Musim cuti persekolahan dan kenduri majlis perkahwinan adalah amat sinonim. Setiap hujung minggu waktu cuti persekolahan pastinya akan dipenuhi dengan pelbagai undangan majlis perkahwinan. Sehingga ada undangan yang tidak dapat dipenuhi, kerana saya sendiri sibuk dengan kenduri majlis perkahwinan adik ipar di Kampung Serting Tengah, Negeri Sembilan pada 5 Jun 2010 lepas.
Apabila bercerita mengenai kenduri majlis perkahwinan, bermacam isu yang berkaitan dengannya timbul. Saya rasa anda juga akan bercerita mengenai perkara yang sama dalam hal ini.
BERSANDING DI ATAS PELAMIN
Isu ini cukup hebat diperbahaskan dalam mana-mana majlis perkahwinan. Untuk maklumat lanjut mengenai hukumnya sila rujuk sini :
Assalamualaikum wrm wrbt.
Adakah dalam Islam dibolehkan bersanding walaupun tanpa bertepung tawar. Saya menjadi keliru adakah sekadar untuk mengambil gambar di atas pelamin sememangnya tidak boleh?
Sekian Terima Kasih.
Jawapan.
Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut.
Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia diharuskan tetapi perlulah diikuti dengan beberapa syarat :-
- Memastikan pasangan pengantin menutup aurat.
- Tidak mempertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram.
- Pakaian dan perhiasan selaras dengan kehendak syara’.
MEMAKAI INAI
Ulama’ Feqah berbeza pendapat mengenai hukum pemakaian inai :
Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan untuk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala sama ada kepada lelaki ataupun perempuan.
Mazhab Syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.
Imam al-Nawawi R.A dalam Fatwa al-Majmu’ berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.
Mazhab Hanafi dan Maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.
Apa yang dapat saya rumuskan, hukum memakai inai bagi wanita adalah diharuskan selagi mana ianya tidak bertujuan untuk tabarruj, maka ia adalah haram.
Manakala hukum pemakaian inai bagi lelaki adalah haram sama sekali melainkan untuk tujuan perubatan dan pemakaian pada rambut dan janggut sahaja.
rujukan : ukhwah.com, Baheis
KARAOKE
Mungkin sudah menjadi “trend” setiap kali majlis perkahwinan mesti ada DJ untuk memainkan muzik dan sesi karaoke. Apa salahnya sekiranya “trend” tersebut ditukar dengan persembahan Nasyid seperti gambar diatas. Kalau tiada kumpulan nasyid, cukuplah dengan lagu-lagu nasyid atau selawat yang dipasang pada P.A Sistem untuk memeriahkan majlis.
Hiburan itu dibenarkan tapi jangan lupa pula untuk menghormati waktu azan
Kesimpulannya, tiada perkara yang tidak boleh dilakukan. Cuma terpulang pada kita sahaja untuk mengolah dan mengubahsuai perkara tersebut supaya ianya tidak bertentangan dengan syara’




June 9th, 2010
Imran 





Posted in
Tags: 










