Alhamdulillah walaupun dalam keadaan belum berapa stabil dari demam, saya akan berkongsi sedikit lagi sambungan kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang terdapat di Malaysia. Mungkin kaedah ini kurang mendapat tempat di hati guru-guru al-Quran atau mungkin juga kaedah ini tidak popular seperti kaedah al-Baghdadiah, Iqra’ dan Qiraati kerana kurangnya pengetahuan dan pendedahan tentangnya.
Kaedah Hattawiyyah
Kaedah ini diperkenalkan oleh Drs. Haji Mohd Usman dari Riau Sumatera. Beliau berpengalaman dalam bidang tilawah al-Quran selama 30 tahun. Beliau menggunakan konsep mempelajari al-Quran secara cepat yang dikenali sebagai Kaedah Hattawiyyah.
Kaedah Hattawiyyah adalah satu kaedah membaca al-Quran dengan menggunakan tulisan rumi sebagai panduan. Kaedah ini diperkenalkan bagi membantu pelajar yang terlalu lemah dalam pengajaran dan pembelajaran [P & P] al-Quran. Syarat utama untuk mengajar atau menggunakan kaedah ini ialah pelajar yang diberikan kaedah ini benar-benar buta al-Quran dan pelajar tersebut boleh membaca rumi.
Kaedah ini merupakan kaedah terkini sesuai, ringkas dan praktikal. Seseorang pelajar itu boleh membaca al-Quran dalam tempoh 4 1/2 jam atau selama 6 kali belajar, khususnya kepada mereka yang sudah lancar membaca rumi. Kaedah ini juga sesuai untuk mengajar saudara baru. Kaedah ini dianggap sebagai sementara, langkah terakhir dan hanya untuk golongan tertentu sahaja bagi memastikan mereka tidak terus buta al-Quran.
Saya sendiri hanya mengetahui kaedah ini ketika membuat rujukan di perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian yang dibuat oleh Mohamad Sabri Satar pelajar Sarjana di UKM pada tahun 2001 mengenai “Keberkesanan Kaedah Hattawiyyah dalam pembelajaran Tilawah al-Quran” mendapati bahawa pelajar yang lemah dalam P & P al-Quran dapat dipertingkatkan keupayaannya apabila dirawat dengan menggunakan kaedah ini.
Kaedah al-Barqy
Kaedah ini pula diperkenalkan oleh Drs Haji Muhadjir Sulthon dari Indonesia. Kaedah ini mempunyai beberapa buah buku yang didatangkan lengkap bersama-sama iaitu :
- Buku teks al-Barqy.
- VCD panduan mengajar al-Barqy untuk Ibu Bapa & Guru beserta buku panduan.
- CD audio nasyid al-Barqy beserta buku panduan.
- Kad tunjuk (Flash Card)
Bagi mengukuhkan lagi ilmu tajwid pelajar, kaedah ini mempunyai memperkenalkan sebuah lagi buku khas untuk perkara tersebut. Buku ini disusun oleh Haji Md Iskandar MYA berdasarkan konsep asal dari pengasasnya Drs Haji Muhadjir Sulthon. Pakej ini mengandungi sebuah butu teks Tajwid al-Barqy dan 2 keping VCD Tajwid al-Barqy.
Kaedah Tajwid al-Barqy mudah dan berkesan kerana :
- Bacaan bertajwid diajar secara amali.
- Sistem pelajaran yang tersusun.
- Teknik yang pelbagai.
- Sokongan lengkap untuk ibu bapa dan guru.
Kaedah al-Hira’
Kaedah ini diasaskan oleh Dr. Hj. Muhammad Roihan Al-Mandily dilahirkan di Mandailing, Sumatera Utara, Indonesia pada 17 Ogos 1960. Kaedah al-Hira’ adalah satu kaedah terkini panduan belajar membaca al-Quran hanya dalam masa 24 jam. Kaedah ini telah terbukti keberkesanannya setelah di uji selama 22 bulan.
Kaedah ini hanya menggunakan sebuah buku dan ianya dibantu oleh sebuah VCD sebagai panduan menggunakannya. Ianya sangat mudah, praktis dan sistematik. Kaedah al-Hira’ ini juga bukan sahaja sesuai untuk golongan kanak-kanak dan remaja bahkan untuk golongan dewasa yang ingin belajar membaca al-Quran secara cepat dan pantas.
Kelebihan kaedah ini :
- Cepat – tidak mengambil masa yang lama.
- Tepat – sesuai dengan keperluan masa kini.
- Jimat – belanja sedikit, nilainya / keuntungannya besar.
- Padat – mengandungi dua bahagian pembelajaran (asas dan tajwid)
- Selamat – boleh membebaskan umat dari buta huruf al-Quran.
p/s : Adakah diantara kaedah diatas yang pernah anda gunakan di dalam proses P & P al-Quran? Atau anda hanya baru mengetahui perkara ini apabila membaca entri ini?
Rujukan 1 : Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran Dan Aplikasi Model Khatam Al-Quran J-Qaf
Rujukan 2 : Kaedah al-Hira’
Rujukan 3 : Kaedah al-Barqy




