Pandangan Mata Selalu Menipu
Pandangan Akal Selalu Tersalah
Pandangan Nafsu Selalu Melulu
Pandangan Hati itu Yang Hakiki
Kalau Hati itu Bersih
Hati Kalau Terlalu Bersih
Pandangannya Kan Menembusi Hijab
Hati Jika Sudah Bersih
Firasatnya Tepat Kehendak Allah
Tapi Hati Bila Dikotori
Bisikannya Bukan Lagi Kebenaran
Hati Tempat Jatuhnya Pandangan Allah
Jasad Lahir Tumpuan Manusia
Utamakanlah Pandangan Allah
Daripada Pandangan Manusia
Entri kali ini tiada kena mengena dengan kumpulan nasyid hijjaz mahupun gambar kucing comel yang diambil dari sini. Ianya sekadar untuk merehatkan minda setelah dipenuhi dengan penulisan berkaitan huffaz.
Sejak 4-5 hari kebelakangan ini, blog ini mendapat perhatian enjin carian mengenai Fatwa ESQ yang telah saya kongsikan di sini pada 24 March 2010 lepas. Semasa artikel tersebut dikongsikan di blog ini, ianya masih belum secara rasmi menjadi fatwa.
Mulai 17 Jun 2010, secara rasminya artikel tersebut diwartakan menjadi Fatwa Wilayah Persekutuan.
Lupakan kisah ESQ tersebut, sebenarnya saya ingin berkongsi bersama pembaca mengenai kehebatan ciptaan Allah S.W.T.
Rujuk gambar di bawah :
Ikuti arahan di bawah :
- Tumpukan perhatian anda pada 3 titik yang berada di tengah-tengah kalimah Allah dalam gambar di atas selama 10 saat.
- Lihat pada dinding atau permukaan kosong tidak bercorak (plain) di sebelah anda.
- Apakah yang dapat anda lihat?




July 7th, 2010
Imran 


Posted in
Tags: 










nmpk kalimah Allah di dinding sebelah sy..tapi agak kabur2…
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 8th, 2010 at 6:13 AM
@apiih, Itu tandanya mata anda masih sihat
[Balas Komen]
wah nampak kalimah tu kat dinding…walaupun tak jelas sangat..tapi nampak
ishak´s last [type] ..Tutorial – Jenamakan feedburner google anda dengan subdomain domain sendiri
[Balas Komen]
Imran Reply:
July 10th, 2010 at 12:46 PM
@ishak, Nampak seperti ada cop kalimah Allah di dinding
[Balas Komen]
Nampak kalimah Allah..
zik´s last [type] ..Imam muda minggu ke 7
[Balas Komen]