Pelajar Baru Diploma Tahfiz ITQAN 2010

Logo ITQAN 300x300

Insititut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan [ITQAN] merupakan sebuah Institusi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang dikendalikan oleh Bahagian Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Pada awalnya kelas ini di tempatkan di Maahad Ahmadi Gemencheh, Negeri Sembilan.

Program Diploma Tahfiz Al-Quran yang dijalankan di ITQAN diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) kerana program ini adalah usahasama (MOU) bersama Darul Quran, JAKIM. Sehubungan itu, ITQAN mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran.

Sistem Pengajian

Kursus ini dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Anda akan dibimbing dan dilatih sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Subjek yang ditawarkan meliputi bidang Pengajian Al-Quran, Qiraat dan Dakwah.

Syarat-syarat Permohonan.

  • Pelajar LELAKI dan PEREMPUAN
  • Calon, ibu atau bapa hendaklah anak kelahiran Negeri Sembilan atau telah bermastautin tidak kurang dari 7 tahun di Negeri Sembilan.
  • Berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak lebih 21 tahun.
  • Belum berkahwin serta bersedia tidak berkahwin dalam tempoh pengajian.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat minimum C dalam mata pelajaran :
  • Bahasa Melayu
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah /Pendidikan Syariah Islamiah /Pendidikan Islam / Tasawwur Islam Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi, dan
  • Lulus atau mendapat gred D dalam Bahasa Inggeris
  • Lulus ujian dan temuduga yang dikendalikan oleh Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan.

Yuran Pengajian Dan Elaun

  • Yuran pengajian akan dimakklumkan apabila anda layak dan diterima masuk ke ITQAN.
  • Dermasiswa pengajian sebanyak RM 100.00 sebulan boleh dipertimbangkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
  • Asrama disediakan untuk semua pelajar.
  • Yuran makan adalah PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan [MAINS]

Cara Memohon

  • Borang permohonan online boleh diperolehi di SINI.
  • Borang permohonan boleh diperolehi dengan menyertakan sampul surat berukuran 23 cm  x  32 cm beralamat sendiri dan setem 60 sen atau datang sendiri ke alamat seperti di bawah :

Tuan Pengarah,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sembilan Darul Khusus
Karung Berkunci No. 30
70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

(u.p: Bahagian Pelajaran)

  • Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk menduduki ujian bertulis dan temuduga.

Tarikh Tutup

  1. Tarikh tutup permohonan Program Diploma Tahfiz Al-Quran ini adalah 2 minggu selepas keputusan SPM diumumkan.
  2. Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 30 Mei 2010 adalah dianggap tidak berjaya.
  3. Tarikh temuduga adalah dijangka 2 minggu selepas tarikh tutup permohonan kemasukan.

Maklumat

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 06-767 2825 / 767 2826 (Bahagian Pelajaran) atau 06- 431 9598 (ITQAN) atau email : pelajaran_jheains@yahoo.com.my

Laman Web Rasmi ITQAN : www.itqan.edu.my

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
pixel
share save 171 16
You can leave a response, or trackback from your own site.

29 Responses to “Pelajar Baru Diploma Tahfiz ITQAN 2010”

  1. akimsaif says:

    wah..makin meriah la ITQAN sekarang..dengar-dengarnya ramai yang menghantar borang. Tahniah ITQAN.. and satu lagi tahniah kepada guru-guru yang dapat melanjutkan pelajaran untuk M.A. Tahniah sekali lagi.. Majulah ITQAN untuk N9.. :-)
    .-= akimsaif´s last blog ..Examination =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Semakin ramai yang menghantar borang merupakan petanda bagus :D Guru-guru dalam proses untuk sambung pelajaran.

    [Balas Komen]

  2. suri says:

    salam..
    wah satu sumber maklumat yang baik untuk di ketahui oleh umum..tersa macam nak belaajr semula la pulak..huhu..

    terima kasih imran atas info terserbut..jika suri ada adik sure dah mintak dia smbung bljar kat situ..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Salam, bukan adik sahaja suri. Kalau ada kenalan, sahabat, jiran atau sesiapa yang berminat boleh lah syorkan :D

    [Balas Komen]

  3. etomyam says:

    bagus ni, semakin ramai ahli masyarakat yg berminat dalam bidang gini..Alhamdulillah
    .-= etomyam´s last blog ..Kisah Amat Benar 6 Fasa Cinta Dan Alam Perkahwinan =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Ramai yang berminat dah kira bagus. Masalahnya masih ramai yang tercari-cari maklumat begini. :(

    [Balas Komen]

