Sewaktu menyelia pelajar untuk menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran Rasm al-Quran. Ramai yang bertanya mengenai bagaimanakah untuk memasukkan ayat-ayat al-Quran menggunakan Quran In Word ke dalam Microsoft Power Point? Kaedah yang biasa digunakan ialah dengan cara copy dan paste dari Microsoft Word ke Microsoft Power Point. Namun apabila berbuat demikian. Susunan ayat al-Quran akan menjadi terbalik. Saya juga tidak pasti mengapa perkara ini terjadi. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, ikuti langkah ini :
- Buka perisian Microsoft Word.
- Klik pada bahagian Add-Ins > al-Quran (sekiranya tiada perisian Quran In Word, sila muat turun percuma di sini) Extract file menggunakan WINRAR
- Get All : Ayat al-Quran dan Terjemahan akan dipaparkan.
- Get Ayat : Ayat al-Quran sahaja akan dipaparkan.
- Get Terjemah : Terjemahan sahaja akan dipaparkan.
- Pilih surah dan ayat yang hendak dipaparkan.
- Copy ayat tersebut dengan menggunakan fungsi Select All (Ctrl + A)
- Buka perisian Microsoft Power Point
- Klik ruangan Home > klik pada tanda anak panah di bawah fungsi Paste > pilih Paste Special
- Pada bahagian tersebut, pilih Paste as : Picture (Enhanced Metafile)
- Untuk mengubah suai ayat yang dikehendaki, Crop pada gambar menggunakan menu Picture Tools yang terletak di bahagian Format
(setelah fungsi Crop digunakan)
- Untuk mengubahsuai size ayat tersebut, drag pada bucu hujung gambar
- Untuk mengubah warna ayat al-Quran, pilih Recolor. Pilih warna yang anda kehendaki supaya sesuai dengan design Power Point anda.
* Klik pada gambar untuk lebih jelas
p/s : Sebarang pertanyaan dan masalah untuk setting ayat al-Quran dalam Power Point, boleh diajukan dalam ruangan komen.




April 30th, 2010
Imran 










Posted in
Tags: 










owh..dah ade sopwer nih,bagus sangat..amat membantu aku jika perlu buat presentation utk pendidikan islam..huhu
.-= apiih´s last blog ..Movie-Movie Yang Bakal Menggegarkan Pawagam pada 2011 =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 2nd, 2010 at 8:42 AM
@apiih, Memang tutorial ini ditujukan khas kepada individu yang ingin membuat presentation, Alat Bantuan Mengajar dan Assignment berkaitan pendidikan Islam. Selalunya mereka akan menaip ayat-ayat al-Quran secara manual tanpa mengambil petikan asal dari Quran In Word kerana masalah ini.
[Balas Komen]
terima kasih utk ini:)
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 2nd, 2010 at 8:42 AM
@sniffa93, Harap-harap ianya membantu anda.
[Balas Komen]
dah senang la lepas nie..kalau tak sebelum nie bila paste je..jadi ayat lain…kotak ,[][]][]]][[]] lebih kurang macam tulah..
.-= zik´s last blog ..Prihatinkah kita? =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 2nd, 2010 at 8:43 AM
@zik, Kalau jadi macam tu. Select All, kemudian delete dan buat semula. Biasanya jadi begitu untuk kali pertama anda membuka Quran In Word dalam Microsoft Word.
[Balas Komen]
huhu.. aku pernah post benda ni dulu waktu di domain killvearn.com… ape2 thanx ingatkan aku kembali.. moga ia dapat dimanfaatkan kepada semua orang!
.-= syahirul´s last blog ..Cara mudah menulis komen di blog rakan =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 2nd, 2010 at 8:45 AM
@syahirul, Setelah membuat beberapa carian, saya tidak berjumpa dengan tutorial sebegini. Mungkin kerana domain tersebut telah berkubur di Cyberjaya
p/s : Blog syahirul memang superb bab-bab tutorial ni
[Balas Komen]
baguih info dan tutorial ni…boleh rujuk bila diperlukan nanti
.-= etomyam´s last blog ..Selamat Hari Guru…Siapa ‘Tuuut’ Dalam Kelas =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 2nd, 2010 at 8:47 AM
@etomyam, Mudah-mudahan begitu. Dapat bagi sumbangan yang tidak seberapa ini
[Balas Komen]
terbaik bro…den kat part nak paste kek power point ni la yang kalah ni,,asyik2 pakai paint jo…bagus2,,kot ado 5 org cam ko ni ,,,awal lagi da malaysia ni dapat kemerdekaan maghin…
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 2nd, 2010 at 8:50 AM
@paleq, Pakai paint boleh juga. Tapi kena buat kerja 2 kali. Ini pun den post kat blog sebab ramai yang tanya. Lepas ni, sesiapa tanya sila lah rujuk blog
[Balas Komen]
Memang selalu juga ada masalah time masukkan ayat al-quran dalam MS Powerpoint tu, asal paste, jadi ayat lain.. lepas ni bolehlah rujuk sini..
