Bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W menjelang lagi. Esok adalah cuti umum bagi seluruh umat Islam di Malaysia bersempena dengan sambutan Maulid ar-Rasul. Sebagai umat baginda, sewajarnya kita bersungguh-sungguh bersyukur atas kelahiran baginda yang menjadi pembimbing dan penunjuk kita ke arah jalan yang diredhai Allah S.W.T.
Menjadi umat Junjungan Nabi S.A.W adalah satu nikmat besar yang dianugerahkan kepada kita. Betapa besarnya nikmat ini sehingga nabi besar Bani Israil, Sayyidina Musa A.S, memohon untuk dijadikan sebagai umat Baginda Muhammad S.A.W. Maka kenapa kita jarang atau mungkin tidak mensyukuri nikmat ini ?
Marilah kita mempertingkatkan lagi kecintaan dan kerinduan kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W bersempena dengan bulan kelahiran baginda ini. Kita penuhkanlah masa kita yang banyak lapang itu dengan memeriahkan majlis-majlis maulid, majlis-majlis di mana Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W menjadi tajuk utama, majlis – majlis di mana selawat dan salam dilantunkan, majlis-majlis di mana sirah dan madaih (puji-pujian) kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W dibacakan, majlis-majlis di mana akhlak dan keperibadian serta sunnah baginda diceritakan untuk dijadikan panduan. Mudah-mudahan kecintaan kita bertambah, dan terlebih penting moga kita mendapat kecintaan dari Baginda Muhammad S.A.W.
Ya Rasulallah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu, wahai penghulu anbiya’Ya Rasulallah
Kini tibalah detik yang bersejarah,hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilangSeluruh alam bergembira, dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang, membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan, musnahlah segala kezaliman
Ya Rasulallah ya HabiballahSejarah perjuanganmu, jasa serta perjuanganmu
Disingkap dikenang kembali, sempena hari kelahiranmu
Tabahnya dirimu ya rasul, menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah, semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan, akhirnya membawa kemenangan
Ya Rasulallah ya Habiballah





Posted in
Tags: 








Allahumma solli ala Muhammad…
muhammad fakhruddin´s last blog ..Koleksi Muat Turun
[Balas Komen]
Satu artikel dan peringatan yang bagus dari Al-Hafiz
[Balas Komen]
Imran Reply:
February 26th, 2010 at 9:06 PM
Peringatan untuk semua.
[Balas Komen]
semoga mendapat keberkatan dan syafaat
1tomyam´s last blog ..Kes Bunuh Diri Pertama Gara-Gara Facebook
[Balas Komen]
Imran Reply:
February 26th, 2010 at 9:05 PM
Sama-sama mendapat syafaat hendaknya. Amin ya robb
[Balas Komen]