Minggu lepas merupakan minggu yang paling sibuk bagi saya dan rakan-rakan. Sudah pastinya persiapan untuk konvokesyen khatam hafaz yang memerlukan persiapan rapi & teliti. Namun didalam kesibukan tersebut, ada lagi tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Antaranya ialah menyelia kertas projek pelajar semester akhir (Tesis Diploma).
Semasa berbincang dengan rakan saya Muhammad Asri bin Idris (Ketua Penyelia Kertas Projek), kami bertukar-tukar pendapat mengenai isu “Plagiat” (Jenayah Akademik). Ikuti petikan dari media di bawah :
Plagiat jejas imej, integriti pendidikan
Oleh MADZLINA NORDINAKTIVITI plagiat adalah budaya negatif dan amat merbahaya kepada dunia intelektual negara jika tidak dibendung sebijak mungkin. Kegiatan tidak bermoral ini jika dibiarkan boleh menjadi barah kepada institusi pengajian tinggi (IPT) negara dan mampu meruntuhkan institusi ini dalam jangka panjang tanpa kita sedari.
Aktiviti plagiarisme seperti yang dilaporkan di media massa ketika ini bukanlah perkara baru di dalam sejarah penulisan dan pendidikan negara, namun begitu perhatian dan tindakan serius perlu diambil bagi menangani epidemik intelektual ini agar tidak terus menular.
Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan plagiat sebagai mencedok kata-kata, idea dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri, tiruan atau menciplak.
Manakala menurut Wikipedia, plagiarisme ialah mengakui tulisan orang sebagai tulisan sendiri; mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri; mengakui penemuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri; mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri, menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeza tanpa menyebutkan asal-usulnya.
Meringkas dan memparafrasakan dengan mengutip secara tidak langsung tanpa menyebutkan sumbernya; meringkas dan memparafrasakan dengan menyebut sumbernya, tetapi rangkaian kalimat dan pilihan katanya masih terlalu sama dengan sumbernya.
Manakala hal-hal yang tidak tergolong sebagai plagiarisme pula ialah menggunakan informasi yang berupa fakta umum; menuliskan kembali dengan mengubah perkataan atau parafrasa pendapat orang lain dengan memberikan sumber jelas dan mengutip tulisan orang lain dengan memberikan tanda batas jelas kutipan tersebut dan menuliskan sumber asalnya.
Aktiviti plagiarisme adalah melibatkan etika dan moral penulisan di mana penulis adalah bertanggungjawab ke atas apa yang ditulis serta memberikan pengiktiran sewajarnya kepada hasil penulisan orang lain sewajarnya.
Bagi menangani masalah plagiarisme yang semakin menular, pihak universiti diminta tidak berkompromi dengan pensyarah atau pelajar yang melakukan plagiat atau menciplak tesis kerana ia boleh mencemarkan imej institusi pengajian tinggi di negara ini dan langkah-langkah pencegahan perlu diambil segera kerana jika dibiarkan, gejala tersebut akhirnya akan melahirkan pensyarah serta siswazah yang tidak berkualiti, kurang kompeten dan tidak berdaya saing.
Walaupun masalah ciplak atau plagiat yang dilakukan oleh pensyarah dan pelajar universiti negara ini masih kecil, namun mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan yang keras. Ini adalah penting bagi memastikan kajian ilmiah atau tesis yang dihasilkan adalah asli, berkualiti dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh universiti bagi membolehkan seseorang pelajar misalnya benarbenar layak menerima ijazah serta bersedia memasuki alam pekerjaan.
Masalah plagiat untuk menyiapkan tesis atau kertas kerja hanya boleh ditangani jika pihak universiti berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga memantau masalah kronik dunia intelektual ini.
Pihak universiti mesti tegas dan mengambil tindakan terhadap penuntut yang menggunakan penulis professional untuk menyiapkan tesis atau kajian akademik mereka, tidak kira sama ada dari universiti awam atau swasta.
Teknologi maklumat dan lambakan laman web memudahkan instrumen ini disalahgunakan di dalam aktiviti plagiat dan oleh yang demikian, perisian komputer seperti Word Check System, Turnitin, Scan My Essay dan lain-lain yang banyak diaplikasikan oleh universiti di seluruh dunia dilihat sangat berkesan dalam memastikan kewujudan elemen plagiarisme dalam penyediaan kajian ilmiah, tesis dan penulisan akademik lain secara atas talian.
Kerajaan juga mesti tegas memberi amaran untuk menarik balik ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) pelajar IPT atau pensyarah yang menipu dengan mengupah orang lain secara profesional menyiapkan tesis mereka.
Perkara ini perlu demi memelihara dan menjaga nama baik bukan sahaja universiti tempat mereka mengikuti pengajian, malah imej negara.
Semua pihak perlu memandang serius gejala ini dan kegagalan menanganinya boleh menjejaskan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan serantau di samping reputasi, imej dan integriti universiti tercemar dan jatuh merudum dengan isu serius ini.
Dalam menangani aktiviti ini, kebanyakan kes penipuan dikenal pasti oleh pihak ketiga yang menggunakan kajian terdahulu sebagai rujukan. Biasanya pensyarah-pensyarah boleh kenal pasti apabila merujuk kajian-kajian terdahulu yang telah dibuat oleh graduan dalam penghasilan tugasan seperti kertas kerja dan kajian ilmiah.
Ini adalah kerana negara memerlukan idea dan perspektif yang baru dan lebih bersifat tempatan dalam merangka dasar pembangunan dan bukan pandangan yang diciplak daripada penerbitan asing.
Banyak keputusan kerajaan terutamanya dalam penentuan dasar banyak bergantung kepada kajian-kajian universiti.
Sehubungan itu, melihat kepada bahaya dan kesan negatif budaya plagiarisme di dalam korpus intelektual dan pendidikan negara, maka usaha untuk menanganinya hendaklah dilakukan secara menyeluruh dan komprehensif.
Pemahaman serta kesedaran yang tinggi berkenaan impak aktiviti negatif ini perlu didedahkan sejak di bangku sekolah rendah lagi dan dipanjangkan ke peringkat sekolah menengah dan peringkat matrikulasi atau kolej agar gejala ini tidak lagi menjadi barah di dalam IPT.
Ini adalah kerana di samping boleh menjejaskan imej, integriti dan kualiti IPT, budaya ini turut mempengaruhi minda dan psikologi para pelajar universiti secara tidak langsung di mana pelajar yang melakukan kegiatan tidak bermoral ini akan terus dibelenggu rasa bersalah, malu dan hilang keyakinan diri.
Ini jika tidak dikawal akan memberi kesan yang tidak baik kepada proses pembelajaran mereka dan tabiat buruk ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam pekerjaan kelak.
Apabila menyelia tesis diploma pelajar, saya dapati ramai yang melakukan aktiviti seperti dinyatakan dalam sumber dari Utusan Malaysia diatas. Pada tahap diploma, ianya hanya sekadar pendedahan awal tentang cara untuk membuat kajian (saya maafkan tapi markah kurang).Namun saya berharap kegiatan ini tidak diteruskan apabila mereka menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Dengan wujudnya medium internet sebagai sumber rujukan, menjadikan aktiviti ini semakin mendapat tempat di kalangan pelajar. Sungguh mudah, taip sahaja bahan yang hendak dicari di enjin carian “Google” atau “Yahoo” kemudian pergi ke laman web berkenaan dan ‘copy paste’ sahaja. Banyak faktor yang mungkin menyumbang kepada perkara ini berlaku. Antaranya :
- Pelajar tiada idea untuk menulis.
- Pelajar kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan.
- Tiada kesedaran terhadap isu “copy paste”
Bagi saya, tidak salah untuk membuat rujukan di internet, cuma ianya tidaklah boleh di “copy paste” begitu sahaja. Pelajar hendaklah menulis kembali rujukan asal dengan mengubah perkataan atau pendapat orang lain dengan olahan bahasa tersendiri. Perkara paling penting, letakkan nota kaki dan nyatakan sumber asal.
Bayangkan betapa seriusnya isu ini sehingga ada pihak yang mencadangkan supaya tindakan menarik kembali ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) pelajar IPT atau pensyarah yang menyiapkan tesis mereka dengan cara “Plagiat”.




