Majlis Menghafaz Al-Quran Kebangsaan 2010

majlis menghafaz(Gambar Hiasan)

Pada hari Ahad 25 April 2010 lepas tamatlah Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang diadakan di MITC Melaka. Tahun ini giliran Melaka menjadi tuan rumah. Seramai 3 orang pelajar dari Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan [ITQAN] telah mewakili Negeri Sembilan dalam 2 kategori, iaitu kategori juzuk 1-10 (2 orang) dan 1-20 (seorang). Walaubagaimanapun, wakil Negeri Sembilan tidak mendapat tempat dalam pertandingan kali ini.

Adalah diharapkan agar peserta yang akan memasuki Majlis Menghafaz pada tahun-tahun akan datang supaya lebih bersedia dari segi bacaan, hafazan dan persembahan. Semoga sejarah akan berulang kembali. Pernah suatu ketika, johan bagi setiap kategori bahagian lelaki disandang oleh wakil Negeri Sembilan. Saya tidak pasti bila kerana pada tahun tersebut, saya sedang menyambung pelajaran di Mesir.

Pelajar ITQAN yang mewakili Negeri Sembilan tersebut ialah :

  1. Muhammad Zuhairi bin Abdul Ghapar (Semester 1) Kategori 1-10 juzuk
  2. Ibrahim bin Ahmad Nurman (Semester 3) Kategori 1-20 juzuk
  3. Nurhumaira binti Hazman (Semester 3) Kategori 1-10 juzuk

Hadiah pada Majlis Menghafaz Al-Quran pada tahun ini agak menarik iaitu pakej menunaikan haji dan umrah selain dari hadiah wang tunai yang agak lumayan.

Keputusan Penuh Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2010.

Kategori 1-30 juzuk (Lelaki) :

  1. Ahmad Mujahid Salleh Sani (Wilayah Persekutuan) : 97.88%
  2. Muhammad Hariz Syazwan Mohd. Ariffin (Kelantan) : 97.85%
  3. Mohd. Labib Mohamad Anuar (Selangor) : 94.93%

Kategori 1-30 juzuk (Perempuan) :

  1. Siti Nadhira Mohd. Shafie (Selangor) : 97.33% Peserta Terbaik Perempuan
  2. Mazian Abu Bakar (Wilayah Persekutuan) : 94.83%
  3. Siti Farhana Zainudin (Melaka) : 86.75%

Kategori 1-20 juzuk (Lelaki) :

  1. Mohamad Iqram bin Niyaz Ahmad (Kelantan) : 97.80%
  2. Mohd Fida’iy bin Zainal Abidin (Kedah) : 95.70%
  3. Muhamad Khairul Razikin bin Abdul Razak (Sabah) : 95.08%

Kategori 1-20 juzuk (Perempuan) :

  1. Farah Nabilah binti Aminudin (Selangor) : 95.75%
  2. Khairunnisa binti Zaini (Johor) : 94.63%
  3. - Nur Amalina binti Azharuddin (Melaka) : 91.80%

Kategori 1-10 juzuk (Lelaki) :

  1. Ahmad Tirmizi bin Haji Ali (Terengganu) : 99.19% Peserta Terbaik Lelaki
  2. Muhammad Haikal bin Mohd Haris (Melaka) : 97.58%
  3. Muhammad Naazir bin Sheik Alaudeen (Selangor) : 96.42%

Kategori 1-10 juzuk (Perempuan) :

  1. Farihah binti Zulkifli (Wilayah Persekutuan) : 96.04%
  2. Siti Hajar Nabilah binti Mohd Darha (Selangor) : 95.22%
  3. Zainab binti Sapiuddin (Sabah) : 94.80%

Untuk berita lebih lanjut anda boleh membaca petikan dari akhbar Metro.

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
pixel
share save 171 16
You can leave a response, or trackback from your own site.

