Kiblat Anda Tepat?

Kaabah1

Saya yakin dan percaya bahawa kiblat yang anda gunakan sekarang telah disemak menggunakan kompas. Namun, untuk lebih meyakinkan diri atau untuk menyemak ketepatan arah kiblat tersebut, anda juga boleh menggunakan kaedah ini. Allah S.W.T telah memberikan kita fenomena alam yang amat berguna untuk double check arah kiblat secara percuma. Ianya hanya berlaku dua kali sahaja dalam setahun. Peristiwa ini dipanggil istiwa.

Istiwa utama (istiwa a’dzam) adalah satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. Apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini berlaku bagi negeri-negeri yang mempunyai nilai latitud kurang daripada nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

Menurut hisab, peristiwa istiwa matahari di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada :

  1. 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia.
  2. 16 Julai pukul 5.28 petang waktu Malaysia.

Kaedah Menyemak Arah Kiblat

istiwaGunakan panduan berikut untuk menentukan arah kiblat dari tempat anda pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas.

  • Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak di semak arah kiblat.
  • Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemak ketegakannya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat di hujung tiang berkenaan.
  • Tempat yang anda pilih untuk tujuan ini hendaklah tidak terlindung dari sinaran matahari.

Penggunaan bayang menentukan arah kiblat

istiwa2

  1. Tepat pada masanya pada 28 Mei jam 5.16 petang atau 16 Julai jam 5.28 petang, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan, adalah bersamaan dengan arah kiblat.
  2. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah arah yang bertentangan.

Selain dari tiang yang anda pacakkan, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau tiang rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat ketika itu.

kiblat

“Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan solat) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka (ada saja yang mereka jadikan alasannya). Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada-Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).” Surah al-Baqarah : 150

p/s : Pastikan anda tidak terlepas 2 tarikh penting diatas untuk meyemak kesahan dan ketepatan arah kiblat anda.

Rujukan

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
pixel
share save 171 16
You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “Kiblat Anda Tepat?”

  1. syazana says:

    :) terima kasih perkongsian ini!
    syazana´s last [type] ..Mataku Matamu Jua~

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @syazana, Boleh aplikasikan kaedah ini pada tarikh terdekat Julai ini :D

    [Balas Komen]

  2. hurm.. kalau kat masjid dah bnyk dah tampal mende2 camni.. cume orang malas nak baca je..
    Frantz-Senpai´s last [type] ..Naik Taraf TouchPad dengan Scrybe

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Frantz-Senpai, Kadang-kadang jemaah tak nampak info ini di masjid sebab tempat ditampal tidak strategik…

    [Balas Komen]

  3. zam says:

    Bagus la info ni di hebohkan dalam internet.
    zam´s last [type] ..Siap kemaskini blog

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zam, Saling ingat-mengingati :D

    [Balas Komen]

  4. apiih says:

    nice entri…trima kasih kerana berkongsi

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @apiih, Saya pun kongsi dari laman web JAKIM :D

    [Balas Komen]

  5. suri says:

    salam..
    alhamdulillah pada ilmu yang disampikan

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @suri, Boleh confirmkan kiblat dengan tepat lepas ni.

    [Balas Komen]

  6. rashid says:

    Saya ada pos pasal ni jugak…tapi masa 28mei bersamaan jumaat, hujan tak berhenti pada waktu ketika tu…kena semak pada bulan julai pulak..
    rashid´s last [type] ..Nak Tulis Entri Pendek Atau Panjang Ni?Kalau Pendek Orang Tak Faham, Kalau Panjang Nanti Orang Tak Nak Baca. Tolong!!!

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @rashid, Kalau semasa kedua-dua tarikh ni hujan, memang tak dapatlah nak check :(

    [Balas Komen]

  7. nuaeman says:

    melihat gamabar kaabah diatas.. buat hati ini rindu untuk kesana lagi..

    terima kasih atas infonya..
    nuaeman´s last [type] ..Kepulangan Yang Dinanti…

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @nuaeman, Memang rindu untuk ke sana sekiranya pernah berkunjung. Kalau ada rezeki lebih boleh lah pergi lagi.

    [Balas Komen]

  8. Kadu Shamad says:

    “Pastikan anda tidak kehilangan dua tarikh penting di atas untuk meyemak kesahihan dan ketepatan kiblat anda.”
    Tepat!
    Kadu Shamad´s last [type] ..Natural Bodybuilding Advice on Protein Supplements

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 14 + 6 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music