Kepentingan Khatam Al-Quran

khatam

Pada bulan April lepas, 2 orang pelajar saya telah berjaya mengkhatamkan hafazan mereka. Alhamdulillah, selesai akhirnya tanggungjawab mereka untuk menamatkan hafazan sebanyak 30 juzuk. Saya juga bersyukur kerana telah berjaya membimbing mereka berdua sehingga akhir. Walaubagaimanapun, tanggungjawab mereka setelah tamat khatam hafaz akan menjadi lebih berat lagi. Seperti yang telah saya maklumkan dalam entri lepas. “Menjaga hafazan adalah lebih sukar dari menghafaznya”. Renungi hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi :

“Ditunjukkan kepadaku pahala-pahala umatku hingga (pahala) kotoran yang dikeluarkan seseorang dari Masjid. Dan ditunjukkan kepadaku dosa-dosa umatku. Maka tidaklah kulihat dosa yang lebih besar daripada surah atau ayat dari Al-Quran yang dihafaz oleh seseorang, kemudian dilupakannya.”

Untuk mengelakkan daripada dihindari penyakit lupa tersebut, seorang penghafaz al-Quran hendaklah melazimi mengulangkaji hafazannya atau dalam istilah mudahnya “Murajaah”. Perkara ini merupakan rutin harian dalam hidup penghafaz al-Quran. Berapa banyak yang perlu dibaca atau Murajaah dalam sehari? Tiada disiplin atau jadual khas dalam menentukan perkara ini. Semuanya terpulang pada individu tersebut. Namun, ulama’ terdahulu telah memberikan kita beberapa panduan untuk memudahkannya.

Ibnu Abi Daud menyatakan bahawa sebahagian mereka mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh dua bulan sekali. Ada juga yang mengkhatamkannya dalam tempoh sebulan sekali. Selain dari dua pendapat tersebut ada beberapa lagi pendapat mengenai tempoh masa mengkhatamkan al-Quran :

  1. Sepuluh hari sekali.
  2. Lapan hari sekali.
  3. Tujuh hari sekali. (Usman bin Affan, Abdullah bin Mas’ud, Zaid bin Thabit, Ubai bin Ka’ab, Abdul Rahman bin Zaid, Alqamah dan Ibrahim.)
  4. Enam hari sekali.
  5. Lima hari sekali.
  6. Empat hari sekali.
  7. Tiga hari sekali.
  8. Dua hari sekali.
  9. Satu hari sekali.  (Usman bin Affan, Tamim Ad-Daariy, Said bin Jubair, Mujahid dan As-Syafi’i)
  10. Dua kali sehari.
  11. Tiga kali sehari. (Abu Bakar bin Abu Daud, Sali bin Umar iaitu Qadhi Mesir di zaman Mu’awiyyah)
  12. Lapan kali sehari. (Ibnu Khatib mengkhatamkan al-Quran empat kali pada waktu siang dan empat kali pada waktu malam)

Diriwayatkan oleh As-Sayyid, Ahmad Ad-Dauraqi dengan isnadnya dari Manshur bin Zaadzan seorang tabi’in ahli ibadah bahawa dia mengkhatamkan Al-Quran di antara waktu Zuhur dan Asar, kemudian mengkhatamkannya pula antara Maghrib dan Isyak pada bulan Ramadhan dua kali. Mereka mengakhirkan sembahyang Isyak pada bulan Ramadhan hingga berlalu seperempat malam.

Diriwayatkan dari Manshur, katanya: “Ali Al-Azadi mengkhatamkan al-Quran di antara Maghrib dan Isyak setiap malam pada bulan Ramadhan.”

Diriwayatkan dari Ibrahim bin Said, katanya: “Ayahku duduk sambil melilitkan serbannya pada badan dan kedua kakinya dan tidak melepaskannya hingga selesai mengkhatamkan al-Quran.”

Adakah anda mampu berbuat seperti amalan para Sahabat dan ulama’ terdahulu? Untuk mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh sebulan pun sudah dikira cantik dan bagus. Inikan pula lapan kali sehari!! Secara peribadi, saya mencadangkan agar penghafaz al-Quran mengkhatamkan murajaah dalam tempoh 10 hari iaitu bacaan sebanyak 3 juzuk dalam sehari. Bacaan ini juga dicadangkan oleh Ustaz Shafie bin Shaari. Namun, adalah lebih baik sekiranya anda dapat mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh 3 hari. Semuanya bergantung pada disiplin dan istiqomah.

Rujukan : At-Tibyan Fi Adab Hamalatul Quran

kali dalam setiap dua bulan, manakala setengah dari mereka

mengkhatamkan Al-Qur’an dalam setiap bulan.

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
pixel
share save 171 16
You can leave a response, or trackback from your own site.

