Bowling Time

P3210109 web

Melaka International Bowling Centre [MIBC] merupakan pusat bowling terbesar di Malaysia yang mengandungi 52 lorong! Ianya terletak di MITC, Ayer Keroh. Pada hari ahad 21 Mac 2010 lepas, saya bersama anak murid (Pelajar Semester 3) telah membuat “PROJEK RAHSIA” di MIBC. Memang menyeronokkan apabila melihat mereka bermain bowling buat kali pertama (tidak semua).

P3210080 web(Jurugambar separa profesional)

Saya juga tidak ketinggalan menunjukkan skill permainan dengan menjatuhkan 114 pin (kalah dengan pelajar 126 pin). Mereka semua agak pelik melihat saya seperti sudah lama bermain game ini. Untuk pengetahuan pembaca, pertama kali saya bermain bowling adalah ketika berada di Mesir! Pastinya anda semua terkejut? Semasa belajar di sana, selepas tamat peperiksaan biasanya kami akan pergi ke pusat bowling untuk melepaskan tekanan. Pada waktu itu, hanya 1 sahaja pusat bowling terkenal di Mesir bertempat di Haiyyu Thamin ( Precint 8 ) Abbas Aqqad iaitu “TIBA MALL”.

Sebahagian Aksi Pemain Bowling di MIBC

P3210093 web

P3210089 web

P3210091 web

Saya merasakan permainan bowling ini sesuai untuk riadah bersama keluarga kerana ianya tidak memerlukan banyak tenaga selain permainannya yang menarik dan santai. Sebelum itu kami menikmati hidangan makan tengahari di Radix Fried Chicken.

RFC

Sebahagian Gambar Ketika Di RFC

P3210069 web

P3210070 web

P3210071 web

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

16 Responses to “Bowling Time”

  1. etomyam says:

    bagus aktiviti dan riadah seperti ni..dapat eratkan silaturahim dan beramah mesra…dapat berapa kali strike ? :D
    etomyam´s last blog ..Plagiarism: Message from the Deputy Dean’s Office My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @etomyam, Ada rezeki lebih baru boleh buat. Strike 1 kali je :D

    [Balas Komen]

  2. marki says:

    lama bro haku xmain bowling..naik berabuk dah bola boling haku kat umah ..hehe
    marki´s last blog ..Faiza Alih – Bangsat neh datang memberi respon di blog Murkiester. My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @marki, Dah ada bola tu kena salu turun padang. Rugi wo simpan sampai berabuk ;)

    [Balas Komen]

  3. zik says:

    wah bagusnya … tapi tak pandai main bowling.. selalu masuk dalam longkang je.. malunya.. :-(
    zik´s last blog ..Mari berzikir! My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zik, Sebenarnya main bowling ni tak susah, campak je kat lane tu. Kekuatan balingan bukan segalanya, yang penting bola kena jalan lurus, melainkan pandai buat swinger :D
    Imran´s last blog ..Bowling Time My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

  4. suri says:

    salam petang..huhu..makan besar ni tuan imran..terliurlah pulak suri tegok dari sini..hehehe..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @suri, Makan besar bukan selalu pun. Sekali-sekala :D
    Imran´s last blog ..Keputusan SPM ITQAN Top 10 Di Negeri Sembilan My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

  5. atq_mualaf says:

    salam oooo projek rahsia yer…. xpe2 nti kitowng pun de projek rhsia besar punyer…..best la ust nyer projek…

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @atq_mualaf, Takde la rahsia sangat pun. Kalau betul-betul rahsia tak publish dalam blog :D

    [Balas Komen]

  6. Nikuve says:

    Nampak meriah.. sekali sekala beriadah macam ni seronok juga :)
    Belum pernah lagi saya main bowling, Berapa ya kena caj?
    Nikuve´s last blog ..Kereta Mercedes-Benz RM2 juta sebuah My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Nikuve, Caj main bowling ni tengok tempat. Kalau di MIBC harga biasa RM6.50 seorang untuk 1 game (10 kali baling). Kemudian caj untuk kasut RM2.50. Kalau di Mahkota Parade RM4.50 sahaja.

    Masa kami main di MIBC dapat harga student RM5,00 :D

    [Balas Komen]

  7. alifdalmim says:

    ustaz, jom main boling sesama..
    alifdalmim´s last blog ..:: Selamat Hari Guru :: My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @alifdalmim, Ada berani? MIBC jom :D

    [Balas Komen]

  8. husnul says:

    hu2… seronok ke men bowling ni ustaz.. x sangke plak bdak2 ni jd model utk promote super bowl ni.. hu3

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @husnul, Buat-buat tanya pulak, siap ajak sambung 2nd round :D

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 9 + 9 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv Enabled

Powered by WordPress | iFreeCellPhones.com has Free Cell Phone Deals. | Thanks to PalmPreBlog.com Palm Pre News, MMORPG and Fat burning furnace review