February 15th, 2010
Imran 

Posted in
Tags: 










Serius betul ye masalah ni..
.-= zool´s last blog ..Bowling, karaoke dan ikan bakar Malim =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
February 15th, 2010 at 11:16 AM
Memang serius, itu belum cerita lagi mengenai blogger plagirism
[Balas Komen]
blogger plagirism bersumber tak per..ini da la copy paste..pastu buat mcm artikel diri sendiri punya idea dan tulisan…hmmm..lg tak boleh pakai..
[Balas Komen]
Imran Reply:
February 17th, 2010 at 6:31 AM
itu lah maksud saya, tak salah nak copy paste tapi bagi kredit atau letakkan sumber asal
.-= Imran´s last blog ..Dividen 700% =-.
[Balas Komen]
Ada sorang pensyarah ni byk publish paper, dalam setahun pon die boleh publish lebih dari 10 paper…. tapi semua hasil kajian orang semua die cedok… nk kejar professor… menyelia projek tahun akhir pelajar ramai tp cuma bg tajuk projek jer…..tp kerja2 menyelia, student die g tanya kt pensyarah lain… tp hasil kajian die publish atas nama die…
tak tau la kenapa ada satu universiti baru ni offer jwtn professor kt die… skrg die dah nk tukar universiti…..
kdg2 rasa kelakar la org yg selama ni aku respek atas nama prof. madya ni skrg aku hilang rasa hormat sbb plagiat tesis master aku….finding aku pon die publish atas dptan kajian die… dah tu pass lg tesis aku kt student2 die utk diplagiat…
aku mmg tak halalkan hasil krja aku diambil oleh si musang ni…. bagus la die bertukar universiti… sbb org mcm ni boleh merosakkan institusi pengajian negara…. student2 yg dihasilkan atas seliaannya kbykan diajar menipu, plagiat tesis dan mereka data sendiri…die kata “MAGIC DATA”.
mmg ramai pensyarah tak puas hati dgn die ni sbb student org lain bersusah payah buat kerja di lab, pergi field ambil sample tp student die grad dgn mereka data kajian/ “MAGIC DATA”… cepat betul siap tesis student die…yg kami kesian student tu tak tau pon apa yg diorg buat sbnrnya sbb mereka hanya terima keputusan kajian milik orang lain yg telah diolah oleh supervisornya…
Saper2 yg baca ni mesti tak percaya kan sbnrnya perkara ni berlaku…
[Balas Komen]
imran Reply:
April 29th, 2010 at 2:15 PM
@LOY SEE FAN, Lagi hangat nampaknya isu jenayah akademik ini. Kalau semua pensyarah buat begitu, habislah institusi pendidikan. Saya mencadangkan profesor tersebut menubuhkan Universiti Plagiat Malaysia dan dia sendiri menjadi canselornya
[Balas Komen]