.-= kulanz´s last blog ..Hot FM Mini Jam, Kota Kinabalu, Sabah =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 2nd, 2010 at 8:51 AM
@kulanz, Mudah-mudahan berguna bila diperlukan kelak.
[Balas Komen]
Salam
Barulah tau ape masalahnye dulu.Terima Kasih banyak.Semoga banyak pahala dapat, atas info berguna ini.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 2nd, 2010 at 8:53 AM
@Brother One, Masalah yang pasti berlaku sekiranya anda copy paste direct dari MS Word ke MS Power Point. Sekiranya ada permasalahan bolehlah bertanya di sini
[Balas Komen]
Pernah try ni dulu, tapi masa zaman2 blajar dulula. T.kasih sbb buat entri. Buat sy ingat balik.
.-= Azizi Zulkefli´s last blog ..Prosedur Pendaftaran Cap Dagangan di Malaysia =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 3rd, 2010 at 2:37 PM
@Azizi Zulkefli, Zaman belajar dan zaman mengajar banyak gunakan benda Power Point. Untuk bahan bantu mengajar pelajar.
[Balas Komen]
tutorial yg mnrik..klu ada mlbtkn bnda2 cmni utk presntation,bole la rujuk cni lps ni..hehehee
.-= azizan4444´s last blog ..Blogger + Duit = Politik =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 3rd, 2010 at 2:40 PM
@azizan4444, Boleh. Benda baik elok dikongsi bersama. Sharing Is Caring
[Balas Komen]
thanx a million for da info..congrats..
.-= izzudin´s last blog ..Pengajaran dari satu Tamparan =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 4th, 2010 at 11:02 PM
@izzudin, This should be important when you want to present about al-Quran using MS Power Point
[Balas Komen]
senang la skit aku nk ajar ckgu2 agama islam kt sekolah aku ni..hehe
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 4th, 2010 at 11:04 PM
@x-po, Kalau diorang tak berapa mahir nak buat. Suruh rujuk sini. Tapi rasanya ramai yang tahu sebab bro dah ajar
[Balas Komen]
hem bagus tutorial ni….sebab sebelum ni..saya pernah cuba masukkan ayat al-quran kat dalam power point seperti yang bro cakap kat atas tu ayat terbalik..hem ok gak cara ni
.-= ishak´s last blog ..Masyarakat penyayang.. hindari penyakit terlalu emo..! =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 4th, 2010 at 11:05 PM
@ishak, Ramai yang terkena dengan cara copy paste direct ke dalam MS Power Point. Harap-harap ini membantu anda
[Balas Komen]
info baru lagi.. kalau saya saya install saja bahasa font arab dlm pc saya. tapi itu bahasa arab,bukan tulisan alquran. selalunya saya copy paste saja. tapi saya nak tahu jugak mcm mana nak tambah huruf jawi..kalau guna tulisan arab pelik lah bunyinya..hahaha
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 4th, 2010 at 11:09 PM
@Hafiz Mohd, Hmmm… kalau kita taip guna tulisan arabic memang boleh. Tapi tak sama la dengan Quran In Word ni yang siap tanda baris.
[Balas Komen]
oh, macam tu..than Q ya
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 4th, 2010 at 11:10 PM
@faizal, Semoga ianya memberi manfaat pada anda.
[Balas Komen]
best nie..tgh buat kerja dkt ofis blh dengar bacaan Al-Quran sekali…
.-= Nadri´s last blog ..Rumah Kampung Yang Paling Mahal =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 4th, 2010 at 11:11 PM
@Nadri, Software ni bukan audio untuk didengar tetapi untuk diintergrasi dengan MS Word.
[Balas Komen]
mau buat ebook presntasi makalah islam ya?
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 4th, 2010 at 11:14 PM
@wahyu nurudin, Tutorial ini untuk memudahkan membuat presentasi menggunakan Power Point
[Balas Komen]
salam..
Alhamdulillah satu cara yang amat mudah untuk di ikuti..huhu
teringat dulu masa ketiadaan komputer slu pakai tagan je..skr zamn tambh moden type pakai komputer jer..pahala pun kurang..
kalu kita menulis satu ayat sudah pasti akan banyak pahala yang kita milikinya..
.-= suri´s last blog ..Sakit, Adakah Itu Hadiah Buat Kita?? =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 4th, 2010 at 11:17 PM
@suri, Betul tu. Tapi untuk membuat presentation menggunakan MS Power Point takkan nak tulis tangan?
