Akhirnya kesemua 10 orang peserta Rancangan Realiti Imam Muda di Astro Oasis diumumkan oleh Pengurus Saluran Astro Oasis : Tuan Hj Izelan Basar berkata, “Saya bagi pihak Astro Oasis berasa amat bersukur ke atas penerimaan orang ramai terhadap program siri pencarian; IMAM MUDA yang julung-julung kali diadakan di saluran yang sememangnya amat sinonim dengan penerbitan program-program yang mempunyai unsur-unsur pembelajaran dari sudut kerohanian dan pengetahuan ilmiah.
Senarai 10 Peserta Imam Muda
- Ahmad Syakir Zamri, 19 tahun (Kelantan)
- Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21 tahun (Kedah)
- Nik Muhammad Adib Md Amin, 22 tahun (Kelantan)
- Amiril Md Banin, 25 tahun (Kuala Lumpur)
- Nuri Ali Arbain, 25 tahun (Pahang)
- Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 tahun (Pulau Pinang)
- Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26 tahun (Negeri Sembilan)
- Sharafuddin Suaut, 26 tahun (Sarawak)
- Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 tahun (Kedah)
- Mohd Taufek Mohd Noh, 27, tahun (Johor)
Majoriti peserta yang datang mencuba nasib di empat buah zon sesi ujibakat di serata pelusuk negeri mempunyai bakat dan memenuhi kriteria untuk diketengahkan sebagai calon Imam Muda. Walau bagaimanapun, hanya sepuluh orang yang terbaik dipilih untuk diserap dan menerima pembelajaran di bawah bimbingan Mudir (pengetua) dan dua orang Mursyid (mentor).
Sepuluh orang calon Imam Muda yang dipilih pada kali ini datang dari latar belakang kerjaya, keluarga, pendidikan, perwatakan, negeri dan status yang pelbagai. Paling mengujakan saya, peserta Ahmad Hazran bin Ahmad Kamal dari Negeri Sembilan adalah bekas pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan.
Selain dari pengumuman calon-calon Imam Muda, Yang Berbahagia Uztaz Hj Dzulkarnain Hj Hamzah atau lebih dikenali sebagai Uztaz Zul di kalangan penonton-penonton setia Astro Oasis melalui program Kalam Suci turut diumumkan sebagai pengacara bagi program ini. Ilmu Uztaz Zul yang meluas dalam bidang hal ehwal dan keagamaan adalah penting dan akan digunakan di sepanjang program ini berlangsung.
Rangkaian program-program Imam Muda akan mula bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) melalui Imam Muda – Ujian pada 24 dan 25 Mei 2010, Isnin dan Selasa, jam 6.30 petang yang akan memaparkan senario menarik yang berlaku di sepanjang sesi uji bakat yang berlangsung di kesemua empat zon yang terpilih. Penonton juga dapat menyaksikan bagaimana kesemua calon-calon Imam Muda yang terpilih ini mengikuti kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Mudir (pengetua) dan Mudir (mentor) melalui program Imam Muda – Kapsul pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.55 petang.
Pada setiap minggu, calon-calon Imam Muda kemudiannya akan disatukan di dalam program Imam Muda yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. Program ini bakal menentukan nasib calon-calon Imam Muda sama ada mereka akan terus diserap dan dibimbing bagi menjadi seorang Imam Muda yang terunggul atau mengambil jalan berbeza.
Selain dari bersiaran di saluran rasmi; Astro Oasis (saluran 106), program Imam Muda memberi pendekatan yang berbeza apabila tiga buah saluran dari pakej keluarga yang lain seperti Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Astro @15 (saluran 109) akan turut menyiarkan episod pertama program Imam Muda serentak pada 28 Mei 2010.
Bukan itu sahaja, Astro Prima dan Astro @15 akan terus memberi sokongan mereka untuk menyiarkan program Imam Muda bagi episod kedua dan ketiga serentak dengan siaran Astro Oasis. Astro @15 pula akan terus menyokong untuk menyiarkan kesemua episod Imam Muda serentak dengan siaran di Astro Oasis untuk sepuluh minggu.
IMAM MUDA adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.
Calon-calon IMAM MUDA yang telah terpilih ini akan dihimpunkan di Asrama Masjid Wilayah Persekutuan selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh agama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

Selain itu, mereka juga dikehendaki untuk menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.
