Realiti Masjid Masa Kini

masjid putra

Masjid adalah sebuah institusi yang mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan. Mungkin di kampung-kampung, anda tidak berapa nampak fungsi masjid selain hanya tempat untuk ‘solat berjamaah dan ceramah’.

Kalau kita perhatikan pada masa kini semakin banyak masjid yang memperluaskan fungsinya sebagai tempat memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Bermula dari Nazir, Imam dan ahli jawatankuasanya sehinggalah ahli jamaah masjid. Semuanya memberi sumbangan kepada tahap kemakmuran dan pengimarahan masjid tersebut.

Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan masjid.

PUSAT PENDIDIKAN

Skop pendidikan amat besar, tidak semestinya tertumpu kepada kuliah dan takmir sahaja. Masjid juga boleh dijadikan tempat pendidikan untuk kanak-kanak pra sekolah. Ada sebahagian masjid yang pernah saya singgah menyediakan tadika untuk komuniti setempat.

Pihak pengurusan masjid yang bagus akan sentiasa menganjurkan aktiviti ilmiah di masjid. Tidak kira mingguan, bulanan atau tahunan.

Apa yang dapat saya perhatikan, kebanyakan masjid-masjid yang diurustadbir oleh pegawai (bergaji) lantikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri lebih tersusun aktivitinya berbanding masjid yang dikendalikan oleh imam kampung (elaun).

Namun, perkara sebegini hanya berlaku di masjid kawasan kampung yang rata-rata imamnya adalah golongan POP (Persatuan Orang Pencen). Ia amat jarang sekali berlaku di masjid-masjid yang diurustadbir oleh Imam Muda.

Mengapa perkara ini terjadi? Mungkin imam yang diberi elaun merasakan tugas mereka hanyalah sekadar mengimamkan solat berjamaah sahaja tidak lebih dari itu.  Cuba anda perhatikan masjid di kawasan anda, adakah fenomena ini berlaku?

PUSAT EKONOMI

berniaga

Saya amat mengagumi sebuah masjid di daerah Segamat, Johor yang mempelbagaikan fungsinya selain dari sekadar tempat ibadah dan pendidikan sahaja.

Masjid tersebut mempunyai tanah yang amat luas. Sebahagian tanah tersebut dijadikan kedai untuk komuniti Islam kawasan tesebut menambah pendapatan. Dengan cara itu juga, secara tidak langsung juga akan menambah pendapatan masjid melalui sewa yang dikenakan.

Ada juga masjid di kawasan tempat saya bermastautin ini yang melakukan perkara sedemikian. Namun, apa yang dikesali ialah ruang kedai yang disediakan tidak digunakan sepenuhnya oleh penyewa. Kadang-kadang buka, kadang-kadang tutup seperti tidak bersungguh untuk berniaga.

Mungkin kadar sewa yang dikenakan adalah amat murah menyebabkan peniaga tidak konsisten untuk berniaga.

Ada juga penyewa yang menjadikan ruang tersebut sebagai kedai makan. Alhamdulillah, saya menyokong tindakan tersebut. Tetapi adalah lebih elok sekiranya sewaktu azan sedang berkumandang dan solat didirikan, pengusaha restoran tersebut menutup kedai atau menjemput pelanggan yang ada bersama-sama menunaikan solat di masjid.

LAYANAN TERHADAP KANAK-KANAK

Anak Anak Solat

Pernahkah anda melihat papan tanda “Kanak-Kanak Sehingga Kawasan Ini Sahaja” dan “Kanak-Kanak Tidak Dibenarkan Masuk Ke Dewan Solat”?

Nampaknya, bukan wanita yang uzur kerana didatangi haid dan nifas sahaja ditegah mengunjungi rumah Allah, bahkan kaum ibu yang suci bersih daripada hadas besar juga dilarang sama. Secara tidak langsung arahan dari pentadbir masjid tersebut menghalang wanita yang mempunyai anak-anak kecil dari memasuki masjid.

Sepatutnya kanak-kanak diberi pendedahan awal kepada institusi masjid bukannya dilarang dan ditegah dari memasukinya. Jika sewaktu mereka kecil tidak dibawa ke masjid, maka tidak hairanlah sekiranya apabila mereka dewasa kelak amat sukar untuk mereka mendekati rumah Allah ini.

PUSAT KOMUNITI

Masjid-masjid yang baru dibina dikawasan bandar dan taman-taman perumahan semakin prihatin dengan fungsi ini. Dahulu amat sukar bagi kita untuk melihat masjid yang mempunyai dewan. Kini perkara tersebut sudah tidak asing lagi.

Pernahkah anda melihat majlis kenduri kahwin diadakan di masjid? Sebuah masjid di kawasan Gemencheh, Negeri Sembilan pernah mengadakan majlis kenduri kahwin di dalamnya.

Mungkin kerana bapa kepada pengantin tersebut adalah ahli jawatankuasa masjid. Maka, tidaklah sesuatu yang janggal sekiranya kenduri dibuat di situ. Saya merasakan perkara seperti perlu diperluaskan agar masjid tidak terikat dengan fungsinya sebagai tempat beribadah sahaja.

KESIMPULAN

Harapan saya agar hadis palsu yang berbunyi : Barangsiapa yang berkata-kata di dalam masjid dengan perkataan dunia, maka amalannya terbatal selama 40 tahun! tidak lagi dilaungkan dan ditampal di dalam masjid.

Apa guna masjid yang besar dan tersergam indah, tetapi kosong seperti jasad yang tidak bernyawa. Jumlah jamaah yang hadir untuk solat pun tidak sampai satu saf!

