Syeikh Al-Azhar Meninggal Dunia

syeikh azhar(Syeikh Dr Mohamed Sayed Tantawi dalam kenangan)

KUALA LUMPUR, 10 Mac — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyampaikan ucapan takziah di atas pulangnya ke rahmatullah Syeikh Al-Azhar Syeikh Dr Mohamed Sayed Tantawi akibat serangan jantung semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Laporan agensi berita Al-Jazeera melaporkan Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh, ibu negara Arab Saudi selepas mengalami serangan sakit jantung.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar iaitu pusat pengajian sunnah yang tersohor di dunia Islam.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz berkata kematian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada dunia Islam dan ketamadunan kerana Allahyarham merupakan seorang tokoh ulama bertaraf antarabangsa.

“Allahyarham telah banyak memberi sumbangan dalam dunia keilmuan. Jakim khususnya selama ini banyak merujuk kepada pandangan dan pendapat Allahyarham di dalam perkara-perkara berkaitan penyelidikan Islam khususnya bidang kefatwaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Allahyarham banyak menabur jasa dan sumbangan dalam membantu Malaysia di dalam pendidikan dengan memberi ruang dan peluang pendidikan kepada para pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar.

“Jakim mendapat berita sedih ini melalui pegawai Jakim yang bertugas sebagai Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Abdullah Mat yang memaklumkan Allahyarham kembali ke rahmatullah ketika berada di Riyadh, Arab Saudi atas jemputan kerajaan Arab Saudi untuk menerima anugerah Al-Malik Faisal Antarabangsa,” katanya.  — Bernama

sumber

KAHERAH 10 Mac – Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi hari ini setelah mengalami serangan sakit jantung. Beliau berada di Riyadh untuk menghadiri majlis anugerah Raja Faisal malam tadi.

Tantawi, 82, sedang menaiki sebuah pesawat awal pagi ini apabila beliau berasa sakit lalu terjatuh di tangga, lapor stesen televisyen Mesir.

Beliau dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh di mana doktor mengesahkan kematiannya.

Jenazahnya dijangka dibawa pulang ke Kaherah, malam ini.

Tantawi dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada 1986. Beliau memegang jawatan itu selama hampir 10 tahun sebelum dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar pada 1996.

Pada tahun lepas, Tantawi mencetuskan kontroversi apabila beliau mengharamkan pemakaian niqab (purdah) di semua sekolah dan asrama untuk pelajar perempuan di bawah kendalian Al-Azhar.

Al-Azhar, sebuah kompleks universiti dan masjid berusia lebih 1,000 tahun adalah antara pusat pengajian Islam paling terkemuka di dunia dan mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir. – Agensi

Sumber

p/s : Mari sama-sama hadiahkan al-Fatihah pada roh ulama’ besar ini.

al fatihah 277x300

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

22 Responses to “Syeikh Al-Azhar Meninggal Dunia”

  1. kenwooi says:

    although i may no know him.. RIP..

    [Balas Komen]

  2. Anjung Web says:

    Al Fatihah… Kehilangan yang sukar dicari ganti :(
    Anjung Web´s last blog ..Apa itu Fedora ? My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

  3. ahmadyusrie says:

    betul2 terkejut bila dengar berita pagi tadi..
    kehilangan besar buat dunia Islam…

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Semuanya terkejut :o

    [Balas Komen]

  4. amirulfaiz says:

    Sesungguhnya, kita milik Allah. Sumber inspirasi yang sangat mengkagumkan buat kita semua. Al-Fatihah buat beliau.
    amirulfaiz´s last blog ..Sisa yang aktif radio. My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Kepadanya kita kembali

    [Balas Komen]

  5. Asraff says:

    Slm imran,

    den nk mintak tlg skit, den nak tukar theme blog den la, sbb theme lamo takleh kuarkan komen org….mano nak dapek them cam ko ni?

    tk.
    Asraff´s last blog ..SURAH YUSUF 3 : BUILD YOUR MENTAL STRENGTH WITH PROPHET YUSUF WAY! My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Beres.. Nanti den email ko :D

    [Balas Komen]

  6. Mus says:

    Al-fatihah…
    Semoga rohnya dicucuri rahmat
    Mus´s last blog ..Gambar – GADIS PEMBUANG BAYI Berjaya Ditangkap Polis di Kuching, Sarawak My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

  7. zik says:

    Alfatihah….pergimu, sukar dicari ganti, semoga ditempatkan golongan yang beriman.. insyallah
    zik´s last blog ..Hentian Puduraya ditutup 19 Mac ini! My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Walaupun dilanda pelbagai kontrovesi, tapi beliau tetap seorang ulama’ tersohor

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Sukar amat

    [Balas Komen]

  8. suri says:

    salam..semoga rohnya akan di tempatkan kpd insan2 yang gemilang ilmu agama nya..

    AL-FATIHAH…
    suri´s last blog ..Si Yo-yo Yang Comel (Part II) My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Amin…

    [Balas Komen]

  9. faizal says:

    salam..
    saya pun terkejut..cam tak percaya..
    pemergiannya pasti ditangisi dunia islam

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Saya dikhabarkan jenazah beliau dimaqamkan di Baqi’. Bukan mudah untuk dimaqamkan di sanan. Antara taman-taman syurga tu.

    [Balas Komen]

  10. kulanz says:

    Al-Fatihah untuk Allahyarham
    memang suatu kehilangan yang cukup besar
    kulanz´s last blog ..SEPULUH My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Kehilangan yang belum pasti ada pengganti sepertinya…

    [Balas Komen]

  11. Salam Imran ,

    Semoga Allah SWT .. mencurahkan RahmatNYA ke atas Syeikhul Al-Akbar Al-Azhar ini. Beliau mmg seorang yang amat komited di dalam pemikiran dan tindakan beliau. Saya mmg kagum akan beliau nie.

    Ya Allah , berikanlah kami kemuliaan sepertimana Engkau berikan kemuliaan kepada Hamba2MU yang soleh , Amin.
    Mohd Razil Zaini al-Hafiz´s last blog ..Nak Kejar Alexa Rank Bawah 200K! My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Mohd Razil Zaini al-Hafiz, Kalau tidak, masakan beliau dilantik sebagai Syeikh Al-Azhar :D

    [Balas Komen]

  12. suri says:

    salam petang sahabat semoga rohnya dicucuri rahmat..
    hurm kalu ada rzki mau juga Suri letakkan nama anak azhar sempena nama beliau..indah bukan.. :)

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @suri, Nama beliau bukan azhar. Syeikh Al-Azhar adalah gelaran. Nama beliau adalah : Dr Mohamed Sayed

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 6 + 6 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv Enabled

Powered by WordPress | iFreeCellPhones.com has Free Cell Phone Deals. | Thanks to PalmPreBlog.com Palm Pre News, MMORPG and Fat burning furnace review