Fatwa Berkaitan ESQ Leadership Training

esqway

Baru hari ini saya berkesempatan menulis artikel berkaitan fatwa ESQ Leadership Training. Itupun setelah rakan saya Ustaz Amiza memberikan artikel yang telah beliau dapat semasa menghadiri seminar berkaitan ESQ di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi awal tahun 2010 lepas. Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenainya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi ESQ di Malaysia.

Ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan sebarang ajaran yang seumpamanya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam ; kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam. Ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah seperti berikut :

  1. Mendukung fahaman Liberalisme : iaitu memahami/mentafsir nas-nas agama (al-Quran dan as-Sunnah) secara bebas, dan faham Pluralisme agama ; iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua-dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.
  2. Mendakwa bahawa Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah semata-mata pilihan Allah S.W.T (al-Isthifaiyayah) dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (al-Kasbiyyah)
  3. Mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam, ESQ adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar manakala God Spot adalah hasil kajian seorang Hindu vs Ramachandran. Kedua-dua penemuan ini disahkan dengan ayat al-Quran (Surah al-Hajj : Ayat 46)
  4. Menekankan konsep “suara hati” atau “conscience” sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati (conscience) adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian. The Oxford Dictionary of World Religion menyebut : “In the main forms of Christianity, conscience is the absolutely invioable and sacrosanct centre of the person as human as responsible for her or his decisions”. Konsep suara hati juga merupakan ajaran agama Hindu seperti yang dijelaskan oleh Swami Vivekanda : “The Atman is the Holy Ghost of the Biblical Trinity, and the purpose of all religions is to make men heard ‘the still small voice’ within them”. Menurut Imam Abu al-Abbas pendapat demikian adalah zindek dan kufur.
  5. Menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama.
  6. Mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logis. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulama’ ; kerana ia bermakna mengingkari nas-nas al-Quran dan Hadth Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi Nabi A.S.
  7. Menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan “submission”. Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada al-Quran kerana mengikut teori ini, ayat-ayat al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikannya dengan Kod 19.
  8. Menyamakan bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang-orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang-orang Jepun yang berteraskan ajaran Buddha.
  9. Mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa A.S diselamatkan daripada Fir’aun juga boleh berlaku kepada orang lain seperti yang berlaku kepada juruterbang Kapten Abdul Razak. Kefahaman mukjizat seperti ini adalah merupakan ajaran agama Hindu seperti yang diterangkan oleh Swami Vivekanda : “When Jesus healed, they called it a miracle”. What is miracle? A supernatural even says the dictionary. “Applied Raja Yoga”, says the Yogi. Just because you dont understand it, you call it miracle. We know what its about. Its natural to us.”
  10. Mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan “triple one”. Ini adalah tafsiran bid’ah dan sesat. Dalam konteks akidah “triple one” digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan Konsep Trinity. Buku “Christianity For Dummies”, ketika menghuraikan konsep ini menyatakan : “The Trinity : How 1+1+1 Equals 1. Christianity say tha God is Trinity – One God Expressed in three beings. The term trinity means : “Three-oneness”

Artikel ini adalah tulisan dari Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan)

Ulasan lain berkenaan ESQ : Zaharuddin

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
pixel
share save 171 16
You can leave a response, or trackback from your own site.

137 Responses to “Fatwa Berkaitan ESQ Leadership Training”

  1. suri says:

    salam.Subahanallah jahatnya mereka-mereka ni..sedaya upaya mrka akan cuba menyesatkan manusia..dari dulu sehingga sekarang mmg itulah misi mrka mahu menjatuhkan syiar islam kita.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @suri, saya hanya menyampaikan artikel dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Kalau dilihat dalam laman web, ada majlis penasihat syariah dari mufti-mufti lain. Wallhu A’lam

    [Balas Komen]

    cahaya Reply:

    @Imran,nampaknya saudara imran umpama..
    “pokok semalu berduri pagi..
    ditempias lalu, kuncup sendiri..
    dikala sunyi, kembang lagi..”
    sampaikan creta dok syok sendiri..:)

    udah-udahler *merang wehh (*imran, ikut loghat terengganu)
    cubalah bagi idea-idea bernas PULAK..,
    bagaimana nak selamatkan
    anak bangsa kita yg beragama ISLAM..,
    agar kembali ke landasan FITRAH IHSAN, IMAN & ISLAM!!!!!!!

    Barulah sejuk hati sikit mendengarnya!!!
    Cuba baca komen sy dlm “MAJLIS FATWA KEBANGSAAN TTG ESQ..

    Syukran.:)

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @cahaya, Anda melontarkan komentar berdasarkan pengalaman menyertai ESQ. Saya pula menulis artikel berdasarkan pendapat ulama’ yang memang ahli mengenainya.

    Suka saya peringatkan di sini. Apakah instrumen yang digunakan oleh panel Syariah ESQ dalam menilai isi dan kandungannya.

    Adakah suatu yang mudah bagi Mufti Wilayah untuk mengeluarkan fatwa sebegini?
    Saya yakin sekiranya perkara ini dibahaskan di peringkat kebangsaan dan diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Adakah alumni ESQ akan memberi pendapat seperti sekarang?

    Adakah Nabi Muhammad pergi ke program keibadatan agama lain baru menghukum agama itu salah?! adakah Nabi Muhammad mesti pergi ke tempat yang salah baru menghukum benda itu salah?!

    Nabi tidak pergi pada setiap tempat untuk baru menghukum sesuatu itu bahkan kekadang itu memadai berita yang boleh dipercayai.

    petikan dari : http://ustaz-rasyiq.blogspot.com/2009/05/pandangan-mengenai-esq.html

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @cahaya, Setakat hari ini Majlis Fatwa Kebangsaan belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi.

    Apa yang ada buat masa ini adalah kenyataan dari ahli Majlis Fatwa sahaja (mufti Perak).

    [Balas Komen]

    mecca Reply:

    Salam!
    Imran yang diRahmati ALLAH!!

    Boleh tlg jelaskan ttg 3 PERKARA berikut dan kaitannya dgn esq training???
    AGAR MEREKA-MEREKA YG KURANG ARIFF, DAPAT INFO YG JELAS.
    Saya juga ada tanya pd beberapa org ustaz..

    Wasalam!

    *rujuk pd fatwa di atas.

    1) Menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan “submission”. Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada al-Quran kerana mengikut teori ini, ayat-ayat al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikannya dengan Kod 19.

    2) Mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan “triple one”. Ini adalah tafsiran bid’ah dan sesat. Dalam konteks akidah “triple one” digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan Konsep Trinity. Buku “Christianity For Dummies”, ketika menghuraikan konsep ini menyatakan : “The Trinity : How 1+1+1 Equals 1. Christianity say tha God is Trinity – One God Expressed in three beings. The term trinity means : “Three-oneness”

    3) Menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama.

    SYUKRAN!!

    [Balas Komen]

    cahaya Reply:

    @Che M..

    Assalamu’alaikum!!
    Pada semua saudaraku serumpun se ISLAM di mana jua berada.
    Moga bertambah SELAMATLAH, SEJAHTERALAH & BAHAGIALAH hidup kita hari ini..
    Adapun saya jua tertarik dgn “cerita-cerita esq” nii.. akhirnya saya pun ikuti “basic training 3 hari, MCB 2 hari.. dan next nak pi SC2 pulak!!!!
    Apa yg saya alami, secara tanpa dipaksa, kini saya lebih rajin solat di awal waktu,, mula baca AL-QURAN beserta Terjemahannya.. mendalami ilmu ttg Rukun ISLAM, Rukun IMAN dan mencari RAHSIA DI SEBALIK KALIMAH SYAHADAH!!
    Ternyata ia banyak menyedarkan saya tentang MAKNA HIDUP YG SEBENARNYA.. saya lebih menghargai masa, lebih berintegriti dan lebih banyak mendengar pendapat dari “Ramai Tokoh-Tokoh Agama” dgn niat nak dapatkan kebenaran berkaitan ilmu ALLAH ini..

    Maknanya di sini, selama ini KECERDIKAN IQ DGN TAHAP EMOSI DAN KEROHANIAN SAYA AGAK TERPISAH.. dan TIDAK SEDAR bahawa ketiga-tiganya boleh digabungkan di dalam sepanjang hayat kita..

    TETAPI SETELAH ikuti ESQ Training, ternyata hidup ini jelas ADA VISI & MISInya..
    hidup ini perlu ada 3 KEKUATAN / KECERDASAN UTAMA iaitu CERDAS HATINURANI (SPIRITUAL).., CERDAS EMOSI.., & CERDAS INTELEK..
    dan ketiga-tiganya MESTILAH BERSATU SEPANJANG MASA!!!

    HASILNYA ialah saya kini menjadi LEBIH MENGERTI TENTANG SIKAP JUJUR.., BERTANGGUNGJAWAB.., BERWAWASAN.., DISIPLIN.., KERJASAMA.., ADIL.. & PERIHATIN..!!
    YANG PALING PENTING.., KINI PADA SETIAP DETIK.., HATI SAYA SELALU TERINGATKAN ALLAH!!!!
    SEGALA SYAK WASANGKA.. BURUK SANGKA.. & SYOK SENDIRI..
    KIAN JUMUD DAN KINI HILANG DARI HATI SAYA…
    SAYA SEDAR KINI.., HIDUP INI HANYALAH SEMATA-MATA UNTUK
    PENGABDIAN KEPADANYA!!!

    WALAU APAPUN PEKERJAAN KITA.., YANG PENTING NIATKAN
    KERANA ALLAH..

    *UNTUK SAMA-SAMA MENG”ESA”KAN ALLAH..,
    MEMBANGUNKAN “ISLAM”..,
    MENEGAKKAN “IMAN”..,

    BARULAH SEMPURNA HIDUP..
    MAKA KITA PASTI DAPAT RAHMAT DARINYA!!!
    KERANA ALLAH AKAN MENILAI PADA “HATI DI DALAM DADA”
    BUKANNYA PADA HARTA PANGKAT ATAUPUN PARAS RUPA…

    dan banyak lagi perkara-perkara yang diingatkan kpd peserta training
    berkaitan “MAKNA KEHIDUPAN”
    Bagi saya, training ni, bukan saja sesuai untuk golongan dewasa..,
    TETAPI AMAT SESUAI UNTUK REMAJA..
    Dengan keadaan dunia Malaysia harini.. di mana NILAI-NILAI MORAL
    telah hancur.., LUPA DIRI & LUPA PADA YANG MAHA PENCIPTA!!!

    MASYA’ALLAH!!!

    KITA YANG DEWASA INILAH YANG AKAN DIPERSOALKAN NANTI..
    ADAKAH KITA TELAH LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA???
    DI HADAPAN ALLAH..
    ADAKAH KITA AKAN TERLEPAS BEGITU SAHAJA????????????

    Maka bagi saya, inilah kebaikannya ikuti ESQ Training..
    “KESAN YG CUKUP MENDALAM” dapat dirasakan.
    Saya mencatat perubahan diri yang berlaku selepas 3 hari.., 7 hari, 2 minggu, sebulan, 60 hari, 3 bulan dan hari ke 165… sehinggalah ke hari ini..
    TERNYATA HIDUP SAYA LEBIH MERASA BAHAGIA,
    TERASA NIKMAT REZEKI ALLAH…
    TAKLUPA BERSYUKUR!!!!!!
    DAN SELALU BERPESAN DGN KEBENARAN…

    Walaupun adajuga musibah datang.., bg saya ianya umpama
    “Pelangi di hujan gerimis”.. hilang awan, nampaklah matahari..
    dan BAHAGIA kembali di hati:))

    INILAH HAKIKATNYA yang saya nak creta.., orang lain…,
    macam lain pulak pengalamannya..,
    semuanya bergantung pada niat kita semasa ikuti training ni..

    Kalau niat nak suka-suka, taknampaklah perkara LUARBIASA di dalam HATI.. Kalau niat nak bandingkan ilmu yg kita ada,
    datang dengan EGO,
    maka baliknya nanti dapatlah ZERO!!!

    THEN DENGAN SEDIKIT NIKMAT YANG ALLAH BAGI..,
    mulalah cari ayat-ayat yg boleh dimanipulasi..
    DAN keluarlahhhhhh FATWA!!!
    Lepasstu edar senyap-senyap..
    dok main tutchak di belakang dapoQ..

    Saya jadi HAIRAN.. Awatlaaa jadi Lagutuu..
    ILMU, IQ TINGGI YG ALLAH BAGI,
    AWAT DOK PI MAI PI MAI TANGTU..
    BAGI SAYA LAAA…,
    LEBIH BAIK PAKAT AJAK SEMUA MUFTI DI MALAYSIA NI..,
    DOK ELOK-ELOK BERBINCANG.. DAN
    SAMA-SAMA KELUARKAN FATWA..
    BARU SEMUA ORANG RASA LEGA…:) :) )))

    INGATLAH!!!

    JIKA KITA NIAT MENCARI UNTUK KEBAIKAN.., KITA AKAN DAPAT KEBAIKAN..,
    JIKA KITA NIAT NAK TUNJUK EGO.., MAKA EGO LAH KITA..
    SAMPAI BILA-BILA PUN..

    “SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERI PETUNJUKNYA AGAR KITA SENANTIASA DI DALAM RAHMAT CINTA.. KASIH.. DAN SAYANG DARI NYA”

    Arakian.. maka.. sampai di sini dulu lah kot..
    Kepada mereka yang takpi join lagi..
    pi lah.. daftar nama dan ikut penuh 3 hari training..
    mOGA RAHMAT ALLAH INI AKAN TERUS MELIMPAH KPD KITA SEMUA

    *INI HOT LINE UNTUK PENDAFTARAN (019 3699 165 AHMAD HAKIM)*

    SHUKRAN!!! :) PAGHIII!!!;) SALAM 165 UTK SEMUA:;))

    SALAM KASIHSAYANG SAYA PADA SEMUA ALUMNI ESQ..*******
    JUGA PADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA******

    “HIDUP BER’ERTI.., KEMUDIAN MATI”

    CHE M
    KOKDIANG, KEDAH.
    30.06.2010

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @cahaya, LEBIH BAIK PAKAT AJAK SEMUA MUFTI DI MALAYSIA NI..,
    DOK ELOK-ELOK BERBINCANG.. DAN
    SAMA-SAMA KELUARKAN FATWA..
    BARU SEMUA ORANG RASA LEGA

    Saya suka dengan kenyataan anda di atas. Adakah ESQ telah berbincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan? Mengapa ESQ melantik panel Syariah sendiri?

    Analodinya cukup mudah : Mee A dikatakan HALAL oleh panel B yang dilantik oleh syarikat pengeluar Mee A, tetapi Mee A tersebut tidak dihantar ke panel C untuk mengesahkan status HALALnya?

    Panel C merupakan badan berkecuali manakala panel B adalah dilantik oleh syarikat itu sendiri. Secara asasnya, data manakah yang lebih dipercayai dalam status HALAL Mee A tersebut?

    [Balas Komen]

    zari nezam Reply:

    @Imran,
    kok mee x po, baru berapo sen, ini ESQ begibu ni, apo cito sobona e ESQ, den x ponah poi, kau ponah poi x?

    [Balas Komen]

    cahaya Reply:

    @zari nezam,

    MU niii.. awat jadi lagutu..
    kalu aku tanyamu apa beza “ahli sunnah wal jamaah dgn islam liberal” mesti mu dok leh jawab gak!!
    apapun takpe boleh dimaafkan..
    nak lebih jelas, cuba layari http://www.esq.com.my

    ok bereh nooooo..

    “Hidup adalah sbg persediaan untuk mati.., jadi kenaler kumpul ilmu yg berfaedah untuk “KEBAHAGIAAN” kita di alam akhirat!!!

    “JANGAN HIDUP BIASE-BIASE JER BANGGG, RUGI DIRI SENDIRI GAK”

    Ok.. Wassalam:)

    [Balas Komen]

    cahaya Reply:

    @Imran,
    Terimalah kenyataan BAHAWASANYA MAJLIS MUZAKARAH KEBANGSAAN MEMBENARKAN ESQ DIJALANKAN SEPERTI BIASA dan untuk makluman semua TELAH ADA PENAMBAHBAIKAN YANG POSITIF di dalam ESQ Training.. info dlm http://www.esq.com.my

    inilah yang dikatakan..,
    “CERDIK BOLEH DI TEGUR.., KURANGCERDIK BOLEH DI AJAR”

    Moga semua “Ambik Cakna” dgn apa yg berlaku ini..

    ADA HIKMAHNYA!!!

    Wassalam:))

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @cahaya, Belum ada lagi kenyataan rasmi dari Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan isu ini. Apa yang ada hanya kenyataan dari Panel Syariah ESQ sendiri.

    Tunggu MFK keluarkan kenyataan rasmi dan bukan kenyataan dari ahli MFK secara peribadi sahaja.

    [Balas Komen]

    comel Reply:

    Menghadiri training esq 165 basic training, insyaAllah memberi kesedaran untuk rasa bertuhan. Dr ary dan trainer mengakui apa yang mereka sampaikan dari hadis yang berkaitan pertemuan rasulullah dan jibril berkaitan iman, islam dan ihsan.

    Janganlah memberi pandangan yang berdasarkan buku shj, ikutilah dan rasakan. Bukalah mata hati agar dapat melihat kebenaran yang tersirat. Bicara penulisan akan dipertanggungjwbkan Allah, kerana itu buatlah kajian yang terperinci. Ada yang mendapat kesedaran sebagai hambaAllah dan kerana apa hidup iaitu untuk mencari keredhaan Allah.Tiba-tiba, ada pula komen yang cuba menghalang orang dari kembali kepada Allah dgn kaedah training ESQ.

    Bukan mudah kita nak ajar tauhid dan perkara ghaib kpd manusia zaman ini yang suka kan bukti dan kaedah yang menarik jiwa utk mendekatkan diri kepada Allah. Pada saya, training ESQ merupakan kaedah moden dan mudah untuk menyedarkan manusia yang lalai. Luangkan masa untuk menonton Halakah Sentuhan Qalbu di TV9 selasa jam 10 mlm. Kalau tak sempat, bolehlah melayari internet website TV9. insyaAllah anda akan sedar diri siapa diri sebenar, ada rasa bertuhan, mencintai rasulullah, merindui Allah dan mengutamakan akhirat dari dunia.

    [Balas Komen]

    Pemerhati Reply:

    @comel, Adakah perlu Mufti memberitahu seluruh gerak kerja yang dilakukan untuk memperolehi keputusan fatwa? Baru dapat anda katakan ianya kajian terperinci?

    [Balas Komen]

    cahaya Reply:

    @Pemerhati,
    U dah baca ke KERTAS KERJA MUFTI??
    ape yg i lihat, rujukan Mufti adalah semua buku-buku dari Indonnessia!!! Awat takde ke buku berkaitan Islam di Malaysia??
    Di sana memang banyak bicara-bicara tentang Kebangkitan Islam.. Di antaranya ialah tentang “ISLAM LIBERAL”.
    Kita sebagai umat Islam di Malaysia.., KENALAH BETOI-BETOI FAHAM PERBEZAAN ANTARA “FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN ISLAM LIBERAL”

    justru, sayugia diingatkan BAHAWA KEPUTUSAN MUZAKARAH MUFTI DI MALAYSIA TELAH MENYATAKAN DENGAN JELAS BAHAWA “ESQ TRAINING ADALAH MERUJUK KEPADA FAHAMAN *AHLI SUNNAH WAL JAMAAH” *Rujuk http://www.esq.com.my @ Fatwa Kebangsaan.

