(Gambar Hiasan)
Alhamdulillah tarikh 24 Januari 2010 menjadi tarikh bersejarah dalam hidup saya. Sudah lama rasanya teringin untuk mempunyai laman web sendiri sejak dari tahun 2007 lagi, namun semuanya tidak menjadi kerana kekurangan ilmu tentang asas pembangunan laman web (sekarang pun masih baru lagi atau istilahnya newbie)
Setelah beberapa tahun berlalu, azam lama tersebut semakin berkobar-kobar untuk direalisasikan. Hasil pembacaan dari berpuluh-puluh ebook sama ada yang dibeli mahupun percuma dari internet, akhirnya muncul lah laman web ini. Mungkin kata-kata “kenapa tidak bermula dari blog percuma seperti blogspot??” menjadikan satu motivasi bagi saya untuk melakukannya. Atau mungkin juga hasil dari duit percuma yang didapati dari program PayPal Wishlist
Untuk entri pertama ini, tidak banyak yang dapat saya tulis kerana begitu teruja dengan kemunculan laman web yang dibangunkan sendiri. Doakan saya agar diberi kekuatan untuk terus menulis (bukan niat untuk jadi penulis buku tapi sekadar berkongsi maklumat sahaja).
Wassalam.


Posted in
Tags: 








Blog membuat anda sentiasa teruja. Lopeh ko boli ni, ramai la guru2 Itqan buek blog atau berani pakai hosting sendiri. Tadak lagi menempel2 free kat wordpress atau blogspot. WordPress memang best.
Imran, apo kato ko pakai plugin ni http://comluv.com/ Teruja sikit orang nak bagi komen.
[Balas Komen]
Guru-guru ITQAN tak excited nak buek blog ni. Den yo sajo gatal nak mendalami ilmu wordpress, adsense, autoresponder, affiliate, script & banyak lagi yang masih belum diterokai… Insya Allah dengan kewujudan blog ni pasti akan menambah semagat untuk explore…
[Balas Komen]