Rancangan Realiti TV Terbaru Imam Muda

imam mudaPerkara ini saya perasan pada minggu lepas semasa menonton racangan kegemaran anak saya Indahnya Iman di saluran 106 Astro Oasis. Rupa-rupanya apabila saya membuat carian di google dan yahoo, pihak media sudah membuat liputan tentangnya di Harian Metro, Kosmo dan Mstar. Ini merupakan satu kelainan pada rancangan realiti TV yang dianjurkan di Malaysia.

Agak sukar bagi pengurusan sesebuah saluran televsiyen membuat keputusan untuk menyiarkan rancangan realiti berunsur keagamaan seperti ini. Kebanyakan rancangan yang diterbitkan lebih kepada hiburan seperti Akademi Fantasia, One In A Millione, Gangstars, Mentor dan sebagainya.Tahniah saya ucapkan pada pengurusan Astro Oasis. Sehingga hari ini, hanya 1 sahaja program realiti TV yang menarik perhatian saya iaitu Akademi Quran yang diterbitkan oleh TV9.

Nampaknya program realiti TV terbaru yang bakal diterbitkan oleh Astro Oasis ini akan menjadi rancangan kedua bakal diminati. Cuma saya tidak pasti waktu siarannya. Kalau boleh biarlah ia disiarkan pada waktu perdana antara 9.00 – 10.00 malam agar ramai yang menontonnya. Hadiah yang ditawarkan juga agak lumayan!! Sebuah kereta bernilai lebih RM150,000, pakej menunaikan haji, wang tunai RM20,000 serta komputer riba Apple Macpro dan peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi. Melalui maklumat yang saya baca, pemenangnya juga akan ditawarkan memegang jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

astro oasisKalau diikutkan hati memang teruja dengan hadiah yang ditawarkan, namun ianya tertakluk pada syarat berumur antara 18 hingga 27 tahun (tidak cukup syarat). Saya merasakan ini adalah peluang kepada individu yang berminat dengan bidang ini untuk mencuba nasib. Begitu juga ianya merupakan peluang bagi pelajar-pelajar Diploma Tahfiz yang telah menamatkan pengajian. Antara syaratnya lagi ialah memiliki penampilan menarik, memiliki asas pengetahuan agama yang baik, berpendidikan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mampu menghafal surah lazim dari Ad-Duha hingga An-Nas.

Bagi individu yang memiliki suara yang lunak, boleh menyanyi, berbahasa Inggeris dengan baik dan mempunyai aura kepemimpinan ianya merupakan satu kelebihan. Mungkin dengan adanya program realiti seperti ini akan membuka minat anak-anak muda zaman ini untuk menceburi bidang ini yang semakin sukar untuk dicari pelapis.

Uji bakat akan diadakan di tempat berikut :

  • 26 – 27 Mac di Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu
  • 2- 3 April di Masjid Zahir Negeri Kedah, Alor Star, Kedah
  • 10 – 11 April di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru
  • 17 – 18 April di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
pixel
share save 171 16
You can leave a response, or trackback from your own site.

80 Responses to “Rancangan Realiti TV Terbaru Imam Muda”

  1. TMUkmkd says:

    huh makin kreative manusia :D
    .-= TMUkmkd´s last blog ..Mana Tok Jogho? =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @TMUkmkd, Kreatif untuk perkara baik digalakkan :D

    [Balas Komen]

  2. kakchik says:

    salam. terima kasih atas perkongsian maklumat program ini. kalau tak terbaca tajuk di GB tadi kakchik pun tak tahu kewujudan IMAM MUDA ni. satu program yang bagus bagi kakchik daripada AF dan seumpamanya. moga-moga program sebegini bukan setakat nak menarik minat penonton yang kini semakin dahagakan program Islamik tapi punya matlamat jarak jauh iaitu kerana Allah.
    .-= kakchik´s last blog ..Konsert Jom Heboh di Kelantan cipta sejarah =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @kakchik, Tak banyak stesen TV yang sanggup buat realiti TV bercorak keagamaan di Malaysia. Kalau ada pun berhenti setakat 1 musim sahaja. Contohnya Akademi Nasyed. Alhamdulillah Akademik Quran masih berjalan sehingga musim ke-4. Mungkin mereka kekurangan penaja.

