Bonus Dan Tawaran Hebat MEGA SALE!

Selamat Berpuasa

Pada kebiasaannya apabila disebut bonus dan tawaran MEGA SALE, pasti kita semua akan terbayang pusat membeli-belah dan pasaraya. Apatah lagi ditambah dengan aura musim perayaan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Apa yang saya maksudkan dengan MEGA SALE tersebut adalah tawaran hebat sempena bulan Ramadhan. Berapa ramaikah diantara kita yang sanggup merebut peluang ini?

Read more »

Juara Akademi Al-Quran Musim Ke 4

4 Finalist Akademi Al Quran 4

Pada minggu lepas, juara rancangan realiti Imam Muda telah diumumkan. Manakala pada malam ini pula,  juara Akademi al-Quran musim ke-4 akan diumumkan.

Acara kemuncak Akademi al-Quran musim ke-4 ini diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya [PICC]. Siri pertama AQ musim ke-4 ini bermula pada 20 Mei 2010.

Rancangan ini telah disiarkan selama 11 minggu di TV9 merupakan program pesaing bagi rancangan Imam Muda yang disiarkan pada waktu dan hari yang sama di Astro Oasis.

Setiap rancangan, sama ada Akademi al-Quran mahupun Imam Muda mempunyai pengikut dan keunikannya yang tersendiri.

Pada awalnya seramai 12 orang peserta telah terpilih untuk memasuki AQ musim ke-4 ini. Namun, pada malam acara kemuncak AQ musim ke-4 hanya menyaksikan pertemuan antara 4 orang finalis :

Read more »

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2010

Astaka

Malam ini berakhirlah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2010 Kali ke 52 bertemakan Memantap Ukhwah, Memperkasa Ummah” yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra [PWTC] sejak dari 27 Julai lepas.

Majoriti bacaan peserta pada tahun ini semakin baik dan mantap. Terutama bacaan Qari dari Timur Tengah. Saya dimaklumkan bahawa sebelum peserta memperdengarkan bacaan mereka di pentas, terlebih dahulu mereka diberi kursus asas tajwid dan tarannum di Institut Latihan Islam Malaysia [ILIM] selama 3 hari.

Perkara ini diberitahu oleh Yang Berbahagia Sheikh Mohamad Muhsin bin Sheikh Haji Ahmad [Pengetua Maahad Tahfiz as-Saidiyyah] ketika beliau menyampaikan ceramah Semarak Ramadhan di Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan pada 29 Julai 2010 lepas.

Oleh itu, tidak hairanlah jika kita mendengar bacaan yang semakin baik dari kalangan peserta pada tahun ini. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Kalau dulu, bacaan tahap budak tadika di Malaysia pun boleh lepas jadi wakil negara. Kini semuanya perlu melalui tapisan dan saringan bagi menjaga kualiti bacaan.

SEJARAH MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA

Read more »

Hafazan Buluh Kasap

Pelupa

Secara keseluruhannya perkara ini adalah masalah utama bagi seorang penghafaz al-Quran. Saya gelarkannya “hafazan buluh kasap” kerana ia seperti pepatah orang tua “macam buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap”. Begitu juga yang terjadi kepada penghafaz al-Quran.

Mengapa saya katakan begitu? Fenomena ini sering terjadi di kalangan penghafaz al-Quran termasuk saya sendiri. Ada masa dan ketikanya, apabila sedang asyik membaca atau murajaah al-Quran (mengulang) saya akan terlupa awal/pangkal ayat berikutnya.

Secara umumnya saya boleh mengkategorikan fenomena kepada 5 keadaan :

  1. Pertukaran Ayat
  2. Pertukaran Muka Surat
  3. Pertukaran Maqra’
  4. Pertukaran Surah
  5. Pertukaran Juzu’

Read more »

Juara Imam Muda Musim Pertama

Imam Muda

Tepat jam 10.25 malam tadi, saudara Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan telah dinobatkan menjadi juara Program Imam Muda musim pertama di Dewan Muktamar Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Program yang berjaya menarik perhatian ramai ini telah berlangsung selama 10 minggu bermula dari 28 Mei 2010. Sejak kemunculan rancangan ini di Astro Oasis, banyak ulasan telah dibuat oleh media. Tidak kira media dari dalam atau luar negara.

Read more »

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music