Penghinaan Terhadap Al-Quran

Penghinaan al Quran

Pada 10 September lepas, Paderi Terry Jones dari the Dove World Outreach Centre di Florida, Amerika Syarikat telah merancang suatu program untuk membakar al-Quran sebagai memperingati tragedi 11 September 2001.

Kebanyakan media massa, laman web, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) meluahkan rasa tidak puas hati dan marah terhadap tindakan paderi tersebut.

Memang patut perkara ini menjadi isu besar bagi mana-mana individu yang beragama Islam di seluruh dunia kerana ianya merupakan satu penghinaan terhadap al-Quran.

Tetapi dalam keadaan yang sama, sedarkah kita bahawa kebanyakan individu Muslim juga menghina al-Quran.

Saya lontarkan beberapa persoalan di bawah :

  1. Rumah anda mempunyai sekurang-kurangya 1 mushaf al-Quran.
  2. Berapa banyak bilangan mushaf di rumah anda?
  3. Adakah Mushaf anda kelihatan masih seperti keadaan asal?

SOALAN PERTAMA

Jika anda menjawap soalan tersebut dengan jawapan ya. Alhamdulillah, anda mungkin terlepas dari golongan yang BOLEH DIKATAKAN menghina al-Quran.

Mengapa? Adakah salah jika saya menyatakan bahawa individu yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya 1 mushaf al-Quran dirumahnya adalah individu yang menghina al-Quran?

Bukanlah maksud saya menghina di sini adalah seperti apa yang dicadangkan oleh Paderi Terry Jones. Namun, adakah layak anda digelar Muslim jika tidak mempunyai sebarang mushaf al-Quran di rumah?

Paling tidak pun, mushaf yang diberi semasa hantaran perkahwinan (trend zaman moden).

SOALAN KEDUA

Al Quran Cantik 300x225

Soalan ini pula adalah rentetan daripada persoalan pertama. Alhamdulillah, jika anda mempunyai lebih dari 1 mushaf al-Quran di rumah. Maka, sudah pasti anda seorang yang prihatin terhadap al-Quran.

Katakan jika isi rumah anda adalah seramai 3 orang. Setiap seorang mempunyai al-Quran mereka sendiri (tidak termasuk Muqaddam dan buku Iqra’).

Betapa cantik dan indahnya sekiranya setiap isi rumah mempunyai mushaf tersendiri.

Tidakkah anda merasa malu jika hanya berkongsi sebuah mushaf al-Quran dengan isi rumah seramai 13 orang??? Sedangkan setiap isi rumah mempunyai sebuah kereta dan komputer peribadi sendiri???

Kini, ramai yang mempunyai hobi suka mengumpul koleksi mushaf al-Quran. Bagus jika ianya digunakan dan dibaca.

Apa yang mendukacitakan ialah mushaf al-Quran tersebut hanya sekadar koleksi hiasan dan pameran sahaja di rumah. Bukan untuk dibaca…!!

SOALAN KETIGA

Usang

Soalan ini juga mempunyai kaitan terhadap soalan sebelum ini. Bagus dan tahniah diucapkan jika anda mempunyai sekurang-kurangya 1 mushaf al-Quran di rumah.

Begitu juga tahniah dan syabas diucapkan kepada golongan yang mempunyai yang mempunyai bilangan mushaf yang banyak di rumahnya.

Namun, persoalan yang lebih penting dan kemuncak kepada ketiga-tiga pertanyaan ini adalah jawapan kepada soalan ketiga ini.

Jika anda menjawab bahawa mushaf yang kepunyaan anda di rumah sudah lusuh dan “kembang” (bukan sebab kembang kerana terkena air hujan). Maka, saya yakin dan percaya, anda pasti membaca sekurang-kurangnya 5 kali sehari mushaf tersebut (dengan andaian sehelai setiap kali selepas solat 5 waktu).