    Saya merasakan program IMAM MUDA ini akan menarik perhatian kerana ianya mempunyai tarikan tersendiri selain mampu melatih imam-imam muda baru :D

    [Balas Komen]

    muhammad fakhruddin Reply:

    @Imran, memang boleh dibilang dengan jari…Akademi Al-Quran, Akademi Nasyid,terbaru sebelum Imam Muda ialah Anak-Anakku

    Belum lagi dibanding sponsor yang dapat utk program begini dengan program realiti TV yang lain.

    Walaupun tak berpeluang jadi imam,cukuplah seronok melihat orang lain menjadi imam,apatah lagi yang bergelar imam muda :)

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @muhammad fakhruddin, Program anak-anakku tidak mendapat sambutan meluas kerana waktu siarannya dan disiarkan di RTM ;)

    p/s : Saya pasti dan yakin, ramai peserta imam muda (walalupun tersingkir peringkat awal) akan diambil sebagai imam di masjid-masjid sekitar wilayah :D

    [Balas Komen]

    kakchik Reply:

    @Imran, kakchik suka stesyen-stesyen tv dah mula banyakkan program Islamik tapi sayangnya waktu siarannya sangat tidak sesuai terutama ANAK-ANAKKU itu. InsyaAllah jika masyarakat makin memberikan sokongan dan stesyen tv pulak keudarakan program di waktu puncak, maka sokongan, tajaan akan mula bertambah. Kita doakan ia boleh diteruskan dan sambutan masyarakat bertambah.
    .-= kakchik´s last blog ..Jamuan Sup Belut =-.

    [Balas Komen]

  3. Luth Textile says:

    wahh, hadiah.. nanti jangan ada imam tangkap muat sudahla. cita2 nak hadiah dalam pertandingan dan jugak nak jawatan, tapi tak ikhlas.

    adoi, macam macam!
    .-= Luth Textile´s last blog ..Sertai Kontes : Releven ke tidak hadiah berbanding syaratnya? =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Luth Textile, Program belum disiarkan lagi. Nak tengok jugak macam mana juri-juri memilih bakal-bakal imam. Semestinya banyak indikator digunakan. Ianya merupakan satu revolusi dalam pemilihan imam.

    Mungkin ramai yang beranggapan bahawa calon-calon tertarik dengan habuan hadiahnya. Tetapi apakah kita terfikir betapa beratnya tanggungjawab imam?

    [Balas Komen]

    Luth Textile Reply:

    @Imran, bukan saya nak berbangga taupun nak bagitahu pada orang lain.

    saya merupakan anak seorang imam, ayah saya dilantik oleh maipp sebagai imam ditaman ni. memang besar tanggjawab seorang imam. imam bukan hanya tugas sebagai ketua solat tapi ia mesti serba boleh. handle tahlil, kenduri arwah, mandi orang mati dan lain lain lagi.

    apa yang saya kagum dengan ayah saya, dia memang serba boleh seperti yang saya nyatakan diatas tu.

    oleh disebabkan komitmen yang tinggi perlu diberikan kepada masjid dan masyarakat, ayah hampir2 tak mau pegang jawatan imam lagi dan disamping itu terdapat konspirasi orang belakang yang nak sangat jawatan yang ayah saya sandangi sekarang.

    orang hanya hendakkan jawatan dan juga elaun yang diberikan tanpa memikirkan tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul.
    .-= Luth Textile´s last blog ..Sertai Kontes : Releven ke tidak hadiah berbanding syaratnya? =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Luth Textile, Jawatan Imam menjadi rebutan sekarang apabila ditawarkan elaun yang tinggi sehingga golongan yang tidak sepatutnya dilantik. Saya setuju dengan kenyataan anda.

    Semasa terlibat dengan Kursus Profesionalisme Imam Peringkat Negeri Sembilan, hampir 50% imam dilantik kerana tiada calon lain ditempat tersebut. Ini menunjukkan betapa kurangnya pelapis imam. Kerajaan memberi saguhati elaun untuk menghargai imam, namum perkara sebaliknya terjadi. Perebutan dan pertelingkahan di masjid memang terjadi sekiranya ada campur tangan politik. Wallahu A’lam

    [Balas Komen]

  4. Loq says:

    Next year boleh la aku apply,mana tahu ada rezeki boleh terpilih.Nak jadi imam muda kena prepare betul-betul. :)
    .-= Loq´s last blog ..Ghathering Blogger di Dataran Pahlawan Melaka pada 28 Mac =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Loq, Cuba je tahun ni, tak payah tunggu tahun depan. Dapat masuk pun dah untung. :D

    [Balas Komen]

  5. pr67am says:

    Prnh sesekali tengok promote kt tv..x tahulh pulak hadiahnya sebegini hebat. Knp ye..x buat promote yg grand mcm af tu?

