Hari ini saya akan berkongsi beberapa plugin menarik untuk kegunaan anda. Walaubagaimanapun, plugin ini hanya boleh digunakan untuk platform wordpress sahaja (ayat promosi supaya anda guna wordpress).
Apakah plugin? Secara mudahnya ianya adalah seperti aksesori kenderaan. Contohnya, bagi sebuah kenderaan terdapat pelbagai aksesori untuk mencantikkannya atau menambah prestasinya.
1. Plugin Stripe Ads
Plugin ini saya anggap sangat menarik kerana ianya bukan sekadar untuk meletakkan iklan sahaja. Ia juga boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti :
- Membuat announcement atau berita terkini
- Memasukkan Disclaimer atau Term Of Service (TOS) blog anda
- Mengucapkan selamat datang kepada pengunjung blog anda
- Menarik perhatian pengunjung blog anda pergi ke post terkini (recent post) mengenai peraduan, perkhidmatan dan sebagainya
- Banyak lagi fungsi-fungsi yang boleh anda cipta berdasarkan kretiviti anda
Contoh bentuk plugin Stripe Ads apabila dipasang pada blog anda :
Untuk mendapatkan plugin ini, anda boleh download di sini. Anda boleh menetapkan (customize) setting plugin tersebut. Namun bagi saya yang paling penting dan menarik, ianya adalah PERCUMA..!!
2. Plugin Unblockable Popup
Kebiasaannya kebanyakan pemilik blog tidak begitu mahir dalam pengaturcaraan (programming). Plugin ini membantu pemilik blog seperti saya untuk menggunakan pop-up semudah A-B-C, tanpa memerlukan pegalaman di dalam programming. Ia juga mempunyai banyak fungsi seperti :
- Meningkatkan jualan produk anda atau affiliate
- Meningkatkan subscriber blog anda
- Memberitahu makluman terkini
- Mengumumkan tawaran istimewa produk
- Banyak lagi fungsi-fungsi yang boleh anda cipta berdasarkan kretiviti anda
Contoh bentuk plugin Unblockable Popup apabila dipasang pada blog anda

Kadang-kadang pengunjung blog tidak gemar dengan kemunculan pop up kerana bagi mereka, ianya mengganggu. Tetapi plugin ini mempunyai fungsi untuk mengawal kekerapan kemunculan pop-up. Sebagai contoh, anda boleh menetapkannya supaya pop up tersebut hanya muncul sekali untuk setiap pengunjung. Ini adalah situasi menang-menang. Anda berjaya menyampaikan mesej anda dan pengunjung blog anda pula tidak marah dengan kemunculan pop-up.
Untuk mendapatkan plugin ini, anda boleh download di sini. Anda juga boleh menetapkan (customize) setting plugin tersebut. Sekali lagi, plugin ini adalah PERCUMA..!!
3. Plugin Favicon
Apabila anda melayari Internet untuk mencari senarai blog, anda mungkin sering tertarik pada halaman tertentu kerana mereka mempunyai icon tertentu di sebelah kiri URL mereka.
Icon tersebut dikenali sebagai Favicons. Favicon adalah satu alat yang sangat baik untuk webmaster dan pemilik blog. Ia membantu anda mencipta kesedaran jenama (brand awareness) dengan menampilkan favorite icon (favicon) dalam tajuk blog anda di tepi URL
Contoh-contoh Favicon
Favicons juga menarik lebih banyak trafic ke blog anda kerana pengunjung lebih tertarik pada icon tersebut. Biasanya untuk meletakkan favicon ke dalam blog, anda harus membayar atau mengupah seorang designer untuk mencipta ikon yang berpadanan untuk blog anda.
Tetapi plugin ini membolehkan anda membuat semua itu secara PERCUMA..!! Untuk mendapatkannya, anda boleh download di sini.
4. Plugin Subscriber
Sebuah borang melanggan pada blog adalah sebuah fenomenal yang harus dimiliki yang telah membantu melonjakkan banyak blogger terkenal menuju kejayaan. Bahan rahsianya? Senarai pengunjung (mailing-list) yang “memilih” atau mendaftarkan email mereka pada anda.
Dengan menjemput pembaca anda untuk melanggan, anda secara efektif meminta mereka untuk terus datang semula, tidak melupakan anda dan menarik perhatian mereka tentang apa yang anda katakan.
Kini anda tidak perlu bersusah payah untuk membuatnya. Apa yang anda perlukan hanya download plugin ini secara PERCUMA disini.
Contoh borang subscribe yang dipasang pada blog anda.




January 29th, 2010
Imran 

Posted in
Tags: 










silap aribulan
kene virus
.-= joegrimjow´s last blog ..not the primrose path 2 =-.
[Balas Komen]
tak sangka banyak jenis plug-in ada kan…… mesti kalau letak benda alah ni lagi attractive kan blog…..
Siapa Nak Promo Blog???
Dapat 1st Class, Tak Boleh Buat Kerja????
Yes, Dah Cancelled Credit Card
[Balas Komen]
Imran Reply:
January 30th, 2010 at 8:33 AM
banyak juga ya blog anda…
.-= Imran´s last blog ..Plugin Menarik =-.
[Balas Komen]
Rasanya plugin ini selamat kerana usahawan internet malaysia pun guna, seperti rajakamil.biz & mazlienadzrie.com
.-= Imran´s last blog ..Plugin Menarik =-.
[Balas Komen]
Wah, menarik blog ko ni imran…. mana ko blajar nak tambah pulgin ni? ada ebook mengajar ke? klu ada den nak blajar….buleh?
LAgi satu, apa theme bolg ko ni?
[Balas Komen]
Imran Reply:
February 1st, 2010 at 7:09 AM
tambah plugin ni takdo ebook doh… den surfing dalam blog otai2 tengok apo diorang pakai… nak belajar boleh, tggu hujung minggu baru ado maso sikit
.-= Imran´s last blog ..Pengajaran =-.
[Balas Komen]
thanks for sharing, yg suscribe reader tu mcm menarik je
.-= yanmie´s last blog ..Banner Yanmieonline – Ok bah kalau kau! =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
February 22nd, 2010 at 7:23 AM
Cubalah kerana mudah nak dipasang
.-= Imran´s last blog ..SMS Percuma =-.
[Balas Komen]
dan plugins yang wajib ada blh rujuk sini
http://sembangkomputer.com/wordpress-plugin-perlu-ada
.-= Wan Perlis´s last blog ..WanPerlis – ini blog baru saya =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 30th, 2010 at 2:36 PM
@Wan Perlis, Bagus bro, boleh buat rujukan. Masa mula-mula berblog dulu tak jumpa tutorial macam tu
[Balas Komen]
lawak arh, semua yang anda tunjuk tu blogspot blh wt.. nk wt cm wodpress pn blh… skrg dh tkde beza ar wodpress ng blog.. dengan koding cm2 leh buat..asal padai wt koding, bukan pandai cipalak toturial org je..
.-= haris´s last blog ..Top Blogger 2010 =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 30th, 2010 at 2:27 PM
@haris, Entri ini dibuat ketika mula-mula menggunakan plugin dalam wordpress. Memang teruja! Tapi bila dah mula explore WP, baru tahu banyak lagi yang menarik
p/s : Saya memang tak pandai ‘coding’
[Balas Komen]