    Ok.. moga yang baik kita jadikan pedoman..
    Kalu taknak p esq training pun..,
    pi lah amik ilmu kat mana-mana uztaz @ program-program kesedaran Islamik yg ada..
    Contohnya kat Excel Training @ Dato’ Dr.Fadzillah Kamsah,
    Darussyifa @ Dato’ Dr.Harun Din ataupun Dato’ Mufti Wilayah kita pun ada programnya!!

    kerana hidup ini hanyalah sebuah “Perjalanan”..
    maka dalam Perjalananmu ini.., himpunlah seberapa banyak “Kebajikan” untuk “Kebahagiaan” di akhirat nanti!!!

    Wallahu’alam

    [Balas Komen]

    Pemerhati Reply:

    @cahaya, kertas kajian SS Datuk Mufti mengenai gerakan Islam Liberal di Indonesia saya baca melalui website rasmi Mufti WP. Harap anda baca sampai habis dan fahami kandungannya, bukan sekadar LIHAT rujukan. Atau anda mungkin tak berminat pun mengambil tahu.

    Apa nak dihairankan kalau rujukan dari Indonesia, bukankah kajian itu mengenai Islam Liberal di Indonesia? ESQ 165 itu bukankah asalnya dari Indonesia? Berfikirlah dengan kritis untuk memahami hubungan dan kaitannya dengan ESQ 165. Rujukan Indonesia yang anda sebut, sedangkan 12 senarai kitab berbahasa Arab yang dinyatakan kenapa tidak disebut? Kitab-kitab yang dinyatakan itu punyai tajuk-tajuk besar yang merupakan kajian ulama-ulama dunia. Sebahagian besar berkisar gerakan kristianisasi dan Yahudi termasuklah perbincangan menjadikan penganut Islam kristian tanpa memeluk agama itu.

    Sepatutnya anda berusaha mencari kebenaran. Jika begini caranya, terbuktilah ESQ 165 mengajar pesertanya taksub kepada pengajarnya, bukan mencari kebenaran. Apa perlunya peserta sesuatu kursus digelar alumni? Anda menjadi pesertanya untuk mengikuti kursus pengurusan, bukan belajar agama kan? Kursus pengurusan kena recharge sampai berperingkat2 sampai berapa lapis alumni… Sampai pengajar kursus boleh menghimpun pengikut…

    Mmmmm…Berapa banyak kursus dan training sumber manusia atau program motivasi lain yang anda hadiri, bila balik terus jadi alumni kursus itu ini dan pengajar berkenaan ada pengikut? Kemas betul perancangan dorang. Agaknya inilah yg dikatakan kebathilan yang tersusun boleh mengalahkan kebenaran yang tidak bersusun….

    comel Reply:

    @Pemerhati,

    hanya mufti wilayah yang membuat keputusan sedemikian, sdgkan mufti dan ulama yang telah hadir tidak pula mengharamkan tainiing esq. .Saya bukan ulama tp telah hadir training tersebut dan ini komen ikhlas dari saya

    Training esq telah berjaya menyedarkan kepada ramai manusia yang lalai tentang siapa diri mereka dan kpd pencipta dan kembali kpd matlamat hidup sebenar. Sebagai hambaAllah, Allah pencipta dan mencari keredhaan Allah dalam segala tindakan dalam kehidupan.

    InsyaAllah training ini merupakan kaedah paling minima untuk membawa balik manusia untuk MengESAkan Allah dan menerima deen Laillahaillah. Itulah maaruf Al Akbar utk menyelamatkan diri dari diazab kekal dalam neraka krn syirik kpd Allah.

    Dengan kaedah penyampaian yang sgt berkesan telah menyentuh jiwa dan menambahkan keyakinan kepada mukjizat al Quran dan kebenaran Rasulullah saw.

    Syaitan suka utk merosakkan manusia.. mudah-mudahan Allah menyelamatkan kita semua umat nabi Muhammad dari menjadi penyebar fitnah dan perosak pada agama. Baik atau tidak training eaq,hanya kebenaran Allah jua yang mengetahuinya. Wallahualam

    [Balas Komen]

    Pemerhati Reply:

    @comel, baca dan fahami betul-betul fatwa yang dikeluarkan. Bukan kaedah penyampaian yang menjadi masalah, tetapi ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh Ary Ginanjar (pengasas ESQ 165)yang bermasalah.

    Strategi yang kemas dengan mengundang mufti dan ulama hadir, mereka hadir kerana dijemput. Hadir tidak bermakna memberi sokongan, wp ada yg secara jelas nyatakan sokongan. Mungkin juga sokongan itu sementara sahaja sehingga beliau mendapat maklumat dan gambaran yang jelas. Jaminan daripada Rasulullah SAW “umatku tidak akan sepakat pada perkara yang salah”.

    kalaulah awal-awal begitu jelas dan nyata kebathilan itu, sudah tentu comel pun tak nak ikut training itu, bahkan lari jauh-jauh,kan? kena keluar duit ribu2 pulak tu. Kalau tak ada apa-apa keistimewaan, kenapa ramai golongan profesioanl menjadi pengikut “abuya”, bahkan ayah Pin pun yang terang-terang mengarut pun ada juga pengikutnya.

    fontonk Reply:

    @cahaya, Pagi, salam semut dulu.
    saya setuju dengan pendapat anda.

    [Balas Komen]

  2. etomyam says:

    ooh..alhamdulillah dapat info yang sungguh bermakna ni..ramai jugak kawan2 yang dok cerita pergi kursus ESQ ni…
    .-= etomyam´s last blog ..Bijak Kah Lelaki Paling Bijak Di Dunia Menolak Hadiah USD1 Juta? =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @etomyam, ESQ ni memang dah banyak masuk ke syarikat-syarikat swasta. Malahan JAKIM sendiri pun dah masuk. huhu

    [Balas Komen]

  3. Azzah AR says:

    Assalamualaikum kepada Tuan Imran dan para pembaca blog Tuan Imran,

    Semoga Allah memberkati dan melindungi Tuan / Puan dengan segala rahmatNya, amin.

    Sedikit perkongsian mengenai pengalaman ESQ yang telah saya sertai dari tahap asas (Basic) ke tahap kedua (MCB).

    Saya menyertai ESQ tanpa ditaja oleh mana-mana jabatan. Atas dasar ingin tahu (curiosity) dan menimba ilmu. Saya hadir dengan membawa gelas yang kosong.

    Artikel Mufti Wilayah ini sudah lama. Setiap fasalnya boleh dijawab dengan mengalami sendiri ESQ Training, pastinya dengan gelas yang kosong.

    Mudah menyanjung De Bono, Carnegie, Covey. Mudah menolak yang serumpun dan seagama.

    ESQ 165 bersumberkan al-Quran dan Hadith. Bukan bersumberkan tokoh barat dan kemudian dikatakan “Eh, dalam al-Quran pun ada?”

    Tokoh barat mendakwa merekalah pencipta segala teori, sedangkan Muhammad SAW sudah lama menyatakannya melalui al-Quran dan Hadith. Ini yang disampaikan di dalam ESQ Training. Supaya peserta membaca dengan mata hati.

    ‘Bukan mata di kepala yang buta, tetapi hati di dalam dada’ [QS 22:46]

    Pendapat saya, mengalaminya sendiri lebih baik dari mendengar cakap-cakap orang lain.

    Wallahu alam.
    .-= Azzah AR´s last blog ..Promo BACA@KOMUTER =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Azzah AR, Salam, terima kasih puan Azzah kera sudi memberi komen di sini. Saya pasti perkongsian artikel ini akan menjadi perbahasan hangat bagi bekas peserta ESQ dan Alumni ESQ.

    Untuk pengetahuan puan, saya hanya menyatakan Fatwa berkaitan ESQ bagi peringkat Jabatan Mufti Wilayah sahaja. Di mana, ia merupakan ijtihad bagi Mufti Wilayah itu sendiri. Ia belum sampai tahap ijma’ ulama’ kerana ada Mufti dari negeri lain yang menyokong ESQ.

    Untuk pengetahuan juga, sekiranya perkara ini difatwakan di dalam Majlis Fatwa Kebangsaan barulah ia menjadi ijma’ ulama’.

    Saya hanya berkongsi sebahagian pendapat ulama’ yang tidak bersetuju dengan ESQ. Untuk pengetahuan pembaca juga, kajian yang dibuat oleh Mufti Wilayah ini adalah berdasarkan buku asal yang dikarang oleh Ary Ginanjar Agustian dalam versi Bahasa Inggeris sepenuhnya (bukan versi Malaysia).

    p/s : Saya bersedia dikritik diatas perkongsian ini (no heart feeling) :D

    [Balas Komen]

    muhammad fakhruddin Reply:

    @Imran, Islam meraikan kepelbagaian pendapat.

    Namun molek juga kalau ikut serta ESQ untuk mengetahui pokok pangkal isu-isu yang timbul ini.

    p/s:ada 1 ijma’ ulama’ yang orang kita banyak tak ikut,fatwa rokok…
    .-= muhammad fakhruddin´s last blog ..Renungan:3 Mac Yang Berlalu =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @muhammad fakhruddin, Salam, saya tahu Islam memang meraikan kepelbagaian pendapat. Saya tidak katakan pendapat yang menyokong ESQ itu salah :D

    Memang Fatwa yang dikeluarkan oleh MFK pun tak ramai yang nak ikut.

    [Balas Komen]

    pemerhati Reply:

    @Azzah AR,
    “Mudah menyanjung De Bono, Carnegie, Covey. Mudah menolak yang serumpun dan seagama.
    ESQ 165 bersumberkan al-Quran dan Hadith. Bukan bersumberkan tokoh barat dan kemudian dikatakan “Eh, dalam al-Quran pun ada?”
    Tokoh barat mendakwa merekalah pencipta segala teori, sedangkan Muhammad SAW sudah lama menyatakannya melalui al-Quran dan Hadith. Ini yang disampaikan di dalam ESQ Training. Supaya peserta membaca dengan mata hati”.

    Maaf, Pn Azzah, di bawah Pujakesuma menyatakan”Suatu kebodohan yang nyata jika seseorang itu hanya mahu belajar drpd orang-orang yg tertentu shj, sbb ilmu adalah suatu jalan kemenangan dan kejayaan”. Oleh itu, ilmu tidak semestinya ditolak hanya semata-mata ianya dari Barat. Dan tidak semestinya pelajaran langsung diterima hanya semata dari serumpun.

    Jelas, antara alumni esq yang mempertahankan esq 165 sendiri sebenarnya tidak tahu apa yang mereka perkatakan. Mereka hanya hadir kursus tetapi tidak mengkaji. Apabila telah ada orang yang mengkaji, dituduh pula dengan macam-macam andaian. Sedangkan mereka tidak mengkaji, hanya menerima bulat-bulat apa yang mereka lihat, dengar dan disampaikan semasa kursus.

    Konsep suara hati yang dicanang oleh ESQ 165 tidak sama dengan melihat dengan mata hati seperti sangkaan Pn Azzah. Adakah tafsiran ihsan 165 sama seperti yang dihuraikan oleh Nabi SAW dalam hadis baginda SAW? Dengan hanya memetik potongan-potongan hadis tertentu dan ditempelkan pada konteks yang kadang2 tidak berkenaan, adakah sudah cukup untuk mengatakan sumbernya adalah al-Quran dan hadis?

    6 prinsip dan 5 tindakan yang dinyatakan bagaimana dikaitkan dgn Rukun Iman dan Islam? Tiada kaitan. Kecuali menumpang angka 6 dan 5. Dari mana asalnya teori 6 prinsip dan 5 tindakan itu? Ciptaan Pak Ary? Malangnya bukan. Adakah Pn amat pasti ia bukan bersumberkan tokoh Barat? Tiada jawapan dalam kursus yang puan hadiri melainkan mengkaji sumber yang Pak Ary gunakan.

    [Balas Komen]

    cahaya Reply:

    @pemerhati,
    nampak sangat bahawa “pemerhati ni, baca buku tak habis.. pi seminar tp dok chit-chat di belakang..:) hee heee.. jgn mare yer!
    Masih banyak belenggu dalam hati kita nii.. sebabtu agak sukar untuk menerima “pengalaman” orang lain..

    Cuba kita tanya diri sendiri.,”pada setiap 3 bulan @ 6 bulan, berapakah seminar@training yang telah kita ikuti”
    apa input yg kita dapat?
    apa perbezaan antara training tersebut?
    apakah impaknya di dalam hati kita?

    Kalu jawapannya “still no”, itu maknanya kita ni ibaratnya “kais pagi makan pagi..,” sekadar pegi keja, balik keja @ then jadi “matlena”
    Entah-entah amalan dalam Rukun Islam & Rukun Iman kita sengaja abaikan!!!

    *Dalam dunia yg dikatakan maju harini, ramai yg mengaku intelek, TETAPI mudah dikuasai emosi!! Mengapa yerr??
    Cuba renungkan!!!
    MENGAPA KITA TAK MENJADI SEORANG YANG CERDAS Emosi, CERDAS Spiritual dan CERDAS Intelek???
    Di mana silapnya?? Kerana pendidikan?? pengalaman??? @ keegoan???

    Sekian, WASSALAM!!

    “SELAMA MANUSIA MENCARI BAHAGIA.., HATI TETAP BERCAHAYA”

    [Balas Komen]

    pemerhati Reply:

    @cahaya, seorang yang cerdas emosi, spiritual dan intelek, seimbang segalanya akan rasional dalam menanggapi setiap suasana. Tegakkan Islam dalam diri sendiri sebelum mengajak orang lain menegakkan Islam dalam diri mereka.

    Mereka yang berlapang dada menerima fatwa, adalah mereka yang menginsafi kekerdilan diri dalam urusan agama, kekurangan diri yang perlu sentiasa dibaiki, mendekati alim ulama untuk mendapat bimbingan (saya bercakap dari konteks mencari ilmu agama, bukan konteks mencari ilmu/pelatihan sumber manusia kerana rata-rata alumni esq yang taksub ‘seolah’ mencari agama pada program esq, tak pernah saya jumpa alumni esq yg berckp mengenai ilmu pengurusan wp dakwaan Pak Ary, mereka memberi training sumber manusia, bukan mengajar agama).

    Tak mengapa tidak menerima pengalaman orang lain, kerana sumber kebenaran bukanlah pengalaman orang lain, bukan suara hati tetapi al-Quran dan Sunnah, bimbingan dari ulama. Setakat bacaan yang tak habis pun, sudah jumpa yang pelik. Kalau baca sampai habis tak jumpa-jumpa, lebih-lebih lagi kena merujuk yang lebih arif, kat mana yang seleweng.

    [Balas Komen]

    fontonk Reply:

    @Azzah AR, bukan mata di kepala yang buta, tetapi mata di hati yang buta. Baca dengan nama Tuhanmu yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

    Pagi!

    [Balas Komen]

    Pemerhati Reply:

    @Azzah AR, Dalam buku ESQ New Edition itu disebutkan berbagai macam dalil-dalil untuk mendukung gagasan Ary Ginanjar tentang konsep ESQ. Jenis dalil-dalil itu antara lain:

     Petikan terjemah Al Qur’an.
     Petikan terjemah hadits Nabi Saw, termasuk di dalamnya hadits Qudsiy.
     Pandangan HS. Habib Adnan, guru Ary Ginanjar Agustian.
     Pandangan pakar psikologi Barat, antara lain: Stephen Covey, Robert Cooper, Victor Frankl, Danah Zohar, Ian Marshall, Ramachandran, Daniel Goleman, Dale Carnegie, David Schwartz, Peter Drucker, Napoleon Hills, Robert Kelley, Ralph Eemerson, dll.
     Pandangan tokoh-tokoh Barat seperti Albert Einstein, Michael Hart, Thomas Edison, dll.
     Konsep berpikir, “99 Thinking Hat”.
     Pandangan Dr. Ali Shariati, cendekiawan Syi’ah asal Iran.
     Emha Ainun Nadjib.
     M. Husein Haikal, penulis sejarah Nabi.
     Filosofi Jepang, seperti Kaizen, Bushido.
     Pandangan pastor Prof. Dr. Dryarkara SJ.
     Pengalaman bisnis company.
     Hasil kajian Abdurrazzaq Naufal.
     Pandangan beberapa tokoh sejarah Islam.
     Sejarah sains modern dan Islam.
     Fakta-fakta media, di dalam dan luar negeri.
     Dan lain-lain.

    Kesemua sumber-sumber informasi itu seluruhnya bersifat mendukung konsep Esq,pandangan pakar psikologi Barat popular lebih dominan. Dalam buku ESQ pandangan pakar psikologi Barat sangat kuat, sedangkan rujukan Islam sebagai pelengkap saja.

    [Balas Komen]

  4. Captain says:

    perkongsian yang sangat baik.. benda-benda yang baik,, ilmu-ilmu yang berguna memang elok bebenar kalau kita kongsi.. teruskan perkongsian anda yang sangat berguna ini..
    .-= Captain´s last blog ..Manchester United Legends =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Captain, Sama-sama berkongsi ilmu yang memang amat luas di dunia ini.

    [Balas Komen]

  5. Azzah AR says:

    Terima kasih kembali.

    No heart feeling, hanya perkongsian untuk pencerahan. Seperti yang saya katakan, artikel ini sudah lama dan basi. Hanya masih hangat dijaja oleh mereka yang anti ESQ (entah kerana anti Indonesia atau apa, atau anti UMNO kerana sudah ramai ahli UMNO yang jadi alumni walaupun ramai juga ahli Pakatan Rakyat yang sudah alumni). Yang pastinya, para penjaja artikel ini, sama ada tidak pernah mengalami sendiri apa di dalam ESQ Training, atau hadir dipaksa oleh bos, atau hadir dengan gelas penuh.

    Para alumni sedia maklum dengan tentangan Mufti Wilayah ini. Sebab itu tiada ESQ Training dibuat di KL, hanya di Selangor dan orang KL datang ke Selangor.

    Buku itu sudah diperbaiki beberapa kali setelah ditegur. Dr Ary sendiri tidak pernah mendakwa beliau adalah ustaz, jauh sekali ulama, oleh itu beliau minta bantuan para ulama dan mufti untuk menegur dan membantu menambahbaikkan training ini. Dan membaca buku, hanyalah melalui proses visualisasi sahaja. Teori, tanpa pengalaman :)

    ESQ bukan kursus mengajar agama, tetapi kursus Human Resource yang berlandaskan apa yang Allah kata, dan apa yang Rasulullah sampaikan.

    Saya bukan fanatik ESQ seperti segelintir Alumni yang mungkin sebelum ini langsung tidak pernah mengenali Allah dan RasulNya. Saya menyampaikan apa yang saya alami sendiri, atas rasa tanggungjawab. Alhamdulillah, walaupun setelah beberapa kali recharge, Allah masih Tuhan saya dan Rasulullah masih idola saya.

