July 10th, 2010

Mencari Yang Halal Itu Fardu
Produk Halal Tanggungjawab Bersama.
Seringkali ungkapan dan istilah ini kita dengar dan lihat. Namun, disebalik promosi dan kempen yang dijalankan. Masih terdapat lagi pengeluar dan pembekal bahan makanan di Malaysia yang tidak mematuhi peraturan logo dan sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM].
Saya telah menerima email yang dihantar oleh rakan mengenai logo halal JAKIM yang dipermainkan oleh sebuah pengeluar produk makanan sejuk beku (frozen) di pasaraya besar (hypermarket) terkenal.
Apakah motif syarikat pengeluar makanan tersebut melakukan perkara tersebut? Mempermainkan pengguna? Mempersendakan JAKIM? Menyindir pegawai penguatkuasa JAKIM? Adakah syarikat pengeluar makanan tersebut tersalah cetak logo halal JAKIM?
Baca selanjutnya.. Klik disini »
July 8th, 2010

Syarikat Telekom Malaysia Berhad [TM] nampaknya semakin bersungguh-sungguh untuk merapatkan jurang digital antara penduduk di Malaysia. Tidak lama dahulu, TM menawarkan pakej netbook khas bagi pelajar-pelajar diploma dan ijazah sarjana muda.
Pakej tersebut telah mendapat sambutan yang hebat dikalangan pelajar. Sehingga ada di kalangan mereka yang mengambil kesempatan dengan menjual netbook tersebut kepada pihak ketiga.
Mungkin merasakan betapa dahsyatnya penangan pakej tersebut dan betapa masyuknya hasil jualannya, kini TM menawarkan pakej istimewa untuk semua rakyat Malaysia.
Harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan iaitu serendah RM38.00 sahaja bagi kelajuan 384 kbps.
Syarat-syarat Pakej Ini :
Baca selanjutnya.. Klik disini »
July 7th, 2010

Pandangan Mata Selalu Menipu
Pandangan Akal Selalu Tersalah
Pandangan Nafsu Selalu Melulu
Pandangan Hati itu Yang Hakiki
Kalau Hati itu Bersih
Hati Kalau Terlalu Bersih
Pandangannya Kan Menembusi Hijab
Hati Jika Sudah Bersih
Firasatnya Tepat Kehendak Allah
Tapi Hati Bila Dikotori
Bisikannya Bukan Lagi Kebenaran
Hati Tempat Jatuhnya Pandangan Allah
Jasad Lahir Tumpuan Manusia
Utamakanlah Pandangan Allah
Daripada Pandangan Manusia
Baca selanjutnya.. Klik disini »
July 6th, 2010

Beberapa dekad dahulu, adalah amat sukar bagi kita untuk bertemu dengan golongan huffaz. Bahkan untuk mencari sekolah atau institusi pengajian tahfiz juga merupakan suatu misi yang boleh dikatakan mustahil melainkan di negeri-negeri bahagian pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Saya juga tidak pasti mengapa institusi pengajian tahfiz lebih berkembang pesat di negeri-negeri pantai timur dan lembah klang. Mungkinkah kerana faktor penghayatan agama yang lebih oleh masyarakat di sana? Atau mungkin juga kerana permintaan yang tinggi di kalangan ibu bapa dan penjaga.
Kata-kata sinis seperti, “Ada ke masa depan dalam bidang hafazan ini?”, “Tamat belajar nanti pun tidak ke mana…” dan “Paling tidakpun, jadi ustaz atau ustazah…”, kini sudah semakin tidak kedengaran lagi.
Baca selanjutnya.. Klik disini »
July 4th, 2010
Kredit kepada pencipta khat Azri Hilmi Mansor
Alhamdulillah pada 27 Jun 2010, saya dan beberapa orang rakan dari Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan sempat menghadiri sebuah majlis yang gilang-gemilang bagi golongan Huffaz.
Majlis yang dimaksudkan tersebut ialah pelancaran Dewan Huffaz Kebangsaan [DHK]. Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom.
Penubuhan DHK ini bukanlah perkara baru, ia telah dirangka dan dicanang sejak sekian lama. Pelbagai nama dicadangkan namun, akhirnya nama ini yang terpilih.
Baca selanjutnya.. Klik disini »