Mushaf al-Quran yang selalu dibaca dan digunakan akan mempunyai tanda dan kesannya. Janganlah anda berlagak mengatakan “saya banyak baca al-Quran” sedangkan mushaf al-Quran yang anda pegang dan gunakan seolah-olah baru sahaja dibeli semalam.

Kadang-kadang, saya merasa sedih dan dukacita melihat mushaf al-Quran yang diwaqafkan di masjid-masjid dan surau-surau kerana ianya tidak mempunyai langsung tanda-tanda digunakan.

Sekiranya individu yang mewaqafkan mushaf tersebut mengetahuinya. Sudah pasti beliau akan mewaqafkan mushaf tersebut ke masjid-masjid dan surau-surau yang lebih memerlukan.

KESIMPULAN

Jangan berbangga dan bermegah-megah dengan mushaf yang banyak di rumah. Boleh jadi, ianya merupakan 1 penghinaan terhadap al-Quran.

Seperti yang saya katakan tadi. Kadang-kadang kita terlebih emosi melihat tindakan kuffar dan golongan yang benci terhadap Islam. Namun dalam keadaan yang sama, kita sendiri tidak sedar bahawa kita menghina al-Quran.

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel

pixel
share save 171 16
You can leave a response, or trackback from your own site.

47 Responses to “Penghinaan Terhadap Al-Quran”

  1. rashid says:

    Penghinaan ini juga membuka mata sesetengah umat Islam tentang bertapa pentingnya menghormati alQuran dengan membaca dan memeliharanya. Apa yang paderi itu buat pun dengan keizinan Allah, tapi kita sebagai Muslim, kena ambil iktibar…wallahualam..
    rashid´s last [type] ..Masih Pening Dengan Pelan iPhone 4 Maxis

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @rashid, Benar, tetapi ramai yang tidak sedar dengan sikap diri sendiri menghina al-Quran. “Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak” :D

    [Balas Komen]

    Eddy Reply:

    @Imran, betul kata encik imran,
    banyak dok sibuk2 tgk hal luar,padahal sekeliling kita pon banyak lg kekurangan.lagipon bende ni cam bermusim je klo kita tgk,,lepas kes ni,,senyap la jadinye,,,pastu kuar kes baru,,mula la nak kempen boikot sana sini balik,,,
    Eddy´s last [type] ..Advertising: Self Promotion

    [Balas Komen]

  2. hehe, ada moralnye jugak post nie.. mostly kita marah kat orang kafir sebab hina Quran.. tapi kita tak sedar kite sendiri pun tengah hina Quran… haha, nice post!

    mintak permisi nak republish post sebegini rupa dengan gaya penulisan tersendiri bleh?
    samanosuke_04´s last [type] ..Ape komen korang tentang ‘Teacher Shida’

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @samanosuke_04, Memang kita selalu nampak salah orang lain sahaja. Silakan nak copy asalkan beri kredit :D
    Imran´s last [type] ..Hari Raya dan Isu Berkaitan

    [Balas Komen]

  3. hjhzae says:

    Salam Ustaz,

    Apa yg dia dpt melalui tindakan nya nih. Baru2 ni saya ada menerima email
    yg paderi telah terlibat dlm satu kemalangan dan mati di tempat kejadian. Wallahua’alam. Mungkinkah itu memberi pengajaran pada yang lain?
    hjhzae´s last [type] ..Bunga Serai- Apakah di Sebaliknya

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @hjhzae, Saya juga ada terbaca mengenai perkara tersebut, namun belum dapat dipastikan. Mudah-mudahan mereka yang menghina al-Quran akan mendapat balasan setimpal.
    Imran´s last [type] ..Iklan Hari Raya Kontrovesi

    [Balas Komen]

  4. hyprobulksms says:

    Peristiwa 9/11 tu hanyalah konspirasi, mereka memang sudah mengetahuinya.