Kesemua calon-calon IMAM MUDA ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.
Yang Berbahagia Dato’ Hasan Mahmud Al Hafiz, mantan Imam Besar Masjid Negara telah diamanahkan untuk menjadi Mudir (pengetua) yang akan membimbing calon-calon Imam Muda inidan dibantu oleh dua orang Murshyid (mentor) iaitu Uztaz Hj Shahrizan Hj Daud At Turabi Ketua Imam di Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa dan Uztaz Syed Norhisyam Al Idrus seorang penceramah bebas yang juga pernah terlibat dalam pelbagai program TV berunsurkan ilmu Islam.




May 18th, 2010
Imran 


Posted in
Tags: 










salamun alaik,semoga berjaya buat semua peserta!!
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 19th, 2010 at 1:49 PM
@Ahmad Syaher Bin Zamri, Tak sabar nak tunggu episod pertama
[Balas Komen]
Assalamualaikum….
semoga saudara sekalian bersemangat dlm menimba ilmu baru….
semoga di berkati Allah…insyaAllah..
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 19th, 2010 at 1:50 PM
@Qa, Harap rancangan ini menjadi perintis dalam program realiti yang bermanfaat.
[Balas Komen]
Moga rancangan ni dapat beri banyak manfaat, bukan saja kpd peserta, juga kepada penonton..
.-= kulanz´s last blog ..Bung Mokhtar Dihukum Penjara kerana Poligami Tanpa Kebenaran =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 21st, 2010 at 5:47 PM
@kulanz, Harapannya begitulah. Rancangan baru, kena tengokm dulu macam mana.
[Balas Komen]
salam..
oh yang paling muda usianya 19tahun yer..bagus, semoga usaha ini akan melahirkan pelapis iman yang terbaik di malaysia sebaris dengan imam2
masjid negara lain
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 21st, 2010 at 5:48 PM
@suri, Yup, itu salah satu objektif rancangan imam muda diterbitkan.
[Balas Komen]
Bagus rancangan ni. mesti tak ramai yang tau termasuklah saya..
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 21st, 2010 at 5:49 PM
@zool, Boleh tengok dalam guide astro oasis
[Balas Komen]
salam
tahniah kpd syakir kerana terpilih….kami semua tahu yg kamu sangat berbakat…so all da best n buat yang terbaik…barakallah…
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 21st, 2010 at 5:50 PM
@rai, Salam, kita tengok dalam episod pertama nanti
[Balas Komen]
semua nya umor 20 keats,sorang je yg 19 thn..huhu
.-= apiih´s last blog ..Final Is Coming!! =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 21st, 2010 at 5:51 PM
@apiih, Itulah cabaran dalam mencari Imam Muda ni
[Balas Komen]
baguslah… program yang berfaedah dan patut diadakan pada awal2 fenomena rancangan realiti tv kt malaysia ni..
.-= Luth Textile´s last blog ..Dari manakah kita nak nilai seseorang itu orang yang baik? =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 21st, 2010 at 5:52 PM
@Luth Textile, Memang diakui fenomena rancangan realiti ni satu kelebihan jika digunakan secara bijak
[Balas Komen]
harap pihak yg berkenaan meneruskan usaha mereka dgn cara ini. jgn asyik bykkan rancangan realiti nyanyian saja ya? Alhamdulillahh ada seoarang anak Sarawak yg terpilih..HAHA bukan senang ini..semuga berjaya buat semua!!
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 21st, 2010 at 5:52 PM
@Hafiz Mohd, Kita sebagai penonton pun kena sokong juga
Tahniah buat semua calon top 10 Imam Muda
[Balas Komen]
Semoga maju jaya kepada semua peserta!
.-= Loq´s last blog ..Terlupa tanggungjawab sebentar =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 21st, 2010 at 5:53 PM
@Loq, Amin….
[Balas Komen]
Nuri kitorang doakan anta berjaya amin….
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 21st, 2010 at 5:53 PM
@ummiaiman, Ramai juga peminat Imam Muda ini. Aminnn…
[Balas Komen]
kepada
Nuri Ali daripada pahang….
kitorng sentiasa doakan anta berjaya…. amin
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 21st, 2010 at 5:54 PM
@ummiaiman, Harapannya begitulah… Amin
[Balas Komen]
wajib tengok….saluran oasis..
