Baru sebentar tadi saya dimaklumkan oleh Encik Mohamad bin Alias (Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan) bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan mendapat ranking top 10 untuk kategori seluruh sekolah di Negeri Sembilan. Maklumat ini disampaikan secara tidak rasmi (unofficial). Saya sedang menunggu maklumat rasmi dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk pengesahan.
Tahniah diucapkan pada guru-guru dan pelajar yang terlibat. Tidak lupa juga kepada ibu bapa pelajar yang menyokong penuh aktiviti Pengajaran & Pembelajaran di ITQAN. Begitu juga dengan sokongan penuh dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan [PIBG ITQAN]. Ingatlah, kejayaan tidak dapat dicapai tanpa sokongan semua pihak.
Bersyukur pada Allah S.W.T yang menganugerahkan nikmat ini pada ITQAN. Bertepatan dengan Motto ITQAN yang menjadi tagline blog ini “Cemerlang Dengan Al-Quran”. Berikut adalah sebahagian ranking top 10 mengikut maklumat tidak rasmi :
- Sekolah Menengah Sains Seremban [SASER]
- Kolej Tunku Kursiah [TKC]
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol [SBPI Jempol]
- Sekolah Sains Tuanku Jaafar [STJ]
- Sekolah Dato’ Abdul Razak [SDAR]
- Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu [SMAP Labu]
- Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan [ITQAN]
- Sekolah Menengah Agama Sheikh Haji Mohd Said [SMKA SHAMS]




March 23rd, 2010
Imran 

Posted in
Tags: 










salam..
Alhamdulillah atas keputusan tersebut. Sesungguhnya tika kita belajar Al-Quran kita tdk rugi malah sebaliknya kita akan dapt manfaat dariNYA
.-= suri´s last blog ..Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa.. =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 23rd, 2010 at 3:12 PM
@suri, salam,
kejar dunia dapat dunia, kejar akhirat dapat kedua-duanya
[Balas Komen]