Jangan Biarkan Beliau Merayau

just say no buttonMungkin anda selalu berjumpa dengan beliau. Beliau boleh dijumpai merayau di mana-mana sahaja. Apabila beliau merayau pasti ramai yang tidak suka. Malahan ada yang menjerit jika berjumpa dengan beliau. Beliau bukan sahaja tidak digemari, malah ada juga yang membunuh beliau…!! Saya tidak pasti apa yang akan anda lakukan sekiranya berjumpa beliau.

Beliau yang dimaksudkan adalah seekor lipas icon biggrin

lipas

Ada beberapa kaedah digunakan bagi menghapuskan lipas selain menggunakan racun serangga seperti Baygon dan Ridsect.

Kaedah 1

Daun Pandan

Antaranya ialah menggunakan daun pandan. Letakkan daun pandan yang segar di tempat yang menjadi perhatian lipas. Apabila daun pandan tersebut kering, gantikannya dengan daun yang segar. Pastikan juga anda mempunyai stok daun pandan yang banyak.

Kaedah 2

botol

Dapatkan sebotol sprayer yang boleh didapati di kedai RM2 atau kedai plastik. Kemudian, masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Sembur air tadi ke atas badan lipas. Lipas akan mati sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air sabun akan menutup lubang nafas mereka.

Kaedah 3

Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol sos dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. Letak botol tersebut berhampiran dinding atau tempat yang menjadi kondominium lipas. Lipas yang masuk ke dalam botol tersebut akan terperangkap dan gunakan kesempatan ini untuk menghapuskannya.

Kaedah 4

Buat racun buatan sendiri yang terdiri dari campuran bahan-bahan :

  1. Satu bahagian serbuk borik acid.
  2. Dua bahagian tepung gandum.
  3. Satu bahagian koko.
  4. Gaul bahan tersebut dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Pastikan anda menutup hidung kerana merbahaya jika terhidu.
  5. Letakkan di tempat-tempat strategik seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.

Bahan tesebut akan menarik perhatian lipas. Kemudian lipas akan makan bahan tadi dan menyebarkannya dalam sarangya seterusnya membunuh komuniti lipas. Namun awas..!! Jauhkan bahan tadi dari kanak-kanak.

Apa yang akan berlaku sekiranya anda tidak menghapuskan lipas? Lihat gambar di bawah….

telur lipas

Rujukan

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
pixel
share save 171 16
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “Jangan Biarkan Beliau Merayau”

  1. alhamdulillah, dapat satu lagi trick baru nak bunuh lipas
    Frantz-Senpai´s last [type] ..Info Social Network: Khas tentang mFB

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Frantz-Senpai, Bunuh guna air sabun tu yang best. Jimat belanja :D

    [Balas Komen]

  2. kulanz says:

    Encik Lipas ni memang tak patut diberi peluang
    wajar dihapuskan..
    terima kasih info tu..
    kulanz´s last [type] ..Versi Mac OS X 10.6.4 terbaharu daripada Apple

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @kulanz, Tengok telur lipas tu yang ngeri….

    [Balas Komen]

  3. alifdalmim says:

    Semalam baru tgk Ripley Believe It Or Not…ada sorang lelaki ni kt US..makanan utama dia adalah lipas…dia mkn lipas tuh hidup..katanya rangup..hahaha…manusia..manusia..
    alifdalmim´s last [type] ..:: Malaysia, Jordan dan Exam ::

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @alifdalmim, Orang US ni memang mengarut. Makan benda-benda kotor

    [Balas Komen]

  4. Terima kasih kerana beri info yang sangat bagus dan praktikal.

    [Balas Komen]

  5. suri says:

    hurm kebetulan rumah suri mmg ada hantu lipas..kami baru je bli ubat gegat dan dan letakkan dia dlm sudut almari..

    pasni klu suri balik kg umh mak mertua nnti blh ke minta dia daun pandan..and klu balh nak tanam skli daun padan tu kat depan umah.jimat kos kan .hehe

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @suri, Ubat gegat kalau letak banyak-banyak jadi busuk. Kalau daun pandan letak banyak-banyak jadi wangi :D

    [Balas Komen]

  6. zik says:

    bagus tips nie ….. insyallah akan dibuat…
    zik´s last [type] ..Jersey untuk dijual

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zik, Kurangkan penggunaan racun serangga :D

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 11 + 15 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music