Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran Siri 1

belajar quran

Sebelum ini saya banyak berkongsi dengan pembaca mengenai Kaedah Menghafaz al-Quran. Kali ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran pula. Cara atau teknik terbaik dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran ialah melalui Talaqqi dan Musyafahah iaitu seperti mana yang berlaku antara malaikat Jibril dan Rasulullah S.A.W ketika wahyu yang pertama diturunkan di gua Hira’.

Talaqqi dari segi bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Manakala dari segi istilah ia bermaksud pertemuan antara guru dan pelajar secara bersemuka. Guru memberi contoh bacaan dan pelajar mengikut bacaan guru.

Musyafahah dari segi bahasa ialah sebutan dari mulut ke mulut yang diambil daripada pergerakkan dua bibir. Manakala dari segi istilah ia bermaksud pelajar menerima pengajaran secara sebutan guru dengan melihat pergerakkan bibir guru dan menyebutnya.

Saya pasti anda semua mengenali Muqaddam sebagai bahan untuk pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Kaedah ini merupakan kaedah utama pengajaran al-Quran di Malaysia dan seluruh dunia Islam amnya. Ia juga adalah kaedah tertua yang digunakan untuk mempelajari al-Quran. Selain itu, kaedah ini juga adalah yang paling banyak digunapakai oleh kebanyakan guru-guru al-Quran di Malaysia.

Ia dipercayai berasal dari Baghdad, ibu kota Iraq dan diperkenalkan di Malaysia seiring dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu sejak berabad yang lalu. Kaedah ini menekankan kepada pengenalan huruf Hijaiyyah, baris dan ejaan. Saya mempelajari al-Quran menggunakan kaedah ini dengan tunjuk ajar dan bimbingan dari ibu saya sendiri. Bermacam-macam kenangan sewaktu mula-mula belajar muqaddam dulu.

buku muqaddam

Pengenalan Kaedah al-Baghdadiah

Pengasas kaedah al-Baghdadiah ialah Abu Mansor Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun 376 Hijrah. Kaedah ini  memperkenalkan huruf secara analisa berperingkat-peringkat dengan cara latih tubi dan pengulangan. Kaedah ini telah tersebar dan berkembang ke seluruh ceruk rantau dunia hingga ke saat ini. Ia telah menjangkau 1049 tahun dan telah menyumbangkan jasa yang amat besar kepada seluruh umat Islam.  Kaedah al-Baghdadiah ini begitu popular di kalangan umat Islam seluruh dunia sejak zaman berzaman.  Hanya pada tahun 1990  an sahaja kaedah Iqra’, Qiraati dan lain-lain mula dikenali umat Islam.

Panduan Kaedah al-Baghdadiah

  1. Mengenalkan huruf-huruf Hijaiyah dari ا hingga ي secara latih tubi sehingga hafaz.
  2. Mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya.
  3. Mengeja huruf tunggal yang bercampur baris iaitu baris satu di atas, di bawah dan di depan serta membunyikannya.
  4. Mengeja huruf bertasydid yang besambung dengan ا dan ي serta membunyikannya.
  5. Mengeja huruf ا ،  و dan ي bertanda mati dan bersambung dengan satu huruf serta membunyikannya.
  6. Mengeja kalimah-kalimah yang ada huruf ا ،  و dan ي bertanda mati dan bersambung dengan  كم serta membunyikannya.
  7. Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat huruf nun bertasydid dan membunyikannya.
  8. Mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan yang terdiri daripada dua suku kata, tiga suku kata atau empat suku kata atau lebih.  Ada bacaan panjang, ada bacaan pendek dan ada bacaan dengung dan tidak dengung.
  9. Membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi.
  10. Setelah pelajar menguasai bacaan petikan-petikan ayat, maka mereka bolehlah membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dari surah al-Fatihah, an-Nas hingga an-Naba’ mengikut turutan dalam Muqaddam.

Kebanyakan guru-guru yang menggunakan kaedah ini biasanya hanya menyuruh pelajar membaca ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja dari surah al-Fatihah sehingga surah ad-Dhuha sahaja. Apabila selesai membaca sehingga surah ad-Dhuha dengan lancar dan tiada kesalahan dilakukan, pelajar tersebut akan dinaiktarafkan (upgrade) dan diminta membaca dari awal surah al-Baqarah Juzu’ 1 atau istilah biasanya “Naik Quran” sehingga khatam al-Quran.