    Orang kita memang suka dan cepat percaya gosip buruk. Cerita baik memang susah mahu diyakinkan. Cerita Mawi putus tunang lebih seronok daripada cerita Mawi sah bernikah. Biasalah tu.. :)
    .-= Azzah AR´s last blog ..Promo BACA@KOMUTER =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Azzah AR, Salam, semasa artikel ini ditaip semula tiada sentimen politik mahupun kenegaraan diselitkan. Ianya perkongsian pendapat bagi yang tidak setuju pada ESQ. Saya tidak nafikan pendapat yang menyokong ESQ. Seperti saya nyatakan sebelum ini. Perbezaan pendapat memang ada dan tidak dapat dielakkan.

    Dari perbezaan pendapatlah bercambah ilmu. :D

    [Balas Komen]

    Azzah AR Reply:

    @Imran,

    Mohon Tuan baca semula post saya supaya Tuan tidak tersalah tafsir. Saya tidak pun memaksudkan Tuan anti ESQ kerana saya maklum bahawa ini ialah ‘fatwa’ Mufti Wilayah, dan bukan fatwa dari Tuan :)

    Terima kasih. Jazakallahu khairan.
    .-= Azzah AR´s last blog ..Promo BACA@KOMUTER =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Azzah AR, Salam, maaf kerana tersilap tafsir ayat :D

    [Balas Komen]

    pemerhati Reply:

    @Azzah AR, saya ingin bertanya kepada Cik/Puan Azzah. Adakah puan/cik telah membaca sendiri buku yang dinyatakan itu sama ada sebelum ditegur atau yang dikatakan perubahan telah dilakukan setelah ditegur?

    Menurut hemat saya, sekiranya puan membaca buku2 yang dahulu dan terkini, tentu puan tidak akan memberi komen sedemikian. Adakah puan melihat pula barisan rujukan yang digunakan oleh Pak Ary? Siapakah pula Danah Zohar yang membuat ulasan pada tulisannya versi Bahasa Inggeris? Dimanakah rujukan Sohih Bukhari atau Muslim atau mana2 musnad atau mana2 kitab tafsir sekiranya ideologi atau kandungan training ini berlandaskan quran dan sunnah?

    Oleh kerana Pak Ary bukan ustaz atau tokoh agamalah, maka kita harus lebih berhati-hati menerima apa jua yang disampaikan. Mereka tidak perlu pengawasan tauliah sepertimana undang-undang yang termaktub dalam negara kita kerana bukan mengajar agama. Tetapi mereka sewenangnya menggunakan nama agama dalam kandungan kursus, sedangkan perkara ini di luar bidang dan kepakaran mereka…..mereka boleh bebas berceramah dengan alasan bukan mengajar agama, tetapi kursus motivasi.

    Lihatlah apa yang sedang terjadi di Indonesia? Islam jenis apa yang berleluasa di sana? Berapa bintang Indonesia jauh lebih baik dari kita dalam bidang pengurusan dan ekonomi dengan kehebatan kursus motivasi yang Pak Ary bangunkan?

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @pemerhati, Tidak hairanlah berapa ramai motivator dan penceramah training di Malaysia tidak memerlukan tauliah kerana mereka bukan berceramah agama.

    Namun, didalam sesi ceramah mereka ada diselitkan nas-nas dan dalil dari al-Quran dan Hadis.

    Sudah pasti mereka akan berlepas diri sekiranya nas atau dalil yang digunakan tidak tepat kerana mereka bukan penceramah agama

    [Balas Komen]

  6. Salam Imran. Bila keluarnya fatwa ini secara rasmi? Saya dah lama tahu pasal ESQ ni tapi bila melihatkan kerajaan Malaysia sendiri banyak juga menghabiskan wang menghantar stf kerajaan ke kursus ini, akhirnya ramai yang taasub. Tapi walaupun mungkin dari sudut pegangan dan pendekatannya ada yang salah tapi dari sudut penggunaan mutimedia boleh ditiru dalam kursus.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Motivasi Kerja, Salam. Fatwa tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (sahaja) pada 16 September 2009. Saya tidak mahu mengulas tentang isi kandungan kursus ESQ kerana tidak pernah menghadirinya. Namun JMWP membuat fatwa selepas menghantar pegawainya mengikuti kursus tersebut.

    [Balas Komen]

  7. pujakesuma says:

    Suatu kebodohan yang nyata jika seseorang itu hanya mahu belajar drpd orang-orang yg tertentu shj, sbb ilmu adalah suatu jalan kemenangan dan kejayaan. Jadi sesiapa yg mahu terselamat dari seekor singa yg sdg mengejarnya , semestinya dia meminta petunjuk dari siapa shj, tanpa membezakan org itu dari Timur atau Barat.(dikutip dari FB Anak Deli) Masalahnya org kita kalau baca ilmu org Barat semua akan sokong. Tapi kalau datang dari org Jawa semua pandang serong. Saya menyanjung sikap Ustaz Zaharuddin dalam membahaskan masalah ini, sentiasa membina dan membetulkan kesalahan yg ada pd ESQ. Mari Kita Berdakwah Bukan Menghukum..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @pujakesuma, Salam dan terima kasih atas kunjungan ke blog ini.

    Masalahnya org kita kalau baca ilmu org Barat semua akan sokong. Tapi kalau datang dari org Jawa semua pandang serong

    Saya tidak memandang serong pada mana-mana ilmu barat atau timur. Ini hanyalah pendapat mufti wilayah :D

    Sekiranya anda menyanjung Ustaz Zaharuddin. Sila baca komentar beliau di sini : http://ustaz.blogspot.com/2009/05/saya-tidak-menyukai-esq-165.html

    [Balas Komen]

    cahaya Reply:

    @pujakesuma, kalau pakar jantung mengeluarkan pendapat mengenai bidangnya, tak ada orang berani ulas. Tapi kalau pakar akidah yang berijtihad (lebih dari sekadar pendapat), ada pula yang mengulas, pandang serong lagi.

    [Balas Komen]

    cahaya Reply:

    @pujakesuma, soalnya sekarang bukan Timur atau Barat. Soalnya adalah isi. Walau Timur atau Barat, yang baik dicontohi, yang tak baik dihindari…..kalaulah fatwa dikeluarkan atas dasar sentimen, hancurlah agama. Saya percaya kata-kata anda atas dasar syak dan prasangka, sedangkan fatwa terhasil dari keyakinan Mufti yang berijtihad melalui ilmu dan penyelidikannya. Sekiranya betul, beliau memperolehi 2 pahala, sekiranya salah, satu pahala. Berdosa sekiranya seorang yang tahu mengenai sesuatu dengan keyakinan dan ilmunya mendiamkan perkara itu dari pengetahuan awam sedangkan beliau individu yang dipertanggungjawabkan memikul amanah menjaga agama. Wallahua’lam.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @cahaya, Siapalah kita kalau dibandingkan dengan mufti yang mengeluarkan fatwa tersebut…..

    [Balas Komen]

  8. suri says:

    salam..hangat juga isu ni ye..huhu..terima kasih atas maklumat tersebut. :)

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @suri, Memang hangat seperti pisang goreng :D

    [Balas Komen]

    isisis Reply:

    @Imran, cara kamu kendalikan blog dan komen menunjukkan kamu mmg cetek ilmu..x mampu utk berfikiran menerima/menolak.

    [Balas Komen]

  9. tok ayah says:

    Salam,

    Menyokong ESQ berdasarkan semata-mata kerana SUKA adalah SALAH. Tanda iman ialah suka dan benci sesuatu perkara kerana Allah.

    Pelik ya! Kalau perkara dunia, hanya pendapat pakar yg diterima kerana yakin akan kepakarannya tetapi dlm perkara agama semua org boleh beri komen. Bahkan sijahil agama pun boleh menidakkan mufti. Astaghfirullah.

    Saidina Umar pernah dimarahi oleh Nabi s.a.w kerana membaca kitab Taurat. Tanya Nabi: “Adakah sebarang kekurangan lagikah apa yg dibawa oleh baginda?

    Kesalahan yg paling besar dalam agama ialah mencampurkannya antara yg betul dan salah. Kerana mereka akan bermatian mempertahankan kebenaran mereka walaupun melakukan kesalahan.

    Wallahu a’lam.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @tok ayah, Saya pun tidak tahu nak cakap mengenai ESQ ini, ianya masih dalam kajian Majlis Fatwa Kebangsaan. Mufti yang keluarkan fatwa HARAM hanya Wilayah Persekutuan sahaja.

    p/s : Sedangkan fatwa HARAM merokok pun diabaikan ;)

    [Balas Komen]

  10. Adam Huud says:

    Assalamualaikum.

    Perkembangan terbaru kini, ESQ sudah mempunyai panel-panel shariah sendiri yang memantau setiap training ESQ dari sudut shariah dan akidah.Panel-panel tersebut terdiri daripada:

    1. Dr. Adnan Mohamed Yusoff (Dekan Pengajian Quran & Sunnah USIM).
    2. Dato’ Mustafa Abdul Rahman (Ketua Pengarah JAKIM).
    3. Dato’ Noh Gadut (Mufti negeri Johor).
    4. Dato’ Paduka Sheikh Hasbullah Abdul Halim (Mufti negeri Kedah).

    Justeru, saya kira ini adalah suatu perkembangan yang sangat baik dalam merungkai segala keraguan, salah sangka dan salah faham yang sedang hangat dibincangkan kini.

    Wallahu’alam.

    Sila rujuk: (http://esq.com.my/v1/2010/02/panel-shariah-esq-2/)

    [Balas Komen]

    pemerhati Reply:

    @Adam Huud, mereka yang dinyatakan di atas adalah tokoh-tokoh yang telah bersara, tidak lagi memegang jawatan seperti dinyatakan di atas. Sejauhmanakah mereka telah mengkaji? Bukan mempertikaikan jasa dan keilmuan tokoh-tokoh tersebut, tetapi kenapa pihak ESQ 165 melantik semua panel syariah (bukan panel akidah) yang telah uzur dan tidak lagi berkecimpung secara aktif dalam hal ehwal Islam terutama membuat kajian dan penyelidikan? Allahu a’lam.

    Sekiranya penyelewengan al-Arqam begitu mudah dikenali, saya percaya tak akan ada pengikutnya yang begitu setia mempertahankannya. Sesesat al-Arqam masih berpegang kepada Allah dan Rasul. Oleh itu penilaian peserta ESQ 165 dari kalangan yang bukan ahli dalam bidang akidah tidaklah dapat menjadi ukuran kebenaran.

    Sebagai anggota awam yang tidak mengkaji, hanya menjadi peserta kursus, janganlah mudah terpedaya dengan kecanggihan sistem multimedia mereka atau terpesona dengan mainan psikologi yang mampu membuatkan kita sebak atau menangis. Akidah adalah tunjang keimanan, bukan perkara ibadat yang dapat terzahir di luar kulit. Panduan dari mereka yang berautoriti adalah ikutan kita kerana mereka adalah pemandu kita yang tidak berkemampuan mengenali kaca dan permata.

    Jika kita sendiri yang tidak mengkaji, jangan sebarangan menuduh orang yang mengkaji dengan pandangan serong. Sepatutnya kita berasa risau, dapatan kajian yang ditemui telah membuat begitu ramai org taksub, Yahudi telah berjaya masuk ke rumah-rumah bertopengkan rancangan agama secara halus tanpa kita sedari melalui siaran tv pula….ini sangat bahaya….

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Adam Huud, Jangan lupa juga untuk melihat ini :

    http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/utama.htm

    [Balas Komen]

  11. Adam Huud says:

    Assalamualaikum.

    Info tambahan, kini TV9 dengan kerjasama ESQ menyiarkan program 13 episod rancangan ‘Halaqah Sentuhan Qalbu’ yang disiarkan pada setiap hari selasa jam 10 malam di TV9 bermula dari 15 Jun 2010 yang lepas.

    Datuk Nooh Gadot, Tan Sri Dr. Harussani, Ustaz Badli Shah Alaudin, Dr. Rubiah K. Hamzah, Dr. Amnah Bohari dan ramai lagi adalah di antara yang diundang untuk menjadi ahli panel untuk program tersebut.

    Halaqah: Sentuhan Qalbu yang dihoskan oleh penerbitnya sendiri, Ahmad Noor Sulaiman memberitahu topik-topik yang akan dibentangkan akan menyentuh tentang kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan pencerahan kerohanian supaya bersyukur dengan pemberian Allah SWT.

    Sila rujuk (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0602&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm&arc=hive) untuk maklumat lanjut.

    Semoga kita semua mendapat manfaat dari program ini, inshaAllah :)

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Adam Huud, Adakah dengan menjadikan TV sebagai rujukan sesuatu program itu HALAL atau tidak? Atau merujuk kepada Mufti dan Badan atau Jabatan yang berautoriti dalam menentukan sesuatu hukum?

    [Balas Komen]

  12. cahaya says:

    Salam!!
    Didoakan BAHAGIA semuanya di sini..
    Bab fatwa yg terkini nii..
    1) saya harap pihak panel ESQ dpt betulkan keadaan..

    2) pihak FATWA dapat JELASKAN LAGI bagaimana untuk membaikinya..

    3) Unsur Penyelewangan yg didedahkan, di dapati ada yang sengaja
    diadakan.. SEDANGKAN dlm ESQ Training takdak pun..
    **(BAHAYA nii.. MENGADA-ADAKAN CERITA)**

    4) MOHON BERI ANALISA BERAPA RAMAI YANG DAH SESAT..???,
    SEJAK ESQ DIJALANKAN DI MALAYSIA SEJAK TAHUN 2006!!!

    5) TAKDAK KE IDEA DARI PIHAK DATO MUFTI??? UNTUK “GRAND”KAN LAGI
    TRAINING NII DGN MENGADAKAN KERJASAMA DGN ESQ CENTER..
    *TANPA UNSUR PENYELEWENGAN AKIDAH!!!!!!
    *ISI BUAH YG BAGUIH, ELOK KITA AMIK PAKAT MERASA SORANG SIKIT*
    *JADIKAN ISU INI BERMANFAAT UNTUK SEMUA..,
    BUKAN SEKADAR MENGHUKUM SEBELAH PIHAK SAJA!!!
    *DUDUKLAH SEMEJA BERBINCANG LAAGI BAIIIKK:)

    6) YANG BUAT FATWA PUN MANUSIA..
    YANG JALANKAN TRAINING PUN MANUSIA..
    JADIK.., MOLEKLAH DOK PAKAT BINCANG UNTUK KEBAIKAN SEMUA..
    *SEBAB TAK SEMUA ILMU ADA DI DADA.. DAN
    *TAK SEMUA DADA ADA BANYAK ILMU..
    *YANG PENTING… KERJASAMA!!!!!!

    7) SEBARKANLAH & AMALKAN 7 NILAI UTAMA DI DALAM HATI KITA..
    *****JUJUR., TANGGUNGJAWAB., WAWASAN., DISIPLIN.,
    KERJASAMA., ADIL., PERIHATIN!*****

    “”INILAH PERJALANAN HIDUP.. PENGABDIAN HANYA KEPADA ALLAH”"
    “SELAMA KITA MENCARI BAHAGIAA.., HATI TETAP BERCAHAYA”
    “”HIDUP BER’ERTI.., KEMUDIAN MATI”"

    Wassalam!!

    6) TLG HEBAHKAN

    [Balas Komen]

    cahaya Reply:

    @cahaya, oo…sori terguna nama sama. Cahaya kt bawah ni org lain (bkn org yg sama). Kepada tuan/puan yg mengatakan penyelewengan diada2kan (point 3), adalah kerana tuan/puan tidak mengkaji. Sekadar menghadiri kursus tidak boleh dinamakan kajian. Hadir kursus hanya sebahagian utk melengkapkan kajian. Jika pun ada penyelewengan yg tidak jelas semasa kursus, tidak terfikirkah kita itu adalah kerana kekurangan dan ketidakmampuan sendiri untuk melihat kehalusan penyelewengan itu?

    Kepada tuan/puan yg memandang serong pd fatwa yang dikeluarkan, apa kata jika tuan/puan sendiri mengkajinya lebih dari sekadar hadir kursus? Sekiranya tuan/puan berkesempatan melakukannya termasuk menelaah dokumen bertulis dan sumber rujukan Pak Ary, tetap tuan/puan memerlukan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang pemikiran dan akidah (bukan syariah semata)untuk membuat pertimbangan.

    Jangan kerana kekaguman kita kepada teknologi dan bahan multimedia yg digunakan mengaburi mata untuk melihat kandungan. 6 prinsip yg dinyatakan betulkah berdasarkan Rukun Iman? 5 prinsip yg digunakan betulkah berdasarkan Rukun Islam? 1 yang disebutkan adakah betul ihsan? Apakah 165 yg dinyatakan itu sebenarnya, selain dari angka yang kebetulan 1, 6 dan 5 seperti rukun iman dan Islam? Anda tidak akan dapat menemui jawapan di dalam kursus melainkan dengan mengkaji sumber yang dirujuk Pak Ary. Dgn tempelan dan petikan mana-mana ayat al-Quran semudah itu dikatakan sumbernya al-Quran dan Sunnah?

    [Balas Komen]

  13. cahaya says:

    Respon kpd adam Huud, persoalan yang dibangkitkan mengenai penyelewengan esq adalah sudut akidah, bukan syariah. Pakar syariah dan pakar akidah punyai pengetahuan kepakaran bidang berbeza. Apabila kita menyebut pakar, sudah tentu bukan taraf orang awam yang biasa dapat membuat penilaian. ESQ 165 punya panel Syariah, sedangkan pertikaian berbangkit adalah isu akidah, mereka mmg belum ada panel akidah!

    Kepada mereka yang menyebut berapa ramai orang yg tlh sesat sejak mengikuti kursus ini, harap faham perkara akidah adalah perkara yg amat halus dan tersembunyi. Tidak ada siapa yang dapat melihatnya ibarat seekor semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di waktu malam gelap pekat. Sebab itu perkara pokok seperti ini perlu kita berhati-hati dari tergelincir sama ada dgn cara disedari atau tidak disedari. Sebagai orang awam, fatwa para mufti semestinya menjadi panduan kerana siapalah kita berbanding mereka. Tidak ada Mufti yang sengaja mengeluarkan fatwa utk menyusahkan umat melainkan menjalankan amanah menjaga agama dan maslahat umat Islam dunia akhirat. Mereka menanggung beban dan risiko yang berat kerana tanggungjawab mereka umpama sebelah kaki menanggung risiko berada di neraka.

    Fatwa tidak akan dikeluarkan tanpa adanya penyelidikan dan kajian terlebih dahulu. Dan sekadar mengikuti kursus bukanlah asas untuk mengatakan itu adalah kajian. Kajian dan penyelidikan adalah lebih daripada sekadar menghadiri kursus. Tugas ijtihad yang berat itu bukanlah tugas org awam, kerana org awam tidak akan mampu menghalusi sepertimana seorg pakar akidah menghalusi walaupun berapa kali hadir kursus. Hadir kursus semata bukanlah dinamakan kajian.

