Adakah anda setuju dengan pendapat mengatakan bahawa semakin tua umur seseorang, semakin sukar untuk individu tersebut menghafaz al-Quran? Saya sendiri terkesan dengan pendapat ini. Apabila seseorang itu semakin tua, banyak sel-sel otaknya yang akan mati (teringat pada iklan susu di TV). Namun apabila saya terbaca mengenai artikel seorang perempuan tua berumur 82 tahun berjaya menghafaz 30 juzu’ al-Quran, semuanya berubah.
Perkara ini dilaporkan berlaku di Indonesia, nenek yang dinamakan Ummu Shalih telah bercita-cita untuk menghafaz al-Quran sejak dari kecil lagi. Namun beliau tidak dapat berbuat demikian kerana telah berkahwin pada usia 13 tahun. Beliau terpaksa menunda hasrat murninya tersebut sehingga semua anak-anaknya telah berkeluarga dan dewasa. Suami beliau meninggal dunia ketika anak-anaknya masih kecil, ini juga salah satu sebab beliau menangguhkan cita-citanya untuk menghafaz al-Quran.
Beliau mula menghafaz ketika berumur 70 tahun dan berjaya menamatkan hafazannya ketika berumur 82 tahun. Subhanallah!! Sungguh berdisiplin dan tabah nenek ini. Apakah kaedah yang beliau gunakan? Lebih kurang seperti yang telah saya terangkan dalam Kaedah Asas Menghafaz Siri 1. Beliau menghafaz sebanyak 10 ayat sahaja sehari. Saya ada juga terfikir bagaimana beliau menghafaz ayat 282 surah al-Baqarah?. Bacaan selanjutnya boleh rujuk di sini
Itu kisah seorang nenek tua berumur 82 tahun yang berjaya menghafaz al-Quran. Sekarang kita beralih kepada kisah seorang budak berumur 5 tahun yang telah berjaya menghafaz al-Quran. Nama beliau adalah Dr. Sayyid Muhammad Husein dari Iran. Beliau mula menghafaz al-Quran ketika berumur 3 tahun (anak saya umur 5 tahun baru mula belajar Muqaddam) dan khatam hafaz semasa berumur 5 tahun..!! Semasa berumur 7 tahun, beliau telah dianugerahkan ijazah kehormat Dr. dari salah sebuah Universiti di Eropah kerana kebolehan luarbiasanya :
- Bertutur dengan menggunakan ayat al-Quran.
- Dapat menjawab semua persoalan berkaitan al-Quran dan Tafsir.
Bacaan lanjut mengenai kisah beliau di sini
Apa yang ingin saya sampaikan ialah, umur dan tempoh masa bukanlah penghalang untuk menghafaz al-Quran. Sekiranya anda mempunyai minat dan keazaman untuk menghafaz, Insya Allah suatu hari nanti anda pasti akan berjaya. Lihat pada kedua-dua contoh yang telah saya berikan. Kecekalan dan kesungguhan nenek Ummu Shalih menghabiskan 12 tahun untuk menghafaz patut dicontohi. Bayangkan dalam usia begitu, beliau masih istiqomah dan bersungguh-sungguh untuk menghafaz. Inikan pula dalam umur 13-20 tahun yang masih segar dari ladang (majoriti umur pelajar pusat pengajian tahfiz).
Begitu juga cabaran bagi penjaga dan ibu bapa yang sudah mempunyai anak tetapi tidak memanfaatkan usia muda mereka ketika kecil untuk menghafaz al-Quran. Saya yakin, sekiranya minat menghafaz al-Quran dipupuk dari kecil. Anak-anak akan mampu menjadi al-Hafiz & al-Hafizah walaupun ia mengambil masa untuk mereka menghafaznya. Tidakkah anda sebagai ibu bapa teruja dengan kelebihan menghafaz al-Quran?
Lihat video dibawah :
p/s : Malaysia bila lagi nak mencipta rekod macam ni???




April 23rd, 2010
Imran 


Posted in
Tags: 