June 1st, 2010
Imran 







Posted in
Tags: 










kaedah dari vcd ni bagus..hari tu yang abang saya beli..entah berapa..ada satu lagi yang pembelajaran al quran..yang kalau sentuh hurup pada muqadam tu..akan mengeluarkan suara..contoh kalau disentuh huruf alif..satu suara akan sebut aliff..pakej dia mahal berharga rm 1,000 lebih kat sarwak ni..tak tahu pulak kat semenanjung mungkin murah kot
.-= ishak´s last blog ..Boleh kah suatu jenama itu dijual semula ? =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 8th, 2010 at 10:57 AM
@ishak, Semua kaedah tersebut bagus. Saya juga pernah melihat demo kaedah yang saudara sebutkan. Ianya kaedah Iqra’ yang disertakan dengan kad serta panel sesentuh.
Sekiranya kad tersebut diletakkan pada alatnya dan ditekan akan mengeluarkan bunyi bacaannya.
[Balas Komen]
kalo adik aku dulu penah skejap pakai kaedah nie.. tapi waktu tue dia dah fasih dah sket2.. haha, dulu2 takde pun kaedah2 cenggini.. punyalaa susah aku blajar al-quran dulu.. haha!
.-= samanosuke_04´s last blog ..Aku VS Lisa Surihani… =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 8th, 2010 at 10:58 AM
@samanosuke_04, Zaman dah berubah. Teknik pun makin banyak, tapi yang buta al-Quran pun ramai jugak. huhu
[Balas Komen]
1 kaedah yg bagus sekali..ehehehe
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 8th, 2010 at 10:48 AM
@apiih, Semuanya bagus-bagus. Sampai tak tahu nak pilih yang mana
[Balas Komen]
time kecik bapa aku pernah beli VCD al quran.. so aku dan family mengaji depan pc je.. hehehe.. itupun x berkesan sangat bagi aku.. kalau nak belajar mesti ada gurunya.. itu lagi bagus.
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 8th, 2010 at 10:48 AM
@Hafiz Mohd, Pengajaran dan pembelajaran al-Quran WAJIB berguru kerana VCD tak mampu untuk menegur kesalahan yang kita lakukan. Kalau ada yang boleh buat begitu baru boleh
p/s : Kalau ada CD/VCD/Kaset yang boleh tegur kesalahan, angkat kaki la den…!!
[Balas Komen]
ibu bapa sekarang sebenarnya beruntung sbb banyak panduan yg boleh diguna..
.-= kulanz´s last blog ..Badai Tropika Agatha di Guatemala: Bencana atau Peringatan? =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 8th, 2010 at 10:45 AM
@kulanz, Betul tu. Zaman dahulu hanya muqaddam sahaja yang jadi bahan P & P al-Quran.
[Balas Komen]
bagus sungguh kaedah yang dilakukan..manfaat juga ya
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 8th, 2010 at 10:43 AM
@suri, Bermacam kaedah untuk dipilih
[Balas Komen]
tapi lagi bagus kalau ada gurunya yang secara live… senang nak rotan..
.-= zik´s last blog ..Piala Dunia tanpa Drogba, Ferdinand =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 8th, 2010 at 10:40 AM
@zik, Memang berguru itu WAJIB. Kaedah ini sebagai panduan sahaja
[Balas Komen]
maknanyer semua peringkat umur bolh mengunakannyerlah yer.
suri rindu pada zaman2 khatam Al-Quran
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 22nd, 2010 at 12:44 AM
@suri, Sesuai untuk semua peringkat. Nak atau tidak je yang membezakan.
[Balas Komen]
Mana nak dapat & beli kaedah al-Hira & al-Barqy
[Balas Komen]
berguna sekali pembelajaran alquran siri
[Balas Komen]