    [Balas Komen]

  14. Hasanah says:

    Assalamualaikum,
    Nampaknya ramai yang berpendapat, kena hadiri kursus barulah tahu betul program tu ok ke tak.
    Ini merupakan penilaian yang sangat dangkal. Bagaimana kita mampu menilai program itu baik atau tidak kalau ilmu dasar untuk dijadikan penilaian dan perbandingan tiada.
    Pergi sahaja tidak cukup. Sepatutnya sebelum pergi tu, ilmu akidah, fiqh dll perlu mantap dahulu, maka barulah penilian kita betul.
    Program yang mampu membuatkan kita menangis belum tentu program yang hebat dan betul.
    Berlapang dada wahai saudara

    [Balas Komen]

    cahaya Reply:

    @Hasanah,
    salam hasanah!!
    Betul gak idea enta tuu..
    masyarakat kita harini selalu amik jalan pintas..
    nak makan goreng pisang yang panas-panas jer..
    tapi tak reti @ takmau amik tau asas ilmu sblum jd makanan tuu..
    passtu pakat heboh pisang ni PALING SEDAP..
    Depa tak sedaq banyak lagi pisang-pisang lain yg sedap lg berkhasiat..

    Moga mereka-mereka yg dah p training ni..
    cuba buat ulangkaji.., BACALAH 2,3 KALI buku ESQ tu..
    dan bandingkan dengan ilmu yg ada di dalam dada
    @taupun bawa bincang dgn CERDIKPANDAI dr MALAYSIA pulak..
    spt dgn BANG AJI(Excel Training) @ AYAH CHIK Trg @ PEG JAKIM ke..
    barulah kena caranya…
    TAK GITU???

    oKlahh..

    satu lagi.. yaa enta hasanah!!
    dinegara kita ini, agak kureng seminar yang GRAND mcm ni..
    sedangkan rakyat kita SEDANG DLM KEHAUSAN.. HAUS nakkan ILMU yang boleh beri kesedaran mutlak pada mereka..
    ramai dah insaf sebenarnya.. tapi taktau mcmmana nak lampiaskan keinsafan tu..,
    sebabtu ramai yg join training esq nii..

    MOGA AKAN ADA LER 2,3 LG TRAINING YG GRAND ANJURAN CERDIKPANDAI MALAYSIA PULAK..
    Minta hasanah@manpower cuba try test tengok ajak JAWI@JAKIM buat seminar sebegini..

    Inilah hakikatnya..
    Apabila BERLAKUNYA PENYATUAN INTELEK, EMOSI & SPIRITUAL dalam hati dan jiwa bersama kerjaya kita,
    maka indahlah hidup kita.. terhindarlah dari segala macam bencana kerana semua kita sering berdoa untuk BERJAYA BAHAGIA DAN SALING BEKERJASAMA UNTUK MENUJU KE SYURGA ALLAH!!

    Syukran, jumpa lagi..

    “HIDUP BERERTI.., KEMUDIAN MATI”

    [Balas Komen]

  15. mecca says:

    Salam!
    Imran yang diRahmati ALLAH!!
    @taupun sesiapa saja yg melintas di sini..
    BOLEH TAK TOLONG jelaskan ttg 3 PERKARA berikut dan kaitannya dgn ESQ!!!
    AGAR MEREKA-MEREKA YG KURANG ARIFF, DAPAT INFO YG JELAS.

    *rujuk pd fatwa di atas.

    1) Menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan “submission”. Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada al-Quran kerana mengikut teori ini, ayat-ayat al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikannya dengan Kod 19.

    2) Mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan “triple one”. Ini adalah tafsiran bid’ah dan sesat. Dalam konteks akidah “triple one” digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan Konsep Trinity. Buku “Christianity For Dummies”, ketika menghuraikan konsep ini menyatakan : “The Trinity : How 1+1+1 Equals 1. Christianity say tha God is Trinity – One God Expressed in three beings. The term trinity means : “Three-oneness”

    3) Menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama.

    SYUKRAN!!

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @mecca, Saudara boleh rujuk terus kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

    Atau pergi ke : http://www.muftiwp.gov.my

    [Balas Komen]

  16. taklaratnkbacasumakomen says:

    siapa sj yg dh pegi kursus esq 165 akn diiktiraf sbg ALUMNI ESQ 165… uiks? sy heran nih, semacam ada satu kumpulan yg nk diwujudkan… kumpulan yg berpegang kpd ajaran esq ke? hehehehehe…

    kalau bersandarkan kpd kajian dato’ mufti wilayah kl, sy suka sgt menggelarkan kumpulan ni sbg kumpulan ISLAM LIBERAL IDEA BARU… hehehehehe….. mcm agama kristian la plak, sebelum diiktiraf kena BAPTIS dulu, kumpulan ni plak kena gi kursus dulu hehehehehe

    jgn mare saudara/i suma…. sy pun penah pegi kursus esq 165 tp xdelah plak sy taksub dgn esq ni… astaghfirullah… dato’ mufti bkn suka2 keluarkan fatwa, berat tanggungjawab dia… bila dh kaji mendalam baru dia keluarkan fatwa… jd, jgn la menidakkn plak, buat2 x nmpk plak… baca dan renungkan…

    kursus esq ada kebaikannya, sy x nafikan, tapi JAGA2 YEEEE, anda perlu bijak untuk “AMBIL YG BAIK, BUANG YG BURUK” (bkn KAIZEN tau sbb dlm agama tak ada istilah “CIPTAKAN YG BARU”…

    so, bacalah kajian mufti tu ( http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/GERAKAN_ISLAM_LIBERAL.pdf ) dan fatwa yang dikeluarkan ni ( http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/fatwa_esq.pdf ) dengan bertawakkal kepada Allah, semoga kita semua diberikan petunjuk…

    salam….

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @taklaratnkbacasumakomen, Antara fatwa dengan panel syariah, agaknya mana lebih berautoriti? :D

    Kalau bab agama ikutlah cakap Mufti yang mengeluarkan fatwa. Tapi nak ikut atau tidak terpulang.

    Saya hanya berkongsi artikel sahaja. Semuanya terpulang pada pembaca.

    [Balas Komen]

  17. tempoyak says:

    salam,,, memang besh baca pasal.. korangnyer komen2 semua.. masing masing ada kelebihan dan kekurangan, yg paling besh adalah komen yg berlapik sebab nak melepaskan geram selepas dihentam utk komen yg penah dihantar sebelomnya, well ini adalah pendapat aku sahaja, aku seorang sahaja tidak ada kena mengena dgn org lain, kerana aku memang tak pernah pegi kursus nie, walaupon kena paksa oleh kompany,dan aku on tak ALIM langsung hehehe,, jahatnya aku,, ya Allah ampunilah hambamu ini, sesunggunya aku memang tidak layak untuk sorgamu, tapi aku juga tidak sanggup utk menghadapi siksa api nerakamu,

    hmmm.. satu yg aku dok perati lah kan.. sikap org melayu kita nie lah kan, melayu nie kurang keyakinan diri, (tak semua, byk juga yg cemerlang), jadi satu satunya cara untuk menunjukkan keyakinan diri adalah melalui agama, cuma malangnya, kita tak pulak mempertahankan agama kita, kalau pasal bangsa sanggup pulak berparang, dan yg paling teruk, sebok nak lawan sapa yg lagi alim, bila lagi alim tu (atau tunjuk tunjuk alim) mula terasa mcm diri lebih baik dari org lain, padahal mungkin sepatutnya tidak perlu ada beza dari sebelom jadik alim atau selepas menjadi lebih alim, kerana iman hanya ALAAH yg mengukurnya, disebabkan terlalu TERDESAK, diulangi TERDESAK, untuk dipandang tinggi oleh kekawan pejabat, atau jiran tetangga inilah hasilnya bila pergi kursus kursus agama nie.. aku suka jugak lah pegi kursus kursus agama nie, ESQ nie yg aku tau .. cara penyampaian dia memang superb, sebab dgn audio n visual yg macam tu punya hebat kak bedah atau leha mulut murai mana yg tak menangis atau terasa cam insap, lalu bila blk kat opis mula lah pasang lagu matahari selama 8 jam sehari nonstop n 3 minggu tak henti henti, kerana takut kesan penangan kursus hilang, bukan kerana betul betul insap, hehehhe,,, jgn marah ek,

    oh ya.. komen aku nie adalah sekadar pendapat peribadi pasal perilaku org org yg lepas pegi kursus, tidak ada kena mengena dgn halal atau haram ESQ nie, kerana aku tak tau apa apa n tak penah buat kajian atau rujukan, so, aku pon tak mau komen apa apa, sebab aku bukan AHLInya yg layak utk beri komen.

    jgn marah nyer, this is nothing about ESQ diulangi tidak ada kena mengena samada ESQ itu halal atau haram,

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @tempoyak, Tunggu dan lihat sahaja bagaimana proses ini berjalan. Kepada yang berpegang pada kebaikan ESQ silakan… Tafaddhal.

    Kepada yang tidak menerimanya dan bersependapat dengan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan. Silakan…..

    [Balas Komen]

  18. Adam Huud says:

    (Malaysia) Kenyataan Rasmi ESQ

    July 6, 2010 by admin
    Filed under Berita ESQ

    Pada waktu ini para kakitangan kami di ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) mendapat banyak pertanyaan dari para alumni ESQ serta orang ramai di seluruh Negara tentang beberapa isu berkaitan dengan status pelaksanaan ESQ Training di Malaysia.

    Kami dengan ini ingin memaklumkan bahawa ESQ Training berjalan seperti biasa di semua 13 buah negeri di seluruh Negara kecuali di Wilayah Persekutuan. Pada 17hb Jun YBSS Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan warta Kerajaan bilangan P.U. (B) 276 yang hanya terhad untuk Wilayah Persekutuan sahaja. Buat masa ini kami masih menunggu keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung status pelaksanaan ESQ Training.

    Latihan ESQ dan program-program kerjasama ESQ di semua negeri lain berjalan seperti biasa. Kami juga terus menyokong program anjuran Jabatan-jabatan Mufti seperti baru-baru ini di program Seminar Falak di Pulau Pinang di bawah anjuran Jabatan Mufti, program prihatin di bawah Corporate Social Responsibility (CSR), ESQ Training Remaja bersama-sama anak yatim di Negeri Perak dan yang sedang berlangsung selama 13 minggu (bermula 15 Jun 2010) adalah kerjasama ESQ bersama dengan TV9, ”Halaqah Sentuhan Qalbu”. Melalui program kerjasama ini, gabungan para ulamak, pakar motivasi di negara ini dan jurulatih ESQ telah membawa satu sinergi baru di dalam usaha membantu transformasi karakter masyarakat di negara ini.

    ESQ telah ditubuhkan di Malaysia sejak 18 September 2006 sebagai sebuah syarikat yang menjalankan latihan modal insan menggunakan Model Pembentukan Karakter, The ESQ Way 165. Ia diasaskan oleh Dr Ary Ginanjar Agustian , Penulis Buku “ESQ Power” dan Pengasas ESQ Training. ESQ terus komited melaksanakan pengukuhan dalaman dengan melancarkan program kualiti, syarikat patuh syariah, MS 1900:2005. Seiring dengan komitmen kualiti mengikut piawaian Malaysia ini, ESQ telah menubuhkan Panel Syariah dan Akidah mulai September 2009 yang pada waktu ini dianggotai oleh:

    1. Dato’ Mustafa Abdul Rahman, Mantan Ketua Pengarah Jakim. Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun di dalam mengendalikan urusan agama. Dato’ Mustafa adalah Pengerusi Panel Shariah dan Akidah ESQ
    2. Tan Sri Abdul Kader Talip yang merupakan Mantan Mufti Wilayah Persekutuan mempunyai selama 38 tahun di dalam mengendalikan urusan berkaitan agama
    3. Dato’ Paduka Sheikh Hasbullah Sheikh Abdul Halim yang merupakan Mantan Mufti Kedah mempunyai pengalaman selama 39 tahun di dalam kehakiman syarie dan urusan agama
    4. Dato’ Hj Nooh Hj Gadot, Mantan Mufti Johor berpengalaman selama hampir 40 tahun di dalam urusan agama
    5. Dr Adnan Mohd Yusoff , Dekan Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia

    Modul pembinaan insan, The ESQ Way 165 ini telah diuji kesannya ke atas transformasi karakter diri bukan sahaja di Malaysia dan Indonesia, tetapi juga di benua-benua lain di Eropah dan Negara-negara seperti di Amerika, Australia, Jepun dan Madinah. ESQ mendapati, hasil pengalaman dan penilaian melaksanakan latihan ke atas hampir sejuta orang di seluruh dunia, perubahan atau transformasi diri yang hakiki hanya boleh berlaku apabila dihubungkan dengan Allah SWT, Yang Maha Pencipta. Justeru itulah modul ESQ Leadership Training menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai rujukan utama. ESQ komited melakukan pembaikan berterusan bagi melahirkan pakej latihan pembangunan insan yang menyajikan penyelesaian holistik dan Islamik yang merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah bagi menangani krisis kehidupan hari ini.

    Gabungan kepakaran dari Indonesia dan Malaysia di dalam bidang pembangunan insan ini diharapkan dapat membentuk sebuah packaging latihan milik nusantara yang boleh bersaing di peringkat global. Sebagai makluman tambahan kepada para alumni yang belum mendapat informasi tentang pengiktirafan badan-badan Islam di Indonesia, maka sukacita dimaklumkan bahawa di Indonesia, ESQ telah mendapat sokongan daripada organisasi-organisasi Islam seperti Majelis Ulama Indonesia, Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Ikatan Cendekiawan Muslim Se-Indonesia, Nahdlatul Ulama dan Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia bahawa ESQ tidak bercanggah dengan syariat Islam.

    Seramai 8 orang Mufti dan Timbalan Mufti dari 8 Negeri telah menghadiri training ini dan telah memberikan respon yang positif tentang ESQ.

    ESQ sentiasa bersikap terbuka dan mengalu-alukan sebarang pandangan dan komen terutamanya dari ulamak dan cendikiawan Islam berhubung kursus ESQ bagi penambahbaikan untuk manafaat ummah. ESQ bersama dengan barisan panel Syariah dan Akidahnya akan menjelaskan sekiranya ada kekeliruan yang timbul dari masa ke semasa.

    Untuk maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan Panel Syariah dan Akidah ESQ :

    1. YBhg. Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah Haji Abdul Halim (Mantan Mufti Kedah) – 012 429 1789

    2. YBhg. Dato’ Hj Nooh bin Hj Gadot (Mantan Mufti Johor) – 019 770 4251

    Atau pihak pengurusan ESQ:

    1. Marhaini Yusoff, Pengurus Besar – 013 359 3165 (e-mail: marhaini_165@yahoo.com)

    2. Mohamed Razib Abu Bakar, Timbalan Pengerusi – 019 222 5222 (e-mail: esqrazib@yahoo.com)

    dipetik dari: http://esq.com.my/v1/2010/07/malaysia-kenyataan-rasmi-esq/

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Adam Huud, Masing-masing ada pendapat dan hujahnya tersendiri :D

    [Balas Komen]

  19. angah says:

    Patut hormati fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti WP- Cuma tak pasti pernah tak mufti wilayah kaji UMNO sesat ke tdk? Ramai gak pengikutnya tu. PAS sesat ke tidak, tidak kurang hebatnya para ahlinya. Rasanya baru adil nak kata perlu hormati warta drpd ss dato mufti, Tak gtu ustaz? Atau takut nak cakap sbb nanti shoruu miss?

    [Balas Komen]

    Pemerhati Reply:

    @angah, kalau Mufti tak layak beri fatwa, jadi andalah yang layak beri fatwa barangkali. Fatwa andalah paling adil dan perlu dihormati. Almaklum dah beri fatwa kat atas tu, hebatlah. Entah apa yang menjejaskan akidah dan iman pada UMNO dan PAS sampai fatwa anda mendahului sekelian banyak alim ulama kat bumi Malaysia ni.

    [Balas Komen]

  20. Zeri says:

    Kepada Imran,
    Saya menulis ini untuk memberi pengetahuan apa yang saya rasa dan faham tentang ESQ 165. Daripada ESQ ini saya rasa lebih dekat dan yakin dengan ALLAH. ESQ hanya membantu dan melorong kita apa yg kita lupa. Perbandingan tokoh barat dan agama lain itu hanyalah perbandingan bahawa Al Quran mempunyai maklumat yang terkini dari ianya diturunkan hingga AKHIR ZAMAN. Saya Lihat Fatwa ini hanya bersifat tersurat dan fakta, sedangkan ESQ 165 mengajar melihat sesuatu menggunakan MATA HATI, iaitu apa yg tersirat disebalik kejadian, apa hikmah disebalik kejadian. Bushido itu bukan ditunjuk prinsipnya tetapi apa yang tersiratnya, apa yang Dr Mahathir kata NILAI NILAI Murni. Kenapa dahulu Dr Mahathir mengguna Dasar Pandang ke Timur? kerana beliau memandangkan nilai2 murni yg terdapat di dalam budaya jepun,iaitu rajin, setia, berkhidmat, jujur dan lain2. didalam ISLAM, adakah niali2 ini dituntut?
    Akhir sekali apa yang En Imran Cari di dunia ini.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Zeri, Saya juga hanya menukilkan fatwa dari Sohibus Samahah Mufti Wilayah di sini. Adakah dengan ESQ sahaja manusia akan rasa lebih dekat dengan Allah?

    Anda bebas mengikuti kursus ESQ ini kerana berpegang pada hujah anda. Saya pula berpegang pada hujah berdasarkan fatwa di atas.

    Seperti juga mana-mana hukum yang telah diwartakan sebagai fatwa sama ada dari Majlis Fatwa Kebangsaan / Fatwa Negeri.

    [Balas Komen]

    pemerhati Reply:

    @Zeri, nak cari perkara yang baik dalam dunia ni memang banyak. Sebagaimana perkara yang jahat dan buruk pun sama. Islam semestinya baik, baik tak semestinya Islam. Hindu Budha pun ada ajaran yang baik, tapi mereka tetap bukan Islam, kan? Subjek utama dalam modul esq adalah suara hati sebagai sumber kebenaran. Suara hati bila-bila sahaja boleh jadi suara syaithan jika bukan al-Quran dan sunnah memandu kehidupan.

    ZMP bukan untuk muslim mukmin (org Islam yang beriman). Bagi mereka yang kosong jiwa dalam pencarian, mereka mencari pengisian. Kalau jumpa yang benar, alhamdulillah, kalau syaithan yang datang dalam bisikan atau bertopengkan manusia, apakah timbangannya? Oleh itu suara hati bukanlah sumber kebenaran.

    Bagi mereka yang telah beriman, apa perlunya kepada zero mind process? Mengosongkan diri dari segala-galanya? kosongkan diri dari mengingat anda sedang menerima apa-apa ajaran agama? (tertulis di buku utama ESQ Way 165). Lama-lama anda mengkaji, titik akhir akan nampak matlamat terakhir untuk mencapai kebenaran semua agama (pluralisme agama). Perbincangan yg lebih lanjut, lebih ilmiah. Saya berhenti di sini.

