Sekitar tahun 2007 kita dikejutkan dengan Saham Internet dengan pelbagai dividen tahunan, bulanan malahan harian yang menarik minat pelbagai golongan termasuk golongan VIP. Pastinya pembaca pernah mendengar Winlifund, EAindex, ABfund, Swisscash dan banyak lagi. Pada waktu tersebut boleh dikatakan 90% pelabur terdiri dari warga Melayu (Islam).
Mahukah anda mempunyai saham yang mempunyai dividen sebanyak 700%? Pastinya anda semua mahu bukan? Mari kita lihat pengiraan dividen ini berdasarkan ayat 261 surah al-Baqarah :
261. Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah[166] adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai mengadungi seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
[166] pengertian menafkahkan harta di jalan Allah meliputi belanja untuk kepentingan jihad, pembangunan perguruan, rumah sakit, usaha penyelidikan ilmiah dan lain-lain.
Contoh :
Modal RM1.00
Dividen 700% = RM1 x 7 x 100 = RM700.oo
Sehubungan itu, saya menyeru kepada pembaca yang mempunyai kelebihan kewangan agar membantu pembinaan surau Maahad Ahmadi di Gemencheh ini.
Untuk makluman, surau yg telah berusia lebih 30 tahun ini dibina dengan kayu dan hanya boleh menampung 400 – 500 jamaah dalam satu-satu masa. Sedangkan jumlah pelajar yang ada sekarang telah menjangkau hampir 1,000 orang. Maahad Ahmadi adalah satu-satunya sekolah agama negeri yang mempunyai pengajian ilmu-ilmu Islam dalam Bahasa Arab sepenuhnya dan STAM.
Mudah-mudahan Maahad ini mampu untuk melahirkan para ulamak yang menyebarkan ilmu Islam dan memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini. Maahad Ahmadi atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Atas Dan Senawi (SAMAS) adalah satu-satunya sekolah di bawah Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus yang menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah tadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ini terletak di kampung Sri Asahan Gemencheh iaitu 25 km dari Tampin dan 1 km dari pekan Gemencheh. Maahad Ahmadi yang mempunyai keluasan kira-kira 20 ekar ini ditubuhkan pada tahun 1975 hasil cetusan ilham dan usaha beberapa orang tokoh. Antara objektif penubuhannya ialah :
- Memenuhi tuntutan fardu kifayah, ke arah melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam pengajian agama, bahasa arab dan akademik.
- Menyerlah identiti tersendiri dengan menekankan pengajian dan pengkajian agama dan bahasa arab.
- Melahirkan bakal pemimpin dan ulamak yang berwibawa sejajar dengan wawasan pendidikan negara dan tuntutan Islam.
- Menampung kekurangan para ulamak dan ahli cendikawan agama di Malaysia amnya dan di Negeri Sembilan khasnya.
Maahad Ahmadi ini ditubuhkan dengan bermatlamat pencapaian cemerlang seratus peratus pelajarnya dalam pembelajaran di bidang Agama dan Bahasa Arab. Selain itu, mereka turut dibekalkan dengan pelajaran dan pengetahuan akademik sebagai tambahan melengkapkan diri sebagai pelajar yang sempurna dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Bagi pembaca yang ingin menyumbang bolehlah berbuat demikian dengan memasukkan sumbangan anda ke :
![]()
Akaun Tabung Pembinaan Surau Maahad Ahmadi – Maybank 555078135419
(Cadangan surau baru)
Rujukan : Maahad Ahmadi




February 16th, 2010
Imran 


Posted in
Tags: 










memang ramai TAHU tapi xMAHU untuk dermakan
sigh~~
.-= joegrimjow´s last blog ..bercinta dengan blog =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
February 16th, 2010 at 10:00 AM
Mari kita derma walaupun nilainya RM1.00 dan pastinya kita mendapat 700% di akhirat sebagai saham yang tidak ternilai.
.-= Imran´s last blog ..Jenayah Akademik =-.
[Balas Komen]
Pernah terlintas kat hati ini untuk ajak sama2 antara jemaah surau atau penduduk sekitar agar menderma seikhlas hati, untuk ‘pelaburan’ akan datang..Insya’allah akan aku laksanakan..
