang Comel (Part II)
[Balas Komen]
erm menarik gak, ader burger tak kat situ? sebab aku memang peminat setia bigmac.. ngohohohoho!
samanosuke_04´s last blog ..Sikit Follower Twitter? Jom Retweet!
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 10th, 2010 at 7:47 AM
Semestinya ada. Cuma ala-ala bigmac takde la
[Balas Komen]
salam..
waa cam sodap..
tapi denga org ckp lagi mahal dari fastfood lain ek ayam dye?
yoy´s last blog ..Confirm Join Ni Dapat Minima RM1000 Sehari.
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 12th, 2010 at 9:41 AM
Bukan ke dah ada gambar harga tu
[Balas Komen]
Mudah-mudahan produk ni sampai ke Sabah nanti..
Boleh sokong produk halal bumiputera
kulanz´s last blog ..SEPULUH
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 15th, 2010 at 7:36 AM
Insyallah HPA target 400 cawangan seluruh Malaysia
[Balas Komen]
wohoooo menggoda betul tgk menu RFC nie, tp kt selangor nie x pernah jumpa lg…kalau ada dh pegi dh…
bestkan dpt bawa anak2 gi jln2 cari mkn, suka tgk diorg klu hepi…kita pun turun hepi…

yanmie´s last blog ..Hosting Blog Yanmie di Taja oleh Sepaku.net
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 15th, 2010 at 7:33 AM
Memang menggoda cik yan. Kat Selangor dalam perancangan. Mungkin dibuka di Mid Valley Megamall.
[Balas Komen]
di JB belum ada lagi RFC nie..org islam mmg kena sokong 100% produk nie..rasa ayam RFC blh lawan KFC & McD tak tuan???
nadri´s last blog ..Keajaiban Manusia Akhir Zaman
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 18th, 2010 at 3:43 PM
Di Johor Baharu memang tiada lagi, tetapi di Kluang sudah ada. Secara jujur, ayam RFC memang setanding KFC. Cuma burgernya sahaja masih tidak dapat menandingi McD
[Balas Komen]
Di Klang atau Shah Alam ada tak? adus kalau nak merasa kena pergi air keroh.. boleh tahan juga perjalanan tu…
Zoul´s last blog ..Sepuluh Budak Hitam
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 18th, 2010 at 3:37 PM
Setakat ini, belum ada lagi RFC di area Selangor. Khabar angin mengatakan RFC bakal dibuka di Mid Valley Megamall
[Balas Komen]
bilalah agaknya RFC akan berada di daerah saya. selalu makan “pasarlambakFC” jer…
ardzham´s last blog ..Cerita Semalam
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 27th, 2010 at 6:44 PM
@ardzham, RFC terkini akan dibina di Terengganu.
p/s : Mudah-mudahan RFC akan sampai ke daerah tuan.
[Balas Komen]