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @pr67am, Benda macam ni mana la nak promote sangat macam AF tu. AF lebih pada keuntungan syarikat penaja (MAXIS). So, mereka sanggup promote besar-besaran.

    [Balas Komen]

  6. faizal says:

    salam…
    moga2 rancangan cam ni dapat tumpuan generasi muda sbgmana rancangan2 hiburan realiti tv
    .-= faizal´s last blog ..Peperiksaan, Bersediakah Anda? =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @faizal, Harapannya begitulah. Nak tahu dapat sambutan atau tidak. Tunggu selepas berakhirnya rancangan ini. Sekiranya ada musim ke-2, maknanya dapat sambutan la tu :D

    [Balas Komen]

  7. etomyam says:

    program macam ni aku sokong banyak2 diadakan, ada banyak faedah dari program realiti sedia ada tu :D
    .-= etomyam´s last blog ..Latest Event: List of Tourism Events For April 2010 =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @etomyam, Mungkin masyarakat sokong. Cuma stesyen TV takut nak buat sebab tiada sponsor :D

    [Balas Komen]

  8. Mus says:

    Lebih berfaedah dari AF

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Mus, Berkali-kali ganda lebih berfaedah dari program realiti TV yang lain :D

    [Balas Komen]

  9. kulanz says:

    harap-harap rancangan ni membawa kesan yg baik, bukan saja masa program blangsung, tapi untuk selama-lamanya..
    .-= kulanz´s last blog ..Malubang dan Lagenda Kapal Nahkoda Supirak =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @kulanz, Insya Allah begitulah harapannya.

    [Balas Komen]

  10. Wan Perlis says:

    inilah yg kita mahukan.
    bukan rancangan yg melalaikan seperti akademi fantasial.
    bila la akademi fantasial ni nak dihentikan

    akademi Quran tahun ni ada x?
    .-= Wan Perlis´s last blog ..WanPerlis – ini blog baru saya =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Wan Perlis, AQ tahun ni ada, proses ujibakat telah bermula. AF pulak tidak akan berhenti selagi ada penyokong dan sponsor yang mengaut banyak keuntungan. huhu

    [Balas Komen]

  11. zik says:

    Program macam ini bagus, susah nak cari pelapis sekarang nie….masing2 duk tolak sesama masing2, masa nak jadi imam….
    .-= zik´s last blog ..Sambut Program Earth hour di kampung baru. =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zik, Kalau tolak menolak untuk jadi imam kira bagus la tu. Berebut-rebut :D

    [Balas Komen]

  12. suri says:

    salam..
    teringat ayah di kampung..sudah bersara dari melakukan kerja-kerja amal tersebut..Ya Allah panjangkanlah umur mrka berdua.Amin.
    .-= suri´s last blog ..Petua Menghilangkan Bintik Hitam =-.

    [Balas Komen]

    zik Reply:

    @suri, Insyallah …
    .-= zik´s last blog ..Y2k! =-.

    [Balas Komen]

  13. ahmadyusrie says:

    boleh la join eh ustaz imran…hehe
    bagus la ade program2 mcm ni….dpt imbangi semula program kat tv tu, asik hiburan je memanjang…

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @ahmadyusrie, Dah terlebih umur ;)

    [Balas Komen]

  14. syin says:

    kena baca khutbah ke…?
    aku setuju kalau yg tersinggkir tu tetap belajar dlm tu gak… kira sampai habis bljr dlm rancangan imam muda…tak masuk tv xpe.
    .-= syin´s last blog ..01 April 2010 =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @syin, Rasanya mesti. Itu salah satu ciri seorang imam. Maklumat lanjut tidak dapa dipastikan sebab program belum keluar di Astro. Masih dalam uji bakat :d

    [Balas Komen]

  15. hanief says:

    uhh..sy dh lpas dh interview..emm step pertama beres je stkat bc surah al fatihah berlagu dn ayat2 lazim..tp step kdua,uhhh!! pnat,speaking arabic,english..sape dpt kuasainya spnuhnya??emm..sape2 yg rsa dri nya hbat,sy cbar.. huhu

