Netbook Percuma Lagi?

Netbook Percuma

Syarikat Telekom Malaysia Berhad [TM] nampaknya semakin bersungguh-sungguh untuk merapatkan jurang digital antara penduduk di Malaysia. Tidak lama dahulu, TM menawarkan pakej netbook khas bagi pelajar-pelajar diploma dan ijazah sarjana muda.

Pakej tersebut telah mendapat sambutan yang hebat dikalangan pelajar. Sehingga ada di kalangan mereka yang mengambil kesempatan dengan menjual netbook tersebut kepada pihak ketiga.

Mungkin merasakan betapa dahsyatnya penangan pakej tersebut dan betapa masyuknya hasil jualannya, kini TM menawarkan pakej istimewa untuk semua rakyat Malaysia.

Harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan iaitu serendah RM38.00 sahaja bagi kelajuan 384 kbps.

Syarat-syarat Pakej Ini :

  • Pakej Jalur Lebar TM dengan Netbook (luar kawasan USP) (“Pakej”) ini terbuka kepada semua penduduk warganegara Malaysia di kawasan yang telah dikenal pasti oleh TM sahaja dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM5000 sebulan bagi kawasan bandar dan RM3000 bagi kawasan luar bandar.
  • Tempoh minimum langganan adalah selama 24 bulan.
  • Jaminan untuk modem WiFi adalah selama 12 bulan.
  • Pakej ini terbuka kepada pelanggan yang memiliki talian tetap TM  sahaja.
  • Tidak sah untuk Streamyx-in-a-box (SIB).
  • TM akan menghantar bil bulanan sebaik sahaja perkhidmatan berjaya diaktifkan.
  • Sebarang kekurangan dan kecacatan Netbook akan ditanggung oleh pihak pembekal (HP atau Nadi Ayu, yang mana tergunapakai) sepanjang tempoh jaminan selama 12 bulan.
  • Netbook akan dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja sebaik sahaja Streamyx dipasang dan diaktifkan serta tambahan 5 hari diperlukan untuk penghantaran ke kawasan terpencil contoh : perlu menaiki bot / melalui jalan lori.
  • Pelanggan tidak dibenarkan untuk menukar kepada pakej lain yang ditawarkan TM sepanjang tempoh minimum langganan.
  • Pelanggan Komputer 1Malaysia akan terus membayar harga yang sama selepas 24 bulan manakala pelanggan HP akan membayar harga yang sama seperti pelanggan Komputer 1Malaysia hanya selepas 24 bulan.
  • Pelanggan akan dikecualikan daripada membayar yuran pengaktifan sebanyak RM75 dan yuran pemasangan sebanyak RM88 serta mendapat potongan harga yuran langganan sebanyak 50% untuk bulan pertama.
  • Bagi permohonan Streamyx dengan talian tetap TM baru:
    • Deposit Perkhidmatan : RM75
    • Duti Setem: RM10
    • Tiada yuran Penyambungan: RM50
    • Pendawaian Dalaman: RM30 –RM50 (Dibayar kepada kontraktor pemasangan)
      • 5 meter pertama – RM50
      • Caj untuk setiap 1 meter seterusnya – RM5/meter
  • TM dan/atau wakilnya berhak untuk menolak permohonan daripada pelanggan yang dirasakan tidak layak untuk pakej ini.
  • Terma & syarat pakej ini adalah tertakluk juga kepada terma & syarat perkhidmatan Streamyx. Terma & syarat perkhidmatan Streamyx juga terpakai ke atas terma & syarat pakej ini.

Harga Pakej :

spesifikasi netbook

p/s : Malang sekiranya kawasan perumahan anda tidak mempunyai talian telefon tetap.

rujukan : Laman web rasmi streamyx

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
pixel
share save 171 16
You can leave a response, or trackback from your own site.

47 Responses to “Netbook Percuma Lagi?”

  1. Frantz-Senpai says:

    Hurm, baguslah tuh. Tapi kadang2 kte bleh terjerat kalau tak bce TOS dia btol2

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Frantz-Senpai, Terjerat bila pakej tidak boleh ditukar dalam tempoh kontrak 2 tahun :D

    [Balas Komen]

    Sallehuddin Ibrahim Reply:

    @Imran, Perlu dibekalkan dengan kesedaran dan ilmu memanfaatkan penggunaan jalur lebar agar tak terjerat

    [Balas Komen]

    Chiam B K Reply:

    @Frantz-Senpai, Call tm 100 atau ke agent tm, jika di Alor Star datang ke gerai Reseller tm kat Tesco Mergong. Sedia Membantu.

