Aktifkan Keyboard Arabic Di Windows

wndows 7 logoSemasa saya menggunakan Microsoft Windows XP empat tahun lepas, adalah suatu yang sukar bagi seseorang pengguna untuk mengaktifkan arabic keyboard. Namun, sejak kemunculan Microsoft Windows Vista dan yang terkini Microsoft Windows 7, semuanya menjadi begitu mudah.

Dengan beberapa langkah mudah sahaja, anda sudah dapat mengaktifkannya. Untuk pengetahuan pembaca, Microsoft Windows Vista dan Microsoft Windows 7 memang sudah mempunyai fungsi Arabic dan tidak memerlukan kepada CD atau perisian khas untuk melakukannya.

Ramai pelajar ITQAN dan rakan yang bertanyakan perkara ini kepada saya. Untuk memudahkan mereka membuat rujukan, saya sediakan tutorial ini. Semoga entri ini akan menjadi rujukan bagi sesiapa yang masih keliru tentang kemudahan ini.

LANGKAH DAN CARA UNTUK ENABLE ARABIC DI WINDOWS 7

1. Klik pada logo windows

windows

2. Klik pada bahagian Control Panel

3. Cari bahagian Clock, Language and Region

Control Panel

4. Klik pada bahagian Change Keyboards and Others Input Methods

5. Pergi pada bahagian Keyboards and Languages

Region and Language

6. Klik pada Change Keyboards

7. Pada bahagian General, klik add

Text Service and Input Languages

8. Klik pada simbol + pada Arabic (Saudi Arabia)

9. Pilih Arabic (101)

Add Input Language

10.Klik Ok dan Windows anda sekarang sudah Arabic Enable

Text Service and Input Languages After

Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah untuk download pelbagai font tulisan arab yang telah saya sediakan di bawah :

Muat Turun Pelbagai Font Arabic

Tutorial di atas juga boleh digunakan untuk Microsoft Windows Vista. Sekiranya anda mempunyai masalah dalam proses ini. Sila kemukakan di ruangan komen atau hubungi saya.

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
pixel
share save 171 16
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “Aktifkan Keyboard Arabic Di Windows”

  1. cikmin says:

    salam imran…

    wah..terima kasih atas tutorial ni..memang tercari-cari.. :)
    cikmin´s last [type] ..Mee Rebus Cik kamal

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @cikmin, Boleh lah try. Link untuk download font arabic telah diupdate. Sebelum ini ada masalah…

    [Balas Komen]

  2. zik says:

    yang hari tuh punya ek?? dah try..memang boleh.. terima kasih.. :-)
    zik´s last [type] ..Bijak wang- perkara asas yang anda perlu tahu mengenai unit trust

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zik, Sebelum ini tutorial untuk masukkan tulisan arab dalam blog. Yang ini untuk aktifkan arabic keyboard :D

    [Balas Komen]

  3. RasaHatiku says:

    Assalamualaikum saydara Imran.
    Tahniah atas perkongsian ilmu.
    Moga-moga ia memberi manfaat kepada umat Islam terutamanya.

    Jazakallah. TQ

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @RasaHatiku, Sekadar berkongsi ilmu untuk kegunaan awam.

    [Balas Komen]

  4. x-po says:

    wah, nmpk cam mudah pulak je..ingatkan selama ni susah..hehe tq bro utk info ni
    x-po´s last [type] ..NIAT JADI PLAYBOY-PLAYGIRL SEMATA-MATA MAHU DAPATKAN YANG TERBAIK KE

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @x-po, Memang mudah pun. Tapi kalau tak tahu, ada yang kena bayar pada technician kedai komputer. Alasannya kena install program :D

    [Balas Komen]

    Noor Azlin@ Bizznurse.com Reply:

    Salam,
    Betul, ilmu komputer patut dipleajari…byk y tertipu biler hantar service dikedai..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Noor Azlin@ Bizznurse.com, Sebab itu kena belajar walaupun seidkit…

    [Balas Komen]

  5. paan says:

    salam…sy dh buat sprt yg tuan ajarkan di atas..sy dh install arabic font..tp dalam word bila sy pilih tulisan@ jenis font arab..dia akan bertukar sendirinya kepada tulisan rumi semula..

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 8 + 6 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music