Peserta Akademi Al-Quran 4

Akademi Al Quran 4

Akhirnya senarai peserta dan juri Akademi al-Quran musim ke 4 telah dikeluarkan oleh TV9. Rancangan yang mempunyai peminatnya yang tersendiri ini akan menemui penonton pada hari Khamis 20 Mei 2010 pada pukul 9.00 malam di TV9. Kali ini seramai 12 peserta telah terpilih untuk menyertai Akademi Al-Quran. Lebih menarik lagi, 2 orang peserta yang bakal menghangatkan lagi rancangan ini berumur 12 dan 15 tahun.

Senarai peserta tersebut ialah :

Peserta Akademi Al-Quran [AQ] Musim Ke 4

  1. Siti Aishah Baain, 12 tahun (Pahang)
  2. Mohd Ahmad Zahid, 15 tahun (Kuala Lumpur)
  3. Mohd Nazif Zuhairi, 17 tahun (Kedah)
  4. Amirul Shahida Md Noor, 22 tahun (Pahang)
  5. Rusli Abd Latif, 22 tahun (Kelantan)
  6. Mohd Ramadan Razali, 22 tahun (Perak)
  7. Yahya Ali, 23 tahun (Terengganu)
  8. Mohd Kamarulzaman Daud, 24 tahun (Terengganu)
  9. Nor Aslam Faiz Othman, 24 tahun (Perak)
  10. Mohd Hassan Adli Yahya@Yahuza, 25 tahun (Perak)
  11. Husni Ali Hassan, 25 tahun (Melaka)
  12. Ahmad Tarmizi Ali, 25 tahun (Terengganu)

Selain dari penyertaan 2 orang peserta berumur 12 dan 15 tahun. Musim ini juga akan menyaksikan penyertaan peserta adik-beradik iaitu Yahya Ali dan Ahmad Tarmizi Ali. Penyertaan pada tahun ini seperti biasa dipelopori oleh peserta lelaki iaitu seramai 10 orang dan 2 orang peserta perempuan.

Seramai 2 orang peserta AQ kali ini adalah merupakan bekas Johan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan iaitu Ahmad Tarmizi Ali dari Terengganu dan Mohd Ahmad Zahid dari Kuala Lumpur.

AQ musim baru ini akan dikendalikan oleh pengacara rancangan Mari Mengaji dan Ustaz Zamri Bercerita iaitu Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuddin, Naib Johan AQ3 Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman dan Khairul Noormaaidah Azali (Aida) yang juga Ikon Gadis Melayu musim pertama.

Juri-jurinya pula adalah seperti edisi AQ pada tahun-tahun sebelum ini iaitu Ustaz Mohd Nazeri Abdullah yang akan menilai aspek Qiraat, Ustaz Radzi Kamarul Hailan (Tarannum) dan seorang juri baru menggantikan Ustaz Zamri iaitu Ustazah Asni Mansor (Tajwid dan Fasohah).

Rujukan Artikel : Metro

Kredit Gambar

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
pixel
share save 171 16
You can leave a response, or trackback from your own site.

17 Responses to “Peserta Akademi Al-Quran 4”

  1. shamyl says:

    mohd ramadan razali tu junior sekolah saya dulu… support jgn tak support!!!

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @shamyl, Saya mesti support!

    [Balas Komen]

  2. myzul says:

    Program yang sangat baik. semoga berjaya untuk peserta-peserta ini.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @myzul, Tak sabar nak tengok AQ musim baru ni.

    [Balas Komen]

  3. apiih says:

    budak umor 12 dan 15 tahun pon ade??hebatttt~~
    .-= apiih´s last blog ..Final Is Coming!! =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @apiih, Musim baru ini syarat umur telah diubah berikutan permintaan dari sekolah dan madrasah ;)

    [Balas Komen]

    suri Reply:

    @Imran, moga usaha yang murni ini akan mendekatkan pada kepada rahmat dan kekuasannya..

    dengar bacaan ayat Al-quran pun dapat pahalakan. ;)

    [Balas Komen]

  4. zik says:

    paling tua sebaya la…
    .-= zik´s last blog ..Adab berzikir =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zik, Muda lagi la macam tu :D

    [Balas Komen]

  5. assalamualaikum salam bahagia kpd sluruh warga2 yang menjayakan akademi al-quran pada musim2 lepas tapi saya selaku peminat siaran ini tertanya-tanya knpe tv 9 tidak mengadakan uji bakat n mengambil peserta pada tahun lepas? adakah tv9 xcukup bajet or ada masaalah yg xdpt diatasi? Alhamdulillah tv9 telah menyambung smula kerja untuk menjayakan akademi AL-QURAN pada tahun ini….syabah atas usaha sedemikian…..smgo program ini berjalan dengar lancar dan dapat menyerlahkan qari2 yg hebat…wassalam

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @cane furniture, Mungkin ada masalah penajaan dan masalah teknikal lain. Apa-apa pun tahniah TV9 kerana menyambung kembali musim yang baru :D

    [Balas Komen]

  6. zuhar ahmad says:

    kalau boleh tv9 wat apapa program bg semua graduan AQ agar bakat mengaji mereka akan terus berkembang dan boleh menarik muda mudi untuk belajar al quran.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zuhar ahmad, Mungkin dalam perancangan mereka…

    [Balas Komen]

  7. jaiemah says:

    syabas kepada tv9 kerana berjaya mengadakan rancangan realiti yang bercorak agama dan jauh dari hedonisme.kepada para peserta,semoga istiqamah dalam perjuangan.gunakan nikmat dan kelebihan yang Allah berikan kepada anda.anda bertuah kerana telah sampai ke flatform besarini.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @jaiemah, Kita sebagai penonton kena support program sebegini :D

    [Balas Komen]

  8. azfar says:

    dulu shamyl dan ramadan belaja d mana?

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @azfar, Saya tidak pasti pula…

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 6 + 7 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music