    [Balas Komen]

    Kamarumddin Reply:

    @Frantz-Senpai,

    Kalau nak ikutkan terjerat memang ramai yang terjerat :) terutama pelanggan lama macam saya. Saya langgan streamyx 1 meg sejak 2004 bayar RM88 sebulan..sekarang pakej 4 meg 1Malaysia juga RM88 + netbook + wireless modem..cuba bayangkan. Nak tukar package diorang tak kasi.. jadi apa yang saya buat daftar atas nama isteri, pasang line baru dan install package 4 meg = RM88 + netbook+wireless modem…line telefon lama dan streamyx lama ..saya potong…

    Alhamdullilah petang tadi dapat netbook dan saya test line 4 meg.. spped memang stabil dan speed di cap pada 5 meg…average speed dalam 480 Kbps – 530kps…

    Pasal windows 7 starter tu..ya memang agak berat sikit..jadi saya backup windows 7..dan saya format win 7 dan instal windows XP dan buat dual boot dengan ubuntu linux 10.04.. pasal xp tu mula-mula payah jugak nak cari driver..nasib baik ada kenalan di facebook kasi driver..everything ok..

    nak tunggu Unifi kat area saya ni dalam 3 tahun pun belum tentu..jadi peluang package 4 meg 1 malaysia ni saya rasa berbaloi ..kalau terjerat pun nak buat macam mana…ini adalah pilihan terbaik pada masa ini….:)

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Kamarumddin, Menarik juga PENYELESAIAN anda. Masti ada orang dalaman TM yang bagi solution begitu :D

    [Balas Komen]

    Kamarumddin Reply:

    @Imran,

    actually apply macam biasa jer..tak ada orang dalam :) diorang tak kasi sebab nama saya dah daftar atas nama streamyx biasa..tukar package diorang tak kasi..jadi the best way guna nama isteri laaa…. sama jer.. atas nama isteri tapi saya yang bayar :)

    [Balas Komen]

    hisham Reply:

    @Kamarumddin, saya pun buat perkara yang sama dan alhamdulillah berjaya, pakej ni mmg menguntungkan jika nak di banding dgn pakej lain. untuk sebulan hanya rm 38 je jika 24bulan baru rm912je..tu dpt lgi panggilan telefon,internet lg,dect phone lg. kalau ikut harga netbook aje dah cecah harga 1k lebih..so untung.dulu wife saya daftar atas nama dia ..bila saya nak daftar pakej ni buat upgrade phak tm x bagi, so buat perkara yg sama daftar lin ebaru ikut pakej ni,line lama tutup…tp mmg lambat sbb phak tm sngaja melambat2kn sbb nak habiskan deposit user.tp skrang diorg cakap kalau di bandar hanya ppr shj yg layak bagi yg berpendapatan rendah kononya kena streaming dulu…atas nasibla kalau dapat..maknanya kalau nak daftar kat rumah tak dapat la kalau rumah tu bukanya kos sederhana n rendah dan 1 lg nak daftar income 1 rumah pun x lebih 5k so kalau wife kije cakap x kije la..bagi payslip sndiri je so lepas la..tp atas niat..k Allah tpapa yg hamba ye buat..k la smoga manfaatkan apa yg kerajaan kite berikan .wsalam

    [Balas Komen]

  2. apiih says:

    sy tingin nk pakai stimix nih,tp dh terbeli bodband,terpaksa la guna bodband..member dh dpt dah 1 netbook nih..katenyer slow sbb gune win7 tp spec dlm kecik jerk..huhuhuhu

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @apiih, Netbook memang slow sbb guna intel ATOM. Untuk kerja-kerja ringan dan traveling ok. Untuk heavy duty dan graphic design kurang sesuai…

    [Balas Komen]

  3. diraja22 says:

    manfaatkn la sebaik2 nye..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @diraja22, Bagi yang mampu dan memenuhi syarat..

    [Balas Komen]

    kimura Reply:

    @Imran, sy punye netbook tak dapat dapat lagi..
    suda 2 bulan..selepas pasang modem katenye dalam mase 2 miggu je..
    any idea?da call but katenye ini urusan Hp…plak da…

    [Balas Komen]

  4. mancai says:

    2Mbps dengan 4Mbps bukan senang nak dapat… ish2…

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @mancai, Bukan semua tempat yang dapat tu :D

    [Balas Komen]

  5. ishak says:

    macam best jer tapi saya tetap stay ngan digi
    ishak´s last [type] ..Tutorial – Jenamakan feedburner google anda dengan subdomain domain sendiri

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @ishak, Digi bagus juga sebab saya pengguna setia. Tapi streamyx tetap merupakan broadband yang paling stabil dan pantas :D

    [Balas Komen]

    Chiam B K Reply:

    @Imran, Memang Tepat, Streamyx Broadband NO 1 Di Malaysia.