    Perbuatan durjana yang mahu dilakukan hanyalah untuk menghina islam.
    hyprobulksms´s last [type] ..Gagal menjual dengan affiliate Mengapa

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @hyprobulksms, Memang mereka sengaja mencari alasan untuk menghina al-Quran dan Islam

    [Balas Komen]

  5. nadhirah says:

    saya sokong dgn hujah abg2 kat atas…tidak semua org islam yg taat pada al-quran.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @nadhirah, Itulah realiti dalam masyarakat sekarang.
    Imran´s last [type] ..Penghinaan Terhadap Al-Quran

    [Balas Komen]

  6. di negara saya juga jadi hot topic
    Mobil Keluarga Ideal Terbaik Indonesia´s last [type] ..By- Faktor yang Mempengaruhi Perilaku Konsumen Ilmu Psikologi Artikel Psikologi Online

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Mobil Keluarga Ideal Terbaik Indonesia, Betul, isu ini bukan hanya di Malaysia sahaja. Bahkan di seluruh dunia!!
    Imran´s last [type] ..Kaedah Mencari Muka Surat Setiap Awal Juzuk Al-Quran

    [Balas Komen]

  7. Mus says:

    banyak lagi penghinaan yang dilakukan..
    orang kita sahaj ramai yang buat tak tahu

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Mus, Memang banyak tapi apa yang saya senaraikan di atas adalah yang paling banyak dilakukan.
    Imran´s last [type] ..Kenangan Manis Di Bulan Ramadhan

    [Balas Komen]

  8. Hadi Rofiee says:

    Gambar di atas tu benar ka? Aduh, sakit hati tengok. :angry:

    [Balas Komen]

  9. saiful says:

    Bila islam dihina org barat kita marah
    bagaimana bila islam dihina oleh org kita semdiri
    Islamic fashion Festival .. penaungnyer Rosmah Mansur isteri Pm
    Arah maner kah sentiviti kita >>>

    [Balas Komen]

  10. Ali ridha says:

    Kejadian 11 september tu.
    depa yang rancang.saja
    nak salah kan orang Islam.
    Ali ridha´s last [type] ..Malaysian hacked into US Fed- prosecutors

    [Balas Komen]

  11. MDHAFiZ.NET says:

    setiap org islam harus membawa al quran kemana sahaja mereka pergi…

    [Balas Komen]

  12. Busu.com says:

    Kafir selalu mencari peluang untuk menghapus Islam…janganlah kita cepat melatah….

    [Balas Komen]

  13. 5sal says:

    kita perlu menguatkan kembali rohani kita, bermula dgn ank2 kita,didikla mereka dgn agama sebaeknya, dan kurg kn hiburan yg melalaikan……..

    [Balas Komen]

  14. arif says:

    semoga mereka yg menghina ini akan mendapat balasan diakhirat kelak…amin…

    [Balas Komen]

  15. Perbuatan durjana yang mahu dilakukan hanyalah untuk menghina islam.

    [Balas Komen]

  16. YusNor says:

    assalamualaikum.. entri yg bagus dan membuka minda. sebolehnya istiko’mah membacanya, cuba memahami dan mengamalkan isi kandungannya. sesungguhnya sgt besar ganjaran membaca al-Quran. setiap huruf diberi 10 kebaikan. andaikata mempunyai kesukaran membacanya yakni kurang fasih, maka digandakan pahalanya. 1 utk pahala membaca dan 1 lagi utk pahala kesukaran membaca.
    YusNor´s last [type] ..Balasan Meninggalkan Solat Asar

    [Balas Komen]

  17. Freak Tips says:

    Banyak lagi penghinaan yang tidak di tontonkan.. benar sabda nabi dalam satu hadis. Ummat islam akhir zaman ramai tetapi tidak mampu melakukan apa2. Islam di persenda berbagai rupa, Nabi di lukis.. Wallahuallam

    [Balas Komen]

  18. laici says:

    ermm.. kadang2 umat islam sendiri tidak sedar mereka sendiri turut menghina al-quran itu sendiri.. ermmm..
    laici´s last [type] ..Making Money Is a Mindset

    [Balas Komen]

  19. madah says:

    zaman sekarang, kalau boleh kekalkan baca Al-quran sekali sehari lepas Isya’ pun alhamdulillah..keje sampai petang balik dah dekat malam, lepas sembahyang main ngan anak jap pastu nk rehat lagi…semoga dibukakan pintu hati oleh Allah s.w.t..

