Produk Halal Tanggungjawab Bersama.
Seringkali ungkapan dan istilah ini kita dengar dan lihat. Namun, disebalik promosi dan kempen yang dijalankan. Masih terdapat lagi pengeluar dan pembekal bahan makanan di Malaysia yang tidak mematuhi peraturan logo dan sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM].
Saya telah menerima email yang dihantar oleh rakan mengenai logo halal JAKIM yang dipermainkan oleh sebuah pengeluar produk makanan sejuk beku (frozen) di pasaraya besar (hypermarket) terkenal.
Apakah motif syarikat pengeluar makanan tersebut melakukan perkara tersebut? Mempermainkan pengguna? Mempersendakan JAKIM? Menyindir pegawai penguatkuasa JAKIM? Adakah syarikat pengeluar makanan tersebut tersalah cetak logo halal JAKIM?
Justeru, sebagai pengguna anda hendaklah prihatin dan laporkan kepada pihak berkuasa atau persatuan pengguna sekiranya menemui perkara sebegini.
SERUAN DARI PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)
Cabaran untuk memilih produk Halal pada ketika ini semakin sukar kerana Halal merangkumi semua aspek sama ada dari segi URUSAN PERNIAGAAN , PRODUK & SALURAN KEWANGAN serta lain-lainnya.
Di PPIM, kami merayu dan menggesa seluruh umat Islam untuk sama-sama berjuang bagi memilih produk yang Halal & membantu ekonomi kita sesama Islam.
Elakkan menggunakan produk-produk yang mempunyai kriteria berikut :
- Tiada logo Halal JAKIM @ Majlis Agama Islam Negeri
- Tidak menghormati sensetiviti umat Islam
- Bukan Buatan Malaysia
- Bukan Keluaran Syarikat Bumiputera Islam
- Menyalurkan Sumbangan Kepada Yahudi
- Sijil Halal Palsu/Tidak Diiktiraf/ Swasta
- Menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam
- Barangan Paralel import (Tidak Halal) dicampur dengan barangan Halal di mana ia akan menyebabkan umat Islam ditipu
Bukti logo halal dipermainkan :
Lokasi : Carrefour Alamanda Putrajaya
Produk : Saudi Gold Potato Chip
Lihat Ejaan Logo Halal Pada Produk : JARATAN KEMA HJAN ISLAM MALAYSIA, ISL AMC DEVELOPMANY DEPAKTMANT OF MALAYSIA
Pihak Saudi Gold telah membuat kenyataan media di Metro mengenai kesalahan ejaan pada produk mereka. Anda nilai sendiri mengenai perkara tersebut




July 10th, 2010
Imran 




Posted in
Tags: 










tanda halal dari china tuh halal x eh?
amin´s last [type] ..Siapa akan memenangi Kasut Emas Piala Dunia 2010
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 10th, 2010 at 9:57 AM
@amin, Logo halal selain JAKIM memang meragukan…
[Balas Komen]
Bahaya ni, sekali imbas mcm betul je..
ST´s last [type] ..Selamatkan artikel WordPress blog dengan WordPress Importer
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 10th, 2010 at 12:43 PM
@ST, Kalau tidak lihat betul-betul memang akan tertipu….
[Balas Komen]
kalau bro pergi ke supermarket cuba bro lihat dekat ruangan minuman…iaitu minuman halal dicampur aduk dengan minuman arak..kat sarawak ni banyak dah saya jumpa…tapi tiada siapa ambik peduli…rasa sangat kita orang islam dipermainkan
ishak´s last [type] ..Tutorial – Jenamakan feedburner google anda dengan subdomain domain sendiri
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 10th, 2010 at 12:45 PM
@ishak, Pengguna seperti kita yang perlu mengambil tindakan. Seeloknya buat aduan pada JAKIM atau KPDNHEP.
[Balas Komen]
bro nanti bro boleh tak buat entri yang mengenai permahaman tentang zina untuk dikongsikan bersama,bukan apa ramai yang beranggapan zina itu hanya buat hubungan seks luar nikah sahaja,tetapi mereka tidak tahu lebih dalam apa itu zina..harap bro dapat membuat ulasan demi kebaikan bersama
ishak´s last [type] ..Cara untuk jadi blogger popular yang mana pilihan anda
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 10th, 2010 at 12:45 PM
@ishak, Insya Allah, sekiranya berkelapangan akan diusahakan. Terima kasih atas cadangan.
Anda memberi saya idea untuk menulis
[Balas Komen]
mcmana la diaorg boleh tak check sebelum pasarkan…ish..ish..
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 10th, 2010 at 10:24 PM
@alifdalmim, QC lupa nak check
[Balas Komen]
teruknya… apa nak jadi. nie.. isk2..
zik´s last [type] ..Imam muda minggu ke 7
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 11th, 2010 at 2:53 PM
@zik, Bila tiada pemantauan berterusan… ini lah jadinya
[Balas Komen]
kita kena sentiasa berhati-hati..
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 11th, 2010 at 2:54 PM
@Mus, Itu yang sebaiknya.
[Balas Komen]
nak beli barang tu periksa lah betol2..hehehe
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 11th, 2010 at 2:54 PM
@apiih, Bukan sekadar lihat logo. Tapi kena pastikan tulisannya sekali
[Balas Komen]
ader pihak tak bertanggungjawab melelong logo halal pulak, boleh rujuk : http://koperasidymium.org/sijil-halal-untuk-di-lelong/
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 16th, 2010 at 9:29 PM
@mancai, Logo halal tersebut memang diragui.
[Balas Komen]
Kesalahan ejaannya seperti disengajakan.. dan bukan suatu kesilapan.. JAKIM perlu diberi kuasa sepenuhnya dalam hal2 begini..
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 16th, 2010 at 9:30 PM
@nuaeman, JAKIM tiada kuasa kerana akta logo halal masih perlu penambahbaikan….
[Balas Komen]