
Sewaktu mendengar ceramah Ma’al Hijrah peringkat daerah Tampin di ITQAN oleh Ustaz Muhammad Fitri bin Abdullah (PERKIM) banyak intipati yang boleh diambil. Antaranya :
Beliau menyeru agar institusi masjid diperkasakan dengan mendekati golongan bukan ISLAM kerana katanya golongan bukan ISLAM ada yang berminat untuk mendalami atau mengenali apa itu ISLAM tetapi tiada tempat untuk bertanya.
Beliau amat menekankan aspek SOLAT 5 waktu secara berjemaah bagi muslimin kerana ianya adalah asas bagi ISLAM. Berapa ramaikah yang masih tidak menyahut seruan ini?
Bagi kaum hawa (Muslimat) beliau menyebut tentang pesanan Imam al-Ghazali mengenai 6 perkara :
- Solat diawal waktu.
- Bacalah al-Quran walaupun sedikit di rumah.
- Amalkan membaca hadis Rasulullah S.A.W di rumah untuk menambah kecintaaan pada baginda.
- Bersyukur dengan pemberian suami.
- Memberi motivasi menggalakkan suami berjamaah di masjid.
- Mengamalkan doa-doa harian yang diajar oleh ISLAM di dalam kehidupan seharian.
Beliau juga menyebut tentang betapa pentingnya merancang dalam peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W. Dalam analoginya, beliau menyatakan bagaimana pelajar tahfiz dapat menghafaz al-Quran sedangkan golongan awam tidak dapat menghafaznya? Kuncinya adalah merancang! Bayangkan jika anda merancang untuk menghafaz 1 ayat sehari, pastinya dalam tempoh 1 tahun anda telah menghafaz sebanyak 360 ayat bersamaan lebih kurang 3 juzu’ al-Quran (Surah al-Baqarah + Ali Imran).




February 19th, 2010
Imran 
Posted in
Tags: 










salam..
ya..suri pun ada juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran tapi pada hari khamis malam jumaat..suri harap suri akan berjaya menghafalnya suati hari nanti. Amin.
.-= suri´s last blog ..Argh!! Jerawat datang lagi =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 2nd, 2010 at 12:00 PM
Itu pun satu persoalan juga, Yaasin dibaca setiap minggu tetapi tidak ramai yang menghafalnya. Good start for suri
[Balas Komen]