    [Balas Komen]

  20. ZouL says:

    macam2 kejadian dunia sekarang ni..sampai nak bakar2 quran lak..tak hormat agama orang lain betul

    [Balas Komen]

  21. Hanif says:

    Allah nak turunkan bala bila2 masa sahaja….supaya manusia sentiasa berfikir sebelum bertindak

    [Balas Komen]

  22. ini memang ironi, kita lebih sering terprovokasi oleh tindakan kaum kafir terhadap Al Quran, sementara diri sendiri jarang membacanya…
    Grosir Jilbab Tanah Abang´s last [type] ..Jilbab Segitiga Kaos Renda

    [Balas Komen]

  23. yayang says:

    alhamdulilah saya tidak termasuk golongan yang menghina alquran.
    yayang´s last [type] ..Cara Mengobati Penyakit Jantung

    [Balas Komen]

  24. eddie says:

    yang memang dah melampau…sesuka hati je nak hina AL-Quran…

    [Balas Komen]

  25. Toon Army says:

    melampau dah ni!
    Toon Army´s last [type] ..10 Hair Care Myths And Facts Exposed

    [Balas Komen]

  26. orang kafir sudah bereani hina2 islam ni..lepas ni ape lg..marilah kita bersatu wahai umat islam..amin

    [Balas Komen]

  27. deen says:

    ini satu penghinaan kepada ISLAM…celaka lah keatas mereka

    [Balas Komen]

  28. ya allah kau laknak org kafir
    Monster High Venus McFlytrap Doll´s last [type] ..Monster High Venus McFlytrap Doll

    [Balas Komen]

  29. getinfo says:

    info yang berguna untuk diri saya

    [Balas Komen]

  30. mcm2 la orng kfir skrng ni,
    x hbis nak cari psal.

    [Balas Komen]

  31. komen saya biarkan saje,
    mereka hina Allah
    pabila hina ISlam lepas nie kena balik kat mereka
    travel ke mana saje´s last [type] ..ABCs of Adventure Travel

    [Balas Komen]

  32. ano says:

    mcm2 kafir buat kat org Islam skrang…

    [Balas Komen]

  33. Mazuhan says:

    Penghinaan ini seharusnya menjadi ‘wake up call’ untuk kita bermuhasabahkan diri. Berapa kali dalam sehari kita membaca Al-Quran?
    Mazuhan´s last [type] ..Kesihatan Seksual dan Masalah Mati Pucuk

    [Balas Komen]

  34. firdaus says:

    Org kafir memang selama2nya tidak akan senang dengan islam…..mereka akan berusaha untuk menghancurkan islam….justeru itu,,kita sbgai umat islam harus bangkit dgn menjadikan al-quran sbgai pegangan dan sumber kekuatan…:)
    firdaus´s last [type] ..Proactol Review-Is Proactol a Scam or Does it Really Work?

    [Balas Komen]

  35. nojhere says:

    Akhir zaman, mcm2 yg berlaku…perbetulkan diri, pertahankan agama kita!
    nojhere´s last [type] ..His Financial Goals: Saving More and Paying Down Credit Card Debt

    [Balas Komen]

  36. yg pling menghina al quran bila kta ajaran dlm quran dh ta relaven dengan zaman skunk bg sy tu lg menhina dan lebey truk klau kutuk hukum dlm quran
    Natasya Liyana´s last [type] ..Is Managed Web Hosting Right for You?

    [Balas Komen]

  37. semoga orang yg menghina alquran diberi kesadaran

    [Balas Komen]

  38. Jeannette says:

    Perkara seperti ini memang tidak boleh dimaafkan, dan akhirnya akan menimbulkan kekacauan di dunia ini. Kita seharusnya menghormati agama orang lain…

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 12 + 6 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music