Akhir-akhir ini semakin banyak program Motivasi yang diiklankan di radio IKIM (maklumlah saya adalah pendengar setia IKIM.fm). Begitu juga program motivasi yang dianjurkan oleh Training Centre yang baru berumur setahun jagung. Pusat-pusat latihan dan motivasi juga wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Adakah ini bermakna rakyat dan masyarakat Malaysia memerlukan motivasi? Sejauh manakah peranan dan hala tuju program motivasi? Adakah benar manusia memerlukan program motivasi dan penceramah handalan semata-mata untuk memotivasikan diri?
Persoalan-persoalan ini sering bermain-main diminda saya. Bayangkan harga yang perlu dibayar untuk memanggil penceramah motivasi seperti Dato’ Dr Fadzilah Kamsah : RM9,500.00 (lihat baucer bayaran). Sebelum ini saya juga ada terlibat dalam program motivasi, tetapi setelah membaca buku “Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah” terbitan PTS oleh Puan Ainon dan Abdullah Hassan. Saya terfikir adakah program motivasi ini benar-benar berkesan?
Memang tidak dinafikan peranan penceramah dan program motivasi tersebut mampu menjadi faktor motivasi tetapi, satu perkara yang perlu diingat bahawa peranan penceramah dan program motivasi tersebut hanyalah sebagai tukang refresh atau pencetus sahaja. Para motivator dan program seumpama ini tidak dapat memotivasikan pelajar secara langsung dan berterusan. Minta maaf, saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri dan berdasarkan respon dari pelajar yang mengikuti program seperti ini. Paling bagus pun, kesan dari program motivasi hanya mampu bertahan 2-3 hari sahaja. Ataupun ada yang mengatakan kesannya mampu bertahan sehingga 1 minggu. Kemudian, peserta program akan kembali pada tabiat lama mereka.
Kesimpulannya, saya mendapati program-program seperti ini hanya akan menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja. Apa yang penting bagi pihak ini, mereka mendapat bayaran yang lumayan. Mereka tidak mengambil tahu apa yang terjadi kepada peserta-peserta program. Adakah mereka berjaya atau tidak? Bermotivasikah mereka yang mengikuti slot yang disampaikan? Minta maaf sekiranya anda merasa tersinggung dengan artikel ini, tetapi inilah realiti program motivasi yang dijalankan di mana-mana sahaja. Oleh sebab itu, tidak hairanlah hanya guru-guru dan penjaga sahaja yang suka pada motivasi, sedangkan peserta program (pelajar) amat takut sekiranya mereka diberitahu akan mengikuti program seumpamanya.
Tiada gunanya menghabiskan masa ke ceramah motivasi sekiranya anda gagal mengaplikasikan apa yang diperkatakan dalam sesi ceramah itu. Anda sebenarnya membuang masa sahaja. Banyak perkara yang boleh kita pelajari samada secara sedar atau tidak.
Untuk memulakan sesuatu perubahan bukanlah suatu perkara yang mudah. Untuk mendapatkan sesuatu, kenalah korbankan sesuatu. Bersediakah anda untuk berubah? Tepuk dada tanya selera, ketuk kepala tanyalah minda.
Walau apa pun, diri sendiri tetap faktor utama yg menentukan nasib dan halatuju anda. Kerana itu, penceramah motivasi sering menggunakan ayat :
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”
“Anda tidak dapat membuka pintu dari luar melainkan anda sendiri yang membukanya”
P/s : Saya tidak mengatakan motivasi tidak penting, cuma jangan terlalu mengharap sesuatu dari program motivasi.




April 14th, 2010
Imran 




Posted in
Tags: 










motivasi tu tersangat penting
program motivasi seperti cerama tu sebagai penambah je
klu nak harap program tu semata2
mmg xboleh
tp
kebanjiran program motivasi ni
takde buruknya = pendapat peribadi
walapun duit adalah alasan kebanjiran program seperti ini
usaha untuk memantapkan ‘sikap’ ini patut diberi pujian
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 15th, 2010 at 2:05 AM
@joegrimjow, Saya setuju dengan pandangan anda. Namun, kebanjiran pusat latihan, training centre, consultant dan sebagainya perlu diambil berat. Semakin banyak yang muncul kerana masyuuuk!
