Kaedah al-Matien
Kaedah ini diperkenalkan oleh Ustaz Hj. Mohd Zamri bin Mohd Zainuldin bersama Ustaz Hj. Mohd Wahid bin Abd. Hanif. Kaedah al-Matien ini adalah gabungan dari dua kaedah, iaitu kaedah Muqaddam dan Iqra’. Melalui kaedah Muqaddam, pelajar akan mengenal huruf-huruf hijaiyah terlebih dahulu kemudian belajar mengeja dan akhir sekali barulah mula membaca surah-surah lazim (juzu’ 30).
Manakala di dalam kaedah Iqra’ pula, pelajar tidak perlu mengenal huruf-huruf hijaiyah dan tidak perlu mengeja. Melaluinya pelajar akan terus diperkenalkan kepada bunyi huruf dan seterusnya memahirkan bunyi tersebut sehingga pandai membaca al-Quran.
Kelebihan kaedah ini :
- Mengikut format dan bentuk Rasm Uthmani.
- Menekankan penguasaaan Huruf-Huruf Hijaiyah sebelum mula belajar.
- Meletakkan tanda warna pada sesetengan tempat.
- Penerangan hukum Tajwid yang mudah dan jelas.
- Gambarajah Makhraj dan Sifat huruf disertakan.
Teknik Al-Baghdadi
Teknik ini diasaskan oleh Ustaz Jalaluddin bin Haji Hassanuddin al-Baghdadi dilahirkan pada 15 Januari 1970 di Kampung Berhala Gantang, Pahang. Teknik ini adalah penambahbaikan pada teknik muqaddam. Ianya menggunakan bunyi yang dihasilkan oleh “alat ketuk” sebagai tempo untuk kanak-kanak membaca al-Quran mengikut tajwid yang sempurna.
Sebagai pelengkap kepada teknik ini, sebuah buku tajwid disertakan sekali. Ia mengandungi 10 bab yang menekankan prinsip asas dan amali tajwid.
Bagi menarik minat kanak-kanak, kad al-Baghdadi digunakan untuk membantu menanamkan kecintaan yang mendalam dalam diri kanak-kanak bagi mempelajari al-Quran. Teknik Baghdadi diterapkan dalam permainan kreatif dengan penggunaan kad al-Baghdadi akan mewujudkan suasana pembelajaran ceria, santai dan menyeronokkan untuk anak-anak kecil.
Kad al-Baghdadi ini disusun dan dicipta oleh Puan Erni Yentti binti Amir dilahirkan pada 24 September 1981 di Ipoh, Perak.
Mungkin terdapat beberapa lagi kaedah P & P al-Quran yang tidak saya senaraikan di dalam entri ini. Untuk makluman pembaca, saya hanya menyenaraikan kaedah P & P yang lazim diguna pakai oleh guru-guru al-Quran di Malaysia. Seperti yang saya katakan di awal penulisan, mungkin kaedah tersebut tidak popular dan tidak diketahui oleh guru-guru al-Quran.
Rujukan 1 : Kaedah al-Matien
Rujukan 2 : Teknik al-Baghdadi




June 8th, 2010
Imran 




Posted in
Tags: 










semua kaedah ni semuanya bagus2 belaka..
apiih´s last [type] ..12 Kenderaan Yang Unik dan Kreatif
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 15th, 2010 at 8:13 AM
@apiih, Betul tu. Paling bagus kalau cipta kaedah terkini.
[Balas Komen]
perkongsian ilmu yg bgs bro..
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 15th, 2010 at 8:14 AM
@azizan4444, Ramai yang tak tahu kaedah terkini selain muqaddam dan iqra’.
[Balas Komen]
@Loq, Kaedah ni sesuai untuk semua golongan…
[Balas Komen]
@RasaHatiku, Maklumat yang saya terima dari rakan. KPM ada kontrak dengan Iqra’ sebab tu tak boleh nak tukar kaedah… Walaupun sekarang dah banyak inovasi
[Balas Komen]
tengok alat ketuk tu teringat suri pada guru mengaji. Klu salah skit pasti rotan buluh akan bergema di lantai masjid. heee
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 12:43 AM
@suri, Kalau itu bukan alat ketuk, tu namanya rotan ketuk… hehe
[Balas Komen]
Maaf tuan tetapi kenyataan “Teknik ini diasaskan oleh Ustaz Jalaluddin bin Haji Hassanuddin al-Baghdadi dilahirkan pada 15 Januari 1970 di Kampung Berhala Gantang” amat mengelirukan kerana kaedah baghdadi sudah mula ada sejak zaman Tok Jenagor lagi………zaman Batu Bersurat lagi
Ramai masih tidak tahu kenapa di panggil Baghdadi…. ada sejarah mengenainya
S Omarn Bintalib´s last [type] ..LINUS HARUS BERMULA DARI HINGUS ATAU KAEDAH BAGAIMANA MEMECUT PEMULIHAN SELEPAS SARINGAN LITERASI DAN NUMERASI!
[Balas Komen]