Ada Aku Kisah?

dera

Melihat pada senario yang berlaku dalam masyarakat di Malaysia sekarang memang amat menakutkan. Setiap hari ada sahaja berita yang menggerunkan terpampang di akhbar utama dan juga berita televisyen. Minggu ini sahaja kita dikejutkan dengan pembunuhan kejam adik Syafiah Humaira Sahari berusia 3 tahun. Tidak sampai tempoh 1 minggu, kita dikejutkan pula dengan kisah pembunuhan adik K Haresvarren berusia 18 bulan.

Tidak terkecuali kes bunuh, rompak, rogol, samun dan sebagainya menjadi tajuk utama berita televisyen dan akhbar di Malaysia. Apa yang menjadi persoalan adalah dimanakah keprihatinan masyarakat terhadap apa yang berlaku di sekeliling meraka?

Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya.  Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.  (Riwayat Muslim).

Melihat kepada kes kematian adik Syafiah Humaira Sahari memberikan gambaran tentang perilaku masyarakat kini yang tidak kisah dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ungkapan “Jangan jaga tepi kain orang” tidak sesuai diamalkan kini. Cuba kita melihat kembali masyarakat zaman 50an di kampung-kampung dahulu. Boleh dikatakan mereka amat prihtain dengan tingkah laku anak-anak jiran masing-masing. Sekiranya ada perkara buruk yang berlaku, pastinya heboh diperkatakan seluruh kampung. Berbeza dengan apa yang berlaku sekarang. Jiran ditangkap berkhalwat pun kita tidak tahu.

p/s : Berharap agar terlepas dari golongan selemah-lemah Iman

logo polis 257x300

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

31 Responses to “Ada Aku Kisah?”

  1. joegrimjow says:

    kes yg mempamerkan betapa rendahnya mentaliti manusia
    joegrimjow´s last blog ..contest : jika aku jutawan versi papa joe terbaik My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Bukan setakat rendah mentaliti, bahkan rendahnya didikan agama.

    [Balas Komen]

  2. etomyam says:

    itulah pasal sekarang ni….semua dah nak jadi kiasu dan tak pedulikan orang lain sekeliling.
    etomyam´s last blog ..Konsep Relativity Yang Einstein Lupa: Kejayaan Dan Relativity My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Masalah ini perlu ditangani segera. Jika sekarang macam ni, bayangkan zaman anak cucu kita nanti.

    [Balas Komen]

  3. zik says:

    Dah macam2 berlaku… untuk tahun ini… semoga kita terlepas dari golongan selemah-lemah Iman… bertindak atas tanggungjawab sebagai umat islam, dan nilai2 kemanusiaan..
    zik´s last blog ..Nexus One mampu dominasi segmen telefon bimbit pintar? My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Itulah yang kita sama-sama mohon berlepas diri…

    [Balas Komen]

  4. ery says:

    isy..sgt rendah mentaliti manusia ni…
    ery´s last blog ..Dah Sampai Ipoh? My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Inilah yang dikatakan lebih teruk dari binatang :(

    [Balas Komen]

  5. kulanz says:

    tak tau nak cakap benda-benda macam ni. Kita kata org tu tak ada akal, rasanya ada juga… cuma mungkin pertimbangan yg kurang..
    harap kita dan keluarga dijauhkan daripada perkara seumpama ni..
    kulanz´s last blog ..Saya Dah Buang Iklan Innity? My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Akal memang ada, tapi setakat akal sahaja bukan pemikiran yang waras. Sehingga sanggup membunuh insan tidak bermaya. Sama-sama mohon dijauhkan.

    [Balas Komen]

  6. marki says:

    betul tue..ungkapan “jangan jaga tepi kain orang” dah xbleh pakai sekarang .. ungkapan tue dah lapuk ..bila dah jadi kes2 mcm barulah nk kuar statement kata “sy slalu tgk dia dera anak dia” dan mcm2 lagi.. tp tolongnya?? tolong tgk je..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Bila ditegur : “Kubur lain-lain” padahal jika kubur jiran sebelah panas, kubur lain pun terasa juga :D

    [Balas Komen]

  7. suri says:

    salam wahai tuan rumah..
    moga sihat hendaknya.. moga roh adik tersebut ditempat yang tenang.Amin.
    sekarang ni isu2 penderaan makin menjadi-jadi..maka sudah pasti kiamat itu seakan mula menghampiri kita..

    seperti kaum2 dahulu mrka suka menanam anak2 ..bayi perempuan didalam tanah.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Semakin hari semakin maju ke belakang :(

    [Balas Komen]

    suri Reply:

    itulah yang amat mendukacitakan kita..