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @hanief, Tahniah buat saudara. Memang mencabar nampaknya sesi ujibakat imam muda. Semakin berminat dan tertunggu-tunggu kemunculan rancangan ini di astro oasis :D

    [Balas Komen]

  16. nuaeman says:

    Harap program ini berjaya.. dan lebih menggalakkan serta membuka jalan kebaikkan. Tidaklah kita asyik dibanjiri dengan program realiti yang melalaikan.. adik-adikku juga menraik tetapi seperti yang dikomen oleh rakan di atas waktu rancangan tidak sesuai.. jika mahu ramai yang mengikutinya eloklah ditayangkan di waktu perdana..

    salah satu realiti tv indon yang pernah menarik hati saya

    http://blog.nuaeman.com/agama/meh-dengar-tazkirah-dari-dai-dai-kecil-ni.html
    .-= nuaeman´s last blog ..Alfatihah buat Mior Ahmad Fuad ( Din Beramboi ) =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @nuaeman, Itulah masalah realiti TV berunsur keagamaan. Waktu tayangan yang sangat tidak sesuai. Contoh macam adik-adikku. Kemudian disiarkan di TV yang rating penontonnya agak rendah pula.

    p/s : Harap dengan kemunculan Program Realiti Imam Muda ni mencapai sasaran

    [Balas Komen]

  17. puteri says:

    memang menarik program ni.suami sy lahir 25/6/1982 layak lagi tak nak masuk? kalau ikut tarikh lahir, lum cukup 28 lg…

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @puteri, Boleh je kalau nak mencuba uji bakat.

    [Balas Komen]

  18. zulkifli bin achil says:

    saya mendapat info apabila pihak astro menghantar sms kepada saya. Saya pernah mewakili johor dalm musabqah alquran pkt kebangsaan sekolah sekolah malaysia dan syarahan agama. Selepas berhenti sekolah saya telah banyak berubah..?????kini saya terpanggil untuk menghadiri ujibakat dlm rancangan imam muda..kerana saya memenuhi criteria sebagaimana yang tertulis di atas. Namun selepas membaca syarat dari segi umur ternyata saya tak layak kerana umur saya telah menjangkau 30an…saya rasa ruginya..kerana skrg telah byk kemungkaran yang telah saya buat..saya ingin bertaubat krn allah tlh banyak menarik rezeki di atas perbuatan saya..sya redha..saya tetap akan menyokong program spt ini..pada tahun ini saya akan menyertai tilawah alquran peringkat mukim negeri johor mewakili kg saya felda sg sayong kulai johor.

    diharap pihak penerbit dapat mengadakan rancangan spt ini dengan membuka sedikit kelonggaran dari segi umur.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zulkifli bin achil, Tahniah kerana saudara amat berminat dengan program ini. Mungkin pihak penerbit mengutamakan golongan umur yang ditetapkan untuk mencari imam muda yang betul-betul muda.

    [Balas Komen]

  19. armin says:

    salam ust? bagaimana nak mohon?bila tarikh?kat mane?

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @armin, Tarikh semua dah ada dalam artikel di atas.

    26 – 27 Mac di Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu
    2- 3 April di Masjid Zahir Negeri Kedah, Alor Star, Kedah
    10 – 11 April di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru
    17 – 18 April di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur

    Di Kelantan tiada, kalau nak juga boleh pergi ke Kuala Lumpur sebab tarikh uji bakat di Terengganu dah lepas.

    [Balas Komen]

  20. armin says:

    di kelantan ada tak?

    [Balas Komen]

  21. aim says:

    sebelum ini..pada tahun ini ade program realiti yang mengetengahkn pendidikan dan agama selepas Aalquran dan nasyid..kalo perasan program adik-dikku di rtm…kerjasama dengan Jakim…baru melabuh tirai rancngn itu pada mac yg lepas…kalu nak tgk check kat website adik-adiku atau youtube search adik-adiku…

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @aim, Ada, tapi saya tak dapat nak tengok kerana waktu siarannya tidak sesuai. Final dibuat di dewan masjid wilayah kan?

    [Balas Komen]

  22. armin says:

    @Imran, apakah yang perlu dibawa semasa ujibakat?