[Balas Komen]
Terima kasih Imran.. ini yang dicari selamai ini.. satu lagi pertanyaan , jika kita mahu menaip apa-apa doa di dalam words ada tak software yang boleh di rekomenkan.. ?
.-= nuaeman´s last blog ..AWAS : Blog Agen Dajjal! =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 5th, 2010 at 4:49 PM
@nuaeman, Nak menaip doa? Macam mana tu? Nak enable arabic?
[Balas Komen]
Assalamualaikum saudara Imran.
Terima kasih atas perkongsian ilmu.
Saya dah cuba sebentar tadi tapi tak jadik.
Kenapa agaknya.
Saya baru berjinak dengan blog. Sokong ye…
.-= RasaHatiku´s last blog ..Angkara Iblis =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 8th, 2010 at 9:16 AM
@RasaHatiku, Macam mana yang tak jadi tu? Ada tertinggal step kot?
[Balas Komen]
bagus tutorial ni..
pasti dibookmark!
.-= Mus´s last blog ..Oh My God! Akukah Jejaka Terkacak Itu? =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 8th, 2010 at 9:21 AM
@Mus, Semoga mendapat manfaat.
[Balas Komen]
Salam.
Saya mempunyai blog sendiri. Saya ingin memasukkan ayat2 Al-Quran ke dalam blog saya, tetapi saya tidak tahu akan caranya.
Bolehkah saudara Imran membantu saya
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 3:06 PM
@Rasyid razak, Mudah sahaja. Anda hanya perlu download Quran In Word yang telah saya berikan. Kemudian copy ayat tersebut dalam program Paint. Saya pasti program tersebut ada dalam komputer tuan.
Insya Allah dalam masa terdekat saya cuba buat tutorial untuk itu pula.
[Balas Komen]
Salam.
saya tidak jumpa bahagian ‘Add-Ins’ dlm M-Word saya. saya menggunakan M-word 2003. saya tidak pasti samada kedudukan bahagian ‘Add-Ins’ tersebut berbeza dgn M-word yg terbaru.
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 18th, 2010 at 9:22 AM
@Rasyid razak, Microsoft Word 2003 lagi mudah. Lepas install Quran In Word akan terus muncul di menu bahagian atas Word…
[Balas Komen]
Perkongsian bermanfaat & amat membantu. JazakAllahu khair
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 19th, 2010 at 9:19 PM
@Alauddein, Gunakan blog untuk berkongsi ilmu
[Balas Komen]
nape xleh pun nk paste
dia xjd gak
tolonnnggggg
dh la nk buat present nieee…
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 19th, 2010 at 9:17 PM
@mat7, Cuba ikut step yang telah diterangkan satu persatu. Adakah apabila anda paste ayat Quran di Microsoft Power Point menjadi terbalik?
Jika begitu, puncanya kerana anda tidak select all (Ctrl A) semasa “highlight” ayat tersebut di Microsoft Word.
Harap dapat mebantu.
[Balas Komen]
mat7 Reply:
June 20th, 2010 at 12:40 AM
@Imran, xboleh gak..
dah cuba byk kali
xleh nk paste special..
tlong cik..
bantu saya
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 20th, 2010 at 12:15 PM
@mat7, Paste special tu kat Power Point. Cari paste special > Save as picture (enhanced metafile)
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 20th, 2010 at 12:42 PM
@mat7, Saya dah add email anda di YM untuk memudahkan urusan…
[Balas Komen]
terima kasih ustaz…senang dah lepas ni.
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 12:46 AM
@Takluk Jagat, Kalau dah dapat manfaat, sebar-sebarkan
[Balas Komen]
salam
ustaz?
da install..
tpi mende 2 kua kt ne?
de kata sblh knan ek?
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 26th, 2010 at 7:48 AM
@nur, Download Quran In Word. Install seperti biasa, tekan next sehingga finish. Kemudian buka microsoft word dan lihat pada bahagian Add-Ins
[Balas Komen]
mantaf neh infonya, salam kenal
INSICO´s last [type] ..DoNoFollow Add Ons Cek Status Dofollow Blog
[Balas Komen]
Asalam
syukur yg teramat dgn izinNya saya d pertemukan web tuan,
selama ni, byk masa terbuang utk membetulkan ayat2 quran yg terbalik bila d paste pd pwr point.. sekarang TIDAK LAGI !!!
terima kasih atas perkongsian ilmu..
jazakAllahukhairan jaza’
[Balas Komen]
salam…
ustaz..cane nak wat bila nak paste as kat p.point tu tak de Picture (Enhanced Metafile)
[Balas Komen]
salam.
kenapa saya tidak boleh papar quran word di micrft word ( untuk pulih surah) , tau x apa sebabnya…
[Balas Komen]