    [Balas Komen]

  21. Pemerhati says:

    @pemerhati, barangkali anda tidak membaca dengan baik komen saya. Saya tidak mengatakan mufti tidak layak memberikan fatwa, tetapi saya persoalkan keadilan SS Datuk Mufti apabila mengeluarkan fatwa, wajarkan SS Datuk Mufti memilih isu sedangkan seharusnya semua perkara harus menjadi tumpuan beliau.

    Saya sekadar bertanya, pernahkan dilakukan sebarang siasatan ke atas kedua-dua pertubuhan UMNO dan PAS ini terutamanya kerana saya tidak punya maklumat tentang hal ini di samping timbul juga kebelakangan ini atau mungkin juga sejak dulu tuduhan-tuduhan yang mengatakan UMNO sesat, yang terbaru Pak Menteri menuduh PAS sesat. Justeru, saya cadangkan bagi SS Datuk Mufti WP yang punya autoriti seharusnya memandang serius juga perkara ini. Malah seharusnya fatwa bagi hal ini lebih awla didahulukan kerana melibatkan bilangan yang lebih ramai malah bersangkutan dengan autoriti memegang kerajaan.

    Saya tidak punya masalah jika ESQ difatwakan sebegini kerana saya yakin kajian pasti dilakukan sedalam-dalamnya. Cuma sebagai manusia yang waras, pertimbangan hal yang lebih mustahak dan memberikan impak yang lebih besar seharusnya menjadi keutamaan. Atau ada udang di sebalik mee? wallahua’lam.

    Sengaja juga saya utarakan hal ini kerana terdapat kemungkinan bias di pihak mufti bila berhubung dengan perkara yang saya nayatakan di atas, kerana pernah terbaca artikel di bawah ini:
    http://bbcatlover.blogspot.com/2009/03/salah-satu-contoh-mufti-malaysia.html

    Saya khususnya adalah kategori awam, perlukan petunjuk. Tapi kalau yang memberikan petunjuk pun tak punya kredibiliti, payah le.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Pemerhati, Nampaknya anda mengaitkan isu ini dengan politik? :D

    [Balas Komen]

    Pemerhati Reply:

    @Imran, pemerhati yang mengaitkan isu ini dengan politik adalah angah, bukan pemerhati yg memberi komen-komen sebelum ini. Saya harap angah tidak menggunakan nick yg sama dan sesiapa juga kalau nak pakai nick pastikan belum ada yg gunakan nickname tuh. Sebelum ni saya pun terguna nick cahaya. Tak sengaja. Tak perasan.

    [Balas Komen]

    Pemerhati Reply:

    @angah, kenapa guna nick pemerhati juga? Saya kekal dengan nick pemerhati kerana lebih dahulu menggunakannya. 1stly dah tersilap guna nick cahaya kerana tak perasan dah ada yang guna nick tu.

    Saya mmg faham dan teliti komen anda. Namun walaupun tidak menafikan kelayakan mufti, anda persoalkan keadilan beliau. Ini bermakna anda tidak memberi kepercayaan dan wala’ kepada orang yang selayaknya tetapi lebih percaya kepada penulis blog yang cenderung dengan politik kepartian (merujuk kpd link yg anda berikan).

    Adakah pada perkiraan angah isu ESQ ini lebih ringan daripada isu politik kepartian? Adakah ia tidak mempunyai impak yang lebih besar yang patut diberi keutamaan? Saya tidak hairan kalau ada yang berpendapat begitu, kerana mereka bukanlah ahli di dalam bidangnya dan bukan seorang mufti untuk menilai keutamaan sesuatu perkara. Bahkan mereka juga tidak dapat membezakan apa isu dan apa yang bukan isu. Mungkin pada mereka melayan isu politik yang tak pernah reda lebih berbaloi daripada menjaga akidah umat. Menjawab tuduhan politik sana sini yang membuang masa itu isu pada mereka.

    Al-Arqam dulu memakan masa 11 tahun sebelum disedari penyelewengannya disebalik kemulusan zahirinya. Peringkat awal tiada siapa pun yang nampak, yang terzahir dan nyata hanya keelokkan dan manis sahaja. Mereka mampu menjana ekonomi sendiri dengan cara mereka. Tetapi akhirnya yang bathil tetap bathil. Saki baki golongan yang masih enggan bertaubat masih ada kerana sudah sebati dengan pegangan mereka. Setelah berapa ramai golongan profesional dan berpendidikan tinggi terjebak sehingga meninggalkan pekerjaan mereka untuk berkhidmat kepada organisasi dan pemimpin mereka. Dan paling kesal, akidah dan syariah tergadai.

    Adakah org2 yg sedar perlu menunggu sehingga 11 tahun lagi sehingga terserlah dengan nyata, baru semua nak buka mata, baru nak bercakap ttg tindakan. Kali ini siapa pula yang menjadi sasaran? Apa akan jadi dengan agama dan negara kita jika pemikiran liberal menembusi segenap minda msyrkt dr gol atasan, ulama hingga kanak-kanak? Kepada siapa nanti kita nak harap. Ulama yang sudah tua yg sedar ttg bahaya pada masa akan dtg, pd waktu itu mungkin sudah tiada meninggalkan kita. Masa itu baru kita nak ingat, jasa dan ingatan yg mereka berikan ketika mereka masih bersama kita.

    [Balas Komen]

  22. zari nezam says:

    salam uolsss,
    saya pun x pernah perqi kursus ESQ dan x boleh imagine apa 165 yang diwar war kan oleh alumni 165, saya yakin anda x akan mendengar pendapat saya sebab saya x pernah attend ESQ, tapi hidup saya dikelilingi oleh para alumni ESQ..
    soalan saya kepada alumni ESQ, adakah anda mendengar fatwa arak itu mabuk, anda akan minum dulu untuk tau mabuk??? dengan alasan dan hujah x try x tau, dan semangat inquiry yang tinggi, apa itu mabuk…… ohh ada yang kata arak mmg haram dan qot’ie (jelas dalam quran)
    ambik contoh durian, ada orang cakap durian muar sedap, adakah anda akan pergi muar, kemudian bila anda kata sedapnya durian muar, ada pulak yang kata durian jelebu lagi sedap, dan anda pergi pulak ke jelebu, dan anda yakin durian jelebu lah yang sedap.. tiba2 ada yang kata durian siam pulak yang sedap, dan anda pergi pulak ke siam. setibanya anda ke siam. anda makan durian siam dan rasa betapa sedapnya durian siam, dan penjual itu kata, kalau mau sedap pergi rembau, durian rembau lagi syok wooooooooo, adakah anda akan ke rembau……
    anda boleh pergi, dengan hujah dan alasan, x try x tau…
    anda juga boleh x pergi, dengan hujah, sampai bila nak dengar cakap orang, sikap dan sifat manusia x pernah puas…….

    maaf kerana corner jauh, saya bukan penyokong mufti, dan bukan alumni ESQ, dan bukan fan imran…… kepada alumni ESQ, adakah anda ingin saya pergi dulu ESQ dan habiskan ribuan ringgit saya dahulu sebagai mana penggemar durian tadi yang pergi muar, jelebu, siam dan mau balik ke rembau kerana dengar cakap orang dan ingin mencari durian yang sedap..
    kalau anda x dengar cakap mufti, cakap sapa lagi yang anda nak dengar, nak dengar cakap alumni ESQ pulak, wah hebat nya, banyak benda yang saya nak tulis, tapi x larat pulak, renung2kan, islam bukan boleh dikira dan diukur dengan logik akal, akal manusia ada batasan nya, kalau pikir logik, mmg kita x boleh imagine kehidupan hari akhirat, alam barzah dan lain2 perkara ghaib…
    anda mungkin x puas hati dengan komen saya, tapi itu normal, no heart feeling, jika anda mengatakan saya seorang NEGATIVE kerana tidak joint ESQ, siapakah anda, dan apakah kelayakan anda mengatakan saya seorang NEGATIVE.. kalau durian boleh dicari sebegitu, cuba makan, x best cuba laen, tapi islam bukan camtu bro, wassalam……… er salam 165 gak lah

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zari nezam, Ahli ESQ juga mempunyai hujah dari mufti dan ulama’ mereka sendiri.

    Perkara ini sudah menjadi isu besar. Mudah-mudahan akan ada jalan keluarnya kelak.

    Perkara biasa di Malaysia, bila sudah menjadi kontrovesi baharulah akan diteliti.

    [Balas Komen]

    cahaya Reply:

    @Imran,

    Cuba kita renungkan..
    Yang keluarkan fatwa ttg sumpah shamsul pun mufti wp jugak!
    kini esq pulak..
    cuba korang bg idea sikit..
    Mufti lain takdak Kertas Keja ke??
    Ok..
    “ISLAM ITU SELAMAT”
    “ISLAM ITU BAHAGIA”

    [Balas Komen]

    cahaya Reply:

    @zari nezam,
    salam! creta alumni tu.., hanyalah sekadar nk menggambarkan bahawa pengisiannya agak berbeza berbanding dgn lain-lain seminar @ training.. itu jer!
    dgn pengisian yg berbeza itu, ianya telah memberikan impak yg positif pd jiwa mereka walaupun taksemuanya!!
    sebabtu diorang suruh anda join..
    nanti boleh anda ceritakan pengalaman anda pulak!! itu jer..

    mcm anda buat perumpamaan durian gak ler..
    Misalnya sy bawa sebijik durian dan letak depan anda, sy kata lazat durian ni,”makanlah” tp anda taknak mkn..
    maka sampai bila pun, anda takkan tahu rasa durian!!!

    sama juge lah dgn bab training esq nii..
    kalu sblm ni, anda dah join bermcmmcm training..
    dgn gah boleh citer kt semua orang..
    tp bab esq..,
    nanti anakcucu anda tanya, “camner anda nk citer??:))

    lebih indah lagi bila anakcucu anda tanya perkara berikut:

    1) IHSAN itu apa tokki??
    2) ISLAM itu apa tokki??
    3) IMAN itu apa tokki??

    *hhhhmmmmmmmmm…. agaknya apa yg anda akan jawab??
    kalu anda golongan ustaz.., Alhamdulillah InsyaAllah dpt beri penjelasan dgn sebaiknya!!!

    TAPI jika anda ni, golongan marhain mcm sy gak.. dulu skolah biasa-biasa jer.., masuk kolej/U pun biasa-biasa jer.., then keja pun biasa-biasa gak..

    persoalannya:
    ADAKAH KITA TELAH MENDALAMI TENANG 3 PERKARA ASAS TERSEBUT???
    Takkan nak tunggu pencen @ umur 56 baru nak mula “mengapai”??
    sempat ke??
    macammana jika mlm ni @ besok.., TIBATIBA kita “DIPANGGIL” untuk berada di ALAM BARZAH!!
    SEDANGKAN KITA DI DALAM KEADAAN TIDAK BERSEDIA LAGI!@!BARU BERSEDIA SIKIT-SIKIT!!! TAPI CUKUPKAH AMAL KITA???

    **inilah yg cuba dikongsikan oleh rakan anda!!
    Tak semestinya join esq.., sekurang-kurangnya 6 bulan sekali, kita perlu mengikuti program@training yang boleh menCERDASkan iQ, menSEIMBANGkan eQ dan mengKUKUHkan sQ kita!!!

    Wokkay bro..? KE GUANA??

    kita rehat sat..,
    nati kita ulas bab fatwa pulak!!

    “YG BAIK ITU DARI ALLAH dan
    YG BURUK ITU ADALAH KELEMAHAN DIRI SAYA SENDIRI”

    [Balas Komen]

    pemerhati Reply:

    @cahaya, saranan saya kalau nak belajar tentang iman, Islam dan ihsan (bukan ihsan, iman dan baru Islam), belajarlah dari ulama muktabar. Sepatutnya belajar agama dulu baru ikut training esq, esq tempat pelatihan sumber manusia, bukan tempat nak cari ilmu agama wp dihiasi ayat-ayat al-Quran.

    [Balas Komen]

    cahaya Reply:

    @pemerhati,
    BAGUSLAHH!!!!!
    Jika dah ada kesedaran nak tau secara mendalam tentang “perkara asas” sebagai Hamba Allah!!!
    Yang penting jangan pandang remeh pd mereka yang menyampaikan perkara untuk kebaikan/peringatan..
    takut nanti kelak memakan diri sendiri!!!

    *sebaiknya gunakan ruangan yg telus ini untuk menyebarkan
    info yang berfaedah…
    *program yg berhemah selalunya akan mengingatkan pesertanya
    agar beristiqomah berkaitan kebajikan/pahala..&..mencegah kemungkaran!!
    seterusnya berjaya mengingatkan kita bahawa setiap yang berlaku itu
    “ADA HIKMAHNYA”:))

    *kepada mereka yg sedang membaca ruangan ini, utarakan hasil pengalaman anda!! agar kita saling ingat mengingati dgn kebenaran dan dgn kesabaran sbg suatu “pengabdian” kepadaNYA!!

    “SAKIT BOLEH BERLAKU BILA-BILA MASA..
    TETAPI MATI ITU DATANGNYA TIBA-TIBA”

    [Balas Komen]

  23. cahaya says:

    Salam!!

    nampak sangat bahawa org kita ni, baca buku tak habis.. pi seminar tp dok chit-chat di belakang..:) hee heee.. jgn mare yer!
    Masih banyak belenggu dalam hati kita nii.. sebabtu agak sukar untuk menerima “pengalaman” orang lain..

    Cuba kita tanya diri sendiri.,”pada setiap 3 bulan @ 6 bulan, berapakah seminar@training yang telah kita ikuti”
    apa input yg kita dapat?
    apa perbezaan antara training tersebut?
    apakah impaknya di dalam hati kita?

    Kalu jawapannya “still no”, itu maknanya kita ni ibaratnya “kais pagi makan pagi..,” sekadar pegi keja, balik keja @ then jadi “matlena”
    Entah-entah amalan dalam Rukun Islam & Rukun Iman kita sengaja abaikan!!!

    *Dalam dunia yg dikatakan maju harini, ramai yg mengaku intelek, TETAPI mudah dikuasai emosi!! Mengapa yerr??
    Cuba renungkan!!!
    MENGAPA KITA TAK MENJADI SEORANG YANG CERDAS Emosi, CERDAS Spiritual dan CERDAS Intelek???
    Di mana silapnya?? Kerana pendidikan?? pengalaman??? @ keegoan???

    Sekian, WASSALAM!!

    “SELAMA MANUSIA MENCARI BAHAGIA.., HATI TETAP BERCAHAYA”

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @cahaya, Adakah anda menjadi terlalu taksub dengan ESQ sehingga menganggap ESQ tiada salah? Terlalu hebat?

    Masing-masing ada pendapat. Kita tidak boleh memaksa orang lain terima pendapat kita. Semuanya terpulang kepada diri individu itu sendiri.

    Isu ESQ bukanlah isu wajib seperti solat. Solat sendiri pun tak ramai yang ambil kesah.

    Nasihat saya, cukup-cukuplah dengan hujah anda. Saya faham, anda dengan pendapat anda. Manakala saya dengan pendapat Mufti Wilayah.

    Berlapang dada menerima pandangan masing-masing.

    [Balas Komen]

    cahaya Reply:

    @Imran,
    Maap ler wahai saudaraku.. bukannya taksub dengan esq (baca betoi-betoi ayat saya @ idea saya yang lain-lain jugak) saya sekadar berhujah tentang kebaikan sesuatu program@training.
    Yang baik saya sampaikan.. yang buruk saya ambil pedoman!
    itu jerr..)
    relak ler bro..
    kita berforum bukan berdebat!
    kalau saudara ada juga menjalankan Program Seumpamanya..

    HEBAHKANLAH di sini..
    dapat juga kami menyertainya dengan niat menambahkan ilmu!!

    Bukan setakat esq.., (sy lebih suka rakyat Malaysia dpt buat training yang LEBIH GRAND!!) SEPATUTNYA MEREKA YANG BERGELAR USTAZ-USTAZ NI BOLEH BERGABUNG HATI DAN IDEA JUGA TENAGA UNTUK BUAT PROGRAM KESEDARAN PADA SEMUA ORANG!!!
    *BAK KATA DATO’HISHAMUDIN (CEO KARANGKRAF).. “Takkan Nak Masuk Syurga Sorang-sorang”..sampaikanlah ilmu itu walaupun sebaris ayat”

    *rakyat negara lain yg sering dilanda porak-peranda boleh buat.. KENAPA KITA TAK BOLEH??

    CUBA BAGI IDEA SIKIT DI SINI..:))
    Untuk makluman..
    saya juga telah mengikuti program anjuran EXCEL TRAINING (Dato’Dr.Fadzillah Kamsah), MOTIVASI MINDA(Dr.Ridzwan), KAYA MINDA (Dato’ Dr. Ibrahim), KENALI DIRI(Dato’Dr.Harun Din), KELUARGA BAHAGIA(anjuran JAWI), juga “santapan kerohanian” ustaz zaharudin!!!
    *maka di sini saya sekadar menyampaikan perbezaan di antara program tersebut:)

    (*kata no heart feeling*)
    btw please be feeling well yer..:)

    “”HIDUP BER’ERTI.. KEMUDIAN MATI”"

    [Balas Komen]

    Pemerhati Reply:

    @cahaya, kalau dah tahu ada buruk, lebih-lebih lagi melibatkan akidah, buat apa nak berhujah dengan kebaikannya lagi. Dari pengamatan saya, tidak ada hujah pun sebenarnya dari tulisan anda. Hanya tolong promote supaya lebih ramai org mempertahankan syt esq.

    Takutlah mempromosikan kemungkaran yang berselindung di sebalik keindahan, sehingga sanggup mencerca dan memperlekeh seorg ulama yang berijtihad untuk menjaga akidah umah. Semoga training2 yang banyak anda hadiri dapat membentuk kecerdasan emosi, intelek dan rohani sehingga lebih tahu untuk beradab dengan ulama.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @cahaya, Adakah ilmu dan training boleh didapati dari training GRAND sahaja?

    Program GRAND ni semua orang boleh ikut ke? Program GRAND sahaja ke yang nampak kesan?

    Saya memang tiada program khas yang GRAND seperti yang anda mahukan.

    Saya hanya diberikan oleh Allah s.w.t sedikit kemampuan untuk mendidik dan melahirkan huffaz.

    Janganlah anda menilai seseorang itu berdasarkan training yang telah diikuti dan berbangga kerana telah mengikuti training GRAND.

    Seseorang yang merasakan dirinya sudah cukup hebat sebenarnya adalah orang yang paling lemah.

    [Balas Komen]

    Pemerhati Reply:

    @Imran, eloklah pembaca blog sekalian menilai sendiri gelagat mereka yang melatah dengan pemfatwaan esq. Cahaya menulis seolah beliau mewakili syt esq yg sedang melalui peringkat damage control. Mereka sanggup membayar media untuk bermati-matian defend diri.

    Kalau bukan dari syt tu sendiri, saya harap beliau cuba faham betul2 kandungan fatwa. Fatwa itu tidak dikeluarkan untuk menghukum orang yang mengikuti training itu sesat. Tetapi fatwa itu merujuk kepada ajaran, pegangan dan fahaman Ary Ginanjar melalui training itu adalah menyeleweng. Fatwa itu untuk mengingatkan umat dan menasihati supaya menjauhi ideologi sedemikian (yg dinyatakan dlm warta). Menjauhi ideologi itu bermakna program anjuran Ary pun perlu dijauhi, tak kira macamana bagus pun yg kita rasa. Ideologi bukan perkara zat yang boleh nampak. Lebih-lebih lagi org awam yang tidak memahami bagaimana proses dekonstruksi Islam berlaku dalam sejarah umat Islam dan sedang berlaku sekarang.

