Akademi Al-Quran Musim Ke-4

AQ

Rancangan berkaitan al-Quran yang menjadi satu fenomena baru dalam program realiti TV kini muncul kembali dengan musim ke-4. Ujibakat Akademi al-Quran [AQ] telah berlangsung pada bulan Februari lepas. Rancangan ini akan menemui penonton pada 20 Mei 2010 di saluran TV9. Musim terbaru ini memberi peluang kepada peserta berumur 13-25 tahun berbanding musim-musim lepas yang hanya mengambil peserta berumur lingkungan 15-25 tahun sahaja.

Menariknya, tidak seperti kebanyakan program realiti TV lain, AQ tidak menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memilih para pemenangnya, sebaliknya ia ditentukan 100 peratus oleh panel jurinya sendiri. Berikut adalah senarai pemenang AQ musim pertama hingga musim ketiga :

abdullah fahmi

Akademi Al-Quran Musim Pertama :

  1. Abdullah Fahmi Che Nor (Wang tunai RM30,000 dan pakej umrah)
  2. Amirahman Abas (Wang tunai RM20,000 dan pakej umrah)
  3. Azraie Abdul Hak (Wang tunai RM10,000 dan pakej umrah)

Akademi Al-Quran Musim Kedua :

  1. Anuar Hasin (Wang tunai RM30,000, pakej umrah dan barangan elektrik RM20,000)
  2. Mohamad Hafas Ali (Wang tunai RM20,000, pakej umrah dan barangan elektrik RM5,000)
  3. Mohd Muslim Ali (Wang tunai RM10,000, pakej umrah dan barangan elektrik RM3,000)

Akademi Al-Quran Musim Ketiga :

  1. Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin (Wang tunai RM30,000, kereta Proton Saga dan piala)
  2. Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzaman (Wang tunai RM20,000)
  3. Ahmad Tarmizi Abdul Rahman (Wang tunai RM10,000)

Dari musim pertama hingga musim ketiga, hadiah yang ditawarkan semakin menarik dan meningkat. Saya tidak pasti mengenai hadiah AQ musim keempat. Apapun, waktu siarannya berkemungkinan besar adalah seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu pada setiap hari Khamis jam 9.30 malam. Adalah diharapkan agar program ini terus mendapat sambutan dan sokongan dari semua pihak.

johan

Saya amat menyokong rancangan ini kerana ia mempunyai kelainan dan memberi impak besar dalam Majlis Tilawah Al-Quran. Selepas AQ musim pertama diadakan, kebanyakan peserta dari AQ telah memonopoli Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan. Ini membuktikan, hasil dan latihan yang mereka ikuti di AQ memberi kesan. Paling membanggakan, naib johan AQ musim ketiga telah berjaya menjadi Johan Qariah Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa 2009.

p/s : Selain AQ Musim ke-4, saya juga sedang tertunggu-tunggu Program Imam Muda dari Astro Oasis

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
pixel
share save 171 16
You can leave a response, or trackback from your own site.

43 Responses to “Akademi Al-Quran Musim Ke-4”

  1. apiih says:

    rumah xde tv,kalau x,boleh tgk jugak..huhu
    .-= apiih´s last blog ..10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @apiih, Adeh, komputer ada. TV pulak takde :D

    [Balas Komen]

  2. etomyam says:

    semoga makin banyak rancangan realiti berkonsepkan Islam di siarkan di media negara ni…
    .-= etomyam´s last blog ..Robin Hood The Untold Story of How The Man Became A Legend =-.

    [Balas Komen]

    Amir Reply:

    @etomyam, itulah kan, bagus jgk kalau ada program2 macam ni kat Malaysia.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Amir, Dah ada program realiti macam ni kenalah sokong :D

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @etomyam, Dan semoga semakin ramai penonton yang menyokong program seperti ini.

    [Balas Komen]

  3. zik says:

    Alhamdulillah.. bila akademi nasyid nak ada pulak ya?? bro tak masuk ke akademi al-quran nie??
    .-= zik´s last blog ..Selamat hari ibu =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zik, Akademi nasyid terus senyap. Akademi al-Quran sahaja yang masih mempunyai auranya tersendiri.

    p/s : Saya dah tua, disqualified :D

    [Balas Komen]

  4. zaiMi says:

    dah 3 musim dah rancangan akademi quran? aku tengok yang musim pertama je. itu pun tengok sikit2 je. jahilnya aku. huhu
    .-= zaiMi´s last blog ..Lesen Judi Piala Dunia 2010 =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zaiMi, Kadang-kadang program seperti ini tidak dipromosi seperti program hiburan lain. Itu yang kurang mendapat perhatian penonton.

    [Balas Komen]

  5. Thoha says:

    Alhamdulillah..semoga dengan wujudnya program seperti ini dapat melahirkan lebih ramai generasi al-Quran..
    .-= Thoha´s last blog ..Pandangan Umum Mengenai Lelaki =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Thoha, Insya Allah.

    [Balas Komen]

  6. Ustaz tak join program Imam Muda di Astro tu?
    .-= muhammad fakhruddin´s last blog ..Suka Duka Fiqh Perantau 2010 =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @muhammad fakhruddin, Imam Muda dan Akademi al-Quran semuanya mempunyai had umur maksima 25 tahun. So, tak boleh la nak join ;)

    [Balas Komen]

  7. ihumaira says:

    Assalamu’alaikum WBT. InsyaAllah sama-sama menonton rancangan realiti yang lebih manfaat. Akademi Nasyid musim baru bila pula ya?