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @armin, Bawa semua dokumen berkaitan :
    - Kad Pengenalan
    - Sijil-sijil persekolahan.
    - Sijil-sijil sokongan.

    Yang penting adalah sesi ujibakat :D

    [Balas Komen]

  23. armin says:

    syukran ust,jumpa kat sana esok ust…
    semuga Allah taala bg kekuatan untuk bangunkan agamanya

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @armin, Afwan, saya tidak terlibat dengan program ini. Selamat menjalani ujibakat :D

    [Balas Komen]

  24. rashid says:

    Sememangnya Astro ada kuasa untuk menjalankan program dakwah menerusi siaran TV, cuma satu chanel memang tak cukup..mungkin boleh ditambah program agama..
    .-= rashid´s last blog ..Pergi Mu Meninggalkan Kata-Kata Akhir. Al-Fatihah Kepada Allahyarham Achik Spin =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @rashid, Dah ada satu saluran pun dah dikira bagus. Daripada nak tunggu televisyen free buat saluran agama :(

    [Balas Komen]

  25. hafizmd says:

    Moge lebih banyak lagi program keagamaan yg mengisi slot di tv terutamanya pada waktu perdana..insyaAllah..
    .-= hafizmd´s last blog ..Abah..kami sayang abah =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @hafizmd, Rancangan ini pasti ditunggu-tunggu kemunculannya kerana sesi saringannya sahaja mempunyai 3 kali tapisan.

    [Balas Komen]

  26. Suraya says:

    Salam. Saya sangat bersyukur dengan usaha Astro Oasis yang peka kepada melahirkan modal insan yang seharusnya dijadikan idola remaja masa kini.
    Pihak kerajaan harus terlibat secara langsung mengawal penerapan nilai-nilai jati diri remaja hari ini yang bakal memimpin negara masa hadapan. Remaja-remaja hari ini adalah anak-anak para pemimpin kita hari ini. Sediakanlah mereka untuk memimpin anak-anak mereka.
    Apa kata, sediakan hadiah yang lebih menarik dari program realiti hiburan di mana mereka ini lebih berbaloi kita salurkan hadiah. Kuatkan juga peranan media dalam mempromosi idola dunia baru.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Suraya, Setakat hari ini. Hanya ada beberapa program realiti TV berkaitan keagamaan diketengahkan. Hadiah yang lumayan tidak akan menjadi masalah sekiranya program mendapat sambutan.

    Penaja akan melihat pada sambutan. Contohnya Akademi Quran, pada musim pertama kurang penaja. Tetapi memandangkan sambutan yang menggalakkan. Lihat musim ke-3, betapa lumayan hadiah yang ditawarkan :D

    [Balas Komen]

  27. yana says:

    alhamdulillah…saye dpt tahu mengenai program ini melalui ibu saye.program realiti tv spt inilah yg sbnrnye perlu ade dlm rncngan tv kite pd hari ini.sgt bgs utk tontonan remaje yg smakin rmai bermasalah pd hari ini.rancangan spt ini lah yg mampu mengisi kekosongan jiwa remaja kita pd masa kini. diharapkan pihak media memperbanyakkan rncangan yg berbentuk ilmiah spt ini.bkn lah sekadar rncangan hiburan kosong yg tiade faedah nye utk menambah nilai positiv dlm diri myrkt.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @yana, Pihak media nak fikir $$$$ sahaja :D . Saya kagum dengan kesungguhan astro dalam mempelbagaikan rancagan berbentuk keagamaan.

    [Balas Komen]

  28. rai says:

    salam
    tahniah kepada syakir kerana terpilih…kami tahu kamu sangat berbakat…so all da besr n buat la yg terbaik..barakallah…

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @rai, Tahniah juga kepada semua peserta. Bukan mudah nak jadi top 10 ni :D

    [Balas Komen]

  29. sh shazalifah binti johari says:

    Salam.,Tahniah Astro oasis dan penerbit imam muda.Diharapkan progam ini menjadi acara tahunan seperti rancangan-rancangan popular yang lain.Yang lebih menarik rancangan imam muda adalah rancangan kegemaran anak lelaki saya yg berumur 15th.Minta pihak oasis panjangkan waktu siaran rancangan ini.TAHNIAH IMAM MUDA!