Kelebihan mereka ini hanya kerana pandai bercakap sahaja. Mereka juga bijak menggunakan peluang dan mempengaruhi orang ramai. Apa yang dikesalkan, duit keluar sehingga beratus-ratus ringgit malahan beribu-ribu ringgit. Tetapi hasilnya 0
[Balas Komen]
ahmad Ghazali Reply:
October 5th, 2010 at 12:51 AM
@Imran, anda mempunyai statistik kajian tahap keberkesanan program motivasi yang dijalankan oleh sesuatu ‘consultant’ atau secara umum syarikat-syarikat consultancy di Malaysia? Berapa ramai bekas peserta yang memberi feedback kepada anda bahawa program motivasi tidak berkesan berbanding peserta yang memberi feedback sebaliknya?
Quote pernyataan anda : “Mereka tidak mengambil tahu apa yang terjadi kepada peserta-peserta program.”
Bardasarkan apakah anda boleh mengeluarkan statement ini?
Pada pendapat saya, anda mencari populariti dengan memberi pandangan yang kontroversi
sedangkan anda sendiri tahu apa yang anda perkatakan itu… Tetapi kalau anda benar-benar ‘against’ program motivasi dan bimbang dengan pertumbuhan pusat-pusat consultancy, kenapa yee? Anda mungkin seorang yang sudah cukup hebat berkenaan pembangunan kemahiran insaniah ini atau adakah anda telah tergugat dengan perubahan mana-mana peserta di keliling anda… atau hmmm… kenapa ye..?
)
[Balas Komen]
Imran Reply:
October 7th, 2010 at 6:23 PM
@ahmad Ghazali, Saya mengeluarkan statement berdasarkan pemerhatian dan realiti yang berlaku di sekolah tempat saya bertugas.
Saya terus-terang memang tiada kajian dilakukan. Tetapi memang pihak Excell Training sendiri tidak mengambil tahu apa status pelajar selepas program berlangsung.
Bukan niat untuk memburukkan mana-mana konsultan motivasi. Namun inilah realiti.
Betul seperti yang tuan cakap, pahat dan penukul. Pelajar perlu selalu dipahat (diperingati).
Namun, persoalan disini. Adakah program yang mengenakan bayaran mahal RM9,500.00 seperti ini betul-betul berbaloi seperti yang tuan katakan : A Mercedez Benz will never be sold at a price of a Kanchil
Terpulang pada pembaca untuk membaca penulisan sinis saya diatas. Inilah suara dan pendapat saya.
Imran´s last [type] ..Penghinaan Terhadap Al-Quran
[Balas Komen]
motivasi datang dari diri sendiri.. kalau diri punya mindset memang dah tak nak berubah..pergi mana2 prgram motivasi pun ibarat tuang air ke daun keladi … yang penting kemahuan untuk berubah … insyallah Allah akan bantu …
.-= zik´s last blog ..Cara merawat kayap ular. =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 15th, 2010 at 2:07 AM
@zik, Sekiranya yang menyertai program motivasi adalah atas kemahuan sendiri. Maka peratus untuk berubah adalah tinggi. Jika paksarela amat tipis sekali kemungkinan itu.
[Balas Komen]
zik Reply:
April 17th, 2010 at 7:25 PM
@Imran, erm setuju kalau macam tuh..
.-= zik´s last blog ..Petua awet muda bagi lelaki =-.
[Balas Komen]
Program motivasi ni lebih kepada bantuan tambahan je la. Keutamaan tu pada diri sendiri dan sokongan orang sekitar kita.
.-= Anjung Web´s last blog ..Nuffnang Buffered Earning Pertama =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 15th, 2010 at 2:08 AM
@Anjung Web, Memang ia adalah tambahan sahaja. Cuma kadang-kadang ada pihak yang menyangka ia adalah program wajib. Padahal untuk bermotivasi (berubah) bukan hanya dengan mengikuti program sahaja.
[Balas Komen]
saya memang sentiasa mendambakan motivasi apa sahaja tawaran kem motivasi konfom ikut
.-= ishak´s last blog ..Relevankah zaman sekarang anak sebut “eh” pada ibu bapa dikira “si tanggang” ? =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 16th, 2010 at 6:42 PM
@ishak, Siapa yang pergi? Anda? Tahniah kerana anda sememangnya bermotivasi
[Balas Komen]
huhu..boleh tahan..suri suka akan penceramah kat atas tu
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 16th, 2010 at 6:44 PM
@suri, Saya pun suka juga pada ceramah beliau. Bayaran tu yang tak boleh tahan.