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 19th, 2010 at 3:46 PM
@rashid, Memang terbaik kalau dapat buat macam tu. Sehingga hari ini pembinaan surau ni masih terbengkalai kerana tidak cukup dana.
[Balas Komen]
salam..
semoga syiar islam akan berkembang dengan lebih luas lagi..Tika hati melangkah ke masjid..surau rasa tenang di hati..tambah2 jika kita mengalunkan ayat2 suci Al-Quran
.-= suri´s last blog ..“Apa kamu buat dengan Ayat Syifa?” =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 5:51 PM
@suri, Kalau ada kewangan lebih bolehlah menyumbang ke saham akhirat tu
[Balas Komen]
Ini baeekk punya investment nih.
.-= Anjung Web´s last blog ..Kepercayaan Mistik dan Tahyul Masyarakat Islam =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 5:52 PM
@Anjung Web, Boleh juga sebarkan maklumat ini untuk menampung kos pembinaan surau bekas sekolah saya tu
[Balas Komen]
Bermanafaat sekali…insya Allah akan beri sumbangan
.-= etomyam´s last blog ..7 Makanan Untuk Seks Yang Lebih Baik =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 5:57 PM
@etomyam, Segala sumbangan anda amat dihargai. Sebar-sebarkan perkara ini. Surau ini dah terlalu uzur
banyak kenangan manis di surau ini.
[Balas Komen]
investment yang dijanjikan diakhirat nanti..insyallah akan beri sumbangan(walaupun tak banyak) …no akaun atas tuh kan…
.-= zik´s last blog ..Ajaran sesat di malaysia semakin parah! =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 5:58 PM
@zik, Alhamdulillah. Syukur atas sumbangan anda. Nombor akaun tabung pembinaan surau maahad ahmadi ada tertera di atas
[Balas Komen]
zik Reply:
April 29th, 2010 at 12:19 PM
@Imran, ok dah selamat transfer..
.-= zik´s last blog ..Amukkan Belalang Juta: Mutasi, kemarahan kepada manusia atau lumrah alam? =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 29th, 2010 at 3:35 PM
@zik, Terima kasih banyak. Semoga sumbangan anda diberkati.
[Balas Komen]
mak aih.. duit boleh support 7 keturunan tuh..heheh
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 5:59 PM
@ery, Kalau duit saya banyak macam tu boleh didermakan pada surau ini
[Balas Komen]
saya baru tukar url blog saya. hehehe mahad tu apa ya? sekolah agama ka?
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 6:00 PM
@Hafiz Mohd, Yup, maahad maksudnya sekolah dalam Bahasa Arab. Ini bekas sekolah saya dahulu
[Balas Komen]
berapa kerat manusia yang tahu letak duit dalam tabung kat masjid? nak2 mase hari jumaat..
.-= Frantz-Senpai´s last blog ..Facebook Chat Via PidGin =-.
[Balas Komen]
imran Reply:
April 29th, 2010 at 2:22 PM
@Frantz-Senpai, Kalau boleh cuba amalkan menyumbang 2.5% dari gaji bulanan untuk dimasukkan ke tabung masjid. Kiraan mudah : RM1000 x 2.5% = RM25. RM25 itu pula dibahagikan dengan 4 minggu. Waktu wajib orang lelaki ke masjid (jumaat) = RM6.25. Senang cerita bagi la RM7 untuk masjid setiap minggu. Kalau hari-hari ke masjid lagi mudah. Setiap hari sumbang RM1 je
Secara purata, kita telah menyumbang dengan kadar kiraan zakat iaitu sebanyak 2.5% dari gaji. Insya Alllah, bersih harta anda
[Balas Komen]
Frantz-Senpai Reply:
April 29th, 2010 at 4:11 PM
@imran, wah.. terima kasih. dah tau dah sehari berapa kne derma kat masjid. Harta yang bersih menjamin kebahagiaan hidup..
.-= Frantz-Senpai´s last blog ..Facebook Chat Via PidGin =-.
[Balas Komen]
bagus jugak camni. at least boleh derma online. mudah sket. kalau ustaz letak sekyen khas ‘sedekah’ pun bagus gak. means kalao sesiapa ada duit dan tetiba teringat dan sedekah, boleh terus datang kat blog ustaz dan klik kat seksyen tu. senang kan
.-= zahida´s last blog ..Tutorial : Bagaimana Mengetahui Siapa yang Removed Anda dari Friendlist di Facebook? =-.
