Archive for the ‘Pengumuman’ Category

Kaedah Pelupusan Al-Quran

Saya merasa kagum melihat usaha murni seorang warga Malaysia melakukan kerja-kerja melupuskan al-Quran. Insan tersebut adalah Rahmat Mahdan dari (Percetakan Saufi). Dokumentari mengenai proses pengebumian al-Quran telah disiarkan dalam slot Majalah 3 pada 6 November 2010. Sebelum berbicara mengenai kaedah pelupusan al-Quran, terlebih dahulu eloklah kita meneliti takrif atau definisi al-Quran :

Iklan Hari Raya Kontrovesi

Iklan Hari Raya Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3  sering mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan [...]

Nuzul Al-Quran dan Badar Kubro

Pada hari 27 Ogos 2010 bersamaan dengan 17 Ramadhan 1431 hijrah, berlaku peristiwa besar dalam sejarah Islam. Apabila disebut Nuzul al-Quran, pasti ramai yang tahu mengenainya. Namun, jika disebut Badar Kubro, ramai diantara kita yang tidak mengetahuinya. Perkara ini berlaku mungkin kerana tidak banyak info dan maklumat disebarkan berkenaan peristiwa Badar Kubro berbanding dengan peristiwa [...]

Bonus Dan Tawaran Hebat MEGA SALE!

Pada kebiasaannya apabila disebut bonus dan tawaran MEGA SALE, pasti kita semua akan terbayang pusat membeli-belah dan pasaraya. Apatah lagi ditambah dengan aura musim perayaan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Apa yang saya maksudkan dengan MEGA SALE tersebut adalah tawaran hebat sempena bulan Ramadhan. Berapa ramaikah diantara kita yang sanggup merebut peluang ini?

Juara Akademi Al-Quran Musim Ke 4

Pada minggu lepas, juara rancangan realiti Imam Muda telah diumumkan. Manakala pada malam ini pula,  juara Akademi al-Quran musim ke-4 akan diumumkan. Acara kemuncak Akademi al-Quran musim ke-4 ini diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya [PICC]. Siri pertama AQ musim ke-4 ini bermula pada 20 Mei 2010. Rancangan ini telah disiarkan selama 11 [...]

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music