Boleh dikatakan semua blog tidak menyokong penggunaan teks tulisan ayat al-Quran dan teks tulisan jawi. Oleh itu, menjadi satu masalah bagi penulis blog yang ingin memasukkan teks atau petikan dari al-Quran atau teks yang menggunakan tulisan jawi mahupun teks berbahasa arab ke dalam penulisan mereka.
Sebagai penyelesaian kepada masalah tersebut, anda hendaklah menukar teks tulisan jawi/arab dan ayat-ayat al-Quran menjadi gambar. Bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah dibawah :
- Buka perisian Microsoft Word.
- Klik pada bahagian Add-Ins > al-Quran (sekiranya tiada perisian Quran In Word, sila muat turun percuma di sini) Extract file menggunakan WINRAR
- Install perisian Quran In Word dalam komputer/laptop/netbook anda.
- Pilih surah dan ayat yang hendak dipaparkan. Besarkan saiz teks mengikut kemahuan anda.
- Copy (Ctrl + C)ayat tersebut dengan menggunakan fungsi Select All (Ctrl + A)
- Buka perisian Paint dalam komputer/laptop/netbook anda.
- Paste (Ctrl + V) ayat al-Quran/teks jawi/teks arab yang telah anda copy tadi ke dalam perisian Paint.
- Save gambar tersebut.
- Upload gambar dalam blog.
Sekiranya anda mempunyai masalah ketika melakukan proses di atas, bolehlah bertanya mengenainya melalui ruangan komen di bawah.




June 18th, 2010
Imran 

Posted in
Tags: 










Saya pun pernah pakai cara ni dan boleh la tahan. Tapi dalam linux, sy kne install zekr dan snap pic dari situ..
Frantz-Senpai´s last [type] ..Lajukan load WP dengan optimumkan database
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 18th, 2010 at 9:24 AM
@Frantz-Senpai, Linux saya tak pernah guna lagi.
[Balas Komen]
huhu…syukran…
ata´s last [type] ..kontest dialog kitty di RT4
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 18th, 2010 at 9:24 AM
@ata, Semoga mendapat manfaat.
[Balas Komen]
kire copy/paste la nih…ehehehe…bagus
apiih´s last [type] ..Aku Penggila Twitter Client
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 18th, 2010 at 5:01 PM
@apiih, Mudah je sebenarnya kalau tau trick asas
[Balas Komen]
jadi ek? tak tahu plak pasal ni..nak try buat jap..hehe tq bro
x-po´s last [type] ..FILEM 2 ALAM: DR ROZMEY, GILA ATAU WARAS?
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 19th, 2010 at 9:18 PM
@x-po, Boleh punya. Ini simple tutorial, gambar pun takde…
[Balas Komen]
satu ilmu yang baik baik..duu masa sekolah pakai tulisan tangan shja..skrg zamn dah moden serba bagai blh dilakukan..hehee
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 12:42 AM
@suri, Zaman dah berubah. Macam-macam ada
[Balas Komen]
saya nak copy hadis2 di website. tapi bila paste ayat hadis jadi tunggang langgang. harap dpt membantu
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 29th, 2010 at 9:32 PM
@rina, Boleh saya tahu anda paste ayat hadis tersebut ke mana?
[Balas Komen]
Salam.
Sy dah install Quran in word, tq. sy nak copy paste doa dari web site ke dlm bog sy tapi xbole. sy copy doa tu dan paste ka word tp xjd jgk.tlg saya imran
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 30th, 2010 at 7:09 AM
@Rasyid razak, Ayat al-Quran yang berada di web itu dalam bentuk text atau gambar?
[Balas Komen]
Salam
erm ayat al-Quran tu satu dlm pdf file dan satu lg dlm bentuk gambar
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 4th, 2010 at 10:51 AM
@Rasyid razak, Saya mencadangkan anda copy file dalam PDF dan paste ke dalam Microsoft Word terlebih dahulu. Lihat susunan ayat, sekiranya betul. Barulah copy ayat di dalam MS Word tadi dan dipaste ke dalam Paint.
File berbentuk gambar memang tidak boleh dicopy. Melainkan hostkan kembali di dalam hosting anda.
p/s : Untuk memudahkan penerangan, boleh add Yahoo Messenger saya di iem_79
[Balas Komen]
asslm…
mcm mn nak guna sofware nie dkt dlm m.words 2007?…
[Balas Komen]
salam. blh tolong tunjukkan cara nak download perisian al-quran secara percuma dalam laptop. saya amat perlukan perisian al-qran untuk membina soalan-soalan berkaitan dengan ulum al-alquran. Syukran.
[Balas Komen]