[Balas Komen]
imran Reply:
April 29th, 2010 at 2:24 PM
@zahida, Satu cadangan yang bagus. Insya Allah saya akan wujudkan section tersebut di sidebar.
.-= imran´s last blog ..Majlis Menghafaz Al-Quran Kebangsaan 2010 =-.
[Balas Komen]
ingatkan buat peraduan tadi.hehe
.-= farhan´s last blog ..Bila kanak-kanak boleh terbang =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 29th, 2010 at 3:38 PM
@farhan, Entri ini sengaja diletakkan dalam sticky mode untuk memudahkan pembaca yang ingin memberi sumbangan. Bukan untuk contest je perlu buat sticky mode
[Balas Komen]
Winlifund.. seperti pernah kudengar..
marilah beramal jarial dan jauhi maksiat viral..
.-= nuaeman´s last blog ..Memori Haru ketika pelancaran Stormreaders bahagian selatan =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 2nd, 2010 at 8:38 AM
@nuaeman, Sama-sama kita menambah Saham Akhirat
[Balas Komen]
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Satu usaha yang baik,
Peluang buat bisnes akhirat
T/kasih
Salam ceria & Inspirasi
“Pray hard, work smart & creative”
Assalamualaikum
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 2nd, 2010 at 8:46 AM
@Pemburu Impian, Salam, semoga anda menyumbang untuk bisnes akhirat ni
[Balas Komen]
salam
ni yg org kate dgn blog pun boleh beramal..
gud luck ustaz:)
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 2nd, 2010 at 8:48 AM
@yoy, Terpulang pada usaha yang kita lakukan. Anda sebagai pemiliknya menentukan halatuju blog
[Balas Komen]
InsyaAllah akan menyumbang setakat yang mampu..
.-= kulanz´s last blog ..Mari Bersama Perangi Rasuah =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 2nd, 2010 at 8:51 AM
@kulanz, Semoga sumbangan anda memberi manfaat di akhirat nanti.
[Balas Komen]
inilah namanya melabur sekarang, hasilnya diakhirat nanti
jangan takut untuk melabur kerana duit yg dikeluarkan oleh kita, Tuhan akan ganti kembali
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 3rd, 2010 at 2:39 PM
@mijie, Betul tu. Jangan takut untuk melabur di jalan Allah. Semoga Allah melimpahkan rezeki pada hambaNya yang bersedekah.
[Balas Komen]
salam, satu usaha yang baik.. tapi saya hanya menyumbangkan apa yang termampu kedalam nombor akaun maybank2u tu.. ini sahajalah yang saya dapat bantu pun.. semoga en. imran dipermurahkan rezeki.. Amin..
.-= Omar´s last blog ..Cerita Seminggu Aku =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 3rd, 2010 at 2:42 PM
@Omar, Terima kasih diucapkan. Semoga sumbangan anda mendapat balasan berlipat ganda. Selagi surau tersebut digunakan. Maka anda akan mendapat pahala amal jariah darinya.
[Balas Komen]
insyaallah aku akan hulurkan sedikit bantuan utk pembinaan masjid sekolah ni..bila tgk2 balik, jenis2 sekolah agama, mesti daif, tak dapat pembelaan sewajarnya dr pihak berwajib..
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 4th, 2010 at 10:56 PM
@x-po, Terima Kasih. Bila-bila masa anda boleh menderma. Surau ni dah lama dan perlu pada pembesaran dan penambahbaikan. Pihak berwajib kata tak ada bajet
[Balas Komen]
teringin jugak nak invest utk kepentingan Islam mcm bina masjid, surau dsb. insyaallah, mungkin suatu hari nanti.
.-= Amir´s last blog ..2 Pengulas Tegar Bakal Menerima Hadiah Istimewa Dari Australia =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 4th, 2010 at 10:58 PM
@Amir, Kalau dah ada niat tu pun dah bagus. Disertakan dengan perbuatan lagi bagus
[Balas Komen]
salam,
tabung derma ni masih dibuka lagi ke? sampai bila? bila surau baru nak dibina? akaun tu khas untuk bina surau aje atau bercampur dengan lain2? bimbang derma tu tak sampai ke tempat yg diniatkan tapi digunakan ke tempat lain sebab akaun yang bercampur.
[Balas Komen]