Seiring dengan peredaran zaman dan percambahan idea dan pemikiran manusia, kini muncul pelbagai kaedah sebagai penambahbaikan pada kaedah Muqaddam atau al-Baghdadiah ini. Tahukah anda terdapat beberapa lagi kaedah untuk mempelajari al-Quran pada masa kini? Berikut adalah sebahagian kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran selain Muqaddam.

Kaedah Qiraati

Kaedah Qiraati atau bacaanku disusun pada tahun 1963 oleh seorang guru al-Quran Hj. Dachlan Salaim Zarkasyi dari Semarang, Indonesia. Ia diterbitkan paa 1 Julai 1996. Kaedah ini mengandungi dua bahagian buku iaitu Qiraati untuk kanak-kanak dan Qiraati untuk dewasa. Qiraati untuk kanak-kanak mengandungi lima buah buku dan sebuah buku Gharib tentang kaedah Rasm Uthmani. Qiraati untuk dewasa mengandungi tiga buah buku.

Pada mulanya kaedah ini terdiri dari sepuluh jilid buku untuk kanak-kanak berusia enam tahun ke atas. Kemudian dikemaskinikan menjadi lapan jilid, enam jilid dan akhirnya lima jilid. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf Hijaiyyah hinggalah ke buku jilid lima untuk pelajaran yang lebih susah seperti bacaan huruf Qalqalah dan sebagainya. Apabila selesai lima buah buku tersebut pelajar akan dilatih membaca Juzu’ Amma dan seterusnya al-Quran mushaf Rasm Uthmani.

Kaedah Iqra’

buku iqra

Kaedah Iqra’ atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani juga adalah berasal dari Indonesia iaitu mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah Taman Kanak-Kanak Al-Quran di Kota Gedo, Jogjakarta. Pengasas kaedah ini ialah Haji As’ad Humam yang telah menyusun enam jilid buku Iqra’. Kaedah ini pada umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terlebih dahulu.

Di peringkat permulaan pelajar belajar membaca al-Quran, kaedah Iqra’ tidak mengenalkan huruf dan baris-baris bacaan seperti baris satu dan baris dua samada di atas, di bawah atau di depan.  Begitu juga tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti tanda mati atau tasydid. Buku-buku Iqra’ sepertimana juga buku Qiraati disusun untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf Hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid.

Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran. Kaedah Iqra’ telah diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah.

Ciri-Ciri dan Kelebihan Kaedah Iqra’

  1. Bacaan Terus (Tanpa Analisa dan Dieja)
  2. Penggunaan Teks Tertentu
  3. Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif (CBMA)
  4. Talaqqi Musyafahah
  5. Tahap Berasaskan Pencapaian Individu
  6. Tenaga Pembimbing/Pembantu
  7. Praktis
  8. Sistematik
  9. Komunikatif
  10. Kelenturan dan Mudah

Insya Allah saya akan menyambung entri ini dengan beberapa lagi kaedah terkini dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
pixel
share save 171 16
You can leave a response, or trackback from your own site.

20 Responses to “Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran Siri 1”

  1. ayie says:

    amin….

    .-= ayie´s last blog ..jalan terbaik bawak anak bersiar-siar =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @ayie, Mudah-mudahan hendaknya.

    [Balas Komen]

  2. apiih says:

    dulu mse mule2 bljar Al-quran pon dgn menggunakan Muqaddam..
    .-= apiih´s last blog ..CPU inside Keyboard..emmm =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @apiih, Pendapat peribadi saya, muqaddam lebih baik walaupun ianya mengambil masa yang lama untuk sesi pembelajaran berbanding Iqra’. Ada PRO dan KONTRA dalam kedua-dua kaedah ini. Wallah A’lam.

    [Balas Komen]

  3. zik says:

    dulu pakai muqaddam..sekarang dah ada iqra’lebih mudah..
    .-= zik´s last blog ..Jangan berhutang dengan Along! =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zik, Mengikut kajian tidak rasmi saya, pelajar yang menggunakan Kaedah Iqra’ banyak melakukan kesalahan ketika membaca al-Quran. Contoh paling ketara apabila membunyikan huruf di hujung kalimah yang berbaris pendek.

    Kebanyakan pelajar Iqra’ akan memanjangkannya. Mungkin berlaku kesilapan ketika guru mengajar kerana mereka terikut-ikut rentak panjang di akhir kalimah.