.-= zik´s last blog ..Adab berzikir =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 11:55 AM
@zik, Kena tengok AQ dulu, hari sabtu baru tengok ulangan Imam Muda pukul 2.15 petang
[Balas Komen]
apakan daya…xde astro T_T…
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 11:56 AM
@kerol halim, Adeh… takkan nak tengok kat kedai mamak pulak :p
[Balas Komen]
Salam Imran. Memang program ni realiti TV yang baik. Akan banyak imam muda yang menjadi pelapis profesional nanti.
.-= Motivasi Kerja´s last blog ..Anugerah Bakat =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 11:58 AM
@Motivasi Kerja, Insya Allah. Kita sekarang pun dah kekurangan pelapis yang boleh jadi pengganti imam-imam senior di kampung-kampung dan di mana-mana sahaja masjid.
[Balas Komen]
Assalamualaikum.
Rancangan yang bagus untuk masa depan Islam.
Tahniah kepada pihak terbabit.
.-= RasaHatiku´s last blog ..Doa Ibu =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 11:59 AM
@RasaHatiku, Tahniah juga pada penonton yang memberi sokongan dengan menonton rancangan tersebut.
[Balas Komen]
salam..
oh esok baru nak start rupanya..
ingatkan dah terlepas episod..
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 11:59 AM
@botak, Kalau terlepas boleh tengok siaran ulangan pada hari Sabtu 2.15 petang
[Balas Komen]
lagi bagus program ini diteruskan lagi pada masa akan datang sebab ianya memberi faedag kepada masa depan orang islam kita dinegara ini..daripada diorang buat af tu…kan bro
.-= ishak´s last blog ..Lonely boleh menyebabkan kita menjadi loser ? =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 12:00 PM
@ishak, Memang jauh sangat bezanya dengan AF yang tidak berfaedah tu. Seperti langit dan bumi. huhu
[Balas Komen]
salam syakir…semoga berjaya…x sangka..dulu tengok kecik lagi..cepat betul masa berlalu..syahir kat mana skrg?
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 12:01 PM
@rosma, Salam, manusia makin meningkat umurnya. Maaf, saya bukan syakir. Cuma menulis entri ini di blog sahaja
[Balas Komen]
salam..
kat kg suri dah kurang pelapis imam muda..skrg byk org2 tua shja yang kurg sht..huhu..ayah pula baru shja bersara..
p/s jemputlah ke blog suri
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 12:01 PM
@suri, Kalau boleh kesemua 10 imam muda ni diambil jadi pelapis. Bukan mudah nak jadi top 10 finalist imam muda ni.
[Balas Komen]
apa hadiah kepada pemenang..?
.-= boss´s last blog ..Monday Blues dan Malas update blog? =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 12:05 PM
@boss, Hadiahnya agak lumayan juga. boleh rujuk pada entri ini http://www.imranshamsir.com/pengumuman/rancangan-realiti-tv-terbaru-imam-muda/
[Balas Komen]
salam semua..
kenapa siaran Imam Muda sama dengan siaran AQ???
AQ dah musim ke 4 bersiaran pada jumaat 9 malam..
saya peminat setia AQ.. dan saya teringin menjadi salah seorang peminat siaran Imam Muda..tp kalau waktu yg sama.. susah la menghayati.
kalau ade kenalan di Astro..mohon adjust siarannya ke hari lain..
wsalam
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 12:07 PM
@khairul azzam, Salam, saya pun tidak pasti mengapa waktu siarannya sama. Cuma saya ada 1 cadangan. Tengok AQ dulu pada hari jumaat sebab AQ tiada siaran ulangan.
Imam muda ada siaran ulangan pada hari Sabtu 2.15 petang
[Balas Komen]
Ahmad Hazran Bin Ahmad Kamal kami tetap menyokong perjuanganmu dan mendoakan kejayaan mu di Imam Muda..Semoga Berjaya dan Allah merahmati perjuanganmu.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 12:09 PM
@nadiera, Saya juga teringin melihat bekas pelajar ITQAN ini berjaya menjadi pemenang Imam Muda yang pertama.