    [Balas Komen]

  6. zik says:

    siap dapat netbook.. harap dia punya servis berbaloi..
    zik´s last [type] ..Imam muda minggu ke 7

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zik, Harapnya begitulah. Sayang kawasan rumah saya tidak ada talian tetap…

    p/s : Ada masalah komen di blog zikr ke?

    [Balas Komen]

  7. Mus says:

    semoga usaha mendekatkan jurang digital ini digunakan sebaiknya..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Mus, Menjelang 2012 diharapkan perkhidmatan internet di Malaysia bertambah baik dan yang paling penting, mampu milik :D

    [Balas Komen]

    Chiam B K Reply:

    @Mus, Harap misi kerajaan dapat di capai dengan pakaj murah ini.

    [Balas Komen]

  8. nadri says:

    bulan lepas cuba nak apply pakej nie..tp pegawai dkt TM Net kata tak layak pulak..terpaksalah langgan pakej Blockbuster yg mahal giler..
    nadri´s last [type] ..SPAIN Bakal Juara Piala Dunia 2010

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @nadri, Kalau dikira, macam mahal sikit pakej ni sebab tka termasuk sewa talian telefon :D

    [Balas Komen]

    Chiam B K Reply:

    @Imran, Dengan Blockbuster, RM90 Keatas Penjimatan Memang Berbaloi, Pangilan Murah Ke talian mudah alih, tm ke tm Percuma Dan Kontrak Cuma Se-tahun Saja.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Chiam B K, Saya ada apply tapi kawasan rumah tiada talian tetap.

    [Balas Komen]

    Chiam B K Reply:

    @Imran, Cara terbaik, pergi terus ke tm point di kawasan terdekat, saya yakin mereka boleh membantu.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Chiam B K, Permohonan pakej ini memang lambat??

  9. Chiam B K says:

    Saya amat setuju, saya harap pihak tm dapat mempercepatkan proses pemasangan kepada pemohon yang memenuhi syarat yang di tetapkan.

    [Balas Komen]

  10. zack says:

    Adakah pakej seterymix 1malaysia (RM38) itu termasuk dengan sewa bulanan
    telefon ataupun tidak?
    Jika ya : RM38 + RM26 = RM64 >> agak mahal bagi speed 384kbps
    Jika tidak : RM38 SAHAJA >> murah!! boleh daftar!

    sesiapa boleh confirmkan?

    Terima kasih!

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zack, Kalau dibaca syarat-syaratnya. Pakej tidak termasuk sewa bulanan talian telefon :D
    Imran´s last [type] ..Hari Raya dan Isu Berkaitan

    [Balas Komen]

    zack Reply:

    @Imran, saya sudah menelefon bahagian telekom dan mereka confirmkan yang pekej TERMASUK sewa bulanan. Murah bukan?
    Tetapi bil pertama agak mahal sedikit. (mungkin cecah 300RM)
    Esok nak daftar.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zack, Oh, rupanya sudah termasuk sewa bulanan.

    [Balas Komen]

  11. nasir says:

    sy dah mohon pekej ni..alhamdulillah dah dapat dah netbooknya… cuma tgl line streamyx jer blum on2 lagi..huhuuu

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @nasir, Tahniah, gunakan netbook tersebut sebaiknya.

    [Balas Komen]

  12. nasir says:

    insyaallah… sy akan gunakan netbook ini dgn sebaiknya… terima kasih…

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @nasir, Beruntunglah bagi sesiapa yang telah subscribe pakej ini :D
    Imran´s last [type] ..Penghinaan Terhadap Al-Quran

    [Balas Komen]

  13. Cg Ruslee says:

    Jangan pula jual netbook ini selepas mendapatnya secara percuma. Internet sesuatu yang menarik setelah anda menguasainya.

    [Balas Komen]

  14. nor says:

    salam…nak tanya…. pakej ni masih ade lg ker?
    kalo kite ambik 4Mbps tu…speed dia leh sampai ker..stabil ker?
    sy br je daftar p.blockbuster…tp masih lom dtg pasang lg…..ingatkan nak tukar pakej 1malaysia ni..