    Tambahan: Rumah saya takde Astro. Tak dapat la tengok rancangan Imam Muda.. hehe.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @ihumaira, Salam, ramai yang tertanya-tanya mengenai Akademi Nasyid. Mungkin ada masalah penajaan. Akademi al-Quran ni nampak hasilnya.

    p/s : Imam Muda dah nak mula bulan ni. Bolehlah subscribe astro cepat :D

    [Balas Komen]

  8. Amir says:

    kena ada promosi la program Akademi Al-Quran musim ke-4 ni. sebab ramai yg x tengok. kalau boleh, biarlah penonton AQ menyamai penonton AF.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Amir, Betul tu. TV9 kena rancakkan promosi. Penaja pun akan berminat kalau promosi hebat :D

    [Balas Komen]

  9. Hafiz Mohd says:

    saya rasa kalau diundi dgn sms mesti takda org yg undi punya.. maklumlah..zaman sekarang..haha ada pun mungkin seorang dua saja.. bagus betul lah rancangan sebegini.. sepatutnya dibaynakkan lagi rancangan sebegini..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Hafiz Mohd, Kalau undi SMS nanti tak fair pulak. Pertandingan ini berdasarkan ilmu, bukan populariti :D

    [Balas Komen]

  10. kulanz says:

    memang patut pemenang ditentukan oleh juri dan bukannya melalui sms.. takut pula orang yang mengundi tu main hentam je pilih..
    .-= kulanz´s last blog ..Isu, Masalah dan Cabaran dalam Merancang Transformasi Kurikulum =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @kulanz, Betul tu. Tak sesuai kalau menggunakan khidmat SMS.

    [Balas Komen]

  11. Rancangan mcm ni mmg tak sesuai undi guna sms. Al-Quran ni bukannya benda main2 boleh bagi penilaian ikut suka hati.
    .-= Azizi Zulkefli´s last blog ..Gerak Gempur Cetak Rompak =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Azizi Zulkefli, Saya setuju, sebab tu tak digunakan kuasa SMS.

    [Balas Komen]

  12. fiezaradzi says:

    suker cerita ni.. tapi kdg2 tak de byk publisiti, sedar2 dah lama berlangsung.. mgkin lebih byk publisiti pasal ni..

    tak sabar nak tgk imam muda..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Sekitar Kejohanan Piala Thomas & Uber 2010 =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @fiezaradzi, Imam muda dijadualkan akan menemui penonton pada 17 Mei 2010 :D

    p/s : Akademi al-Quran ni memang kurang publisiti. huhu

    [Balas Komen]

  13. suri says:

    salam..
    tahnia pada semu pemenang..hadiah pun lamayan juga ya.. ;)

    semoha usaha2 dalam martabatkan Al-Quran akan lebih rancak lagi pada musim akan datang.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @suri, Hadiah memang lumayan, tapi masih tak boleh menandingi hadiah imam muda :D

    [Balas Komen]

    suri Reply:

    @Imran,
    salam tu namanya rtzki masing huhu..apa yang pasti pahala sbgni mmg sukar di cari ;)

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @suri, Lillah dah tentu. Lelah pun kena kira juga :D

    [Balas Komen]

  14. Wan Perlis says:

    inilah yang kita mahukan
    bukan akademi fantasia
    bila la pentas akademi fantasia nak roboh
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Soaljawab bersama Wan Perlis part 2 =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Wan Perlis, Macam susah je AF nak roboh, ramai peminat tegar. Selagi ada permintaan, selagi itu ia akan wujud. :(

    [Balas Komen]

  15. reezluv says:

    dah lama aku menunggu.akhirnya tiba..heehe

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @reezluv, Jangan lupa tengok di TV9 hari Khamis 20/5/2010

    [Balas Komen]

  16. RasaHatiku says:

    assalamualaikum.

    rancangan seperti ini patut diteruskan serta diperbaiki mutunya.

    TQ
    .-= RasaHatiku´s last blog ..Guru Pembina Negara Bangsa =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @RasaHatiku, Saya sokong. Dengarnya tahun ini ada kelainan :D

    [Balas Komen]

  17. Amalina says:

    alhamdulillah,akhirnya akademik al-quran akan disiarkan lagi..dah lama sy tunggu..AQ ni satu2nya program yg sgt bgus.. smga kita sama2 mendapat manfaat menonton AQ ni serta drahmati Allah,insyAllah=)

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Amalina, Malam ini episoh pertama. Jangan lupa :D

    [Balas Komen]

  18. Norhashimah Yusoff says:

    Salam. Kalau boleh, waktu & hari rancangan Akademi Al-Quran, tidak sama dengan Imam Muda. Boleh dikatakan viewers for both adalah dari kelompok yang sama.

    Terima kasih & Jazakallah.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Norhashimah Yusoff, Saya pun tidak pasti mengapa waktu siarannya serentak. Tapi seperti yang saya cakap sebelum ini. Saya akan tengok AQ 4. Kemudian pada hari sabtu jam 2.00 petang saya akan tengok siaran ulangan kesemua episod 1 minggu Imam Muda :D

    [Balas Komen]

  19. Norhashimah Yusoff says:

    Betul juga. Tq for the solution brother.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Norhashimah Yusoff, Saya hanya mencadangkan :D

    [Balas Komen]

  20. dah lama aku menunggu.akhirnya tiba..heehe

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 13 + 9 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music