21 Responses to “Majlis Menghafaz Al-Quran Kebangsaan 2010”

  1. apiih says:

    tahniah buat semua..satu kejayaan buat dunia dan akhirat..huhu

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @apiih, Terkenang semasa memasuki majlis menghafaz peringkat kebangsaan dahulu. Masa tu saingan tak seperti sekarang. Tengoklah markah peserta terbaik : 99.19%

    [Balas Komen]

    JHafiz Reply:

    @Imran, tak heran. sebab memang dah mantap. diploma tahfiz jakim. lepasan Shoubra pengkhususan Qiraat pndai tarannum plk. Mesti kuat talaqqi Ust Mizi tu.
    .-= JHafiz´s last blog ..New Chelsea FC Home Kit Adidas 10/11 =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @JHafiz, Memang mantop bacaan beliau. Bayangkan markah macam tu…!!

    [Balas Komen]

  2. suri says:

    salam singgah..
    harap2 melaka dapat menggondol anugerah tersebut..AMIN..heehee

    baca Al-Quran hati tenang..syahdu..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @suri, Majlid dah berakhir dah pun. Melaka ada jugak dapat tempat. :D

    [Balas Komen]

    suri Reply:

    @Imran, jemputlah ke blog saya

    [Balas Komen]

  3. Wan Perlis says:

    inilah yang kita mahukan
    bukan majlis akademi fantasia
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Soaljawab bersama Wan Perlis =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Wan Perlis, Majlis macam ni tak dapat banyak sambutan macam AF :(

    [Balas Komen]

    suri Reply:

    @Imran, benar tu..sokong pdpt tuan..kcwa juga..

    af dgn mentor dua versi yang tdk mendatangkan kebaikan tapi byk keburukan darinya..huhuhu..

    [Balas Komen]

  4. zool says:

    Perasan majlis ni tapi tak teringat plak nak pegi..
    Terukkan.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zool, Biasanya ramai akan hadir pada malam penutup je :D

    [Balas Komen]

  5. zik says:

    markah semua tinggi2… kalau zik..dapat berapa agaknya… tajwid pun salah …
    .-= zik´s last blog ..Amukkan Belalang Juta: Mutasi, kemarahan kepada manusia atau lumrah alam? =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zik, Markah bertambah kerana mutu bacaan semakin meningkat. Zik pun boleh kalau ada usaha. Tajwid boleh diperbetulkan :D

    [Balas Komen]

  6. Amir says:

    saya kena lancarkan bacaan al-quran la. sebab skg tak lancar sgt… susah nak hafal kalau x lancar kan.
    .-= Amir´s last blog ..2 Pengulas Tegar Bakal Menerima Hadiah Istimewa Dari Australia =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Amir, Tak lancar tak apa. Asalkan ada kesungguhan untuk membacanya. Orang yang membaca al-Quran tersangkut-sangkut akan dapat pahala 2x ganda dari orang yang baca al-Quran perfect. Pertama pahala kerana membaca dan kedua pahala kerana bersungguh-sungguh membaca al-Quran walaupun tersangkut-sangkut.

    [Balas Komen]

  7. Salam.

    Sekalung ucapan syabas dan tahniah kepada semua peserta ITQAN yang mengambil bahagian.

    InsyaAllah,semoga berjaya pada masa akan datang.

    Wallahu a’lam.
    .-= aishah jauhara´s last blog ..Syurga di sebelah kananku.. Neraka di sebelah kiriku.. AKU??! =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @aishah jauhara, Tahniah juga kepada anda. Tahun-tahun akan datang masih ada :D

    [Balas Komen]

  8. Salam Imran. Perkongsian yang bagus kerana saya pun tak sempat nak mengikuti tentang hafazan ni. Bagusnya peserta terbaik tu saya kenal sebab adik kepada kawan saya Mohd Hafas Hj. Ali, Naib Johan Finalis Akademi Al-Quran 2. Tahniah kepada yang berjaya. Bukan mudah nak jaga hafalan dalam dunia mencabar hari ini.
    .-= Motivasi Kerja´s last blog ..Metodologi Menangani Stres (6) =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Motivasi Kerja, Memang tak ramai dan tak meluas maklumat mengenai perkara ini.

    [Balas Komen]

  9. hamba says:

    Alhamdulillah…ramainya yang hafaz al-Quran…

    Ada x majlis MEMAHAMI al-Quran?

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 5 + 9 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music