    [Balas Komen]

  15. YATT says:

    klu x guna line talian tetap utk call mcm mn? so line tu kene byr sewa jugak ke?………..eee confiusnye…..

    [Balas Komen]

  16. kimura says:

    kenape sy punya netbook masih lagi tak dapat2 yer?
    mase datang ruma pasang modem die ckp dapat netbook dalam mase 2 minggu lg..
    tp skarang da 2 bulan da…ayoOO!! cmner ni?? call tm die ckp ini urusan Hp…so any idea????

    [Balas Komen]

  17. JasonAkon says:

    Eh btw , This So Called 1Malaysia Kempen , is’t Over ? Or Still On Going ?How to apply on this thing ? my house already have the modem and the internet, can i just apply onli the netbook ?

    [Balas Komen]

  18. utik says:

    Saya daftar pada bulan julai..sampai sekarang x dapat2….bila telefon tanya ejen pada awal september dia kata dalam proses oleh bahagian pendaftaran streamyx. saya tunggu lagi..siap saya minta no tel bahagian pendaftaran streamyx…minggu lepas saya telefon bahagian pendaftaran streamyx dan dapat jawapan yang btul2 menghampakan saya kerana akibat sikap kerja melepaskan batuk ditangga oleh ejen dan tiada sebarang siasatan susulan atau rujukan susulan juga oleh staf TM bagi permohonan yang ditolak bagi memastikan ianya bukan kecuaian informasi permohonan oleh ejen kepada TM : permohonan saya ditolak kerana x boleh guna no prepaid homeline ( nama abang saya ) …kena guna fixed line. .. perkara ni saya sudah maklum pada ogos dan minta 1 lagi talian baru untuk streamyx ( nama saya )pada ejen tu….Rupanya ejen tu x update permohonan saya tu dengan TM dan TM pun x lagi buat susulan samada saya masih berminat atau x dengan permohonan pakej tu…. ejen dengan staf TM tu memang 1 spesis….yang hampa menunggu macam saya kat luar sana kerana kecuaian ejen dan staf TM ni pulak x tahu brapa ramai…saya tak kisah jika permohonan saya ditolak kerana tidak memenuhi syarat…tapi permohonan saya ditolak kerana kecuaian manusia yang bekerja dengan kurang tanggungjawab dan x mengaanggapnya sbagai 1 ibadah…Lagi 1 saya persoalkan permohonan x ditolak kenapa salinan butiran pemohon ( mykad dan penyata gaji hanya 3 angka )saya tidak dikembalikan hingga sekarang? jawap staf TM itu ianya akan dikirim ke alamat saya… Saya kata kalau saya x tanya sampai bila pun saya akan tertunggu2….silap haribulan penyata gaji saya boleh dguna oleh kroni2 tertentu untuk layak memohon pakej akan datang…zaman sekarang ni penyata gaji pun boleh diubah untuk kepentingan pihak yang x bertanggungjawab…kata staf TM tu ianya x akan berlaku sebab mereka ada rekod….saya tanya awak boleh jamin ianya x akan berlaku? staf tu diam saja…dan mengalih perhatian saya dengan menyatakan dia simpati dan faham situasi saya..dan saya tegaskan dia yang dia tidak simpati dan faham situasi saya kerana jika dia faham, dia tentu akan buat rujukan susulan dengan permohonan yang ditolak bagi memastikan tiada sebarang penolakan permohonan kerana kecuaian ejen dan tidak akan menjawap panggilan telefon oleh pelanggan yang tertunggu2 seperti saya….

    [Balas Komen]

  19. hakimi says:

    salam masih ada lagi ker netbook 1malaysia ini.saya mempunyai masalah ckit dengan pemberian netbook ini memandangkan ianya percuma utk pelajar sekolah.tetapi disekolah utara hanya kelas yang cemerlang saje yg dapat netbook.tetapi bagaimana dengan pelajar2 yang lain.saya harap sudilah beri sumbangan pada sekolah yg memerlukanye.

    [Balas Komen]

  20. needspeed says:

    bole tak tolong saya..saya perlukan driver netbook 1malaysia..windows 7..sila email kepada saya..

    [Balas Komen]

  21. 384 kbps rasanya perlahan sangat. Kalau 512 boleh diterima lagi.
    Tapi 384 kbps untk RM38 sebulan memang tersangat murah.
    external keyword research´s last [type] ..The Ultimate Guide to Keyword Research

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 3 + 10 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music