[Balas Komen]
Ahmad Hazran Bin Ahmad Kamal kami sentiasa mendoakan kejayaanmu..semoga Allah merahmatimu
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 12:09 PM
@nadiera, Aminnnn!!
[Balas Komen]
semoga ustaz hizbur terus berjaya…ain disini sentiasa mendoakan ustaz
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 12:10 PM
@hizbur, Sama-sama mendoakan kejayaan mereka
[Balas Komen]
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan tahniah kepada Abe Shara (Sharafuddin b Suaut) yang mewakili Sarawak kerana terpilih sebagai peserta dalam Rancangan Realiti Imam Muda 2010.
Kepada ibunya, Puan Rosani Bt Hussien yang sejuk mengandung Abe Shara selama 9 bulan 10 hari dan juga sebagai guru Kelas Iqra’ dan Al Quran, Pujut Tanjong Batu, Miri, Sarawak, saya selaku anak murid mengucapkan tahniah atas pencapaian tahap peserta terpilih kepada Puan Rosani dan anaknya, Abe Shara.
Kami diMiri, Sarawak pasti menanti dan akan mengikuti rancangan ini serta memberi sokongan padu kepada Abe Shara, insyaAllah.
Kepada semua peserta Imam Muda – Selamat berjaya dan semoga rancangan ini diteruskan sehingga bila-bila. Pertingkatkan program dan rancangan yang lebih bermanfaat, berkualiti dan berilmu akhirat disaluran tv agar anak-anak muda Islam terus menjadi pemimpin yang disegani. Wassalam.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 12:11 PM
@aminah bt mohamad, Tahniah juga pada semua peserta. Bukan mudah untuk melepasi tapisan menjadi top 10 finalist imam muda.
Ramai yang tertunggu-tunggu program ini. Nampaknya akan ada Imam Muda siri 2
[Balas Komen]
Alhamdulillah. Setakat ni, dah tgk sesi pemilihan, sungguh menarik dan pelbagai ragam peserta. Cukup tertarik ngn rancangan seperti ini. Lebih memberi kepuasan dan manfaat berbanding rancangan realiti lain. Moge diteruskan..insyaAllah..sama2 kite nantikan 1 episode..
p/s – Tertarik juge dgn juri imam masjid jame’ KL..sungguh bersahaja..
.-= hafizmd´s last blog ..5 sebab kenapa 45,000 kakitangan awam tipu sijil cuti sakit =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 2:53 PM
@hafizmd, Ada 1 peserta yang tak puas hati kerana tak terpilih. Siap marah-marah juri kenapa tak pilih dia. Memalukan!! Eloklah Allah dah tunjuk sikap sebenar dia diawal-awal sesi pemilihan lagi.
[Balas Komen]
hafizmd Reply:
May 31st, 2010 at 12:12 PM
@Imran, oh..yg katekan dirinya imam terawih 2 tahun tuh ker? mmg memalukan..boleh plak nak argue dgn imam yg lebih berpengalaman..siap cakap, kalau boleh, nk mintak juri plak yg bace..die jadik juri..subhanallah..Allah dah tunjukkan sikap sebenar die..
.-= hafizmd´s last blog ..5 sebab kenapa 45,000 kakitangan awam tipu sijil cuti sakit =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 1st, 2010 at 7:05 AM
@hafizmd, Alhamdulillah beliau tidak terpilih. Kalau terpilih, nanti juri Imam Muda pulak yang dipersoalkan
[Balas Komen]
semoga..
diam shaja tuan rumah ni.kurang sihat ke? harap2 entri lepas ni akan lebih bayak di kupaskan kelak
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 2:55 PM
@suri, Salam, saya sihat je suri. Sibuk dengan kursus da tugasan. Tak sempat nak melawat blog kawan-kawan lain. Nak balas komen ni pun terkial-kial.
p/s : Bilalah streamyx nak masuk line kat rumah ni
[Balas Komen]
walaupun saya tak menentang rancangan Imam Muda ni, tapi saya tetap tak bersetuju dengan Astro. Akademi Fantasia masih wujud.
Seolah-olah kebaikan dibuat untuk menutup kemungkaran. Jadi apa hukumnya orang yang bekerja dengan Astro?