[Balas Komen]
Tarbiyah programnya berpanjangan. Bukan setakat ceramah2 lepas tu blah. Dakwah umum tu penting, terutama untuk penjenamaan dan awal tarikan. Tapi dakwah khusus tu yang patut ditekankan dan dikonsistenkan. Bukan mengharap semata pada dakwah umum yang kadang-kadang lebih mengharap sampul, apatah jika bergerak sendirian atas label individu atau syarikat peribadi(side income tu!). Jujur kalau saya bagi motivasi, sampul antara elemen yang penting difikirkan. Payah nak kholis habis.
Tujuan motivasi untuk berubah. Perasaan untuk berubah dan berkonsisten ada pada semua orang. Mu’az bin Jabal telah menterjemahkan perasaan ini dengan satu kalimah. Kalimah keramat yang telah menjadi satu fasal daripada perlembagaan orang-orang yang beriman.
Muaz telah mengingatkan sahabatnya dengan kalimahnya itu yang sangat terkesan, إجلس بنا نؤمن ساعة (Marilah kita duduk untuk beriman sejenak).
Perkataan ini diambil pula oleh Ibnu Rawahah, lalu dia bertemu dengan Abu al-Dardaa’ r.a. Sambil memegang tangannya dia mengulang kata-kata itu, “Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak.”
Duduk sebentar tu bukan sekali, tapi berulang-ulang. Bukan setakat masa, duit pun terbang dan kadang2 siap pakej dengan cercaan bagi yang tak faham dan lebih suka fikirkan kekurangan(kono lak ado yg api2kan, perghhh..)
Apa2 pun, apa sahaja untuk kebaikan, adalah sangat baik dan perlu disokong dan digalakkan termasuklah umum atau juga khusus. Tujuan hati, masing2lah fikirkan. Buat tu bajetnya agak2lah.
.-= hadjie´s last blog ..Program Santai Sambil Berhibur Bersama Remaja =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 16th, 2010 at 6:54 PM
@hadjie, Saya menyokong program motivasi, tetapi biarlah berpada-pada bayarannya. Memang kita tak boleh nak mengharapkan LILLAH sahaja. LELAH kena kira juga
Sekarang ni pakej untuk ceramah motivasi dah melampau mahalnya. Caj untuk consultant sahaja dah cecah 5-10 ribu. Disebabkan bayaran yang tinggi, tak dapat nak panggil penceramah
tersohor.[Balas Komen]
hahaha.. mcm respond…btw.. ade benar jugak tu.. dan ada bagusnya jugak jika kta invite penceramah mcm Fadzilah Kamsah tu..mcm time sy sekolah dulu ambik SPM.. sekolah kawan saya siap jemput Dato Fadzillah Kamsah lagi buat ceramah utk pecutan terakhir SPM.. tapi sekolah saya buat solat sunat.. then motivasi dr pengetua saja.. kena ikut org jugak.. kalau org dh memang x mahu berjaya jawapannya 2 3 hari masuk otak.. esok lusa keluar balik apa yg Fadzilah Kamsah bilang sama dia org.. saya sebagai manusia lemah hari2 kena buat motivasi diri supaya menjadi lebih baik dr semalam..
.-= Hafiz Mohd´s last blog ..Ripley’s Believe It Or Not =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 16th, 2010 at 6:55 PM
@Hafiz Mohd, Sekolah rakan anda tu mempunyai kewangan yang hebat. Kalau sekolah cikai jangan mimpi la nak panggil. huhu
[Balas Komen]
aku perlukan motivasi utk lupakan awek aku yg curang..huhu
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 16th, 2010 at 6:44 PM
@x-po, Awek curang cari lain je bro.
[Balas Komen]
Setiap penceramah motivasi ada cara penyampaian dan aura mereka sendiri.. tetapi sebarang perubahan tetap berbalik pada setiap individu.. bagi saya kita memang perlukan motivasi.. dan ianya tidak semestinya datang dari kursus2 sahaja.. apa yang berlaku di dalam kehidupan seharian juga boleh menjadi motivasi..
