Fatwa Membaca Talqin Ke Atas Mayat

mayat2 300x193

Saya telah dihubungi oleh bekas pelajar Maahad Ahmadi berhubung dengan hukum membaca talqin ke atas mayat. Bagi saya, intitusi yang lebih berhak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini adalah Jabatan Mufti. Jadi, saya hanya mengeluarkan Fatwa yang telah diwartakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bertarikh 11 September 1997 (kerana saya adalah warga Negeri Sembilan). Di bawah adalah fatwa tersebut :

Warta Kerajaan

DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY

11 September 1997

ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK

(NEGERI SEMBILAN) 1991

(Enakmen No. 1 Tahun 1991)

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW

(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991

(Enactment No.1 of 1991)

PEMBERITAHUAN FATWA

NOTIFICATION OF FATWA

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE

1. Talqin hukumnya adalah sunat dan masa talqin itu ialah semasa ihtidar (hampir mati ) dan atau selepas dikebumikan.

2. Semasa di dalam ihtidar (hampir mati) maka sunat diajarkannya mengucap kalimah syahadah iaitu La Ilaha illallah dan bagi mayat yang telah dikebumika maka dikata disisi kuburnya, kata olehmu Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad S.A.W hingga akhir talqin.

3. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang :

  • membid’ahkan mana-mana orang lain yang membacakan talqin kepada mayat
  • memegang, mengamal atau mengajarkan bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang
  • menyiar, menyebar, menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang.

4. Mana-mana orag Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penokong mana-mana orang atau kumpulan orang ang dilarang di dalam perenggan 3.

Bertarikh 14 Ogos 1997

[PU/NS  (JB) (AGAMA) 15/92 Jld. 1;]

PA/NS.  196 (07) 915/1.]

DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

rujukan : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

24 Responses to “Fatwa Membaca Talqin Ke Atas Mayat”

  1. Anjung Web says:

    Insaf sekejap tengok gambar tu…
    Anjung Web´s last blog ..Bagaimana mengelakkan Image Hotlinking My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Setiap yang hidup pasti akan merasai mati..

    [Balas Komen]

    suri Reply:

    salam petang..
    benar tu setiap yang diciptakan olehNYA pasti akn kembali jua..

    [Balas Komen]

  2. etomyam says:

    baru sabtu lepas ziarah kematian di Selangor dan ada jugak imam tu baca talkin ringkas selepas selesai pengkebumian… dua tiga kali dok baca point 2 dan 3 tudalam fatwa tu….maknanya dibenarkan lah tu dan termasuk dalam perkara sunat
    etomyam´s last blog ..Terkini Senarai Individu Terkaya Di Dunia 2010 My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Saya tidak ingin mengulas panjang mengenai isu ini. Bagi saya, ikut sahaja fatwa yang telah dikeluarkan. Kalau fatwa tak diikut? Salah siapa? :D

    [Balas Komen]

  3. suri says:

    salam..lama tgu post tapi baru hari ada..
    huhu..terima ksh imran atas ilmu tersebut..ayah suri mmg pandai dlm bab ni sb dia selalu mandikan jenazah,,kafan dan sebagainya..hu..sungguh murni perbuatan ayahku ini.
    suri´s last blog ..Si Yo-yo Yang Comel (Part II) My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Maaf kerana tertunggu-tunggu post baru. Minggu ini sungguh sibuk dengan pelbagai tugasan. Saya selalu post hujung minggu sahaja. Kadang-kadang sahaja ‘ter’post waktu weekdays :D

    [Balas Komen]

  4. zik says:

    Erm terima kasih berkongsi ilmu, bacaan talkin rupanya sunat.. ingatkan wajib.. :-)
    zik´s last blog ..Hentian Puduraya ditutup 19 Mac ini! My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Ianya tidak wajib, cuma ada golongan mengatakan ianya HARAM kerana termasuk dalam kategori BID’AH.

