Kelebihan Menghafaz Al-Quran

hafizamma

Sudah agak lama saya tidak menulis di blog ini kerana kekangan kerja yang banyak. Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai kelebihan menghafaz al-Quran. Sebelum ini saya ada berkongsi sedikit kelebihan membaca dan mendengar al-Quran. Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :

  • Ganjaran di dunia.
  • Ganjaran di akhirat.

Ganjaran di dunia

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa :

  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)

  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.

“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di akhirat

  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
pixel
share save 171 16
You can leave a response, or trackback from your own site.

35 Responses to “Kelebihan Menghafaz Al-Quran”

  1. Sya Isya says:

    nak hafaz al-Quran hati kena terang lagi bersih..
    .-= Sya Isya´s last blog ..APA ITU ALEXA RANK DAN PAGERANK =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Itu sudah pasti :D
    .-= Imran´s last blog ..Pesta Buku Antarabangsa 2010 =-.

    [Balas Komen]

  2. adi says:

    alhamdulillah sahabat..adapun al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W adalah utk menjadi panduan dan pedoman hidup kita di dunia ini dan juga utk bekalan kita di akhirat kelak bilamana kita mengamalkan segala yang terkandung di dlm kitab suci al-Quran itu…

    Selamat Beramal :-)

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Ambil peluang untuk menghafaz walau 1 ayat :D

    [Balas Komen]

    MUHD NABIL Reply:

    @Imran, Assalamualaikum,ustaz saya ingin tahu tentang Kelebihan Tahfiz…

    [Balas Komen]

  3. Anjung Web says:

    Memang banyak kelebihannya… Semoga mendapat keberkatan hendaknya
    .-= Anjung Web´s last blog ..Apa itu Fedora ? =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Ramai dah tahu kelebihannya. Jadi, mari kita mulakan menghafaz hari ini.

    [Balas Komen]

  4. Hafiz Mohd says:

    saya nama je hafiz tapi x pernah khatam al quran.. baru sedar.. tuhan itu ada.. padahal saya dilahirkan memang dah Islam! subhanAllah! baru sekarang saya nak berubah.. “ya Muhammad.. jahilnya aku ini tentang ajaranmu..” kalau hati dia x terang macam mana nak hafal? x boleh ke kasi hati tu terang?
    .-= Hafiz Mohd´s last blog ..SPM Result On 11 March 2010 -BERNAMA =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Kalau tak cuba macam mana? :D

    [Balas Komen]

  5. etomyam says:

    memang teringin sangat nak hantar anak ke sekolah tahfiz, kalau ada rezeki isya Allah..
    .-= etomyam´s last blog ..Geram: Black Dog Bone =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Mudah-mudahan dimakbulkan Allah S.W.T

    [Balas Komen]

  6. zik says:

    Ganjaran didunia pun sudah cukup Alhamdulillah, .. apatah lagi ganjaran di akhirat..
    .-= zik´s last blog ..Minyak tak jadi naik!! =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Ganjaran di Dunia hanya sementara.

    [Balas Komen]

  7. ahmadyusrie says:

    besar kelebihan seorang hafiz ye…bukan sekadar pada diri sendiri je, tapi utk ibu bapa juga…
    mungkin salah satu hadiah terbaik buat ibu bapa yang dah bersusah payah membesarkan kita..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Hadiah paling bermakna. Kalau ada kelapangan, latihla anak menghafaz dari umur seawal 5 tahun :D

    [Balas Komen]

  8. dya says:

    Salam..
    cemerlang dunia akhirat dengan menghafaz al-Quran..
    kaedah berkesan menghafaz al-Quran..
    sesibuk mane pon anda tanpa mengganggu rutin harian..

    http://www.kaedahjibril.com/index.php?ref=szwafa72

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @dya, Kaedah ini perlu diubah suai untuk pelajar Tahfiz. Tetapi amat sesuai untuk individu yang berkeinginan untuk menghafaz dan kesuntukan masa.

    [Balas Komen]

  9. aman says:

    salam…just nak share..i bapa kepada 5 anak.umur 40.kita ni sebagai bapa selalu je fikir nak antar anak kita sekolah tahfiz ..that good ..tapi why not kita sama2 ambil bahagian hafal Quran…i pernah bertanya satu pengetua sekolah tahfiz bagi orang awam tanamkan azam paling kurang hafalkan juz 30 tu…so i dah start and dah nak tamat jUZ 30…,barulah anak kita semangat nak hafal coz bapa dia pun join sekali..apa pendapat ustaz?

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @aman, Saya setuju, bila parent hafal quran. Barulah tahu macam mana feel nak menghafal. Selain boleh menjadi motivasi bagi anak bila melihat ibu dan ayah menghafal al-Quran :D

    [Balas Komen]

    Mumtaz Reply:

    @aman,
    Tahniah krn dah bmula. sy telah lm menanam cita2 tp blom start lg. Alhamdulillah bru order kaedah jibral tp blom dpt lg. moga2 dpt memulakan. Ustaz, sy ingin dptkn bimbingan dr ustaz dlm membentuk ank2 mnjdi seorg hafiz. mgkin dgn prmulaan boleh x uztaz cdgkn sekolah menengah hafiz utk ank sy. skrg ank sy yg sulung bru tahun 5. Insyaallah ingin mghntr ke sek men tahfiz pd 2012.TQ!

