Adakah anda peminat setia Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia [IKIM]? Walaupun ramai yang mempunyai pendapat Pro & Kontra mengenai kewujudan radio ini. IKIM.fm adalah satu-satunya radio yang berunsurkan Islam di Malaysia. Banyak program-program yang menarik disiarkan di IKIM.fm ini diantaranya :
- Tafsir Al-Quran
- Furqan
- Hayya Bil Arabiah
- Durus Arabiah
- Tafakuh Fiddin
- Taklimul Quran
- Tadarus Al-Quran
- Pondok Warisan
Lihat senarai program penuh di : Jadual Program IKIM.fm
Saya amat tertarik dengan program “Pondok Warisan” yang baru sahaja disiarkan di IKIM.fm mulai tahun 2010 ini. Rancangan ini diterbitkan dengan tujuan untuk menghidupkan kembali kaedah belajar secara bertalaqqi (menadah kitab) seperti yang telah diamalkan di pondok-pondok sejak zaman datuk nenek kita dahulu. Kitab yang digunakan untuk program Pondok Warisan secara talaqqi ini adalah kitab Muniatul Musalli karangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatoni.
Kitab ini akan dibahaskan oleh Dr. Abdul Basit Bin Hj. Abdul Rahman. Beliau merupakan pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Beliau mempunyai blog peribadi iaitu : Abu Anas Madani.
Sejarah Pendidikan Dr. Abdul Basit Bin Hj. Abdul Rahman.
- Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan
- BA (Syariah) Universiti Islam Madinah
- MA (Syariah) Universiti Islam Madinah
- Ph.D (Syariah) Universiti Islam Madinah
Slot ini disiarkan selama 1 jam setiap hari Isnin dari pukul 10.00 – 11.00 malam. Saya amat mengesyorkan agar anda dapat meluangkan masa mendengarnya kerana topik dan perbahasannya amat menarik.
p/s : Amat malang IKIM.fm tiada dalam saluran radio astro. Saya terpaksa mendengar program ini di dalam kereta.




April 7th, 2010
Imran 


Posted in
Tags: 