    [Balas Komen]

  5. Hafiz Mohd says:

    saya ni memang x tahu menahu bab ni.. bukan talkin tu baca kt kubur ke?? so talkin tu boleh baca time belum dikebumikan lah.. thanx 4 info..
    Hafiz Mohd´s last blog ..Study Abroad My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Talqin sebelum mati adalah bisikan kalimah tauhid pada pesakit ketika sedang nazak.

    [Balas Komen]

  6. suri says:

    SALAM SABTU..
    NAMPAKNYA kena ambil kursus menguruskan jenazah ni..dari A sampai Z..
    jemputlah imran ke blog suri..
    suri´s last blog ..Si Yo-yo Yang Comel (Part II) My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Kursus pengurusan Jenazah wajib keatas semua Individu Muslim.

    [Balas Komen]

  7. x-po says:

    aku xbpe arif dlm bab ni..huhu

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Saya hanya menjawab persoalan dari bekas anak murid. Kalau jawab secara email tak ramai yang dapat untuk dikongsikan bersama :D

    [Balas Komen]

  8. salam ustaz…

    akhirnya terlerai juga kemusykilan saya…
    terima kasih ustaz… sebelum baca post ustaz yg ni saya dah berbincang dengan rakan2 saya yg ambil ilmu wahyu dan syariah kat uia… pendapat mereka semua parallel dgn apa yg dalam fatwa tu kata..

    tq ustaz sekali lagi… barakallahufik…
    ~Hidayah Fadzil~´s last blog ..Pemergian ayahanda diredhai… ALFATIHAH My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Salam, ada lagi 1 pertanyaan yang belum dijawab. Mengenai bacaan Yaasin pada jenazah. Jawapannya ada dalam buku Persoalan Perkara Khilafiah karangan Mufti Mesir Dr. Ali Jumaah :D

    [Balas Komen]

  9. amirulfaiz says:

    Terima kasih atas maklumat yang amat bermanfaat ini. :)
    amirulfaiz´s last blog ..Menyewa tempat berteduh dari hujan panas. My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Maklumat yang dikongsi dari Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Bukan dari pendapat saya sendiri agar ianya lebih kukuh bagi penanya :D

    [Balas Komen]

  10. nadri says:

    sepatutnya bacaan talkin itu boleh memberi keinsafan kpd org yg hadir semasa upacara pengkebumian..tp kdg2 pelik jugak kerana pak imam sibuk membaca talkin, ada juga yang sibuk berbual ttg hal dunia..
    nadri´s last blog ..Keajaiban Manusia Akhir Zaman My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Bayangkan sekiranya langsung tiada talkin? Sedangkan ada talkin pun masih ramai yang berbual-bual. huhu

    [Balas Komen]

  11. Zoul says:

    Benar, sepatutnya talkin dibaca utk menginsafkan mereka yg mendengar dan sedar bahawa mati itu benar dan setiap yg hidup pasti melalui mati. Kalau talkin itu wajib.. maka yg hadir dan tidak mendengar seikhlasnya akan berdosa besar. Jika haram atau bida’ah.. hanya itulah ruang terakhir untuk mengingatkan manusia akan dunia ini hanya sementara. Jadi, gunakanlah..

    Islam itu mudah.. tetapi jgn dipermudahkan.
    Zoul´s last blog ..Sepuluh Budak Hitam My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Ada 2 pendapat sebenarnya mengenai talqin in. Sebahagian ulama’ mengatakan ianya untuk menginsafkan yang hidup, manakala sebahagian lagi mengatakan ianya adalah ucapan secara terus-menerus kepada si Mati di dalam kubur.

    [Balas Komen]

  12. ery says:

    point yg no.3 tu.. klo contohnya raja2 mangkat.. then siarkan talqin.. haram la tu erk…
    ery´s last blog ..Lagi Kes Dera – Bapak Pukul Anak Yang Nak Pakai Tudung My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 9 + 11 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv Enabled

Powered by WordPress | iFreeCellPhones.com has Free Cell Phone Deals. | Thanks to PalmPreBlog.com Palm Pre News, MMORPG and Fat burning furnace review