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @sh shazalifah binti johari, Tahniah pada anak puan kerana meminati rancangan Imam Muda. Memang ada auranya yang tersendiri.

    p/s : Ini bukan web rasmi Imam Muda. Mungkin puan boleh email pada astrolife@astro.com.my

    [Balas Komen]

  30. Manjawa says:

    alangkah bagusnya sekiranya peserta diberi pakaian seperti pengetuanya, ustaz hassan. barulah menggambarkan ciri2 islam. ia juga akan kelihatan lebih sesuai.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Manjawa, Perkara ini juga bermain difikiran saya. Walaupun berpakai lounge suit tidak salah dalam etika pemakaian Islam. Tetapi adalah lebih cantik dan handsome sekiranya peserta Imam Muda mengenakan pakaian jubah. :D

    [Balas Komen]

  31. Ida says:

    Salam. Soalan mungkin tidak berkenaan dgn topik. Cuma ingin bertanya, sekiranya En. Imran tahu bagaimana utk menghubungi salah seorang peserta Imam Muda, ujibakat di Johor, no. penyertaan 0874, bertugas sbg jurutera di Singapura. (Beliau gagal utk melayakkan diri ke pusingan yg seterusnya). Segala makluman, diucapkan terima kasih.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Ida, Minta maaf, saya memang tidak tahu mengenai maklumat mereka. Rasanya butiran peribadi adalah dirahsiakan.

    [Balas Komen]

  32. takut kiamat says:

    Ada satu hadis Nabi kita Mumammad S.A.W…Baginda bersabda, akan datang pada akhir zaman satu ummat dimana mereka menjadikan Al-Quran dan Agama sebagai sumber untuk keduniaan semata-mata.Mereka mempelajari Al-Quran dan agama untuk mendapat nikmat dunia.Pada hari kiamat mereka akan dibangkitkan dengan wajah tidak berdaging.Hadis ini hadis sahih.Sedarlah wahai sahabat sekalian takutlah anda akan azab Allah kerana sesungguhnya azab Allah itu amat pedih.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @takut kiamat, Benar seperti yang anda katakan. Memang ada Hadis Sahih tersebut dalam kitab Adab Fi Hamalatul Quran. Cuma dalam bab mengambil upah mengajar al-Quran dan sebagainya ada perbahasan lanjut.

    Pendapat peribadi saya, rancangan ini tidak salah. Ianya adalah sebuah pertandingan mencari Imam yang berkaliber. Cuma, mungkin maksud tuan berkenaan hadiahnya??

    Wallah A’lam

    [Balas Komen]

  33. s.rosley says:

    Assalamualaikum..Tahniah dan syabas kerana satu program yg terbaik antara yang terbaik telah diterbitkan..khasnya utk warga muslim.Bagi saya , ini adalah satu reality program.yang sepatutnya telah wujud dari dulu lagi..ia adalah satu rancangan mengenai ilmu agama…IMAM MUDA…program ini dapat menambah ilmu penetahuan..baik dari para peserta mahupun penonton.APA PUN SAYA BERHARAP RANCANGAN INI JGN DISAMAKAN DGN AKADEMI FANTASIA..DIMANA SETIAP PESERTA DISINGKIRKAN…BAGI IMAM MUDA..SAYA BERHARAP PIHAK PENERBIT MEMBUAT SATU KELAINAN..DIMANA TAK ADA PENYINGKIRAN…TETAPI BERDASARKAN PUNGUTAN MATA DIBAWA HINGGGA KE PENGHUJUNG PROGRAM..DISINI SAYA RASA KITA PERLU BERSIKAP ADIL TERHADAP PESERTA..DIMANA MEREKA DAPAT BELAJAR HINGGA KE AKHIR RANCANGAN..TETAPI AMAT SEDIH SEKIRANYA MEREKA DI SINGKIR SETIAP MINGGU..KERANA MEREKA TAK AKAN DAPAT MEMPELAJARI SEGALA ILMU YG DI CURAHKAN KERAN TERKELUAR LEBIH AWAL…INI HANYALAH SATU PANDANGAN DARI SAYA YG MAHUKAN KELAINAN DARI PROGRAM REALITI YG LAIN…TERIMA KASEH

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @s.rosley, Rasanya pihak pengurusan Astro akan mengambil kira cadangan dari penonton ini.