.-= zahida´s last blog ..Sedap ke makan kelawar? =-.
[Balas Komen]
mie Reply:
May 27th, 2010 at 9:42 PM
@zahida, nak wat gane
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 3:19 PM
@mie, Mungkin beliau ada pandangan lain
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 3:01 PM
@zahida, Mungkin ada benarnya pandangan saudari zahida. Sama macam bank juga, bank konvesional yang buka kaunter syariah adalah berbeza sama sekali dengan Bank Islam sepenuhnya.
Rancangan Imam Muda ni bukan untuk menutup kemungkaran. Ianya berniat baik. Cuma astro perlu menghapuskan rancangan yang tidak berfaedah kepada
merekamasyarakat.[Balas Komen]
saya doakan asyraf dapat menang…semoga dirahmati allah
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 3:01 PM
@syabina begum, Ramai juga penyokong beliau
[Balas Komen]
Dah terlepas pulak nk tgk haritu. mybe nk tgk 28hb ni. harap rancangan ni dpt menjadi pencetus untuk org muda tampil sebagai pemimpin dalam agama.
.-= Azizi Zulkefli´s last blog ..Perancangan Kewangan – Pemberian dan Perlindungan =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 3:02 PM
@Azizi Zulkefli, Saya setuju dengan anda. Sedikit sebanyak rancangan ini memberi inspirasi pada generasi muda yang lain untuk tampil ke hadapan.
[Balas Komen]
guane wakil tganu tdok…..
[Balas Komen]
saya harap jadi imam yg berani bersuara utk menentang perkara mungkar,cth,judi…semoga ALLAH memberi rahmat pada kalian…
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 3:04 PM
@mie, Mereka semua menentang kemungkaran. Cuma tahap kelantangannya sahaja berbeza. Ada yang menzahirkan dan ada yang tidak. Mungkin begitu
[Balas Komen]
Aran boleh dikatakan penah belajar satu sek la dlu masa kt Maahad Ahmadi..
Nik Adib plk kawan sebatch sy dlu semasa di Jordan..
yg penting 10-10 tu terbaekkk!
.-= alifdalmim´s last blog ..:: Selamat Hari Guru :: =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 3:09 PM
@alifdalmim, Ramai betul kawan ko masuk imam muda . Saya tunggu sorang je masuk, ADAM
[Balas Komen]
alifdalmim Reply:
May 30th, 2010 at 3:14 PM
@U.Imran, alamak..sy tidak terkata..niat mmg nak masuk..tp anak murid sy tak nak lepaskan saya la..hehe
.-= alifdalmim´s last blog ..:: Selamat Hari Guru :: =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 3:26 PM
@alifdalmim, Anak murid pulak jadi alasan. hehe
[Balas Komen]
Saya amat taeruja dengan rancangan Imam Muda dan akan cuba menonton setiap kali siarannya. Ingin saya memberi sedikit pandangan tentang rancangan ini iaitu saya rasa dalam rancangan ini tidak patut ada penyingkiran yang mana saya merasa akan mengecewakan para peserta dan juga penonton. oleh sebab rancangan ini berasaskan ilmu, maka adalah lebih baik diberi peluang kepada kesemua peserta yang telah dipilih untuk meneruskan penyertaan mereka atas dasar ilmu.
Disebalik ketiadaan penyingkiran yang saya cadangkan, pihak penganjur boleh mengapplikasikan kaedah yang lebih baik bagi mengadili mereka. Mungkin menerusi pemarkahan berkumpul akan memeriahkan lagi program ini bukan kepada peserta saja, malah kepada penonton juga yang mempunyai peserta idaman mereka masing-masing.
Saya benar-benar berharap program ini dapat diteruskan dengan tanpa penyingkiran. Bagi saya setiap peserta mempunyai kelebihan mereka masing-masing yang mana penonton akan turut sama mempelajari melalui setiap watak yang dibawa oleh setiap peserta.
Bila ada penyingkiran nanti seolah-olah program ini terikut-ikut dengan program realiti hiburan yang lain. Bagi program yang berunsur realiti agama ini bila ada penyingkiran nanti akan memberi kesan saikologi yang mendalam kepada pesereta dan juga kepada penonton yang meminati peserta yang disingkir itu.