    Sepatutnya kita berterima kasih dengan ulama yang prihatin dengan nasib dan masa depan Islam. Berterima kasih kerana ada yang prihatin menjaga akidah umat Islam dan kesucian agama. Mungkin masih ada ulama yang terlalu bersangka baik sehingga terlupa untuk berhati-hati dengan permainan licik musuh Islam.

    Suatu yang boleh sama-sama kita fikirkan kemungkinan ada pihak yang mengeksploitasi nama dan pengaruh tokoh tertentu untuk menarik pengaruh kepada pihaknya pula.Yang haq tetap ada pembelanya…yang bathil tetap bathil.Kasihan sungguh dengan panel syariah yang dilantik. Allahu a’lam.

    [Balas Komen]

  24. cahaya says:

    SALAM!!
    INI 10 SOALAN MENGENAI SIAPA DIRI KITA SEBENARNYA!!!

    *beserta jawapannya sekali untuk mengetahui kedudukan sebenar diri kita sebagai seorang Muslim dan berkait rapat dengan aktiviti seharian dan sifat dan sikap kita.

    SIAPAKAH orang yang sibuk?

    Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

    Siapakah orang yang manis senyumanya?

    Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

    Siapakah orang yang kaya?

    Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

    Siapakah orang yang miskin?

    Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

    Siapakah orang yang rugi?

    Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan…

    Siapakah orang yang paling cantik?

    Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

    Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

    Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

    Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

    Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..

    Siapakah orang yang mempunyai akal?

    Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

    Siapakah org yg KEDEKUT ?

    Orang yg kedekut ialah orang yg membiar atau membuang info ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain. …

    err…
    ayat yang last kat atas tu, bukan saya tulis, tapi termasuk dalam pakej info yg sy terima tu…:) :D ,
    Semoga dapat di ambil pengajaran dan ruang untuk muhasabah diri kita sendiri!!!!!

    “ISLAM ITU TINGGI DAN
    TIDAK ADA YANG LEBIH TINGGI DARIPADANYA”

    [Balas Komen]

  25. najib says:

    selepas ini kita serahkan urusan agama kepada org berjawatan agama sahaja. sebab org awam mudah keliru dan ikut saja bila bicara tentang agama.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @najib, Itu adalah yang terbaik. Serahkan pada yang pakar :D

    [Balas Komen]

  26. iqbal says:

    salam

    kesian mufti2 selain mufti wilayah yg telah di brain washed oleh esq..
    kesian alim ulama indonesia dari Majlis Ulama Indonesia, Dewan Da’wah, Ikatan Cendikiawan Muslim Indonesia (ICMI) dan Nahdatul Ulama kena brain washed oleh esq..
    kesian ustaz2 yg jatuh tersungkur lalu menangis sebab kena brain washed oleh esq, ni termasuk ustaz2 pas, jim, tabligh..

    semua kena brain washed…mari kita doakan mereka bertaubat nasuha..

    persoalannya..kalau mufti wilayah benar..maknanya ilmu mufti wilayah jauh lebih tinggi dari SS Tan Sri Harussani, SS Noh Gadot, mufti penang, mufti perak, mufti selangor..tak termasuk ustaz2 lain..

    lupa pulak, Tok Guru Nik Aziz pun suruh ahli dewan rakyat kelantan pi training esq..kesian semua kena brain washed..

    sungguh licik esq dapat brain washed ulama se nusantara…dasat..

    jom taubat nasuha

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @iqbal, Wallah A’lam. Setiap mufti ada pendapat masing-masing. Sekarang bukan masanya untuk menyalahkan mana-mana pihak. Cuma kena perhalusi perjalanan ESQ.

    Ada juga eloknya bila mufti wailyah keluarkan fatwa begini. Barulah semua pihak nak ambil perhatian.

    [Balas Komen]

    Pemerhati Reply:

    @iqbal, saya tak berpandangan mufti-mufti yang hadir pada training esq berjaya di ‘cuci’ oleh ESQ. Mereka bukanlah org yang cetek ilmu dan sebegitu mudah di’cuci’ jika matlamat mereka menjemput para mufti dengan tujuan tersebut. Matlamat mereka bukanlah untuk mencuci, tetapi seperti yang dilakukan sekarang adalah untuk mendapat sokongan (dalam bahasa pihak ESQ: rekomendasi)supaya org ramai lebih yakin dan percaya.

    Jika pendekatan men’cuci’ yang mereka lakukan ketika menjemput agamawan terutama para Mufti, sudah tentu akan terserlah kelemahan dan kebathilan kerana Ary Ginanjar bukanlah lebih pakar dalam bidang syariah dan akidah berbanding mereka yang berkenaan. Beliau sendiri menyatakan dalam buku tulisannya bahawa pengetahuan agamanya diperolehi melalui metode “kemerdekaan berfikir” selama 10 tahun. “Kemerdekaan berfikir”? Semacam saja bunyinya. Agama tidak boleh dicari dengan fikiran. Penggunaan akal yg bebas termasuk dalam urusan agama akan mendorong kepada liberalisme agama.

    Apa yang dilaporkan sekarang beberapa orang Mufti telah hadir program mereka dan telah memberi respons yang baik. Bahkan memang ada beberapa org yg memberi sokongan terbuka selain yang selebihnya tidak tampil dengan sokongan atau sanggahan. Ini adalah permainan psikologi yg baik untuk meningkatkan reputasi mereka. Tokoh agamawan yang dijemput adalah yang mempunyai autoriti di negeri masing-masing.

    Pdpt saya, apa yg sedang berlaku adalah satu pihak mengambil langkah berhati-hati dan pihak yang lain terlepas pandang kerana bersangka baik dengan program bercorak agama. Dua-dua pihak ada niat yang baik. Yang sebaiknya pihak yang akan mengadili, terlebih dahulu jangan mengadakan hubungan dengan perkara yang diadili supaya keputusan tidak bias sebelum kajian dan siasatan teori dan lapangan dilakukan.

    [Balas Komen]

  27. fontonk says:

    Assalamualaikum
    Saya remaja 19 tahun ingin berkata
    ESQ?

    masuk dulu, baru nilai baik ke buruk ESQ tuh.
    yak payah nak gaduh2. Kalau ESQ tu baik, kita ajak rakan2 dan kaum keluarga.
    Kalau ESQ tu macam konsert Black Metal atau Konsert Jom Heboh atau macam Akademi Fantasia, elok lah di elakkan.

    Ringkas : pergi dulu, baru nilai.

    [Balas Komen]

  28. najib says:

    biarkan ulama tentukan apa yg pahala apa yg dosa di negara ni. org awam takde ilmu, takde kuasa dan takde tauliah. cukuplah sekadar bentang sejadah, puasa tahan lapar dan tidur semasa khutbah jumaat.

    [Balas Komen]

    Pemerhati Reply:

    @najib, soal ijtihad dan kefatwaan memang bukan tanggungjawab orang awam walaupun bergelar ustaz sekalipun. Ijtihad adalah hak bagi orang yang dapat memenuhi syarat-syarat ijtihad yang ditentukan. Silap jika mengatakan pahala dan dosa ditentukan oleh ulama. Ulama hanya memberi panduan berdasarkan ilmunya demi menjaga kemaslahatan dan masalah umah.

    [Balas Komen]

  29. cahaya says:

    saya ada terbaca pandangan uz.zaharuddin yang TERKINI.

    untuk lebih jelas lagi cuba layari web http://www.zaharuddin.net
    dia ada beri pandangan TERKINI tentang Mufti, tentang ESQ dan juga ada jawapan dari esq berkaitan tuduhan mufti tersebut.

    *SEMOGA KITA SENTIASA DI DALAM TAUFIK DAN HIDAYAHNYA
    DAN MENGAMALKAN RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN DENGAN CEMERLANG*

    *jadikanlah setiap detik dari pekerjaan kita
    sebagai pengabdian kepadaNya*

    *sama-sama kita fahamkan surah ASY SYAMS (matahari) ini.
    (surat ke 91:15 ayat)

    **Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah
    lagi Maha Penyayang**
    “Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,
    dan bulan apabila mengiringinya,
    dan siang apabila menampakkannya,
    dan malam apabila menutupinya,
    dan langit serta pembinaannya,
    dan bumi serta penghamparannya,
    dan jiwa serta penyempurnaannya,
    maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan)
    kefasikan dan ketakwaannya,
    sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
    dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
    Kaum Tsamud telah mendustakan rasulnya kerana mereka
    melampaui batas,
    ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka,
    lalu Rasul Allah berkata kepada mereka:,”Biarkanlah unta
    betina Allah dan minumannya”
    lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu,
    maka Allah membinasakan mereka disebabkan dosa mereka,
    lalu Allah menyamaratakan mereka (dengan tanah).
    dan Allah tidak takut terhadap akibat tindakanNya itu.”

    **Surat Asy Syams berisi dorongan kepada manusia untuk membersihkan jiwanya agar mendapat keberuntungan di dunia dan di akhirat dan menyatakan bahwa Allah akan menimpakan azab kepada orang-orang yang mengotori jiwanya seperti halnya kaum Tsamud**

    “SERING MEMINTA KEPADA MANUSIA MENGUNDANG KEBENCIAN
    TETAPI SERING MEMINTA KEPADA ALLAH MENGUNDANG KECINTAN”

    [Balas Komen]

    Pemerhati Reply:

    @cahaya,

    “untuk lebih jelas lagi cuba layari web http://www.zaharuddin.net
    dia ada beri pandangan TERKINI tentang Mufti, tentang ESQ dan juga ada jawapan dari esq berkaitan tuduhan mufti tersebut.”

    komen Us Zaharuddin tersebut pada pandangan saya tidak relevan dengan situasi sebenar setelah menganalisa dan meneliti kronologi fatwa mengenai esq 165 oleh Jwtnkuasa Perundingan Hukum Syarak WP melalui laman http://www.muftiwp.gov.my

    Begitu juga dakwaan pihak yang mengatakan SS Mufti hanya ‘menuduh’ adalah amat tidak intelek. Melihat kronologi tersebut, sebanyak 2 kajian telah dijalankan. Satu daripada panel kajian akidah, dan satu lagi kajian daripada sekumpulan penyelidik yang dianggotai ahli2 akademik yang pakar dalam bidang mereka. Ditambah dengan kajian SS Mufti mengenai gerakan Islam Liberal di Indonesia, maka 3 kajian telah dilakukan. Semua panel kajian berkali2 bermesyuarat dan memutuskan terdapatnya penyelewengan yang bercanggah dengan pegangan ASWJ.Oleh itu, fatwa diputuskan atas asas yang kuat, bukan tuduhan tanpa asas.

    Jawapan daripada esq pulak, tak menjawab persoalan. Ideologi daripada org lain, tukang jawab org lain, tukang semak, org lain….

    [Balas Komen]

    cahaya Reply:

    @Pemerhati,

    Salam!
    TERKINI Pengerusi MFK nyatakan ESQ boleh jalankan program motivasinya di MALAYSIA..
    apa yang penting ialah ambil yang jernih buang yang keruh.. Inilah masanya untuk melihat ke dalam diri sendiri setakat mana kesyukuran kita di atas nikmat-nikmat yg telah kita kecapi hasil dari pemberianNya!
    Setiap yg berlaku ini ada banyak hikmahNya bagi mereka-mereka yg sering berfikir dan menjawab persoalan hanya semata-mata untuk “Pengabdian” kepadaNya!
    Ini kerana siapa pun kita.., kerja apa pun kita.., yang penting ialah ‘nawaitu’ kita..! biarlah nada-nada kita ini dapat membantu @ mendorong setiap orang untuk muhasabah dirinya seterusnya beristiqamah dekatkan dirinya kepada Allah!

    Contohnya sekiranya dia seorang buruh biasa.. sekiranya ia dengan penuh kesedaran berkata bahawa.,”inilah pekerjaanku, semoga apa yang kulakukan ini dapat membantu ramai orang dan memudahkan/mengembirakan mereka untuk urusan mereka pula.. jadikanlah setiap langkah gerakku ini sebagai zikir kepadaMu Ya Allah”. Moga Engkau sentiasa memberi taufik dan hidayahMu kepadaku pada setiap masa. Inilah yang dikatakan sebagai suatu “Pengabdian” walau di manapun kedudukan kita.

    Dengan kemelut yang sedang melanda negara dewasa ini.., inilah ketikanya untuk kita bersama-sama membangunkan syiar Islam dgn cara yang berhemah! sebaiknya mulakanlah dengan memuliakan ibu-bapa, keluarga juga jiran-jiran. InsyaAllah hati di dalam dada tidak akan buta lagi buat selama-lamanya..

    “BERMULA MENUNAIKAN HAK IBU BAPA ADALAH DENGAN MELAPANGKAN HATI DAN JIWA MEREKA. LAPANGKANLAH HATI MEREKA DENGAN MENUNAIKAN HAK SIASAH MEREKA BESERTA DENGAN DOA”

    [Balas Komen]

    dr zamri Reply:

    asalamualikum wbt tuan,

    saya setuju dengan komen tuan saya setuju dengan fatwa ss mufti wp berdasarkan kajian beliau dan team pengkaji beliau. saya cadangkan mufti buat kajian mendalam mengenai aliran muhammadiah (diragui) di indonesia dan pengaruh nya kepada masyrakat islam melayu di malaysia’ wassalam

    [Balas Komen]

  30. ezbi says:

    assalammualaikum,
    saya tertarik mengikuti ruangan mengenai ESQ ini. Pengkajian yang mendalam bukan sahaja tentang program 3 atau 4 hari tetapi juga falsafah dan bahan rujukan serta kepercayaan pengarangnya tentunya akan menyerlahkan kebenaran atau penyelewengan program ESQ ini.
    Sebagai contoh Surah al-Syams yang diterjemahkan kedalam bahasa Indonesia/malaysia kemudian dilagukan dan ditarikan oleh lelaki dan wanita bersama dan tidak menutup aurat. Tetapi dimalaysia diadakan dengan senamrobik ? Atau mungkin ianya tidak ditarikan ? Kalau dilihat dalam video Youtube tentulah ianya telah dijalankan dan terus dijalankan samada di Indonesia atau pun Malaysia. Wajarkah ianya ditarikan sebegitu ?
    Surah ini Allah bersumpah dengan tujuan memberi motivasi kepada manusia keaarah ketaatan dan memberi peringatan supaya manusia tidak melakukan maksiat!

    beberapa persoalan yang meragui kebenaran program ESQ ini boleh anda dapati dalam laman blog sangtawal sakranta CKKAZ

    [Balas Komen]

  31. Adam Huud says:

    Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kursus ESQ boleh dilaksanakan di Negara Ini (14 Julai 2010)

    ::SEBARKAN ::

    http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=513369

    [Balas Komen]

  32. Pemerhati says:

    Terima satu flyer tentang satu forum, mungkin elok juga kalau kita cuba ambil input dari pelbagai pihak. Anjuran NGO Islam. Baguslah kalau lebih ramai ambil berat dan beri perhatian isu akidah sebegini.

    Forum esq 165: Satu Penjelasan di Dewan Muktamar, Pusat Islam (sebelah masjid negara)pada 17 Julai 2010. Masa, jam 8.00 pg-12.00 tgh.

    [Balas Komen]

    Pemerhati Reply:

    Tentang forum di atas, saya cuba hubungi penganjur utk dpt details info, dimaklumkan oleh mereka lokasi program bertukar ke Yayasan Ta’lim, TTDI KL
    Alamat: No 42A 44A Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr. Ismail, 60000, KL. Nak kena google map neh.

    [Balas Komen]

  33. Pemerhati says:

    Sesiapa yang di luar kawasan juga boleh menonton secara langsung melalui internet di http://www.islamiclearningcentre.com mulai 8.30 pagi

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Pemerhati, Sekiranya ada video atau artikel bolehlah kongsikan di sini…

    [Balas Komen]

    Pemerhati Reply:

    @Imran, boleh lihat video di http://www.justin.tv/yayasantaalim

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Pemerhati, Terima kasih.

    [Balas Komen]

  34. ezbi says:

    Sesungguhnya cita-cita yahudi untuk memecahbelahkan umat islam makin berjaya dengan cara memesongkan pemikiran umat islam.Anda tidak akan lihat pemesongan dilakukan dengan hanya mengikuti kursus yang diadakan selam 3 hari atau latihan-latihan yang berikutnya. Cuba lihat kepada Kronoloji pengkajian ESQ oleh pihak Majlis Ugama Islam WP, mereka telah menghadiri kursus selama beberapa kali disamping mengkaji buku-buku tulisan pengasas ESQ ini.Tidak dinafikan kursus ini diadakan dengan cara yang menggegarkan dengan penggunaan sound effect dan sebagainya. Tetapi bagaimanakah dasar dan prinsip yang dipegang oleh ESQ?
    Kepada alumni ESQ kajilah dan siasatlah siapa itu Danah Zohar dan Ian Marshal yang mempelopori SQ dan v.Ramachandran yang kononnya menemui God Spot yang kemudiannya ditukarkan kepada Titik Fitrah untuk diguna pakai di Malaysia?
    Pernahkah terfikir mengapa kisah Nabi Ibrahim a.s ditonjolkan ? kenapa tidak dengan nabi-nabi yang lain ? apakah God Spot atauTitik Fitrah itu bermula dari nabi Ibrahim a.s ? Apakah kesannya jika kisah Nabi Isa atau Nabi Musa ditonjolkan dalam ESQ dan bagaimana penerimaan oleh para peserta ?
    Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang penyelewengan ESQ ini sila lawati md_aizam@islam.gov.my atau suarajagat.wordpress.com

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @ezbi, Hangat nampaknya perbahasan di blog saudara :D

    [Balas Komen]

  35. ezbi says:

    Sebenarnya pendedahan penyelewengan ESQ ini bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja, di Indonesia juga terdapat pendapat-pendapat yang menentang ESQ ini. Cuma oleh kerana pengurusan hal ehwal Agama yang agak berlainan diantara kedua – dua negara maka tidaklah ada fatwa yang menharamkannya. Pengrus MUI Pusat bersependapat dengan Mufti WP dan terdapat beberapa keterangan lain contohnya di nahimungkar.com

    [Balas Komen]

    Pemerhati Reply:

    @ezbi, terbaru, Ketua Umum Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia juga telah memberi keterangan bahawa mereka (DDII) tidak pernah mengeluarkan surat perakuan mengenai ESQ. Untuk lebih lanjut, saya baca artikel tembelang esq pecah di laman web http://www.muftiwp.gov.my

    [Balas Komen]

  36. ezbi says:

    nak sambung lagi..
    hari didalam Mingguan Malaysia ada artikel : Dimana Silap Pelopor ESQ ?
    tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
    Artikel ini amat sesuai dibaca khususnya oleh peminat dan alumni ESQ sekeliannya untuk dijadikan iktibar agak tidak terlalu menyanjung ESQ.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @ezbi, Artikel tersebut ada saya baca dan memang itu isu utamanya :D

    [Balas Komen]

  37. cahaya says:

    Detik-detik terakhir Rasullullah SAW menghadapi sakaratulmaut:

    ISNIN 14 SYAABAN

    Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cintakasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

    Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabatkala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

    Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”

    “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialahyang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kataRasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

    Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

    “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

    Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

    “Ya Allah, dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “BadanRasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya kebibir Rasulullah yang mulai kebiruan.”Ummatii, ummatii, ummatiii?”