salam..another great entry..it inspires me to really work hard in finding ways to achieve that, haha, surely not for me, but for my children..do u think it is possible for malaysian?? what are the differences between us and them?? i heard that arabian were given a special gifts which is amazing memorization skills..hmm..what ever it is, must be bi izni-allah, right??
.-= izzudin´s last blog ..Pengajaran dari satu Tamparan =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 2:02 PM
@izzudin, Memang orang arab ada kelebihan ingatan berbanding masyarakat Melayu. Tapi sekiranya dilatih, boleh Insya Allah
[Balas Komen]
umor semuda dan setua mana pon boleh menghafaz al-quran,yg penting tabah,usaha dan minat dalam pembacaan al-quran.huhuhu
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 2:03 PM
@apiih, Betul tu, tiada halangan dan cabaran bagi umur tua atau muda. Cuma waktu umur tua, lambat la sikit nak menghafal, enjin kena overhaul selalu
[Balas Komen]
niat dan keinginan tu yag jadi pendorong tu kan..juga hidayat dan kemudahan yg Allah barikan kepada mereka yang berminat untuk menghafal….memang kagum dengan mereka yg berjaya
.-= etomyam´s last blog ..Cuti Panjang Baru Bermula =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 5:24 PM
@etomyam, Saya kagum betul dengan kesungguhan nenek dari Indonesia tu. Mula menghafal dari umur 72 tahun..!!
[Balas Komen]
kalau budak 2 kena didik awal dari perut nie…..
.-= ishak´s last blog ..Apa bestnya menghasilkan video slide show dengan cyberlink power director ? =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 5:28 PM
@ishak, Macam itu lah sebaiknya. Semasa dalam kandungan ibu & ayah dah selalu perdengarkan bacaan al-Quran. Sebaiknya ibu & ayah sendiri yang membacanya. Bukan guna CD atau MP3
[Balas Komen]
ini akan menjadi inspirasi…
.-= Mus´s last blog ..Hari Ini Aku Ber’Blogspot’! =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 5:29 PM
@Mus, Alhamdulillah
[Balas Komen]
banyak kelebihan yang diperolehi apabila menghafal alquran ni..salah satunya adalah mayat seorang hafiz tidak akan reput didalam kubur nanti..allahuakbar..
.-= Thoha´s last blog ..Tidur Sekejap Waktu Tengah Hari =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 5:31 PM
@Thoha, Sebenarnya penghafaz al-Quran bukan nak kejar fadilat itu. Antara kelebihan yang cukup membuatkan penghafaz al-Quran teruja ialah syafaat kepada 10 orang ahli keluarga
[Balas Komen]
salam..
Subahanallah terang sungguh hati yang sentiasa dekat pada Al-quran..hatu terasa lapang selalu..
.-= suri´s last blog ..Lari ke KL Sekejap.. =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 5:35 PM
@suri, Seronok dapat tengok anak-anak kecil jadi hafiz dan hafizah.
[Balas Komen]
sekiranya ada niat untuk menghafaz, tak kisah la pasal umur sekali pun, ia adalah satu kebaikan yang akan kita perolehi kelak..
.-= Mr.Z´s last blog ..Makan Otak Monyet? Menjijikkan! =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 5:39 PM
@Mr.Z, Banyak kelebihan menghafaz ni. Tidakkah anda mahu menjadi VIP Allah di bumi?
[Balas Komen]
insyallah Allah akan permudahkan kepada sesiapa yang ada azam nak hafaz. yang penting kena istiqamah ..
.-= zik´s last blog ..Kenapa manusia berperang?? =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 5:40 PM
@zik, Dah ada keazaman dan niat pun sudah dikira bagus. Ditambah dengan istiqamah dan kesungguhan. Insya Allah berjaya
[Balas Komen]
benar. umur bukan halanga, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.
.-= Omar´s last blog ..Perbandingan Maxis Broadband dan P1 Wimax =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 5:49 PM
@Omar, Betul…! Siapa berusaha pasti berjaya
[Balas Komen]
salam tuan imran..
hai lama benar menyepikan diri..huhu sihat ke tidak ni?
amalkan makan krismis selalu pun bai k juga utk minda kita ni kan
.-= suri´s last blog ..“Apa kamu buat dengan Ayat Syifa?” =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 5:54 PM
@suri, Salam, alhamdulillah saya sihat. Banyak kekangan masa dan masalah internet slow
sabtu lepas ada kenduri adik ipar bertunang.
p/s : Makan kismis memang elok
[Balas Komen]
hmm.. meniup semangat gakk rr post kali nie. sebab aku pun cam daa ingat sket2 juz 29.. pasnie bleh rr tambahkan lagi ilmu.. hoho!
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 27th, 2010 at 5:56 PM
@samanosuke_04, Baguslah kalau berjaya membakar semangat anda. Memang itu tujuan sebenar entri ini ditulis
[Balas Komen]
Rasanya diri ni pun dah berkarat sedikit.. nenek itu telah memberi inspirasi dan motivasi.
.-= nuaeman´s last blog ..AWAS : Blog Agen Dajjal! =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 5th, 2010 at 4:48 PM
@nuaeman, Nenek yang menjadi pembakar semangat bagi orang-orang muda yang berazam nak menghafaz al-Quran.
[Balas Komen]
bagusnya mereka..
.-= Hafiz Mohd´s last blog ..Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2010 =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
May 8th, 2010 at 9:18 AM
@Hafiz Mohd, Lagi bagus kalau kita mendapat inspirasi dari mereka. Jadikan mereka sebagai pencetus motivasi perubahan.
[Balas Komen]