  4. Anjung Web says:

    Memang bagus dan menarik. Den tumpang “copy & paste” tau… Nak kobar kek orang lain dlm blog.
    .-= Anjung Web´s last blog ..Tutorial WordPress – Siri 1 =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Silakan, lebih banyak tersebar lebih bagus :D

    [Balas Komen]

    suri Reply:

    huhu..kalu anak suri dah besar mmg nak suri dema masuk bljar ni..sb bagus utk masa depan mrka..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Mungkin zaman tersebut dah banyak pusat pengajian seperti ini :D Insya Allah

    [Balas Komen]

  5. ahmadyusrie says:

    saya kurang alert adanya satu kursus diploma khusus untuk tahfiz, baru tahu ni…
    moga ramai lagi golongan celik al-quran mampu dilahirkan…
    tengok pada pakej tu memang berbaloi-baloi la…tahniah buat ITQAN atas usaha tersebut.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Diploma Tahfiz ini sudah lama dan ianya diiktiraf oleh JPA untuk lantikan sebagai penjawat awam. Cuma ramai yang tidak tahu mengenainya :D

    [Balas Komen]

  6. zik says:

    Salam, Owh untuk orang nogori je ke bang?? bagus2, hebahan ini yang perlu dibagitahu… berbanding dengan hebahan yang berunsurkan gossip2 dan fitnah semua tuh merugikan je…
    .-= zik´s last blog ..Sayangi haiwan peliharaan. =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Salam, syarat pengambilan di ITQAN adalah anak Nogori :D . Sekiranya ada yang berminat tetapi bukan anak Negeri Sembilan, bolehlah berbuat demikian dengan memohon ke Darul Quran, JAKIM (HQ kepada ITQAN)

    [Balas Komen]

  7. faizal says:

    salam.
    wah, bagus, semoga makin ramai anak-anak muda kita yg berminat mendalami agama…

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Salam, mudah-mudah. Insya Allah

    [Balas Komen]

    faezatul aqma Reply:

    salam…mcam mana nak minx borang kemasukan ke sekolah ustaz?????

    [Balas Komen]

  8. Hafiz Mohd says:

    bagusnya kalau saya masuk sekolah agama dulu… skunwk x boleh lg dah..
    .-= Hafiz Mohd´s last blog ..Blogger And Followers, Do They Need Each Other? =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Kalau anda tidak boleh, mungkin anak. Atau cucu :D

    [Balas Komen]

  9. Nozi says:

    Salam,

    Bestnyer. Tapi bukan orang Nogeri pulak.
    .-= Nozi´s last blog ..Anda pernah bermain Carom? =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    ITQAN ni khusus untuk anak negeri. Memenuhi tuntutan fardhu kifayah. :D

    [Balas Komen]

  10. suri says:

    hurm mau anak jati negeri sembilan la..huhu
    .-= suri´s last blog ..Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa.. =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Setiap negeri ada Maahad Tahfiz kerajaan negerinya yang tersendiri :D

    [Balas Komen]

  11. Nikuve says:

    Ada limited untuk Anak negeri sahaja ye?
    tapi betullah setiap negeri ada tempat pengajian Tahfiz. Maka tiada masalah.
    .-= Nikuve´s last blog ..New Persona Elegance 1.6L IAFM =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Nikuve, Mestilah ada keistimewaan untuk anak negeri kerana ITQAN ditaja oleh kerajaan Negeri Sembilan :D

    [Balas Komen]

  12. x-po says:

    bestnya dpt mkn percuma..hoho
    .-= x-po´s last blog ..PATUTKAH LAGU LUAR DIKURANGKAN DI RADIO MALAYSIA? =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @x-po, Makan sahaja percuma. Tapi kena sampai target hafalan :D
    .-= Imran´s last blog ..Fatwa Berkaitan ESQ Leadership Training =-.

    [Balas Komen]

  13. maryam says:

    assalamualaikum…

    saya maryam muneerah pelajar lepasan ijazah sarjana muda baru ini di Universiti Malaya dalam bidang bahasa Arab, baru berumur 22 tahun …dan sudah selesai konvokesyen pada bulan lapan tadi…saya sangat berminat dalam bidang tahfiz adakah saya layak kerana faktor umur????dan cita-cita saya ingin menjadi hafizah??harap dapat membantu???

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @maryam, Salam, maaf kerana terlewat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda berminat dalam bidang tahfiz, bolehlah mengikuti mana-mana kelas tahfiz berhampiran kawasan anda.

    Program tahfiz di bawah kelolaan ITQAN dengan kerjasama JAKIM adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang disebutkan diatas.

    Anda tidak layak kerana syarat ini :

    Berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak lebih 21 tahun

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 11 + 10 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music