Sekian, untuk renungan pihak penganjur. semoga mendapat respon yang positif dari pihak tuan-tuan yang budiman dan saya mohon kepada pembaca yang membaca komen saya ini dapat memberi sedikit respon tentang cadangan saya ini.
Terima Kasih
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 3:13 PM
@Abdul Rahim Bin Haji Taha, Terima kasih tuan. Macam-macam pendapat mengenai kaedah yang digunakan untuk menilai Imam Muda ini. Namun, JAWI sudah memikirkan perkara ini sebelum membuat keputusan. Mudah-mudahan akan ada penambahbaikan dalam musim akan datang.
Rasanya pemilihan yang dibuat oleh penonton tidak sesuai kerana ini bukannya rancangan yang menilai peserta berdasarkan populariti, tetapi kualiti
Setakat ini, ada 2 proses yang dinilai. Ujian bertulis dan ujian praktikal.
[Balas Komen]
tak semua negeri ada
asalkan kualiti yg kita mahukan
.-= Wan Perlis´s last blog ..Kenapa Youtube video streaming slow ? =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 3:23 PM
@Wan Perlis, Betul tu. Penilaian berdasarkan kualiti lebih baik dari penilaian berdasarkan kuota
[Balas Komen]
Ada tengok sesi pemilihan.. macam-macam ragam peserta ada.. Imam yang tidak dapat menerima hakikat pun ada.. moga banyak pengisian yang diperolehi dari rancangan ini..
Tengok salah seorang peserta itu macam kenal sahaja..(Taufek) rupanya memang kenal pun. Bekas anak murid sekolah arab di kampung saya.
.-= nuaeman´s last blog ..Nilai Sedekah Kita =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 1st, 2010 at 7:04 AM
@nuaeman, Itulah dinamakan manusia, tidak mengira status mereka sama ada imam atau tidak. Allah dah tunjuk kelakuan dia awal-awal. Memang patut pun dia tak terpilih sebab bacaan beliau memang biasa sahaja.
Juri mencari bacaan al-Fatihah yang unik dan bukan macam bacaan imam Masjid al-Haram
p/s : Ramai rupanya kenalan taufek ni.
[Balas Komen]
Saya mintak izin copy senarai peserta ke blog saya.. terima kasih tuan blog..
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 15th, 2010 at 8:28 AM
@promotional merchandise, Silakan…
[Balas Komen]
salam…satu rancangan yang amat menarik dan harus diteruskan…buat semua peserta,semoga anda terus berjaya…..wassalam
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 1st, 2010 at 7:32 AM
@sheera, Kita lihat hasilnya di akhir rancangan Insya Allah…
[Balas Komen]
sedih bila ada penyingkiran. ini bukannya rancangan Akademi Fantasia atau Mentor. Mereka patut diberi peluang untuk bekerjasama dalam berkongsi idea dan pendapat
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 17th, 2010 at 12:11 PM
@bibah, Ramai yang sudah memberi pendapat sebegini. Tunggu pengurusan sahaja yang membuat keputusan.
[Balas Komen]
Saya peminat Imam Muda dan tahniah kpd Astro Oasis krn adakan program ini, tetapi saya amat sedih setiap kali ada penyingkiran.Pada pendapat saya Juara Imam Muda boleh ditentukan melalui kedudukan carta yang mana peserta yg menduduki carta teratas dianggap juara dan seterusnya.Peserta harus menereuskan perjuangan bersama-sama bagi mendalami lagi ilmu agama dan bukannya mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang dan berbakti kpd masyarakat kelak.mungkin jika berkurangnya bilangan peserta akan berkurang juga peminat imam muda untuk menyaksikan rancangan tersebut.
sekian terima kasih
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 17th, 2010 at 12:10 PM
Ada pro dan kontra mengenai cara pemilihan pemenang Imam Muda ini. Mungkin akan diperbaiki dalam musim kedua
[Balas Komen]
‘KIAMAT DAN KEADAANNYA’
http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-Kepada-Yang-DiPertuan-Agong-Dan-Mufti-Mufti
[Balas Komen]
Saya melihat beberapa ini sementara saya berada di Malaysia pada bulan Mei dan kecewa untuk melewatkan sisanya. Saya berharap mereka semua melakukannya dengan baik ..
[Balas Komen]