    [Balas Komen]

  8. azizan4444 says:

    “Jangan jaga tepi kain orang” ni perlu..tp biarlah bertempat..agar perkara sperti ini x berulang lg
    azizan4444´s last blog ..Bagaimana Wenger Mengajar Saya Bercinta? My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Memang ada benarnya pendapat saudara. Cuma kes-kes tertentu sahaja yang tidak perlu untuk diambil tahu :D

    [Balas Komen]

  9. faizal says:

    masyarakat yg makin parah, perlu segera dirwat. kalu dibiarkan buruk jadi tok masa depan..

    sikap pedulism perlu ada.
    faizal´s last blog ..Kewajaran Pendidikan Seks My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Masalahnya, nak rawat bermula dari mana?

    [Balas Komen]

    faizal Reply:

    nak rawat bermula dengan keluarga.keluarga tunjang masyarakat. sebelum kawin,pasangan masing-masing perlu faham institusi kekeluargaan.
    faizal´s last blog ..Kewajaran Pendidikan Seks My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Mula dengan keluarga atau mula dengan individu? Sebelum berkeluarga, mereka single :D

    [Balas Komen]

  10. Hadjie says:

    Itu semua bukan lagi dikira sejarah, tapi lambang masyarakat parah.
    Hadjie´s last blog ..Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Memang parah dah masyarakat sekarang ni…

    [Balas Komen]

  11. Mus says:

    Jangan jaga tepi kain orang.. tak perlu diamalkan untuk perkara seperti ini..
    Mus´s last blog ..Tutorial Untuk Kanak-Kanak – Mari Belajar Mewarna Bersama Amyra My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Memang ungkapan itu sudah tidak berapa sesuai diamalkan untuk mengatasi masalah masyarakat sekarang..

    [Balas Komen]

  12. kenwooi says:

    actions must be taken by the higher authority to prevent such matters from happening.. =)
    kenwooi´s last blog ..Royal Armouries Museum at Leeds My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    I agree with you, but the community must concern what happening around them.

    [Balas Komen]

  13. Anjung Web says:

    “jangan jaga tepi kain orang” …

    Kita ni sepatutnya berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Jadi, tepi kain orang memang kena tolong jaga, bukan tolong selak… huhu.
    Anjung Web´s last blog ..Apa itu Fedora ? My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Kalau tolong selak kain, bagi penampar sahaja. Kita jaga, supaya kain tersebut tidak terselak :D

    [Balas Komen]

  14. Hafiz Mohd says:

    bagi saya, walaupun jahil tentang Islam, semuanya harus kembali semula kpd al quran itu sendiri, dari segala aspek kehidupan karena al quran itu kunci segala permasalahan di dunia.

    Islam dan Pentadbiran x dpt dipisahkan, kalau dipisahkan pincanglah ia. sama seperti lagu dan irama. persoalannya salah siapa? salah kita? atau salah pemimpin negara?? jawabnya adalah salah kita semua kerana x mahu mengikut islam itu sendiri. hukum allah ditolak bulat2.. sedang kalimah “Allah” diagung agungkan, syariat dan perintahnya pula didustakan..

    “renung2kan dan selamat beramal”
    Hafiz Mohd´s last blog ..How To Increase Traffic My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Saya tidak nafikan pendapat saudara, memang tak boleh nak salahkan pada pentadbiran bulat-bulat. Kerana jika dibuat undang-undang untuk kes-kes sebegini, tidak selesai juga masalah. (Saya tidak berbicara mengenai HUDUD kerana ianya adalah benar). Masyarakat juga perlu memainkan peranan untuk mebendung kes-kes sebegini. Kerjasama dan keprihatinan diperlukan.

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 5 + 7 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv Enabled

Powered by WordPress | iFreeCellPhones.com has Free Cell Phone Deals. | Thanks to PalmPreBlog.com Palm Pre News, MMORPG and Fat burning furnace review