    “Umatku, umatku, umatku” Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

    @ Setiapkali aku membaca kisah ini pasti sangat tersentuh hati dan rasa kerinduan yang amat sangat. Kubah hijau Masjid Nabawi pengubat rindu.

    @ Sekadar peringatan, pernahkan kita membaca dan menjiwai kisah hidup Nabi Muhamad SAW. Kalau sudah alahmdulillah dan kalau belum usahakanlah sekurang-kurang sekali seumur hidup.

    [Balas Komen]

    conpius Reply:

    @cahaya,
    Terdapat beberapa versi detik2 terakhir Rasulullah saw.
    satu versi Aisyah dan satu lagi versi Fatimah.
    Kenapa agaknya ESQ memilih versi Fatimah?

    [Balas Komen]

  38. Pemerhati says:

    “Bukan setakat esq.., (sy lebih suka rakyat Malaysia dpt buat training yang LEBIH GRAND!!) SEPATUTNYA MEREKA YANG BERGELAR USTAZ-USTAZ NI BOLEH BERGABUNG HATI DAN IDEA JUGA TENAGA UNTUK BUAT PROGRAM KESEDARAN PADA SEMUA ORANG!!!

    Untuk makluman..
    saya juga telah mengikuti program anjuran EXCEL TRAINING (Dato’Dr.Fadzillah Kamsah), MOTIVASI MINDA(Dr.Ridzwan), KAYA MINDA (Dato’ Dr. Ibrahim), KENALI DIRI(Dato’Dr.Harun Din), KELUARGA BAHAGIA(anjuran JAWI), juga “santapan kerohanian” ustaz zaharudin!!!
    *maka di sini saya sekadar menyampaikan perbezaan di antara program tersebut:)”

    @cahaya, Iman itu berasaskan ilmu BUKAN emosi, hati hanyalah ALAT (organ) untuk memahami kebenaran. Hati bukanlah kebenaran itu sendiri seperti didakwa ESQ.

    Ayat-ayat al-Quran memang mampu membangkitkan emosi tetapi jika emosi hanya dapat dibangkitkan dengan cara pakai audio visual, sound system, dan segala kecanggihan multimedia, harus difikirkan ada yang seriously wrong dengan orang-orang ini. Seolah Kesucian, kebenaran dan keaslian al-Quran hanya dapat diserap dan dihadam apabila dilencongkan sedemikian bentuk, dgn alunan muzik dan pembangkit emosi dari luar.
    Tidak betul demikian, esq bukan cara yang betul utk mengislahkan manusia. Kesedaran yang dtg dari emosi tidak akan berkekalan, tetapi kesedaran dari ilmu lah yang akan berkekalan, sentiasa menunjuk jalan pulang.

    [Balas Komen]

  39. Imran says:

    Teknologi digunakan untuk menambah kesyahduan. Lepas ni kita perlu menghayati al-Quran dengan diiringi muzik…. huhu

    [Balas Komen]

    Pemerhati Reply:

    @Imran,

    KONSEP ESQ MEMANG BERMASALAH:
    http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/Konsep_ESQ_Bermasalah.pdf

    Selamat membaca, menelaah, meneliti, menganalisa, memahami dan mencari kebenaran.

    [Balas Komen]

    awangselamat Reply:

    @Imran,
    nampaknya tuen emran den pemerheti dan conpius…., sedeng mempermeinkan teknolegi alunen meusik….. den kesah detik terekhir beginda SAW.

    *Adekah tuen sudah sgt cerdek untuk berketa begitu..?

    *Adekah sudah cekup elmu de deda tuen….?????????

    *Mengepe tuen engen mengeliruken ummat Islamm…???????

    [Balas Komen]

  40. CahayaMecca says:

    Salam!
    Sebagian besar kita merasa diri peduli terhadap sesama, merasa benar, terhormat dan tak pernah menyakiti siapapun. Tetapi tiba-tiba kita mengalami kejutan dan frustasi karena mengetahui bahwa anggapan orang tentang diri kita berbeda sama sekali dengan apa yang kita yakini selama ini. Itulah saatnya kita berdiri di depan cermin, untuk mengenali dan menemukan diri kita yang sesungguhnya.

    Dipaparkan juga tingkah laku kita yang sebenarnya kepada orang lain dan beberapa kesalahan yang sering kita lakukan. Dari mulai berprasangka buruk, menilai orang berdasarkan sikap mereka kepada kita, mencari-cari kekurangan orang lain, mengingkari kebaikan hingga kesalahan kita yang membesar-besarkan persoalan sepele. Sekaligus mengulas juga bagaimana cara kita membebaskan diri dari kesalahan-kesalahan tersebut.

    Uraian demi uraian mudah dimengerti karena setiap masalah diikuti dengan contoh kisah atau cerita. Penyajiannya ringan dan dengan gaya bertutur tanpa dijejali berbagai teori, mengantarkan pembaca untuk dapat membangun konsep diri yang benar.

    Ulasan Buku: Berdiri Depan Cermin

    [Balas Komen]

  41. CahayaMecca says:

    Salam!
    Kita semua tahu sakaratul maut adalah sebuah tahapan awal yang pasti dilalui setiap manusia yang akan berpulang ke kampung akhirat. Pada waktu itulah saat-saat paling menakutkan, sehingga para nabi pun merasakan hal yang demikian. Nabi Isa as, berpesan kepada kaumnya agar selalu berdoa untuk memohon diberi keringanan saat menghadapi sakaratul maut.

    “Dan akan datang sakaratul maut dengan benar, itulah (kenyataan) yang kamu selalu lari darinya.” (QS. Qaaf:19)

    Sayyidatuna Aisyah ra, salah seorang istri Rasullah pernah mengatakan : “Aku tidak lagi menganggap enteng sakaratul maut setelah aku melihat betapa beratnya ketika Rasulullah saw menghadapinya.”
    Oleh karena itu hendaknya setiap manusia memperbanyak doa, zikir dan meminta ampun kepada Allah Swt, agar diberi keringanan ketika menghadapi sakaratul maut serta mendapatkan husnul khatimah ketika wafat.

    Ulasan Buku: Dahsatnya SAKARATUL MAUT

    [Balas Komen]

  42. CahayaMecca says:

    Salam!

    Detik-Detik Terakhir Kewafatan Rasulullah SAW

    *Detik terakhir berlaku di rumah Siti Aishah……..
    dan diceritakan Baginda bercakap dengan puterinya, Fatimah…….

    *CUBA RENUNGKAN DAN AMBILLAH HIKMAH DI SEBALIKNYA……..
    >>>>>Mengapa Baginda menyebut..,”ummati.., ummati.., ummati..”

    *Mereka yang tahu TETAPI tidak menyebarkannya.., maka tunggulahh..
    siksaanNya pada detik-detik terakhir kematianmu!!!!!!!!!!!!!!

    ************************************************************************

    Daripada Ibnu Mas’ud r.a., bahawasanya dia berkata: “Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah r.a

    Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”

    “Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”

    Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?”

    Baginda menjawab: “Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila.”

    Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?”

    Rasulullah menjawab: “Salah seorang ahli bait.”

    Kami bertanya: “Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?”

    Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”

    Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.

    Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya.

    Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”

    SEMAKIN TENAT

    Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?”

    Kemudian dia berkata lagi: “Assolah yarhamukallah.”

    Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit.”

    Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi.

    Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk,

    Rasulullah saw bersabda: “Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”

    Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.

    Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?”

    Siti Fatimah menjawab: “Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka.”

    Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.

    Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”

    MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU

    Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.

    Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw,

    Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!”

    Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”

    Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?”

    Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu?”

    Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”

    Rasulullah saw bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?”

    Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.”

    Lalu Rasulullah saw menjelaskan: “Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.

    Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Masuklah, wahai Malaikat Maut.”

    Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan: “Assalamualaika ya Rasulullah.”

    Rasulullah saw pun menjawab: “Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

    Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang.”

    Rasulullah saw bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?”

    Jawab Malaikat Maut: “Saya tinggal dia di langit dunia.”

    Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.

    Maka bersabdalah Rasulullah saw: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?”

    Jibril menjawab: “Ya, wahai kekasih Allah.”

    KETIKA SAKARATUL MAUT:

    Seterusnya Rasulullah saw bersabda: “Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?”

    Jibril pun menjawab: “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”

    Baginda saw bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?”

    Jibril menjawab lagi: “Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”

    Baginda saw bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?”

    Jibril menjawab: “Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”

    Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku.”

    Jibril a.s. bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?”

    Rasulullah saw menjawab: “Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”

    Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”

    Maka berkatalah Rasulullah saw: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku.”

    Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.

    Ali r.a. bertanya: “Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?”

    Rasulullah menjawab: “Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.”

    Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”

    Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.

    Lalu Rasulullah saw bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?”

    Jibril menjawab: “Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?”

    Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.

    KESEDIHAN SAHABAT

    Berkata Anas r.a.: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”

    Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal r.a. telah berkata: “Rasulullah saw telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku: Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw telah berada di dalam tanah?”

    Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim.” Lalu setelah itu dia mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama.

    Muaz berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan.” Kemudian dia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada keesokan harinya, orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku.” Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya. Maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Surah Az-Zumar: ayat 30)

    Maka menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar kembali, dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang berbunyi: “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?” (Surah Al-lmran: ayat 144) Maka Muaz pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad.”

    Kemudian dia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata: “Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”

    Kemudian dia berkata: “Aduhai, sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw.” Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”

    Lalu Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah saw?” Orang tersebut menjawab: “Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia.” Mendengar ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya. Dia memanggil Muaz: “Wahai Muaz, sedarlah dan bangunlah.”

    Setelah Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Muaz menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah.” Kemudian dia menangis dan akhirnya dia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

    Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a. lalu dia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang pengsan.” Setelah Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz.” Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah r.a.”

    Setelah sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh.” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah.” Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait.”

    Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata: “Rasulullah saw bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw.” Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Muaz.” Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya dia kelak dihari kiamat sebagai imam ulama.” Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw.

    (Dipetik dari buku 1001 Duka – Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati)

    [Balas Komen]

  43. ml says:

    saya tak faham lah orang yang taksub dengan esq ni.jika mufti wp kata menyimpang tolonglah jawab secara satu-persatu hujah hujah mufti di atas secara ilmiah dan merujuk al quran dan hadis.tak perlu lah kata si A masuk program esq jadi baik,mufti b kata tak salah.artis tu kata dia jadi baik lepas masuk program esq.yang mudah jawab secara ilmiah satu persatu point -point yang dikatakan sesat oleh mufti wp .barulah adil .point-to point.bukan dengan cara nak saman mufti wp.

    oh ya sepupu saya yang pandai dan berkerjaya sangat taksub dengan program ni sehingga diberhentikan kerja sebab dia jadi gila sebab terlalu obsess dengan buku buku ari ginanjar dan sanggup mengikat perut untuk pergi ke program esq.hasil di a jadi gila ism ,dan sakit mental sehingga hilang kerja dan keluarga.

    pendapat saya ambil jalan sederhana dan paling selamat.tinggalkan jika was-was.

    [Balas Komen]

    Pemerhati Reply:

    @ml, saya pun dapat maklumat lebih kurang sama. Ada yang jadi tak siuman sbb terlalu taasub dgn suara hati lps training. Masuk bilik air tak keluar-keluar berjam2. Keluar-keluar je pi petik rambutan jiran hantar masjid. Katanya suara hati dia cakap mandi, mandi, pastu sedekahkan rambutan tu kat masjid. Allahu a’lam. Tak tengok sendiri. Ada kes lain, sampai kena rawat dgn doktor jiwa tetapi doktor tu non muslim, dia ckp pd doc tu, suara hati saya cakap doc akan masuk Islam. Apa pun, citer-citer camni bukan kuat untuk jadi hujah kecuali dpt tunjukkan statistik berdasarkan kajian kuantitatif. Sama jugak esq tak boleh jadikan hujah dgn citer2 org ni berubah, berkesan, masuk Islam. Apa penanda aras keberkesanan itu, statistik kuantitatif mana? Setakat dakwa alumni cecah sejuta ke brp ke, hanya boleh tunjuk data penyertaan shj. Ramai jugak alumni yg tak bersetuju dgn esq wp mmg ikut training. Yang penting, asas kpd pengharaman wujud, bukti bertulis ada dalam buku esq. Macamana tukar dlm buku baru pun, atau nafikan melalui lisan, tulisan lama dah tersebar pun, tak dapat ditarik balik maksud yang tersirat dan tersurat.

    [Balas Komen]

  44. ati says:

    salamalaik ya akhawat fillah,
    sila layari :
    http://marhainiyusoff.blogspot.com/

    kepada para alim ulama’, ustaz-ustaz, Ahli deenullah, para sahabat,
    mohon dibantu bersama-sama. Buanglah keegoan atau apa rasa yang menghalang, Ciptakan rasa cinta pada Allah dan Deenul Islam. Moga kita menjadi umat Islam yang kembali bersatu. Al-Amal LiLLahi Taala. insya allah.

    Fitnah yang datang pada akhir zaman kita akan dapati umat Islam berpecah-belah terbahagi kepada beberapa golongan. Mereka dalam kelompok masing-masing mengaku kelompoknya adalah benar, seperti yang terjadi kepada Nasrani & Yahudi, mereka berpecah-belah dan mengaku bahwa hanya golongannya yang benar. Nauzubillah Min Zalik.

    “Dan orang-orang Yahudi berkata : ‘Orang Nasrani itu tidak mempunyai suatu pegangan’, Dan orang-orang Nasrani berkata : ‘Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan’. Padahal mereka (sama-sama) membuat Al-KItab” [Al-Baqarah : 113]

    “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara” [Ali-Imran ; 103]

    Bantulah kami umat Islam.

    Syukran jazilan,
    wassalam

    [Balas Komen]

  45. shahirah says:

    Salam semua,

    Ini adalah nukilan dan tulisan yang diambil di blog pengurus besar ESQ, Puan Marhaini Yusoff yang lebih mengetahui rentetan perjalanan ESQ di Malaysia.
    ______________________________________________________________________

    Surat Terbuka untuk Ustaz Aizam Mas’od
    Assalamualaikum wrt wbh
    Ustaz Aizam yang saya hormati kerana Allah swt,

    Telah lama saya ingin berbicara hati ke hati dengan Ustaz… namun seringkali tiada kekuatan untuk melakukannya ….

    Entah kenapa… mungkin kerana kekuatan semangat persaudaraan Ramadhan kali ini, petang semalam saya menghubungi Ustaz setelah kali terakhir saya cuba menghubungi Ustaz dua tahun yang lalu; setelah Ustaz selesai menjalani training ESQ Angkatan 21 pada awal Ogos 2008. Yang saya dapatkan waktu itu hanya khabar daripada Ustaz Arif Samad yang sama-sama hadir ke training ESQ bersama Ustaz bahawa Ustaz sedang menyiapkan laporan…. masih jelas dalam ingatan kata-kata Ustaz Arif, ”tunggu dulu puan, Ustaz Aizam sedang menyiapkan laporan. Insyallah tiada masalah isi kandungan, hanya dari sudut pendekatan, Jakim ada pandangan…”. Kami menantikan maklumbalas sejak bulan Ogos 2008 untuk pembaikan dan akhirnya kemelut dan keresahan ini yang ESQ dapatkan….

    Walauapapun, terima kasih kerana pick up panggilan telefon saya semalam. It was least expected, dan saya salah apabila beranggapan Ustaz tak mungkin ingin berbicara dengan saya. Terus-terang, saya lega dapat bercakap dengan Ustaz. Terus terang juga, setiap kali saya membaca komen-komen Ustaz di blog peribadi Ustaz, sharing dari pertanyaan di ceramah Ustaz di masjid-masjid yang menceritakan kehodohan dan kejelekan ESQ yang Ustaz dakwa serta khabar yang disampaikan oleh beberapa Jawatankuasa Fatwa beberapa negeri tentang presentation Ustaz tentang ESQ (walau JK Fatwa Kebangsaan telah meneliti dan membenarkan ESQ berjalan) yang mengandungi fakta-fakta lama yang tidak lagi ESQ gunakan…. perasaan saya bercampur baur…. kenapa sejauh ini Ustaz bertindak…tidak pernah bersemuka, tidak pernah menegur kami, tidak pernah menasihati kami, malah kalau benar ESQ itu salah akidah, kenapa sejak ustaz hadir ke training pada tahun 2008, tidak terus sahaja memanggil ESQ dan menyampaikan bahawa itu dan ini salah… agar tidaklah seramai sekarang alumni ESQ terus ’terseleweng dan rosak akidah’nya… termasuk 8 mufti dan timbalan mufti di lapan negeri. Ustaz punya ilmu yang tinggi, alangkah lebih mudah menegur dan menasihati daripada menghakimi dan menutup pintu dari menasihati kami. Semalam terkeluar kata-kata dari mulut ustaz, ’kalau nak nasihat tulislah secara official….’ Banyak sudah surat yang kami hantar kepada jabatan ustaz… tanpa reply apabila minta dinyatakan salahnya dimana. Apapun kami tetap update apa pembaikannya. Kerana Allah swt, kami pinggirkan segala rasa kerana kami telah melihat bagaimana kesan training ke atas pelbagai ahli masyarakat dan syarikat.

    Selama dua tahun ini juga kami belajar erti kesabaran… satu persatu tuduhan mendatang dikata Yahudi, didakwa gerakan Kristian, dituduh gerakan terancang dan halus ke arah pemurtadan besar-besaran… dengan kuasa, jawatan, kemudahan dan kredibiliti yang ada pada yang telah menghukum dan melabel kami, tak mungkin untuk kami membela diri demi menegakkan kebenaran hatta menjelaskan apa yang kami maksudkan… kerana kami tiada apa. Bangkit mempertahankan dan membela diri akan dilihat sebagai melawan, senyap seolah-olah mengiyakan segala dakwaan kesesatan. Lalu apa…?

    Kenapa saya berpaling kepada Ustaz? Kenapa tidak yang lain? Kerana ustazlah orang pertama yang datang menilai ESQ… pada pandangan saya juga, ustaz juga orangnya yang sangat overzealous, benar-benar berusaha untuk menyampaikan dan membentangkan kajian dan pandangan terhadap ESQ yang dakwaannya salah akidah. Pandangan ustaz sebagai orang yang pertama datang dan menilai ESQ berbeza dengan pandangan-pandangan dan keputusan badan rasmi negara dan tokoh-tokoh ulamak serta tokoh akademik di bawah:

    1. Keputusan Rasmi JK Fatwa Kebangsaan dimana Kertas Kajian tentang ESQ telahpun dibentangkan sebanyak 7 kali dan dimuktamadkan pada 16 hb Jun 2010 bahawa ESQ boleh diteruskan cukup dengan pemantauan oleh Panel Syariah dan Akidah ESQ. Keputusan JK Fatwa Kebangsaan dibuat di dalam mesyuarat JK Fatwa Kebangsaan di mana Jakim adalah Sekretariatnya dan ustaz bekerja di bawah Jakim. Teringat kata-kata ustaz semalam, ”kalau Jakim nak ambil tindakan (ke atas Ustaz), ambillah…” . Pada saya ia seolah-olah ustaz begitu yakin tidak akan terkena apa-apa tindakan dan seolah-olah pergerakan dan tindakan ustaz dilindungi dan atas restu somebody in power.