.-= nuaeman´s last blog ..Hachi – Ketaatan seekor Anjing =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 16th, 2010 at 6:46 PM
@nuaeman, Itu yang saya maksudkan, motivasi memang perlu. Cuma ianya tidak wajib pada kursus dan ceramah sahaja. Apatah lagi dengan bayaran yang betul-betul kaw.
[Balas Komen]
Program motivasi skrg mcm dah menjadi sebuah industri yang lumayan. Kwn2 sy pun ramai yg menjadi ‘pakar motivasi’ sepenuh masa. Sy bersetuju kdg2 kesan yg diperoleh dari program motivasi hanya terkesan 2-3 hari sahaja. Lepas tu kembali mcm biasa. Sy tau tau mana silapnya tapi ‘follow up’ perlu dilakukan untuk pastikan kesannya berpanjangan. Bukan stakat buat program sehari nak harap kesannya seumur hidup. Yang tetap kaya ‘ahli-ahli motivasi’ nila.
.-= Azizi Zulkefli´s last blog ..OpenOffice.org, Alternatif Kepada Microsoft Office =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 16th, 2010 at 6:48 PM
@Azizi Zulkefli, “Pakar Motivasi” pun satu masalah juga. Siapa yang mengiktiraf mereka pakar? Nampaknya anda juga memahami maksud entri saya seperti saudara nuaeman.
p/s : Motivator dah pandai demand macam artis. huhu
[Balas Komen]
Betul tu, ramai orang mempunyai persepsi, pergi program motivasi, tamat program, *bling*, terus berubah jadi manusia berguna. Haha, orang ramai cenderung kepada ‘jalan singkat’ mencari penyelesaian.
Ibu bapa mesti bermotivasi, sebelum dapat memotivasikan anak-anak. Jika ibu bapa cukup bermotivasi, InsyaAllah, tiada keperluan untuk hantar anak-anak ke program-program yang mahal macam tu.
.-= amirulfaiz´s last blog ..Boleh nampakkah ikhlas seseorang? =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 16th, 2010 at 6:49 PM
@amirulfaiz, Saya setuju, ramai yang mempunyai tanggapan seperti itu. Cukup sekadar ceramah motivasi. Padahal ceramah tersebut hanya sekadar refresh dan pencetus sahaja.
[Balas Komen]
Program motivasi ni memang selalunya tak akan memotivasikan pelajar sepenuhnya..memang pelajar akan termotivasi selama beberapa hari, selepas itu akan kembali kepada tabiat lama..
semuanya terpulang kepada diri masing2 untuk melakukan perubahan diri
.-= fatint´s last blog ..Berjalan Dalam Tidur? =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 17th, 2010 at 11:07 AM
@fatint, Termotivasi selama beberapa hari tu bagus. Yang tak bagusnya membazir duit je bayar penceramah beribu-ribu.
[Balas Komen]
Slm Imran…sebut tntg bayaran mahal,….setakat ni ada satu program motivasi yg den hadir tapi kena bayar mahal..ESQ – Rm1400 tu.! tapi terasa diorang ni agak ok sikit….sbb sekali kita masuk program, lepas tu bila-bila nak datang balik for recharge program sama, boleh masuk FREE! takyah bayar rm 1400 lagi….
soalnya, ada ke program motivasi orang kita yg buat camtu? bayar sekali, pastu nak recharge berpuluh kali pun takyah bayar lagi?
Lagi satu, mahal program depa memang berpada – buat kat hotel grand2…makanan hotel, tempat selesa….
(kredit ini tidaklah bermaksud menafikan kelemahan/kritikan yg ada dalam modul program ESQ tersebut)
- http://www.asraffayob.com
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 17th, 2010 at 11:37 AM
@Asraff, Den tak pernah masuk ESQ tapi memang tahu harganya mahal. Memang menarik kalau ada program motivasi yang buat marketing macam tu. Sekali bayar, lepas tu bila nak datang lagi free je
Kalau bayaran mahal disiapkan makanan dan tempat standard macam ko join tu kira berbaloilah. Ini caj air liur je dah ribu-ribu.