Sumber gambar : Masjid, Anak Solat, Berniaga

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
pixel
share save 171 16
You can leave a response, or trackback from your own site.

25 Responses to “Realiti Masjid Masa Kini”

  1. Frantz-Senpai says:

    ya, masjid2 skang ni tidak lebih daripada digunakan untuk solat jemaah dan ceramah dan juga dikawal ketat oleh KRU (kumpulan rambut uban)

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Frantz-Senpai, Wah…. dapat Istilah baru la :D

    [Balas Komen]

  2. nadri says:

    sepatutnya lebih banyak aktiviti berfaedah perlu dibuat dimasjid2 utk mengalakkan ramai lagi anak2 muda suka ke masjid..

    p/s: teringat dulu masa kecik2 (belum baligh) arwah ayah suka bawak ke surau. itu lah caranya utk melatih anak2 supaya suka pergi ke surau / masjid bila dah dewasa..
    nadri´s last [type] ..SPAIN Bakal Juara Piala Dunia 2010

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @nadri, Itu yang sepatutnya dipraktikkan. Mudah-mudah anak akan terbiasa ke masjid apabila dewasa kelak. Lagipun, mereka akan dapat belajar solat melalui pengamatan terhadap jemaah lain secara tidak langsung.

    [Balas Komen]

  3. xazryx says:

    masjid ni bnyk fungsi ny .tp skrg da mcm terbatas ,konon2 ny peredaran zaman. mcm2 .

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @xazryx, Bukan terbatas, tetapi fungsi masjid tidak digunakan sepenuhnya.

    [Balas Komen]

  4. Kenduri kahwin shidie dulu buat kat masjid jugak ustaz.. :D
    Ahmad Nordinie Isa´s last [type] ..MEREKA BERTANYAKAN SOAL BIDAH

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Ahmad Nordinie Isa, Baguslah kalau macam tu. Nikah ko nanti buat kat masjid jugak la :D

    [Balas Komen]

  5. ST says:

    Masjid perlu menjadi pusat aktiviti setempat. Buat masa ni, banyak sangat kekangan yang ada pada masjid, tak lebih pada solat dan kuliah je.
    ST´s last [type] ..Meletakkan ikon “Trash Can” pada Ubuntu Desktop

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @ST, Kadang-kadang tiada kekangan tetapi pihak pengurusan masjid kurang mengambil peluang menggunakan fungsi masjid seluas-luasnya :D

    [Balas Komen]

  6. mancai says:

    masjid hari ini tak seperti masjid dulu2… seronok betul masa kecik2 dulu banyak betul aktiviti kat masjid…

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @mancai, Sukar hendak mencari masjid yang aktif, melainkan di bandar-bandar sahaja. Mungkin kerana diuruskan oleh AJK yang proaktif

    [Balas Komen]

  7. apiih says:

    masih wujudkah hadis palsu tu sekarang???Xpnah nmpk pon..
    apiih´s last [type] ..Roti Sedap Tapi Ngeri-

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @apiih, Yang pasti di kawasan saya masih wujud hadis begitu di dinding masjid… :(

    [Balas Komen]

    kerol power Reply:

    @Imran, baru tau tu hadith palsu T_T..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @kerol power, Kena banyak rujuk lepas ni

    [Balas Komen]

  8. nuaeman says:

    Ada sesetengah AJK yang keterlaluan memarahi anak-anak kecil yang datang ke Masjid. Memang diakui ada diantaranya yang membuat bising tetapi teguran-teguran kasar kepada mereka boleh membuatkan hati mereka jauh untuk dekati masjid. Pernah saya lihat sebelum memulakan solat AJK telah bagi warning awal-awal dengan kasar terhadap kanak-kanak di saf belakang ” korang kalau tak nak sembahyang, korang boleh balik, Jangan datang-datang lagi! ” . Teguran begini bukan sahaja mengguris anak-anak bahkan ibu bapa yang membawanya juga akan terasa.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @nuaeman, AJK itu yang tidak faham sebenarnya. Rasullullah S.A.W tidak pernah memarahi cucu baginda walaupun cucunya menunggang di atas tengkuk baginda semasa sedang solat!

    Sepatutnya AJK itu yang perlu malu pada diri sendiri dengan perlakuannya :D

    [Balas Komen]

  9. zik says:

    insyallah akan menggalas tugas2 di masjid..selepas habis tamat pengajian…bersama-samalah mengimarahkan masjid/surau kita.. ia akan menjadi saksi kita diakhirat kelak..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zik, Semoga anda dapat memaksimumkan penggunaan masjid, bukan sekadar tempat solat sahaja.

    [Balas Komen]

  10. Mus says:

    harap masjid tidak di salahguna.. conntohnya ceramah politik

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Mus, Ceramah politik itu umum. Ceramah parti politik yang tidak dibenarkan :D

    [Balas Komen]

    kerol power Reply:

    @Imran, bak kata tuan guru nik aziz, “nak kata ini ceramah politik buleh, nak kata ni ceramah agama pun buleh..sbb politik itu sndri adlh sbhgian drpd agama..jatuh bngunnye politik trut beri kesan pd jatuh bngunnye agama kite” p/s=cramah kek surau itam..sekian..

    [Balas Komen]

  11. Zali Kajang says:

    Assalamualaikum ustaz… Syarikat kami memberikan perkhidmatan servis @ menukar filter penapis dan water cooler..pihak kami sedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk mana-mana masjid dan institusi.. terima kasih..
    Zali Kajang´s last [type] ..Nasib Baik ada Api Terminator

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Zali Kajang, Insya Allah tapi pastikan filter tersebut disahkan HALAL oleh JAKIM :D

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 5 + 7 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music