
Adakah anda selalu berlaku zalim? Apakah itu zalim? Tahukah anda kita selalu berlaku zalim? Seorang Ulama sufi Sufiyah Ath-Thani menyebut 10 jenis sifat zalim yang selalu melingkari hidup manusia. Berikut dicatatkan sifat zalim untuk renungan bersama. Dengan kekuatan jiwa, insya Allah kita akan dapat berusaha menghindarkannya daripada membenih di dalam diri.
- Orang yang sampai atau singgah di sesuatu tempat pada Jumaat, dia sengaja mengelak diri dan tidak mahu menunaikan solat Jumaat, sedangkan orang ramai menunaikannya.
- Orang yang melintasi kawasan perkuburan tetapi tidak mahu mengucapkan “السلام عليكم” kepada penghuni kubur.
- Orang yang masuk ke dalam masjid, tetapi keluar semula tanpa mengerjakan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid sebanyak dua rakaat.
- Orang yang tahu membaca al-Quran, tetapi tidak mahu membacanya sekurang-kurangnya satu ayat sehari. Tahukah anda jika seseorang yang menunaikan solat lima waktu setiap hari, pasti dia akan membaca lebih daripada 100 ayat.
- Orang yang berdoa untuk kebaikan diri sendiri dan tidak mendoakan kesejahteraan orang lain. Termasuklah seorang imam yang hanya mendoakan untuk dirinya saja, sedang makmum turut sama mengaminkan doa yang dibacanya.
- Apabila seorang alim dan berilmu pengetahuan datang ke sesebuah tempat tetapi tidak ada yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya, sedangkan dia dihantar ke tempat itu untuk memberi tunjuk ajar. Khususnya dalam bidang keagamaan.
- Orang yang dijemput untuk menghadiri sesuatu majlis tetapi sengaja tidak menghadirkan diri tanpa alasan yang munasabah.
- Dua orang yang bertemu dalam perjalanan lalu mereka berbual mesra, namun tidak bertanyakan nama masing-masing.
- Orang yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, tetapi tidak pula mengambil kesempatan daripada masa yang terluang untuk mencari ilmu pengetahuan.
- Orang yang tidur dalam kekenyangan, sedangkan jiran atau penduduk di sekitar tempat tinggalnya menderita kelaparan.
Renung-renungkanlah senarai 10 sifat yang diberi diatas, takut-takut kita sendiri mengamalkannya. Sama-sama kita check amalan kita supaya terhindar dari sifat zalim.




February 11th, 2010
Imran 
Posted in
Tags: 










No 8 tu, macam mudah, tapi sebenarnya paaayah. Memang berat mulut hendak bertanya nama, padahal sudah rancak berborak. Nabi jumpa Adas, sempat dia tanya siapa nama Adas dan mana asalnya.
[Balas Komen]
Imran Reply:
February 11th, 2010 at 11:53 PM
Saya setuju dengan anda, terutama apabila berada dalam pengangkutan awam. Rasanya paling sukar adalah no 10. Anda pastikah jiran-jiran anda semuanya tidak berada dalam keadaan kelaparan??? PASTI??
[Balas Komen]
~Hidayah Fadzil~ Reply:
February 12th, 2010 at 1:25 AM
salam… betul tu ustaz.. bukan perkara mudah kita nak pastikan sume jiran2 tidak berada dalam keadaan kelaparan.. ape cadangan ustaz bagi kita yg seharusnya sedar dan sepatutnya mempraktiskan perkara ini?
[Balas Komen]
Imran Reply:
February 12th, 2010 at 6:51 AM
Cadangan supaya kita banyakkan bersedekah pada jiran
[Balas Komen]
Dijauhkanlah hendaknya dari sifat-sifat zalim…
.-= Anjung Web´s last blog ..15 Perkara Penyebab Bala =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
February 12th, 2010 at 2:22 PM
sama-sama minta dijauhkan….
[Balas Komen]
zalimnya aku ni…
.-= ery´s last blog ..Mari Berdisko =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
February 21st, 2010 at 10:08 AM
Sama-sama kita perbaiki, nobody is perfect except Rasulullah S.A.W
[Balas Komen]
nampak macam mudah tetapi sukar nak laksanakannya, tapi walau bagaimanapun kita kena buat semempu mungkin, jangan menzalimi diri sendiri dengn berlaku zalim kepada orang lain.
ardzham´s last [type] ..Cerita Semalam
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 27th, 2010 at 6:47 PM
@ardzham, Memang sukar kalau kita sudah mengalah dari awal.
[Balas Komen]