Memang susah nak buang sesuatu yang dah jadi adat. Tapi benda karaoke ni rasanya baru lagi dan sesetengah negeri dah jadi kemestian ada karaoke kalau tak silap.
Dr House´s last [type] ..Bumpers untuk iPhone 4
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 15th, 2010 at 8:15 AM
@Dr House, Kemestian yang boleh ditukar dan tidak semestinya wajib :d
[Balas Komen]
Soalan cepumas untuk ustaz:Bila nak naik pelamin?hehehe…
tetapi 2-3 kenduri yg saya pergi,biasanya waktu Zohor tu P.A system dan D.J berhenti seketika bagi menghormati azan.
muhammad fakhruddin´s last [type] ..Mei:Sejarah Orang Muda
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 15th, 2010 at 8:15 AM
@muhammad fakhruddin, Salam, adeh… saya sudah beristeri la. Anak pun baru 3 orang
[Balas Komen]
kat tempat saya xde lagi karoke kat mane2 mjlis perkahwinan..bkn adat kami kot..
apiih´s last [type] ..Aku Penggila Twitter Client
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 15th, 2010 at 8:16 AM
@apiih, Bergantung pada tempat. Tapi memang dah jadi “trend” sekarang ni. Bukan adat
[Balas Komen]
Salam.
Ustaz,maaf,ana ingin bertanya,kiranya pakai inai di jari bagi lelaki hanya untuk suka-suka,ataupun memakai menjelang hari perkahwinan sama ada majlis orang lain (dlm klgn adik-beradik atau sepupu-sepapat) dan diri sendiri,adalah haram ye ustaz?
Dan tertarik juga entry ustaz pada kali ini yang membincangkan mengenai trend zaman kini. Mungkin juga cadangan ana ataupun pengalaman yang ana alami sewaktu walimah abang sulung ana,bila mana masuknya waktu solat fardhu zuhur,DJ memberhentikan siaran alunan nasyid dan kemudian membuat ‘announcement’,mempelawa kaum muslimin untuk sama-sama menunaikan solat fardhu zuhur secara berjemaah di dalam rumah,dan alhamdulillah ramai juga yang menyahut seruan.
Wallahu a’lam.
aishah jauhara´s last [type] ..Semalam, Hari Ini dan Esok..
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 15th, 2010 at 8:22 AM
@aishah jauhara, Seperti yang telah saya lampirkan dalam entri di atas. Hukum bagi lelaki memakai inai selain tujuan perubatan adalah HARAM walaupun semasa kenduri kahwin.
Sebab itu perkara ini menjadi isu. Ramai yang tidak mengetahui hukum berinai bagi lelaki adalahHARAM .
Mengenai DJ, memang sekarang dah ramai yang alert waktu azan. Ada DJ yang menyiarkan laungan azan apabila masuk waktu solat.
[Balas Komen]
salam ustaz,
kalau ada kenduri yang ada nyanyi2 karaoke pastu joget2 sekali, boleh ke kalau kita taknak hadir?
zahida´s last [type] ..Yes, sudah pindah rumah baru
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 15th, 2010 at 8:23 AM
@zahida, Boleh tidak hadir kerana berlaku maksiat. Tapi kebanyakan tetamu tidak tahu berlaku perkara ini melainkan setelah sampai ke rumah pengantin.
Saya akan buat rujukan selepas ini. Wallah A’lam.
[Balas Komen]
Ustaz, nnti jemput dtg kenduri saya kawen ea..jgn tak datang ye.
alifdalmim´s last [type] ..:: Malaysia, Jordan dan Exam ::
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 18th, 2010 at 9:22 AM
@alifdalmim, Insya Allah kalau tiada aral…
[Balas Komen]
wah majlis kenduri..slu gak dapat kunjugan dari jiran tertangga dam rakan taulan..
tetiba teringat zaman naik pelamin dulu..malu…sagt2 heee
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 12:43 AM
@suri, Saya dulu takde naik pelamin. Duduk makan di meja pengantin je.
[Balas Komen]
Salam,
Adakah dibenarkan ketika pengantin memasuk dewan, kita pasangkan audio selawat Nabi. Kemudian apabila pengantin hendak berjalan ke pelamin, kita pasangkan pula lagu. Ada pendapat kata ini bidaah. Saya musykil.
[Balas Komen]
Imran Reply:
September 27th, 2010 at 3:58 PM
@nono, Perkara ini memang tiada dalam nas dan tidak dianjurkan oleh Nabi S.A.W. Apa yang Nabi anjurkan ialah menghebahkan perkahwinan.
Jadi, tidak timbul soal bidaah atau tidak. Apa motif selawat? Apa motif lagu? Sekiranya nasyid dan selawat yang dialunkan tidak menimbulkan fitnah dan tidak melalaikan. Boleh.
Jangan pula dicampur antara lagu yang melalaikan dengan nasyid dan selawat.
Pelamin pula hendaklah tertutup dan bukan seperti yang diamalkan oleh kebanyakan individu sekarang.
Harap berpuas hati dengan jawapan.
[Balas Komen]
salam ustaz.. saya nk bertanya pendapat berkenaan dgn hukum pemakaian crown.. skrg ni ramai pengantin perempuan suka memakai crown di atas kepala.. mohon ustaz perjelaskan isu ni.. terima kasih
[Balas Komen]
sy nak tnye, mcm mane plak dgn salam keruk @ kaut yg diamalkan pd zman skrg?? kebanyakkan org yg dtg ke kndri kawen mst salam kaut, tuan uma plak siap sdia kn beg o balang utk tetamu ltakkan duit dorg dlm balang 2…
[Balas Komen]
Salam, kepada anda yang memerlukan khidmat PA System, Iramakenduri sedia membantu. Kami bukan sahaja mempunyai koleksi lagu-lagu kahwin, malah lagu-lagu nasyid yang berkaitan dengan kesejahteraan perkahwinan. layarilah http://iramakenduri.cjb.net
[Balas Komen]
MASHALLAH, Islam is indeed a great religion, and marriages according to the Islamic principles, are simply the best, with many colourful rituals, that adds a lot to every marriage and other events
and i must appreciate your comments about DJ etc
jd bags´s last [type] ..We do not get what we are promised all the time.
[Balas Komen]