    [Balas Komen]

  4. Ustaz,apa kelebihan dan kekurangan kaedah IQRA’ dengan kaedah Muqaddam?
    .-= muhammad fakhruddin´s last blog ..Otak Muzik Jiwa Daie =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @muhammad fakhruddin, Kelebihan Iqra’ cepat dan pantas baca Quran. Kekurangan Iqra’ pelajar tidak kenal huruf hijaiyah. Majoriti pelajar Iqra’ akan terkapai-pakai apabila belajar tulisan jawi. Mereka akan mengeluarkan bunyi sahaja. Contohnya huruf alif akan disebut A sahaja :D

    Wallah A’lam

    [Balas Komen]

  5. kulanz says:

    Terima kasih,
    Boleh juga ilmu ni digunakan untuk ajar anak-anak di rumah
    .-= kulanz´s last blog ..Rasionalkah Kenaikan Kos Belajar Memandu? =-.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @kulanz, Tahniah kerana tuan mengajar sendiri anak-anak mengaji al-Quran di rumah. Tidak ramai ibu bapa yang mengajar sendiri anak mereka mengaji zaman ini. Walaupun ibu bapa mereka bergelar ustaz/ustazah.

    [Balas Komen]

  6. mijie says:

    anak2 mesti diajar dari kecik untuk mengenal al quran

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @mijie, Umur 4 tahun dah boleh mula ajar anak-anak.

    [Balas Komen]

  7. nurnilamsari says:

    slm,rasanya 2 kaedah ini masih boleh diguna bersma,dulu ms kecik sy bljr mngji kaedah baghdadiah,cpt masuk,skrgni sy ajar sdri budak mngji kaedah iqrak mgji trus mcm angin ja ..tumpang lalu,mksd sy sebilangan ..sdih juga,ape yg kurg ya?..da bg tumpuan juga tu kwn2 pun bengang kdg2..cmna ya?

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @nurnilamsari, Seperti yang saya katakan sebelum ini. Kaedah Iqra’ sekiranya tidak diajar mengikut yang disarankan seperti panjang pendek harakat huruf. Pasti akan timbul masalah.

    Kaedah Iqra’ juga banyak menimbulkan masalah sekiranya pelajar yang mengikutinya tidak berapa cekap. Perlu pada gabungan kaedah Muqaddam juga.

    [Balas Komen]

  8. yahaya says:

    sekarang dah ada byk cara yang lebih praktikal dan mudah.
    yahaya´s last [type] ..Cara buat widget Auto install

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @yahaya, Kalau ada yang latest boleh share bersama :D

    [Balas Komen]

  9. dyt says:

    Salam..pernah mengajar muallaf dalam bacaan-bacaan dalam sembahyang?

    [Balas Komen]

  10. azani adha says:

    salam.apakah boleh blajar,mmbaca,dan sterusnye khatam al-quran mggunakan al-quran digital?..skadar ingin kepastian..

    [Balas Komen]

    eqari Reply:

    @azani adha, Waalaikummus Salam.kalaulah hanya nk khatam shj.bleh.ttpi kalau nk pandai n mahir kena belajar.salah stu qaedah balajar Quran untuk dewasa ialah Kaedah Qari, penyelesaian kpd semua mslh yg timbul dri Kaedah Iqra’..Tmbhn pula Kaedah Qari sekarang memberikan alternatif kpd pelajar2nya yg tiada masa utk ke kelas belajar sendiri ttp tetap dipantau oleh Ustaz menerusi Online Test..utk maklumat lanjut layari http://www.eqari.com.myhttp://www.facebook.com/eqari….software belajar quran pertama di malaysia khusus tuk gol dewasa dan ibu bapa..

    [Balas Komen]

  11. putih says:

    anak saya belajar kafa di tadika guna sistem iqra’ selama 2 tahun (dari umur 5-6 tahun), sampai sekarang tidak mahir membaca terus surah cuma pandai hafal sahaja. saya cuba mengajarnya di rumah guna muqaddam seperti mana yang kita belajar dulu-dulu. tapi dia pening bila kita ajar mengeja “alif fathah = a”. fathah, kasroh, dhommah pun tak kenal. saya yang stres. sekarang saya hantar dia mengaji sistem qiraati nampak agak serasi. mungkin ustazah concentrate sorang-sorang 90 minit setiap pelajar. saya doa kepada Allah agar anak saya pandai membaca AlQuran pada umur 8 tahun nanti. amin..

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 5 + 2 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Free MMORPG | Thanks to MMO Games List, Browser Games and Video Game Music