    [Balas Komen]

    s.rosley Reply:

    @Imran, ini hanyalah cadangan dan pendapat saya,yg menentukan hala tuju rancangan ini hanyalah pihak Astro.saya rasa nak memilih wakil2 imam muda bukanlah perkara senang.tetapi yg terpilih sekarang adalah yg terbaik .dr yg terbaik.yg penting berilah,didiklah mereka agar ilmu dan pengalaman mereka boleh di manfaatkan di negeri mereka.SATU RANCANGAN YG PERTAMA KALI DI DUNIA..JANGAN JADIKAN IA SEPERTI RANCANGAN REALITI YG LAIN..KERANA DGN ITU IA TAK AKAN MEMBAWA APA APA MAKNA…..SAYA HARAP PIHAK ASTRO ATAUPUN TV9 DAPAT MENGUBAH RANCANGAN2 REALITI INI KERANA DISIARKAN PD WAKTU YG SAMA .IA AMAT MERUGIKAN MASYARAKAT ISLAM SENDIRI…IA SEOLAH2 SEPERTI PERTARUNGAN IMAM MUDA VS AKADEMI AL-QURAN…SEKIAN TERIMA KASEH…ASSALAMUALAIKUM..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @s.rosley, Tidak dinafikan apabila program disiarkan serentak akan mengurangkan jumlah penonton. Mungkin TV9 dan astro berebut rating. Tapi apakan daya, kita hanya sekadar penonton dan bukan pentadbir.

    Rasanya cadangan ini sudah banyak diterima pihak astro. Mudah-mudahan mereka dapat mempertimbangkan waktu siaran pada musim akan datang.

    [Balas Komen]

  34. izzat says:

    Alhamdulillah hr ini saya brtemu dgn peserta2 imam muda di pameran MIHAS 2010..terpancar wajah berseri para peserta dan masih terbayang riak dan gelagat mereka ptg td…tahniah ASTRO OASIS kerana berjaya menerbitkan rancangan yg sebegitu indah dan dpt mendidik segenap masyarakat di Malaysia…yang bestnya lg dapat ambil gambar dgn 2 peserta favourite sya iaitu NURI dan ASYRAF..semoga mereka akan menjadi IMAM MUDA 2010 AMIN….

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @izzat, Tahniah kerana berkesempatan bertemu dengan Imam Muda. Memang program ini unik kerana berjaya menarik perhatian media antarabangsa.

    [Balas Komen]

  35. izzat says:

    jika diizinkan Tuhan saya ingin benar bertemu mereka buat kali kedua…jikalau boleh pihak astro membenarkan mereka berhubung dgn saya melalui FaceBook kerana saya ingin mengikuti perjalanan mereka seharian secara lbh dekat dan peribadi,,

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @izzat, Setahu saya, pihak astro tidak mengizinkan Imam Muda berhubung dengan dunia luar semasa berada di dalam rancangan.

    Malahan, bagi yang mempunyai akaun facebook pun terpaksa ‘deactivate’ akaun kerana rancangan berlum berakhir.

    [Balas Komen]

  36. sa pits says:

    Alhamdulillah hr ini saya brtemu dgn peserta2 imam muda di pameran MIHAS 2010..terpancar wajah berseri para peserta dan masih terbayang riak dan gelagat mereka ptg td

    sa pits
    Webmaster, ritani.com
    engagement rings

    [Balas Komen]

  37. Imran there should be more blogs like this. We need more blogs which you talk about real Islam.

    [Balas Komen]

  38. finaz says:

    assalamualaikum.pmulaan kta sy nk ucap kn syabas kpd astro akhir nye dpt mlhirkn stu program yg amat brmnfaat wat rmja ari ini.mskipun sy jrang mnonton rncngn ni nmun bg sy rncngan ni pnuh dngn ilmu slain itu dpt mendidik jiwa pemimpin di dlm jwa gnerasi mda kni trutma nye rmaja lelaki dan sdkit sbnyk jgak mnbntu memupuk nilai2 murni di dlm bdya kte yg kni leka.dhrap program sprti ini dpt dtruskn lg dgn jya nye amin……

    [Balas Komen]

  39. Miniclip says:

    Aalquran dan nasyid..kalo perasan program adik-dikku di rtm…kerjasama dengan Jakim…baru melabuh tirai rancngn itu pada mac yg lepas…kalu nak tgk check kat website adik-adiku atau youtube search adik-adiku… Miniclip, Starfall, Funbrain
    Miniclip´s last [type] ..Avatar Fortress Flight 2

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 6 + 4 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music