    [Balas Komen]

  10. putraz says:

    salam…saya minta izin nak copy paste artikel ni…..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @putraz, Silakan. Jangan lupa beri kredit pada blog ini ye :D

    [Balas Komen]

  11. Saya sudah hafal banyak surah2 pendek, saya sekarang tengah try nak hafal yasin. Tapi banyak salah la sampai terbalik2 ayatnya. Astagrafirullah..

    Mana nak cari teknik ye?
    sharemalaysia´s last [type] ..Keuntungan membuat blog

    [Balas Komen]

  12. Lina says:

    Salam Ustaz,

    Sekadar berkongsi didalam website ustaz ni untuk memaklumkan pada tentang sesiapa yang akan atau baru menimang cahaya mata dan mempunyai tekad untuk mengajar anak mereka menghafal quran, mulakanlah ia dari bayi.. InsyaAllah, mereka akan dapat menghafal sekurang-kurangnya 30 surah pada umur 3 tahun. Untuk maklumat lanjut akan kadahnya, sila layari

    1. http://darwishndarwisya.blogspot.com/p/mengajar-bayi-menghafal.html

    atau

    2. http://darwishndarwisya.blogspot.com/p/kaedah-mengajar-anak-membaca-al-quran.html

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Lina, Salam, terima kasih diatas perkongsian teknik menghafaz bagi bayi dan anak kecil.

    Memang benar apa yang puan lakukan itu. Bayi dan kanak-kanak memang mudah menghafaz ketika kecil. Bahkan ketika dalam rahim lagi.
    Imran´s last [type] ..Iklan Hari Raya Kontrovesi

    [Balas Komen]

  13. iman says:

    salam,mohon izin utk copy paste sgl artikel yg bermanfaat dlm ni.. Jazakallahhukhoironjaza’

    [Balas Komen]

  14. shah farin says:

    assalamualaikum ustaz,
    soalan.saya menghafaz dgn cara mendengar mp3 qari terkenal dan cuba mengikutnya dgn membuka tafsir al quran(kerana hendak membaca dan memahamami maksudnya)
    adakah dgn cara itu kurang afdhal ustaz(kerana saya tidak membuka mushaf, sebaliknya hanya tafsir al quran).
    setiap hari saya cuma mengulang surah2 tertentu,supaya dapat hafal,adakah ini dikira membaca al quran juga ustaz?target saya dlm tempoh 8 tahun or kurang, saya nak hafaz keseluruhan,skrg sehari cuma 2 ke 3 ayat.

    [Balas Komen]

  15. Assalamualaikum wbth.

    Ustz, skrg anak sy umur 13thn dan sorang lg umur 11thn baru masuk belajar di maahad tahfiz.tapi di tahfiz ni tiada pelajaran akdmik, ok ke ye?saya risau juga xde akdmik ni..
    ustz beri pandangan ye..emel: pakartakaful@gmail.com

    [Balas Komen]

  16. Assalamualaikum wbth.

    Ustz, ustz storykan latar belakang pdidikn ustz dari kecilye.. saya nak jdikan panduan utk beri pdidikan n hantar anak sy ke sekolah yg suai.

    syukran

    azmi, pakar takaful

    blog http://pakartakaful.blogspot.com

    [Balas Komen]

  17. shah farin ahmad says:

    menghafaz mungkin mudah, mengekalkan hafazan amat sukar.segalanya perlu dijaga,makan,pertuturan,penglihatan dan segala mcm.al quran itu suci, xkan berada dlm hati yg xsuci.
    saya cuba menghafal,berulang2,bila dah lekat dlm hati, lalai sikit mata, tgk aurat org lain,(zaman skrg,nak tgk aurat pmpuan bertudung pun amat mudah,tudung tp nmpk dada, baju sendat, seluar ketat)terus hafazan berterabur.dugaan besar hidup zaman skrg.
    kpd kaum wanita, tlglah.kalo korang xboleh meninggikan syiar islam,tolonglah jgn menjahanamkan islam.
    kalo keluar berjalan2,sedikit sbnyk mesti trpandang aurat pompuan.

    [Balas Komen]

    hamba.. Reply:

    jangan salahkan kaum wanita..manusia x sempurna..tahap iman masing2 berbeza..kalo keluar bejalan2..mata kena jaga..iman kena kuat..kalau iman kuat barulah x pandang2 aurat wanita…kat quran pun ada dinyatakan tentang sifat2 lelaki yang beriman

    Surah An-Nur ayat 30: “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka buat”

    mohon maaf kalau tersalah..:) peace..asalamualaikum…

    [Balas Komen]

  18. mohamadadli says:

    salam…
    minta saya copy post ini..
    mohamadadli´s last [type] ..Najib buat benda SYIRIK di TURKI

    [Balas Komen]

  19. Akm, minta izin copy, shukran wassalam

    [Balas Komen]

  20. terimakasih mas infonya salam kenal ditunggu kunjungan baliknya ya kawan…..saya jadi tkalau amerika itu.

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 14 + 3 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music