Melihat pada senario yang berlaku dalam masyarakat di Malaysia sekarang memang amat menakutkan. Setiap hari ada sahaja berita yang menggerunkan terpampang di akhbar utama dan juga berita televisyen. Minggu ini sahaja kita dikejutkan dengan pembunuhan kejam adik Syafiah Humaira Sahari berusia 3 tahun. Tidak sampai tempoh 1 minggu, kita dikejutkan pula dengan kisah pembunuhan adik K Haresvarren berusia 18 bulan.
Tidak terkecuali kes bunuh, rompak, rogol, samun dan sebagainya menjadi tajuk utama berita televisyen dan akhbar di Malaysia. Apa yang menjadi persoalan adalah dimanakah keprihatinan masyarakat terhadap apa yang berlaku di sekeliling meraka?
Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim).
Melihat kepada kes kematian adik Syafiah Humaira Sahari memberikan gambaran tentang perilaku masyarakat kini yang tidak kisah dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ungkapan “Jangan jaga tepi kain orang” tidak sesuai diamalkan kini. Cuba kita melihat kembali masyarakat zaman 50an di kampung-kampung dahulu. Boleh dikatakan mereka amat prihtain dengan tingkah laku anak-anak jiran masing-masing. Sekiranya ada perkara buruk yang berlaku, pastinya heboh diperkatakan seluruh kampung. Berbeza dengan apa yang berlaku sekarang. Jiran ditangkap berkhalwat pun kita tidak tahu.
p/s : Berharap agar terlepas dari golongan selemah-lemah Iman





Posted in
Tags: 








kes yg mempamerkan betapa rendahnya mentaliti manusia
joegrimjow´s last blog ..contest : jika aku jutawan versi papa joe terbaik
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 6th, 2010 at 10:05 AM
Bukan setakat rendah mentaliti, bahkan rendahnya didikan agama.
[Balas Komen]
itulah pasal sekarang ni….semua dah nak jadi kiasu dan tak pedulikan orang lain sekeliling.
etomyam´s last blog ..Konsep Relativity Yang Einstein Lupa: Kejayaan Dan Relativity
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 6th, 2010 at 10:17 AM
Masalah ini perlu ditangani segera. Jika sekarang macam ni, bayangkan zaman anak cucu kita nanti.
[Balas Komen]
Dah macam2 berlaku… untuk tahun ini… semoga kita terlepas dari golongan selemah-lemah Iman… bertindak atas tanggungjawab sebagai umat islam, dan nilai2 kemanusiaan..
zik´s last blog ..Nexus One mampu dominasi segmen telefon bimbit pintar?
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 7th, 2010 at 12:03 AM
Itulah yang kita sama-sama mohon berlepas diri…
[Balas Komen]
isy..sgt rendah mentaliti manusia ni…
ery´s last blog ..Dah Sampai Ipoh?
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 7th, 2010 at 12:02 AM
Inilah yang dikatakan lebih teruk dari binatang
[Balas Komen]
tak tau nak cakap benda-benda macam ni. Kita kata org tu tak ada akal, rasanya ada juga… cuma mungkin pertimbangan yg kurang..
harap kita dan keluarga dijauhkan daripada perkara seumpama ni..
kulanz´s last blog ..Saya Dah Buang Iklan Innity?
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 7th, 2010 at 12:02 AM
Akal memang ada, tapi setakat akal sahaja bukan pemikiran yang waras. Sehingga sanggup membunuh insan tidak bermaya. Sama-sama mohon dijauhkan.
[Balas Komen]
betul tue..ungkapan “jangan jaga tepi kain orang” dah xbleh pakai sekarang .. ungkapan tue dah lapuk ..bila dah jadi kes2 mcm barulah nk kuar statement kata “sy slalu tgk dia dera anak dia” dan mcm2 lagi.. tp tolongnya?? tolong tgk je..
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 7th, 2010 at 12:01 AM
Bila ditegur : “Kubur lain-lain” padahal jika kubur jiran sebelah panas, kubur lain pun terasa juga
[Balas Komen]
salam wahai tuan rumah..
moga sihat hendaknya.. moga roh adik tersebut ditempat yang tenang.Amin.
sekarang ni isu2 penderaan makin menjadi-jadi..maka sudah pasti kiamat itu seakan mula menghampiri kita..
seperti kaum2 dahulu mrka suka menanam anak2 ..bayi perempuan didalam tanah.
