Konvokesyen

IMG 9949   WEB(Graduan ITQAN Bergambar Selepas Menerima Sijil)

Hari ini saya hanya hendak berkongsi kegembiraan dengan pembaca semua, entri kali ini lebih kepada peribadi. Alhamdulillah dan bersyukur pada Allah S.W.T kerana dengan rahmatNya pada hari ini 13 Februari 2010 telah berlangsung dengan jayanya KONVOKESYEN Khatam Hafaz Al-Quran Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan [ITQAN] yang telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Memang meriah majlis pada kali ini.

Hari ini merupakan sejarah penting bagi warga ITQAN kerana Y.A.B MB telah sudi hadir buat kali kedua setelah beliau hadir dalam majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar [AKP] ITQAN pada tahun 2008. Terdapat 2 sejarah yang berlaku pada kali ini.

  1. Untuk pengetahuan pembaca, MB Negeri Sembilan tidak pernah datang ke sebuah program yang dianjurkan oleh sekolah sebanyak 2 kali. Alhamdulillah, ITQAN telah berjaya memecahkan tradisi tersebut. (Saya dikhabarkan oleh rakan, MB telah hadir ke program anjuran Tunku Kursiah College [TKC] setiap tahun, Wallahua’lam)
  2. Pada pandangan saya program kali ini merupakan paling banyak sumbangan MB. Beliau menjanjikan tidak kurang dari 6 perkara :
  • Pemberian saguhati bagi setiap pelajar yang berjaya menamatkan (Khatam Hafaz 30 Juzu’) sebanyak RM2500.00 setiap seorang.
  • Sumbangan wang tunai kepada PIBG ITQAN sebanyak RM50000.00 untuk menampung pelbagai program.
  • Sumbangan bas baru khas untuk kegunaan ITQAN (sudah lama dituntut tetapi tidak dapat).
  • Pemberian kelulusan untuk mendirikan prasarana baru untuk program DIPLOMA ITQAN.
  • Saguhati ELAUN HUFFAZ untuk semua yang layak (akan dijalankan oleh MAINS).
  • Penghantaran guru kelas hafaz untuk mengiringi pelajar yang menyambung pelajaran ke Shoubra Mesir.
  • Kelulusan untuk guru Tarannum Khas berstatus Kontrak untuk memantapkan bacaan pelajar.

Seingat saya itulah perkara yang dijanjikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Utama semasa ucapan perasmian beliau dan juga semasa Press Conference bersama pihak media. Walaubagaimanapun, semua perkara yang telah dijanjikan oleh beliau haruslah disusuli dengan surat rasmi dari pihak ITQAN untuk dihantar ke Pejabat Menteri Besar. Mudah-mudahan semua ini akan menjadi kenyataan. Sebenarnya banyak juga perkara yang disebut oleh beliau secara lisan di dalam perbualan bersama  Tuan Haji Murat bin Naemat (YDP PIBG) dan Tuan Haji Zamani bin Ibrahim (Pengetua ITQAN).

Bersama ini disertakan beberapa gambar semasa majlis sedang berlangsung.

IMG 9781   WEB(VIP dan Sebahagian Pensyarah ITQAN)

 MG 6642   WEB(Y.A.B Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan)

 MG 6800   WEB(MB bersama YDP PIBG ITQAN)

 MG 6822   WEB(MB bersama YDP PIBG ITQAN)

IMG 9782   WEB(Ucapan Pengetua ITQAN)

IMG 9798   WEB(Uacapan MB)

IMG 9802  WE(Graduan Menerima SIjil)

IMG 9898   WEB(MB Bersama Graduan)

IMG 9917   WEB(MB Bersama Pensyarah)

IMG 9922   WEB(Penulis Bersama MB)

IMG 9977   WEB(Sidang Media)

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

16 Responses to “Konvokesyen”

  1. Fadzli says:

    tahniah kepada semua graduan.. semoga menjadi hafiz yang berjaya didunia dan diakhirat.. amin..
    Fadzli´s last blog ..Kau kentut yer! My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Mudah-mudah begitu…. Memang cabaran amat hebat sekarang, tidak kira al-hafiz atau tidak

    [Balas Komen]

  2. KomenEbook says:

    Semoga menjadi seorang Al-Hafiz yang mampu berdakwah dengan cemerlang dan berjaya dunia-akhirat selepas ini. Cabaran dan Tanggungjawab Al-Hafiz bukan mudah di zaman ini…
    KomenEbook´s last blog ..Elegant Themes – Themes Premium Termurah Yang Elegan Dan Sempurna? My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Saya juga berharap begitu pada pelajar-pelajar yang telah tamat pengajian di ITQAN

    [Balas Komen]

  3. 1tomyam says:

    tahniah di atas kejayaan, meh kita bersama-sama membangunkan negara ke arah jalan yang di redhai Nya..
    1tomyam´s last blog ..10 Mereka-Mereka Yang Dapat Untung Di Sambutan Valentine Day My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Target ITQAN selepas ini, 1 rumah 1 huffaz

    [Balas Komen]

  4. alifdalmim says:

    Salam..

    wah,meriah betul..tahniah!

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Alahmdulillah…. Konvo ini akan dijadikan acara tahunan yang akan disempurnakan oleh MB Negeri Sembilan… Insya Allah
    Imran´s last blog ..Konvokesyen My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

  5. hadjie says:

    Tahniah, tahniah, mabruuuk. Sedey gak tak dijemput. Bekas guru Qiraat diaorang tu.Memang untung diaorang ni berbanding zaman kita dulu. Blur habis.
    Moga Itqan sentiasa melahirkan generasi yang lebih baik syakhsiah dan tinggi ilmunya dari masa ke semasa, bukannya generasi2 plagiat.
    Kejayaan bukan hanya ternilai dengan ketinggian pointer. Omedetooo.
    hadjie´s last blog ..Mendamba Keprihatinan Di Ufuk Kenistaan My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Ala, sodih pulak dongar eh. Tahun dopan ITQAN jomput ex-pensyarah amacam? Memang rezeki diorang tahun ni. Tak disangka-sangka MB bermurah hati, Alhamdulillah. Panas isu plagiat ni :D
    Imran´s last blog ..Jenayah Akademik My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

  6. Luth Textile says:

    tahniah kepada semua yang berjaya! bila la nak dapat jadi tahfiz tuu..
    Luth Textile´s last blog ..Jom jadi kaya dengan iklan blog My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Insya Allah, kalau bukan anda mungkin anak cucu atau keturunan anda.
    Imran´s last blog ..Dividen 700% My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

  7. guat says:

    den pun bekas guru gak walaupun x guno mano pun.asyik diguno-guno orang yo.harap2 diorang x jadi cam den ni.gagal pekso dip 1st time,gagal dapek kojo,tp den x gagal dapek anak.haha.apo yg MB janji kalau kono lalau kat MAINS,raso den payah nak jadi.den nk kojo kt sanun pun x dapek2.asyik buka jwtn yo tp xdo intebiu.bukan xpanggil,tapi mmg xdo.camno tu??

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Sodih lak dongar rintihan ko guat…

    [Balas Komen]

  8. faizal says:

    salam..
    taniah!!!

    [Balas Komen]

  9. imran says:

    Tahniah pada pelajar yang berjaya sebenarnya :D
    imran´s last blog ..Hukum Login Facebook Dapat RM100 My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 8 + 11 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv Enabled

Powered by WordPress | iFreeCellPhones.com has Free Cell Phone Deals. | Thanks to PalmPreBlog.com Palm Pre News, MMORPG and Fat burning furnace review