    Ahli-ahli di dalam JK Fatwa kebangsaan yang terdiri daripada Pengerusinya yang juga merupakan Pengarah International Fatwa (INFAD), 5 ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja, seorang tokoh perundangan beragama Islam serta 14 orang mufti mempunyai wibawa tersendiri dari segi keilmuannya. Apakah mereka salah menilai dan tersilap membuat keputusan?

    2. Pandangan Ustaz yang hadir pada ESQ Training Angkatan 21 untuk mengharamkan ESQ difahamkan berbeza dengan pandangan Penilai kedua yang dihantar secara rahsia oleh pihak PKA pada ESQ Training Angkatan 22. Penilai kedua yang dihantar difahamkan memberikan laporan dan cadangan berbeza dan bertentangan dengan Ustaz. Ada beberapa cadangan dari Penilai kedua yang serta merta kami ikuti pada ESQ Training berikutnya, iaitu Angkatan 23 contoh: Slide Sajak Salam Perdamaian dibuang kerana dikatakan sajak yang boleh mengelirukan.

    3. Terdapat 6 orang Mufti dan 2 orang Timbalan Mufti yang telah hadir ke ESQ Training dan tidak mendapati wujud sebarang penyelewengan. Ini termasuk YBSS Tan Seri Harussani, Mufti Perak dan YBSS Dato’ Hassan Ahmad. YBSS Tan Seri turut merupakan Pengerusi Teks Al Quran dan buku di bawah KDN serta pernah mengharamkan lebih 83 ajaran sesat di Perak. Apakah ada kemungkinan kesemua mufti dan timbalan mufti ini tidak secermat ustaz dalam menilai?

    4. ESQ telah melantik 5 orang Panel Shariah dan Akidah yang terdiri daripada mantan Ketua Pengarah Jakim, 3 orang mantan Mufti dan seorang Dekan, Fakulti Pengajian Al Quran dan As-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. Mereka semua telah hadir ke ESQ Training sebagai peserta training dan telah selesai menyemak buku ESQ. Mereka juga tidak mendapati sebarang salah akidah atau kesalahan pokok kecuali dari segi istilah, pemahaman diperjelaskan agar tidak menimbulkan kekeliruan. Perlu juga dimaklumkan mereka bukan hadir satu training, malah berpuluh kali dan dari peringkat asas training sehingga ke peringkat Self Controlling & Strategic Collaboration.

    5. Tokoh-tokoh akademik yang datang secara sukarela dari Jabatan Usuluddin UIA, UM, Pusat Islam USM, Ulamak dari UMNO dan Ulamak PAS tidak pernah memberikan maklumbalas penyelewengan akidah sebagaimana ustaz.

    6. Di Indonesia, ESQ Training yang telah dilaksanakan sejak 10 tahun lalu telah dihadiri oleh pelbagai organisasi Islam termasuk Nahdatul Ulama yang telah ditubuhkan lebih 100 tahun. Ia juga telah dinilai dan disemak oleh Departmen Agama di Indonesia dan tiada penyelewengan Akidah. Ulamak-ulamak seperti Bpk Din Shamsuddin, Bpk KH Amidhan Shaberah, Bpk KH Hasyim Muzadi, Bpk Didin Hafifudhin dan lain-lain turut menilai ESQ Training dan mereka menyokong pelaksanaannya. Selain daripada dukungan ulamak, ESQ telah disertai 7 menteri dan 150 orang dari Dewan Perwakilan Rakyat (DPR). Apakah kesemua mereka ini langsung tidak dapat mengesan kesalahan akidah serta bahaya ESQ sekiranya ada?

    Saya ingin ulang lagi permintaan saya seperti di telefon semalam…. agar kita duduk dan berbincang. Saya sedih Ustaz menolak permintaan untuk duduk dan berbincang untuk kepentingan ummah…. semalam berkali-kali saya minta kepada ustaz, namun berat sekali hukuman ustaz; tidak ada gunanya duduk berbincang kerana masalahnya ada pada Pengasas ESQ, Ary Ginanjar Agustian, kata ustaz.

    Sejauhmana hati seorang manusia dapat Ustaz baca…. Izinkan saya dalam kecetekan ilmu saya berkongsi sebuah kisah yang pernah diceritakan seorang guru agama. Kisah seorang Sahabat, Usamah bin Zaid yang telah membunuh seorang musuh di dalam perang. Musuh tetap dibunuh walaupun ia telahpun melafazkan syahadah. Rasulullah saw marah sehingga keluar urat di dahi Baginda…. apakah kita lebih layak untuk menghukum melebihi Rasulullah saw…. ?

    Mampukah kita scan hati manusia, bahawa dia tidak ikhlas berubah, bahawa dia terpengaruh dengan perennial philosophy sedangkan nyatanya orang yang dituduh sebegitu telah bersumpah menafikan dengan nama Allah swt dan melafazkan syahadahnya. Siapa kita sehingga mempunyai hak yang sebegitu tinggi untuk melabelkan orang lain… alangkan Rasulullah saw sendiri tidak mencontohkan begitu pada kita. Ustaz, kita umat yang satu, mari kita buang benteng di antara kita… , buang perbezaan dan seterusnya mencari jalan untuk bekerjasama dan lengkap-melengkapi demi kepentingan ummah. Bukankah itu lebih baik daripada perpecahan yang berlaku lantaran kekeliruan pendirian antara ustaz-ustaz, mufti-mufti berkenaan isu fatwa ini?

    Ingin sekali kita berdamai dalam semangat ukhuwwah fillah. Alangkah lebih ringan hidup dalam baik sangka, menyempurnakan kekurangan, membantu memperbaiki kesilapan sesama kita atas ketinggian cinta kepada Allah swt dan Rasulullah saw,melebihi segala cinta kita terhadap diri kita sendiri….

    Saat ini saya hanya mampu berdoa agar ada satu titik pertemuan agar kita dapat duduk dan berbincang. Kita jernihkan kekeruhan, kita tamatkan segala prasangka ini, kita hakiskan persepsi di antara kita, kita umat Rasulullah SAW, pertelingkahan ini merugikan dan mengelirukan umat.

    Masih terngiang-ngiang pesanan Pak Habib Adnan, guru Bpk Ary Ginanjar, seorang hafiz Quran dan merupakan Majlis Ulama Indonesia (MUI) Bali, yang saya jumpa di Bali dalam bulan April 2009 beberapa bulan sebelum kematiannya… ”Kita cari sebuah persamaan. Ini saatnya untuk Malaysia dan Indonesia bersatu menghadapi dunia…”. Saya yakin ini harapan ramai orang dan inilah juga harapan para pemimpin kita.

    Ustaz Aizam saudara seIslam saya,

    Saya bukan saingan Ustaz, yang tinggi ilmu agamanya. Saya hanya lulusan UIA, dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan kemudiannya menyambung pelajaran di bidang Kaunseling di UIA. Sepertimana Pak Ary sendiri yang sering mengatakan bahawa, ilmu Allah ini luas, banyak perkara yang kita tidak tahu dan kita ingin terus belajar dan memperbaiki diri. This is an unending process, the quest for knowledge. Kita bukan bercakap sekadar untuk basa basi… kita benar-benar ingin terus belajar dari semua orang, akan segala ilmu yang baik… dan itu tujuan asal bila kami approach Jabatan ustaz.

    Sesuatu yang tak pernah saya jangkakan akan begini akhirnya atas sebuah permintaan yang benar-benar jujur untuk diberi bimbingan oleh institusi berwajib, yang misinya saya yakin untuk membimbing agar kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa terjaga dari sudut akidah dan kejernihan Islamnya.

    Ada sesuatu yang menggerakkan saya untuk memohon bimbingan dan nasihat dari Jakim (sebagai badan yang bertanggungjawab) ke atas perjalanan ESQ di Malaysia; iaitu makluman dari salah seorang alumni bahawa filem ”The Message” dan sedutannya tidak boleh digunakan di Malaysia. Saya diberikan kertas pewartaannya sekitar bulan Jun 2008. Ia seperti wake up call pada saya yang saat itu baru bekerja di ESQ.

    Sebagai orang yang dilatih dalam pengurusan dan pentadbiran, saya bertanggungjawab memastikan apa jua di sudut operasi ESQ adalah mematuhi kehendak undang-undang di negara kita, termasuk membayar semua royalti muzik dan lagu yang digunakan kepada MACP, menjelaskan cukai, zakat kepada Pusat Pungutan Zakat Negeri Selangor, menjalankan program kualiti ke arah Shariah Compliance dan paling penting atas semua itu, buku dan training ESQ mematuhi kehendak-kehendak di negara ini.

    Contohnya sebelum ini ayat-ayat Al Quran yang digunakan merujuk kepada terjemahan Quran di Indonesia, sedangkan di Malaysia ada Terjemahan Pimpinan Rahman yang diiktiraf oleh Jakim. Setelah penubuhan Panel Syariah dan Akidah ESQ pada bulan September 2009, kami lebih jelas dan banyak dibimbing. Rupanya banyak perkara yang sebelum ini kami tidak fahami, mula kami fahami sedikit demi sedikit. Panel Shariah sendiri berserta pihak pengurusan ESQ kerap mendapatkan penjelasan atas apa yang ingin disampaikan di dalam buku dan training dari Pengasas ESQ. Sehingga saat ini Bpk Ary Ginanjar terbuka menerima pembaikan-pembaikan sepertimana saranan panel.

    Menyorot kembali pertemuan saya di tengahari bulan Julai 2008, saya datang dengan harapan, dengan sebuah kepercayaan yang kami akan dibantu. Pertemuan dengan pengurusan tertinggi di Jakim, menyejukkan hati… Jakim akan bantu untuk melihat dan menasihati, itu janjinya.

    ESQ cuba meneroka ke wilayah HR dan Leadership yang selama ini dikuasai oleh Teori-Teori Barat. Hasil training, program-program CSR dan sumbangan training yang dijalankan oleh Bpk Ary Ginanjar telah menampakkan hasil di bidang pembinaan karakter sehingga melayakkan beliau untuk menerima Dr Honoris Causa dari universiti tempatan serta Anugerah Integriti dari Polis Indonesia. Beliau seorang pakar yang diiktiraf di Indonesia dan telah berpengalaman melatih hampir sejuta orang di bidang pembinaan karakter dengan merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah. Alangkah lebih baik dengan ilmunya ini kita sinergikan dengan kekuatan dukungan dari bimbingan para ulamak. Saya kutip sedikit petikan dibuku terjemahan arwah ayahanda Ustaz Hj Mohd Tahir Daeng Mengati, ”Langkah Bermula”, mukasurat 196-197, dalam semangat mencontohi Rasulullah saw;

    Ustaz al- Maududi pula menyeru kamu supaya merenung sejarah Nabi Muhammad S.A.W, ”Lihatlah Baginda pada mulanya berdiri keseorangan menghadapi dunia seluruhnya. Lihatlah Baginda menolak pemikiran-pemikiran yang salah dan jalan-jalan yang bengkok yang menguasai dunia seluruhnya. Baginda mengemukakan satu akidah yang datang dari Allah… Sesungguhnya menegakkan kepimpinan yang soleh di bumi Allah ini merupakan suatu tugas yang sangat penting dan mustahak di dalam sistem Islam. Setiap orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya dan mengambil ’deen’ yang mulia ini tidak akan selesai kerjanya kecuali dengan mengorbankan seluruh tenaganya dengan segenap kemampuannya untuk membentuk hidupnya menurut acuan Islam. Sekiranya tujuan dan maksud tertinggi dan mulia itu tak mungkin dapat direalisasikan kecuali dengan usaha secara berjemaah, maka tidak boleh tidak, mesti dibentuk satu jemaah yang soleh dan beriman di mukabumi ini…”

    Ustaz Aizam, marilah kita bersinergi untuk sebuah kepentingan yang lebih besar… ummah. Masyarakat semakin rosak sedangkan kita terus bertelagah…. cukuplah kita habiskan waktu di bilik-bilik seminar dan dewan-dewan muktamar, berhujah mencari salah sesama kita. Sedangkan kesalahan itu amat mudah untuk dibaiki dengan nasihat dan rasa mahabbah sesama kita.

    Kalau Ary Ginanjar main issue nya, kamilah jambatannya di sini. He is no more than an ordinary man, yang masih banyak kekurangan tapi punya sebuah cita-cita agar Al Quran dan As Sunnah menjadi rujukan di dalam membentuk karakter manusia. Dia hanya manusia kecil yang hanya ada sedikit keberanian untuk membawa ultimate solution ini ke wilayah korporat dan pengurusan zaman ini yang sudah terbiasa dengan bahasa Stephen Covey, Dale Carnegie, Peter Drucker dan lain-lain.

    Ustaz Aizam sahabat seagama, kalaupun tiada kesempatan untuk membimbing, izinkan ulamak lain yang sedia membimbing, menegur dan menunjuk jalan kepada kami dan izinkan kami agar di beri sedikit laluan untuk sama-sama berlumba berbuat kebaikan dan mengabdikan diri kepada Allah swt dengan cara yang kami mampu.

    Mohon maaf zahir dan batin atas kata-kata yang salah dan luahan terdalam dari hati ini. Saya menulis agar kita padamkan api pertelingkahan ini. Pun begitu, saya hanya mampu menyerahkan segala-galanya kepada Allah swt…. semoga Allah swt ikat hati-hati kita semua dijalanNya…

    Wassalam, terima kasih dan selamat menyambut Ramadhan.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @shahirah, Salam, bagus pengurus besar ESQ di Malaysia ini. ESQ sanggup memfailkan saman terhadap Jabatan Mufti Wilayah Kuala Lumpur kerana fatwa pengharaman ESQ di Wilayah.

    Inilah contoh sebenar pengurusan ESQ di Malaysia. Memfailkan SAMAN untuk membatalkan fatwa tersebut. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Mufti Wilayah dijadikan defendan sendiri.

    Akhirnya saman tersebut ditolak oleh mahkamah : Kisah selanjutnya baca di sini :

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_29.htm

    [Balas Komen]

  46. Abang AL says:

    SALAM,
    Untuk peringatan semua bahawa Dr Ary Ginanjar dan ESQ165 adalah dalam proses ‘History In The Making’ bagi yang mengaji dan mengkaji samaada secara ikhlas mencari/mengkaji ESQ165 kerana redha Allah atau sebaliknya pasti akan terkejut dengan apa yang akan terjadi beberapa tahun akan datang ini…. Jadi sebelum terlambat, mohon kepada Allah agar sentiasa memimpin kita dan jauhkan kita dari menjadi apa yang dikatakan dalm pepatah arab.. “Manusia itu menjadi musuh apa yang dia tidak tahu” dan “Barang siapa tidak merasainya, maka dia tidak akan mengetahuinya”.

    ESQ165 adalah gabungan ilmu Tauhid/Aqidah, Sahsiah, Dakwah, Pembangunan Modal Insan – jadi orang yang berpengetahuan Agama tidak akan faham ilmu ESQ165 ini jika dia tidak mengkuti trainingnya dan memahami uslub dakwah yang di gunakan. ESQ165 adalah kaedah/cara terbaik, termaju, termoden dan terkini usaha seorang yang bernama Ary Ginanjar Agustian dalam membawa orang kembali kepada “Awwaludin ma’rifatullah” – Awal-Awal agama ‘MENGENAL’ Allah. ‘Mengenal’ maksudnya bukan mengetahui atau belajar, kalau mengetahui cukup ngaji dari kitab Risalah Tauhid atau seumpamanya. Jom ikut training ESQ165,hadir dengan fikiran terbuka sebagai Ahli Sunnah Waljamaah bukan Wahabi, baru anda akan dapat mengetahui apa sebenarnya yang hendak di sampaikan.

    [Balas Komen]

    Shahirah Reply:

    ESQ Training. Sila layari :
    http://marhainiyusoff.blogspot.com/
    http://tanyajawabesq.blogspot.com/

    [Balas Komen]

  47. alanafisah says:

    Assalamu’alaikum…

    Buat julung kalinya dibawakan ke Malaysia!

    ESQ Parenting Seminar
    “Better Parenting for a Better World”

    Pada 10/10/10 (Ahad)
    di SACC, Shah Alam
    akan dibawakan khas oleh Pengasas Model ESQ, Dr.(H.C.) Ary Ginanjar Agustian..
    (Penerima pelbagai anugerah dalam bidang pembangunan dan pembentukan karakter)

    Harga : RM740
    Promosi : RM1180 utk suami&isteri (2 org) – terhad hanya untuk pasangan sahaja
    Untuk : Ibu, bapa, bakal ibu, bakal bapa, pendidik dan mereka yang berumur 18 tahun keatas dan yang ingin mengenali dan mengeluarkan potensi fitrah manusia yang luar biasa.

    Apa yang akan anda dapati dari seminar ini ialah :

    (i.) Fahami peranan & tanggungjawab sebenar sebagai ibubapa yang menjadi faktor utama pembentukan dan perkembangan personaliti anak.
    (ii.) Ketahui bagaimana cara untuk mendorong kecemerlangan karakter & potensi diri anak yang mungkin selama ini tanpa disedari kita telah menghalang anugerah Yang Maha Esa ini pada mereka.
    (iii.) Pendidikan anak tidak cukup hanya sekadar intelektual, maka singkaplah bagaimana cara untuk mencemerlangkan sumber emosi dan spiritual anak
    (iv.) Penyatuan perbezaan pasangan dalam mendidik anak.

    ”Berikan yang terbaik buat permata hati.. Ibubapa cemerlang dambaan setiap insan”

    Untuk pendaftaran dan informasi lebih lanjut tentang training ESQ, sila hubungi ESQ di talian: (03) 7728 1650 / 7725 1651,

    Terima kasih.

    Wassalam..

    [Balas Komen]

    aremad Reply:

    @alanafisah,
    Dalam keadaan masyarakat Malaysia sedang membicarakan soal aqidah perjalanan kursus ESQ dan kefahaman/cara berfikir pengasasnya, tak kiralah samada yang mana lebih “betul” atau sebaliknya..sempat pulak anda menyelitkan promosi-promosi ESQ dan pengasasnya..hormatlah sikit situasi..hentikan “argument” dan terima/hormatlah perbezaan pendapat/penilaian orang lain, kerana mereka-mereka itu adalah lebih arif.Wassalam.

    [Balas Komen]

  48. HALO….
    Dari jakarta selatan nich…
    salam kenal semua…
    anda juga bisa mengunjungi jasa pengamanan… makasih

    [Balas Komen]

  49. kayu jabon says:

    Orang jateng mampir nich..
    SALAM
    kayu jabon´s last [type] ..Jawaban atas Pertanyaan dari Jabon Merah

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 14 + 9 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music