Insentif Khas Sepanjang Hayat

hadiah

Hari ini saya dikejutkan dengan berita perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Butiran lanjut berita tersebut adalah seperti berikut :

PUTRAJAYA 5 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian insentif berupa wang tunai sebanyak RM2,000 secara tetap setiap bulan dan sepanjang hayat kepada setiap qari dan qariah yang menjadi johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa.


Menurut Perdana Menteri, bayaran imbuhan itu akan diberikan mulai Oktober tahun lalu sehingga ke akhir hayat mereka.

Beliau juga membawa khabar baik kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah menengah agama (SMA).

Katanya, kerajaan akan memberikan biasiswa Yayasan 1Malaysia Development Bhd. mulai tahun ini pelajar-pelajar cemerlang lepasan SMA untuk menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda bidang perubatan di Mesir.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk memberikan sumbangan kewangan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti masyarakat dan dakwah di negara ini.

Perdana Menteri berkata demikian pada Majlis Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

sumber asal

Saya merasakan perkara ini merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kepada Qari dan Qariah. Sebelum ini kita banyak melihat pengiktirafan diberikan kepada atlit, pemain bolasepak, pendaki gunung dan sebagainya. Kini sudah sampai masanya kerajaan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada Huffaz Qari dan Qariah pula.

Selain dari perkara tersebut, saya juga melihat kepada berita mengenai peluang dan berita gembira kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Kerajaan sudah mula membuka mata terhadap perkara ini, mungkin setelah membandingkan kos pembelajaran  bidang perubatan dengan negara lain yang amat tinggi (kempen berjimat cermat).

Saya tidak mahu mengulas perkara dari sudut politik kerana tujuan utama saya menulis entri ini adalah untuk meningkatkan motivasi dan semangat kepada pembaca agar sama-sama memartabatkan al-Quran selain daripada hanya dihafaz dilagukan sahaja. Mungkin dengan insentif seperti ini, maka akan ramailah golongan yang berlumba-lumba untuk mempelajari ilmu Tara Naum Tarannum.

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
pixel
share save 171 16
You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Insentif Khas Sepanjang Hayat”

  1. Anjung Web says:

    Wah.. praktis SEO ke?
    .-= Anjung Web´s last blog ..Cinta Rasulullah SAW =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Ala bro…. saya ni baru berjinak-jinak dengan blog. Banyak try & error je. Pandai teka praktik SEO eh? :D
    .-= Imran´s last blog ..Panduan Waktu Solat =-.

    [Balas Komen]

  2. Hadjie says:

    Jenuh gak aku nunggu Dato Najib bercakap time dalam dewan tu. Memang bagus intensif tu, tapi rasa macam tak sesuai plak umumkan intensif hanya untuk golongan tertentu time ekonomi tak menentu ni. Minggu ni pun ramai yang bising sebab gaji kena potong sikit.
    Takut juga nanti orang hanya ingat kehebatan al-Quran hanya dari segi keupayaan bertaranum. Padahal ia hanya seni dan banyak lagi mengenai al-Quran yang perlu diterokai.
    Ke aku jeles ni? Ntah. Aku nak p cari kelas taranumlah.
    .-= Hadjie´s last blog ..Mendamba Keprihatinan Di Ufuk Kenistaan =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Ko poei hadir majlis tu? atau diwajibkan hadir? :p

    Memang ramai yang mempertikaikan pemberian elaun disaat ekonomi sedang gawat dan tidak menentu ni, tapi kira ada jugakla diberi penghargaan pada golongan al-quran daripada tiada langsung… Elaun huffaz bila agaknya?

    Moh kito poei belajar tarannum dengan ustaz hermi a.k.a jep :D
    .-= Imran´s last blog ..Panduan Waktu Solat =-.

    [Balas Komen]

    'ammu gargil Reply:

    kok nak den ngaja tarannum bleh yooo…kongsi samo2…den bkn nak tunjuk handal…tp lbh suko dlm bontuk halaqoh…mmg besh!!!!…teringat maso blaja tarannum ngan anak murid ismail hashim kek kodah maghin…mmg syok wooo…

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Ekau mmg dah qari :D cumo taknak tunjuk bakat yo. Best la website ko tu :D

    [Balas Komen]

    'ammu gargil Reply:

    kau wujudknlh halaqoh tarannum kek itqan…bleh kito bincang2…bkn nk jd qari’ atau qari’ah tp lbh utk muzakaroh ilmu…sekurang2 eh kito dapek mencungkil slh satu cbg ilmu alquran ni dgn lbh mendlm…panggey syahir n icam sbg fassi…amcm imran??

    [Balas Komen]

    'ammu gargil Reply:

    website tuh mmg den wujudkan utk diri den yo…kalau sapo bleh surf web tuh mmg bleh kalah an “bill pintu pagar” tuh…hahaha

    [Balas Komen]

  3. salsabila says:

    Najib tolong umum jer…Tanya jakim siapa yg punya cadangan dan idea. Hanya mereka dan keluarga mereka jer yg tahu…jangan tertipu dengan politik PM….

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Bagi saya tidak penting siapa punya idea. Yang penting penghargaan itu :D
    .-= Imran´s last blog ..Dividen 700% =-.

    [Balas Komen]

  4. salsabila says:

    Penghargaan yang tidak kena pada tempat…Miskin lagi ramai…Dia orang tu boleh guna nikmat suara yang Allah bagi untuk mengajar Al-Quran dengan baik. Kalau setakat bagi duit pada orang yang mengaji sedap tapi hukum di dalam tidak diamalkan bagaikan mencurah air di daun keladi….Maaf… Sekadar lontaran yang terpendam untuk difikirkan bersama

    [Balas Komen]

  5. Imran says:

    Kalau nak diikutkan banyak benda yang tidak kena pada tempatnya. Tetapi jangan la sampai merendah-rendahkan golongan yang pakar dalam Tarannum dengan mengatakan mereka tidak mengamalkan hukum didalamnya. Kita sendiri belum 100% mengamalkan apa yang terkandung di dalam al-Quran.

    Kalau hendak diberi bantuan kepada golongan miskin saya sokong 100% tetapi mampukah kerajaan berbuat demikian? Kita mungkin berbeza pendapat tentang pemberian insentif ini, tetapi saya tidak salahkan saudara kerana ada benarnya juga dalam komen saudara itu.

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 15 + 9 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music