20 Responses to “Kepentingan Khatam Al-Quran”

  1. Hafiz Mohd says:

    masyaAllah.. saya belum lagi khatam al Quran..
    mungkin nasib saya begini..sejak kecil saya x tahu ajaran Islam dgn sempurna sehinggalah saya masuk tingkatan 3-4.. saya bertemu dgn seorang ustazah yg baik hati yg sampai sekarang saya masih anggap dia sebagai mak angkat saya. dan saya masih ingat lagi ketika di tingkatan 2, bila ustazah suruh saya jadi imam, saya x tahu. solat zuhur ada 4 rakaat dan sy terlupa duduk tahiyat awal. seluruh form 2 ketawakan saya.Nasib baik ustazah itu cover saya. malunya… :(

    p/s: bagus betul blog ini. x sia2 saja lawat setiap hari..teruskan usaha dakwah itu..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Hafiz Mohd, Masih ada masa untuk anda berusaha mengkhatamkan al-Quran. Biar lambat asalkan khatam :D

    [Balas Komen]

  2. apiih says:

    tahniah buat 2 org ank didik bro imran,semoga mereka dapat menjaga hafazan buat selamanya..memang betol,Menjaga hafazan adalah lebih sukar dari menghafaznya
    .-= apiih´s last blog ..Tulang Manusia Dijadikan Seni =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @apiih, Sekarang saya sedang memantau mereka supaya dapat disiplinkan diri murajaah secara konsisten :D

    [Balas Komen]

  3. ery says:

    sy dah khatam sekali…
    tp cam nak khatam lg…
    uhuuh
    .-= ery´s last blog ..Lukisan Pensil 3D =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @ery, Khatam berkali-kali apa salahnya :D

    [Balas Komen]

  4. hafizmd says:

    Subhanallah..moge usaha bro imran terus diberkati dan kami semua dapat sesuatu yg berharga dari perkongsian ni..thanks bro..
    .-= hafizmd´s last blog ..Abah..kami sayang abah =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @hafizmd, Saya sedang berusaha untuk menulis entri berkaitan al-Quran. Doakan agar saya diberi kekuatan.

    [Balas Komen]

  5. zik says:

    berterusan insyallah….biar sikit janji ada progressnya..
    .-= zik´s last blog ..Cara nak lebatkan rambut. =-.

    [Balas Komen]

  6. T.kasih atas pekongsian. sy pun tak ingat bila last khatam Quran. Mybe masa blajar kat U dulu kot.
    .-= Azizi Zulkefli´s last blog ..Perisian Sumber Terbuka Untuk Sistem Operasi Windows =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Azizi Zulkefli, Kalau dapat upgrade sekurang-kurangnya khatam 1 tahun sekali pun tak mengapa.

    [Balas Komen]

  7. suri says:

    ALHAMDULILLAH..
    bacaan ayat suci al-quran mmg indah sekali :)
    .-= suri´s last blog ..Perlu Sangat Ke Kita Mandi Tiap – Tiap Hari? =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @suri, Bacalah al-Quran diwaktu lapang dan jadikan ia amalan seharian.

    [Balas Komen]

  8. Fazreen says:

    Alhamdulillah..sy doakan abg berjaya bimbing lebih ramai org lagi mungkin termasuk saya.

    Orang zaman sekarang bila dah khatam terus lupakan Al-Quran..contohnya saya lah..sy khatam umur 12 thn..sejak tu dh jarang baca..bertambah teruk bila dah habis sekolah…lagi bertambah jarangnya..kdg2 tak langsung..

    bukan nk buka pekung didada tapi sebagau renungan.. :)

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Fazreen, Alhamdulillah, tahniah kerana telah mendapat cetusan kesedaran dari entri ini. Semoga anda mendapat Taufik dan HidayahNya untuk terus mendampingi al-Quran.

    [Balas Komen]

  9. Cik Norfa says:

    saya dah khatam sekali waktu sekolah dulu…
    tapi mak kate nanti nak kawen elok lagi diadakan majlis khatam Quran…
    ade ke majlis macam tu sebenarnya..?maksudnya dia ada beberapa surah yang perlu dibaca untuk khatam Quran.
    .-= Cik Norfa´s last blog ..Sila undi saya ye! =-.

    [Balas Komen]

  10. ishak says:

    nak khawin mesti khatam al quran..kalau tak susah nanti…
    .-= ishak´s last blog ..Anak siapakah si kecil ini ? =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @ishak, Tak juga bro. Itu adat je khatam kalau nak kawen. Sebenarnya bila-bila masa pun boleh khatam al-Quran :D

    [Balas Komen]

  11. aisara says:

    salam sume..

    sy blom khatam lg, tp jikalau sy bce sndri al quran smpy abis(tnpa guru)..adakah itu dikira khatam jgak..

    dh lame sy pendam prtanyaan neh..mtk tolong kalau sape yg tau..
    makaseh byk2

    [Balas Komen]

  12. mohammad nazarudin says:

    dosa tak, kalau tidak khatam al-quran?

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 11 + 9 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music