[Balas Komen]
Memang pernah juga terfikir pasal ni.. selalunya utk buat motivasi, penganjur lebih suka jemput penceramah luar yang kadang harus ditanggung dengan kos yg besar…
.-= kulanz´s last blog ..Susahnya Mendaftar Dengan DIGI =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 20th, 2010 at 11:30 PM
@kulanz, Selalunya kos yang menjadi masalah. Terutama kalau penceramah tersohor. Kalau penganjur ambil penceramah tak dikenali, tak ramai pula audien yang hadir.
[Balas Komen]
salam..
haha..it is good to see all the comments up there..as for me, the motivation programs function like any other channels that used to deliver the message including talk, ceramah, tazkirah, chatting, posts, advice, and many more..non of them will give an express impact but it will at least made the message received, and sooner or later that message will be useful one day..
as the fees are concerned, that reflects to the motivator himself, he/she are the one who are about to be praised or blamed regarding the charged fees..but somehow if we trace the concept of demands and prices, it is important for people like dr fadzilah to put higher price, otherwise any people in Malaysia can order his service while he is the only people to accomplish upon all requests.
and i really agree that there are people who claims as qualified by themselves, what a shame.. but congrats to those who really have a genuine qualifications in what ever training aspects.
however, thanks to u that brings up this matter..wassalam..
.-= izzudin´s last blog ..Pengajaran dari satu Tamparan =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 22nd, 2010 at 10:06 PM
@izzudin, The issue is the emergence of various consultants in that claim they’re expert. While their advantage are just about speaking and influence people not more than that. As you said “they dont have a genuine qualifications in what ever training aspects.
And the second issue, I hope trainer and motivator out there not demand like Dr Fadzilah Kamsah just because their have a consulting company and make it a ticket to claim their profesional.
[Balas Komen]
ahmad Ghazali Reply:
October 5th, 2010 at 1:26 AM
@izzudin, great comment… however, regarding those who claim as qualified but don’t really perform as claimed, its really a shame and brings shame to the industry. However, in this case, I’ll just also claim my right as a client. Challenge their code of ethics and see if they qualified. As for newbies in the industry, some minor mistakes should be forgiven, as long as they really are into it and charge quite a reasonable price (handling fees)… Should support newcomers in the business and industry or what, since all business starts not that perfect by the way…
[Balas Komen]
salam ust imran..
betul apa yang dikatakan ini. macam di tempat saya kerja baru sahaja diadakan ceramah motivasi. memang penceramah yang dijemput dikenali ramai sebab pernah muncul di dalam program televisyen. memang dpt sambutan disebabkan tempatnya terhad. kalau jemput yang tidak terkenal mesti ramai yang tak berminat. bayaran untuk penceramah mesti lumayan gak ni.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 29th, 2010 at 3:39 PM
@zul_kr81, Memang tidak dinafikan. Penceramah tersohor ramai peminat. Asalakan berbaloi dengan bayaran kira ok la.
[Balas Komen]
stuju btul…pling mls nk dtg progrm motivasi..klu prasan,sume motivator modal sme..da bleh hapal sgale gimik ngn modul eh..plg ssh ble ‘ter’nmpk slack kt motivator..pnk skali g motivasi (atas paksaan),tserempak sorg laki ‘mmbuang’ smbil bdiri + x tutup pintu..ble msuk dewan,rpenye2 laki tsebut adlh beliau yg bkl memotivasikn diri ini..choi!!!
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 30th, 2010 at 11:57 AM
@kerol halim, Kantoi la motivator yang buang sambil berdiri + tak tutup pintu
Siapa yang selalu terlibat dalam program-program boleh tau apa gimmick motivator.
[Balas Komen]
its all depends to the perceptions… Whats with the charge? A Mercedez Benz will never be sold at a price of a Kanchil…, unless the Merz has been proven cannot perform up to the price. And do you think the company put the price just like that? have you heard of the “History record”, “R&D”, “Testimony”… Likewise if a Kanchil is sold at the price of a Merz…
As a Human Resources manager, its my duty to study and analyze why my people dont perform at a certain period of time or over some times. Majority of human being act like “Pahat”… Thats why theres a proverb; “Seperti Pahat dan Pemukul”. Thats life. Do you know how much this pahat contribute when its motivated even for a short period of time? Well, certainly far more then what we are paying for the program. And that is what i have to take into consideration when suggesting a program.
This comment is for balancing purpose… hehehe
[Balas Komen]