Ketagihan Internet

komputer

Saya amat pasti dan percaya bahawa gejala ini semakin mengancam remaja dan kanak-kanak di seluruh dunia. Aduan rakyat TV3 malam tadi juga ada mengutarakan isu ini. Jika di rumah, selain menonton televisyen, aktiviti yang paling popular pada waktu ini ialah permainan komputer dan melayari Internet.

Penggunaan Internet yang keterlaluan telah menjadi satu masalah yang perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama ibu bapa bukan sahaja di negara ini malah menjadi masalah sejagat.

Kanak-kanak dan remaja dilihat sebagai paling terdedah apabila melayari web dan mudah menjadi mangsa gangguan dan pengintipan. Terdapat pelbagai sumber yang boleh didapati di dalam talian yang memberi tumpuan terhadap isu ini dan perkara lebih penting ialah pendekatan proaktif yang diambil oleh semua pihak untuk mendidik kanak-kanak.

Pakar Psikiatri Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, di Portland, Amerika Syarikat, Dr. Jerald Block, dalam tulisan editorialnya untuk American Journal of Psychiatry berkata, masalah penggunaan Internet kini sudah menjadi serius di seluruh dunia dan tidak mustahil suatu hari nanti ia akan dianggap sebagai salah satu penyakit mental.

Menurut Dr. Jerald, beberapa kajian yang telah dibuat di beberapa negara mendapati masalah ketagihan Internet di negara berkenaan sudah mencapai tahap yang sebegitu serius sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah untuk mengatasi dan membendung masalah tersebut.

Di Korea Selatan pula, bagi menangani masalah ketagihan Internet ini, kerajaannya telah melatih 1,043 kaunselor bagi merawat ketagihan Internet dan menyenaraikan kira-kira 190 hospital dan pusat rawatan untuk tujuan ini.

Malah sebahagian ibu bapa di China yang berhadapan dengan anak-anak yang ketagihan Internet sanggup menghabiskan kira-kira RM4,680 sebulan untuk merawat anak mereka di klinik yang dikhaskan oleh kerajaan untuk merawat ketagihan Internet .

Mengapa jadi begitu? Ini kerana sistem komputer mampu dimiliki dan talian Internet mudah disediakan oleh sesiapa di rumah. Keputusan ibu bapa untuk membeli komputer dan menghubungkannya ke Internet biasanya untuk kebaikan anak mereka. Internet memberi pelbagai manfaat yang meluaskan pengetahuan dan sebagai alat komunikasi.

Kebelakangan ini, terdapat banyak kes dilaporkan di seluruh dunia berkaitan pengintipan dan gangguan siber terhadap kanak-kanak. Ini boleh dielakkan jika kanak-kanak sedar tentang selok belok kegiatan sedemikian dan cara pencegahan, termasuk perbualan selamat, pertemuan dengan orang asing dan sebagainya.

Ibu bapa perlu memainkan peranan mengajar anak mereka tentang keselamatan, bahaya dan bersikap bertanggungjawab dalam dunia siber.

sumber asal : Utusan Malaysia

pixel
pixel
share save 171 16
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Ketagihan Internet”

  1. Farah says:

    oh..saya jugak salah satu daripada mangsa!!!
    waaaaa help!!!Taoi mmg betul la..kalau ngadap tenet,kompem x ingt dunia..saya kadang2 tido 6 pagi..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Dah kena penyakit ni kena potong line internet la nampaknya ;)
    .-= Imran´s last blog ..Jenayah Akademik =-.

    [Balas Komen]

    ardzham Reply:

    @Imran, potong line internet tidak menyelesaikan masalah malahan seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar!
    ardzham´s last [type] ..Cerita Semalam

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @ardzham, Potong line internet adalah langkah terakhir. Tetapi kalau sudah ketagih, memang susah untuk dibuang.

    [Balas Komen]

  2. suri says:

    salam sejahtera..
    gejala yang buruk haruslah dikawal degan baik. maka itu ibubapa haruslah bujak dalam mengawal anak2 mereka spjg melayari internet.

    zaman sudah mengganjak ke era moden.apapun ibu bapa juga harus lebih bijak,drastik dlm menangani kerenah ank2 mrka..
    .-= suri´s last blog ..Cicak Yang Bijak =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Internet asalnya baik, cuma sekiranya tiada pengawalan maka akan rosaklah ia. Contoh : Pisau baik jika digunakan untuk memasak tetapi jika digunakan untuk membunuh lain jadinya

    [Balas Komen]

  3. ardzham says:

    lakukan apa saja dengan sederhana dan jangan berlebih-lebihan. kawal diri sendiri dan mereka yang berada dibawah jagaan kita terutamanya anak-anak.

    “Di Korea Selatan pula, bagi menangani masalah ketagihan Internet ini, kerajaannya telah melatih 1,043 kaunselor bagi merawat ketagihan Internet dan menyenaraikan kira-kira 190 hospital dan pusat rawatan untuk tujuan ini.”

    bukan senang nak merawat penyakit ni, perlukan kos yang besar juga tu…
    ardzham´s last [type] ..Cerita Semalam

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @ardzham, Setiap penyakit memerlukan kos yang besar untuk merawatnya. Langkah pencegahan dari awal adalah yang terbaik :D

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 2 + 3 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music