menarik, nak cuba dengar jugak..nampak gaya kena dalam kereta jugak lah saya pun
.-= etomyam´s last blog ..Me And My Boss…What To Do Maa! =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 8th, 2010 at 4:14 PM
@etomyam, Haha, rumah saya takde radio. Nak dengar IKIM.fm terpaksa la dok dalam kereta.
[Balas Komen]
Frantz-Senpai Reply:
April 18th, 2010 at 11:42 PM
@Imran, haha.. kat dalam komp bleh dengar bro.. cari software nie: malaysian radio v3 dekat cybernetic88.com
.-= Frantz-Senpai´s last blog ..Google multi-column =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 19th, 2010 at 3:44 PM
@Frantz-Senpai, Malas la nak install software ni. Dengar kat jalinanukhuwah sudah
[Balas Komen]
ramai orng complain tentang ikim.fm xde kat astro..kalu ada kan lagi mudah
.-= faizal´s last blog ..Beautiful Blogger Award dan Top Blogger Award 2010 =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 8th, 2010 at 4:13 PM
@faizal, Tu yang pelik. Mentang-mentang la tiada nilai komersil. huhu
[Balas Komen]
Kena pd jam nya..sambil berinternet lyn Pondok Warisan di Malaysian Radio V3. Terimakasih info..
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 8th, 2010 at 4:10 PM
@pr67am, Ada streaming online ke IKIM.fm ni?
[Balas Komen]
pr67am Reply:
April 8th, 2010 at 11:13 PM
@Imran, Yeah..mcm2 ada..Terimakasih pd Tuan Programer cybernetic88 atau rujuk http://www.cybernetic88.com/2009/07/malaysian-radio-v3.html
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 9th, 2010 at 7:01 AM
@pr67am, Terima kasih. Tak payah dengar radio dalam kereta lagi lepas ni
[Balas Komen]
Malaysia ini negara Islam hanya pd nama sahaja.. dah lanjut usia baru nak sibuk buat itu lah ini lah.. yg aku ni pulak nak marah2 x tentu pasal aku pun x tau nape.. hehehehe…
btw.. sy cadangkan radio unsur islam sebegitu harus diperbykkan lagi lah..
.-= Hafiz Mohd´s last blog ..Adamaya Slot Akasia TV3 =-.
[Balas Komen]
luth textile Reply:
April 8th, 2010 at 10:42 AM
@Hafiz Mohd, kalau dibanyakkan lagi pun kalau rakyat sendiri taksub dan terlampau obeses pada hiburan pun tak ada gunanya.
buat masjid beribu buah sekalipun, tapi jemaah yang hadir tu sikit tak guna jugak..
tak terfikir, apa dia fungsi dan peranan JAKIM, Tabung Haji dan Pusat Urus Zakat di Malaysia. tu tak melambangkan pelaksanaan islam dalam pemerintahan ke?
bukan pada nama saja..
.-= luth textile´s last blog ..4 Perkara yang perlu dielakkan ketika blogging =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 8th, 2010 at 4:02 PM
@luth textile, Adeh… luth tak tahu fungsi JAKIM, Tabung Haji dan Pusat Zakat? Boleh google laman web berkaitan untuk mengetahui fungsinya.
Mengenai radio IKIM.fm itu merupakan 1 alternatif kepada pengguna yang tidak suka pada hiburan. Alhamdulillah ada juga radio seumpamanya di Malaysia. Macam mana rakyat tak taksub dan obses pada hiburan? Hari-hari kita disajikan dengan hiburan. huhu
Masjid banyak tapi jemaah tak ramai bukan salah masjid dibina. Ianya salah gerakan dakwah yang tidak dijalankan dengan baik. Kalau tiada masjid lagi masalah
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 8th, 2010 at 4:04 PM
@Hafiz Mohd, Islam pada nama pun kira ok lagi Malaysia ni. Kalau nak dibandingkan dengan Turki.
Radio IKIM.fm ni pun dah bagus, cuma perlu diperkasakan isi kadungan rancangannya. Sampai macam-macam lagu berkumandang di IKIM.fm
p/s : Di Mesir ada 1 saluran radio khas untuk bacaan Quran sahaja
[Balas Komen]
program seperti ini patut diperbanyakkan!
.-= Mus´s last blog ..PROMOSI TAK MASUK AKAL – DOMAIN.com Cuma 99 SEN Sahaja. =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 9th, 2010 at 6:58 AM
@Mus, Memang betul, asyik hiburan yang melalaikan sahaja disiarkan di radio-radio. Masyarakat memerlukan alternatif.
[Balas Komen]
IKIM.FM memang radio fav.Paling banyak dengar waktu pagi lah sebelum ke sekolah.Memang bagus IKIM.FM.Radio macam ni perlu diperbanyakkan lagi di Malaysia
.-= Loq´s last blog ..Trailer Filem Hooperz =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 9th, 2010 at 6:59 AM
@Loq, Waktu pagi selalu banyak isu panas
kadang-kadang deejay terpaksa cut line
[Balas Komen]
Insyallah… biasa dengar Ikim biasa nak dengar nasyid… (setiap hari ,Isnin dari pukul 10.00 – 11.00 malam)… ada dia punya siaran ulangan??
.-= zik´s last blog ..Cara Menghadapi Persaingan dalam business (perniagaan), Tanpa Menurunkan Harga =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 9th, 2010 at 7:01 AM
@zik, Kadang-kadang ada jugak lagu yang bukan Nasyid on-air. Rasanya ada siaran ulangan, tapi tak pasti. Sambil online pun boleh dengar
[Balas Komen]
zik Reply:
April 10th, 2010 at 12:31 PM
@Imran, kalau online macam ne ek??? dari laman webnya??
.-= zik´s last blog ..Wikipedia bukan sumber rujukan yang sahih?? =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 11th, 2010 at 8:09 PM
@zik, Untuk mendengar streaming radio online boleh pergi ke sini : http://www.cybernetic88.com/2009/07/malaysian-radio-v3.html
[Balas Komen]
salam minta juga bukak radion ni..lebih2 lagi jika bab pasal belajarr bahasa arab..dan nasyid
.-= suri´s last blog ..Tips Mengatasi Masalah Dengkuran =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 9th, 2010 at 7:03 AM
@suri, Belajar bahasa arab mudah dengan Cikgu Norli dan Mas. Kalau Haiya Bil Arabiah tu dah tinggi sikit.
[Balas Komen]
suri Reply:
April 9th, 2010 at 8:50 PM
@Imran, benar tu..kita kalu nak bljar sesuatu ilmu mesti ada gurunya kan..huhu .terima ksh imran atas maklmut atas suri amat harginya sekali.
[Balas Komen]
ni aku biasa dengar nie,,best gak……psst : ingin nak kuasai bahasa arab denga lebih dalam
.-= ishak´s last blog ..Temuramah paling sewel didunia =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 9th, 2010 at 7:05 AM
@ishak, Sekarang dah banyak kelas belajar Bahasa Arab yang dianjurkan. Begitu juga dengan buku-buku Bahasa Arab. Kitab “Muniatul Musolli” ni bukan dalam Bahasa Arab.
[Balas Komen]
Salam,
Satu info yg bagus ni. Saya pun dalam umah tkde radio gak…hmm,lps ni cuba carik siaran dlm kereta la nmpaknya…sambil2 ke tempat kerja,sempat juga ambil ilmu dari radio tersebut….
.-= Nozi´s last blog ..Buat duit dengan blog =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 10th, 2010 at 7:46 AM
@Nozi, Boleh cari url kat komentar di atas untuk streaming online. Tak payah susah-susah dengar radio dalam kereta
[Balas Komen]
hhohoo…biasa dgr ikim dlm kereta je…kadang2 kat internet..kadang2 down gak..hehe…
line tak berapa clear kat umah…blh la radio ikim ni..ada gak rancangan ulangan skali skala..hehe.
.-= syinrayafa´s last blog ..Siapakah Amee duet Melly Goeslow ? =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 13th, 2010 at 3:43 PM
@syinrayafa, Tak silap saya, siaran ulangan pada hari Jumaat. Untuk alternatif online radio IKIM.fm boleh dengar di jalinanukhuwah.com
[Balas Komen]
Terkadang siarannya kurang jelas walau telah lama juga beroperasi
p/s:menunggu kemunculan Hijrah tv pula
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 16th, 2010 at 6:48 PM
@nuaeman, Kurang jelas sebab masalah teknikal kot
[Balas Komen]
Rancangan pondok warisan adalah rancangan yang amat saya minati kerana saya tidak meninggalkannya semenjak Dr. Abdul Basit Bin Hj. Abdul Rahman mengajar.
Semoga apa yang kita lakukan sentiasa diberkati oleh Allah SWT.
[Balas Komen]
Imran Reply:
August 14th, 2010 at 8:07 PM
@AZMIE, Insya Allah pada 27 Ogos 2010 ini, Dr Abdul Basit akan hadir ke program Nuzul al-Quran di Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan. Jemput hadir beramai-ramai….
[Balas Komen]