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 6th, 2010 at 11:59 PM
Semakin hari semakin maju ke belakang
[Balas Komen]
suri Reply:
March 8th, 2010 at 5:20 PM
itulah yang amat mendukacitakan kita..
[Balas Komen]
“Jangan jaga tepi kain orang” ni perlu..tp biarlah bertempat..agar perkara sperti ini x berulang lg
azizan4444´s last blog ..Bagaimana Wenger Mengajar Saya Bercinta?
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 6th, 2010 at 11:58 PM
Memang ada benarnya pendapat saudara. Cuma kes-kes tertentu sahaja yang tidak perlu untuk diambil tahu
[Balas Komen]
masyarakat yg makin parah, perlu segera dirwat. kalu dibiarkan buruk jadi tok masa depan..
sikap pedulism perlu ada.
faizal´s last blog ..Kewajaran Pendidikan Seks
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 6th, 2010 at 11:58 PM
Masalahnya, nak rawat bermula dari mana?
[Balas Komen]
faizal Reply:
March 7th, 2010 at 1:45 AM
nak rawat bermula dengan keluarga.keluarga tunjang masyarakat. sebelum kawin,pasangan masing-masing perlu faham institusi kekeluargaan.
faizal´s last blog ..Kewajaran Pendidikan Seks
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 7th, 2010 at 10:13 AM
Mula dengan keluarga atau mula dengan individu? Sebelum berkeluarga, mereka single
[Balas Komen]
Itu semua bukan lagi dikira sejarah, tapi lambang masyarakat parah.
Hadjie´s last blog ..Bila Hosting Hampas, Hendak Posting Pun Malas
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 6th, 2010 at 11:56 PM
Memang parah dah masyarakat sekarang ni…
[Balas Komen]
Jangan jaga tepi kain orang.. tak perlu diamalkan untuk perkara seperti ini..
Mus´s last blog ..Tutorial Untuk Kanak-Kanak – Mari Belajar Mewarna Bersama Amyra
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 6th, 2010 at 11:57 PM
Memang ungkapan itu sudah tidak berapa sesuai diamalkan untuk mengatasi masalah masyarakat sekarang..
[Balas Komen]
actions must be taken by the higher authority to prevent such matters from happening.. =)
kenwooi´s last blog ..Royal Armouries Museum at Leeds
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 7th, 2010 at 1:34 AM
I agree with you, but the community must concern what happening around them.
[Balas Komen]
“jangan jaga tepi kain orang” …
Kita ni sepatutnya berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Jadi, tepi kain orang memang kena tolong jaga, bukan tolong selak… huhu.
Anjung Web´s last blog ..Apa itu Fedora ?
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 9th, 2010 at 6:20 PM
Kalau tolong selak kain, bagi penampar sahaja. Kita jaga, supaya kain tersebut tidak terselak
[Balas Komen]
bagi saya, walaupun jahil tentang Islam, semuanya harus kembali semula kpd al quran itu sendiri, dari segala aspek kehidupan karena al quran itu kunci segala permasalahan di dunia.
Islam dan Pentadbiran x dpt dipisahkan, kalau dipisahkan pincanglah ia. sama seperti lagu dan irama. persoalannya salah siapa? salah kita? atau salah pemimpin negara?? jawabnya adalah salah kita semua kerana x mahu mengikut islam itu sendiri. hukum allah ditolak bulat2.. sedang kalimah “Allah” diagung agungkan, syariat dan perintahnya pula didustakan..
“renung2kan dan selamat beramal”
Hafiz Mohd´s last blog ..How To Increase Traffic
[Balas Komen]
Imran Reply:
March 9th, 2010 at 6:27 PM
Saya tidak nafikan pendapat saudara, memang tak boleh nak salahkan pada pentadbiran bulat-bulat. Kerana jika dibuat undang-undang untuk kes-kes sebegini, tidak selesai juga masalah. (Saya tidak berbicara mengenai HUDUD kerana ianya adalah benar). Masyarakat juga perlu memainkan peranan untuk mebendung kes-kes sebegini. Kerjasama dan keprihatinan diperlukan.
[Balas Komen]